Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2018

Video: Wanita Maki Ibu Mengandung Digantung Tugas

KAKITANGAN syarikat telekomunikasi, Maxis digantung tugas selepas video tindakannya mengherdik pekerja secara tidak beretika termasuk terhadap wanita hamil tular di media sosial. Video berdurasi satu minit 36 saat itu memaparkan wanita dipercayai majikan kepada dua pekerja wanita terbabit, mengherdik dan memarahi mereka akibat gagal mematuhi arahan dan tugasan. Wanita terbabit berkata: "Kamu duduk di sini dan hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) sekarang! Tengok sini, kenapa kamu tidak boleh buat apabila saya suruh kamu lakukannya? "Kamu (wanita hamil)! Apa yang kamu pandai buat?" kata wanita itu. Susulan kejadian itu, Maxis menerusi akaun Twitter mengeluarkan kenyataan berhubung insiden terbabit. "Baru-baru ini, sebuah video berhubung insiden di tempat kerja telah menarik perhatian kami. "Kami kesal dengan insiden terbabit yang kini dalam siasatan. Sementara itu, pekerja terbabit telah digantung tugas. "Insiden itu tidak mencerminkan n...

Saiful Bukhari Salam Anwar Ibrahim

Pada peringkat awal tidak ramai yang dilihat berminat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson, namun ia mungkin menjadi PRK yang paling menarik perhatian pasca PRU ke-14 selepas tujuh borang pencalonan diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini. Dan salah satu borang itu milik Saiful Bukhari Azlan - individu utama dalam kes Liwat II yang menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan. Kedua-dua individu itu - Anwar dan Saiful - bersemuka di pusat pencalonan di Majlis Perbandaran Port Dickson, pagi ini. Anwar tiba lebih awal iaitu pada pukul 8.45 pagi dan disambut laungan reformasi oleh kira-kira seribu penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN). Saiful pula tiba kira-kira setengah jam kemudian. Malah beliau berdiri untuk berjabat tangan dengan Anwar ketika presiden PKR itu berjalan ke tempat duduknya selepas menyerahkan borang pencalonan. Pemuda berusia 33 tahun itu membuat kejutan semalam apabila mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam PRK itu dan...

Ramalan Negara Jiran, Anwar Bukan Pengganti Tun Mahathir

Seorang peramal wanita baru ini meramalkan bakal berlaku tangkapan besar-besaran di Malaysia pada November 2018 dan pergolakan berlaku dalam negara ini sehingga tahun hadapan. Peramal Thailand yang juga pernah menjangkakan berlakunya gempa bumi di Sabah dan kehilangan kapal terbang sebelum ini, Navaracha Pinitlokakorn aka Prai terbaru sekali lagi membuat ramalan kali ini tentang Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menjadi Perdana Menteri, dalam masa yang sama Tun Dr Mahahir Mohamad bakal mengalami masalah kesihatan yang serius menjelang Jun tahun hadapan. Berdasarkan video di yputube yang berdurasi 8:47 minit, dia mendakwa dalam masa dua tahun, satu fenomena alam yang aneh akan menyebabkan Semenanjung Malaysia akan ‘berpecah’ menjadi dua. Beliau juga memberi amaran bahawa dalam tempoh dua tahun akan datang, Malaysia akan mempunyai beberapa bencana, dan antara struktur yang terjejas teruk termasuk bangunan 50 tingkat yang ter...

Barisan Nasional Tidak Senaraikan Nama Najib Dalam Kabinet Bayangan

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak disenaraikan dalam Kabinet bayangan yang dibentuk Barisan Nasional (BN) hari ini. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, sebagai bekas Perdana Menteri, tiada keperluan untuk Najib menyertai Kabinet bayangan yang disertai Ahli-Ahli Parlimen BN itu. “Kita rasakan beliau tidak begitu perlu berada dalam kabinet bayangan. Dalam masa sama Najib juga menzahirkan beliau tidak perlu berada dalam Kabinet bayangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - Utusan Online

Mula Suka-Suka Kini Beri Kelebihan Pada (JPJ)

EMPAT belas tahun lalu ketika masih di bangku sekolah, wanita ini mengikuti kelas bahasa isyarat sekadar suka-suka bagi mengisi masa lapang di asrama. Namun, kemahiran dimiliki anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Nurul Fatihah Shamsudin Shah, 27, memberikan kelebihan kepadanya sekali gus membantu berurusan terutama dengan orang kurang upaya (OKU). Kemahiran Nurul Fatihah dipuji netizen apabila rakaman video dia menggunakan bahasa isyarat ketika berkomunikasi seorang wanita OKU datang membuat aduan di pejabat JPJ tular di media sosial. Nurul Fatihah berkata, dia tidak menyangka kemahiran bahasa isyarat dipelajari ketika belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Durah (STAD), Seremban, Negeri Sembilan, memberi kelebihan buatnya ketika menjalankan tugas. “Saya menyertai kelas yang diadakan pada hujung minggu itu ketika belajar di STAD dari Tingkatan Satu hingga Lima. “Selain mengisi masa lapang, saya sertai kel...

Isu Tabung Haji, Azeez Rahim Direman 4 Hari.

Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim ditahan reman selama empat hari bermula hari ini. Abangnya Latiff dan saudaranya Mohamed Nazri turut direman dengan tempoh sama. Majistret Shah Wira Abdul Halim membenarkan permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah. Peguam bela S Devanandan berkata ketiga-tiganya ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan Lembaga Tabung Haji. Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menangkap anggota parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan seorang abangnya pada 25.09.2018. SPRM menahan Azeez dan abang awal pagi semalam - dan saudaranya pada lewat malam - mengikut Seksyen 16 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA). Azeez menjadi perhatian ramai selepas serbuan SPRM di hartanah yang dikaitkan dengan Aze...

Timbalan Menteri Lapor Polis, Dituduh Curang Dengan Suami Orang.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Isnaraissah Munirah Majilis menafikan menjalin hubungan sulit dengan pembantunya yang telah berkahwin. "Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak terlibat sebagaimana yang diperkatakan dalam sebuah blog mengaitkan nama saya. "Artikel blog ini berniat jahat untuk mengaibkan dan menggugat integriti saya sebagai seorang wakil rakyat," katanya pada hantaran Facebook hari ini. Isnaraissah, yang juga Anggota Parlimen Kota Belud telah membuat laporan polis semalam mengenai tuduhan tersebut. Sabtu lalu, penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa Isnaraissah, yang juga telah berkahwin telah menjalin hubungan sulit dengan pembantunya yang telah berkahwin. Raja Petra juga menuduh isteri pembantunya juga telah membuat laporan polis yang mengatakan suaminya telah memukulnya selepas beliau bertanyakan mengenai apa yang dikatakan hubungan sulit itu. Raja Petra turut berkata polis telah menyiasat ...

Facebook PU Amin Kena Sekat Sebab Nur Sajat.

AKIBAT menegur usahawan Nur Sajat mengenai muzik video lagu Bobo Di Mana, akaun Facebook (FB) milik pendakwah bebas PU Amin disekat selama sebulan. Amin, 29, atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berkata, itu kali ketiga dia menerima nasib sama selepas menegur tindakan ahli perniagaan Safiey Ilyas. “Selepas ‘posting’ berkenaan dikongsi 14,000 orang di laman FB, tiba-tiba saja ia disekat. Ini kejadian kali ketiga buat saya. “Apa pun, saya tetap sabar dan hanya mampu tersenyum. Baru seminggu akaun ini boleh digunakan semula, tetapi sekarang kena sekat lagi. “Saya anggap ini cabaran dan ujian yang perlu saya hadapi,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Amin, kenyataan sama di Instagram juga dipadam selepas dilapor pengguna laman sosial itu. Menerusi status di Instagram, Amin mempersoalkan muzik video berkenaan. “Video dia ancam ‘potong potong tidak pula kena padam oleh FB? “Nampaknya kekayaan mereka digunakan untuk lapor dan sekat FB saya. Alhamd...

Saya Bukan Pencuri - Najib

"Saya bukan pencuri." Itu peringatan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas beliau dibebaskan dengan ikat jamin dari 25 pertuduhan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur petang tadi. "Sepertimana kita semua sedia maklum, isu RM2,6 bilion telah digunakan secara habis-habisan untuk mengutuk, memburuk, mencaci saya selama ini. Dengan pertuduhan hari ini, akan memberi peluang kepada saya, bahawa saya bukan seorang pencuri. Beliau berkata demikian sewaktu sidang media yang diadakan sejurus selepas beliau melangkah keluar dari mahkamah selepas prosiding yang berjalan selama lebih 90 minit, berakhir. Menurut Najib, prosiding mahkamah melibatkan tiga peringkat iaitu: 'dana yang diterima, dana yang digunakan dan dana yang dipulangkan balik pun didakwa. "Ada pihak yang keliru, seolah-olah 21 pertuduhan ini menggemparkan, kalau kita pandang sekali imbas menggemparkan, tetapi kalau kita memahami fa...

Najib Ditahan SPRM Lagi Berdepan 6 Lagi Tuduhan.

SPRM hari ini mengesahkan bahawa pihaknya telah menahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung kes1MDB yang berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau. Dalam satu kenyataan media, SPRM memaklumkan penahanan itu dibuat pada jam 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya. “Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. “Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok (20 September), jam 3.00 petang untuk pertuduhan di mahkamah," katanya. Selain itu, menurut kenyataan berkenaan, SPRM akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan Najib sebelum beliau dibawa ke mahkamah esok. Ini bagi membantu siasatan pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Sebelum ini, bekas presiden Umno itu sudah dihadapkan de...

Wawa Zainal Nafi Gambar Bogel Milik Suami Tersebar.

Kata Wawa, dia lebih mengenali Aeril berbanding individu yang tidak bertanggungjawab menuduh dan menyebar fitnah berhubung gambar tidak senonoh itu. "Saya isterinya, sudah tentulah saya tahu luar dalam. Memang mula-mulanya saya terkejut apabila ditunjukkan gambar tidak senonoh itu. "Tetapi saya tertawa! Jelas sekali itu bukan Aeril! Bahagian wajahnya pun sudah berbeza terutama bahagian dahi apatah lagi bahagian badan lain. "Jadi, sudah-sudahlah buat dosa. Sebar perkara tidak elok tentang suami saya. Itu bukan gambar Aeril," katanya kepada Gempak. Pasangan itu ditemui pada Malam Gala dan Anugerah Wawa Kosmetik di Arina Skyview Kuala Lumpur malam tadi turut menasihati orang awam agar tidak terus menyebarkan perkara fitnah dan mengaibkan mana-mana pihak. "Terserah kalau nak simpan atau buang gambar tidak senonoh itu. "Tetapi daripada pihak kami, tiada tindakan undang-undang akan dibuat terhadap sesiapa pun. Sebab terang-terangan itu bukan gamb...

Rosmah Akan Didakwa Hingga 20 Tuduhan

Isteri bekas perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan berdepan sehingga 20 dakwaan yang kebanyakannya berkaitan pengubahan wang haram. Menurut laporan New Straits Times, Rosmah akan didakwa "dalam masa terdekat" sementara penyiasat melengkapkan siasatan. "Menurut sumber yang rapat dengan perkara itu, Rosmah [....] boleh didakwa sehingga 20 tuduhan jenayah, kebanyakannya dikaitkan dengan dakwaan pengubahan wang haram," kata laporan itu. Salah satu dakwaan dikatakan mempunyai kaitan dengan "produk anti penuaan daripada AS yang bernilai RM1 juta" yang dipercayai dibeli dari wang SRC International. "Menurut sumber, bayaran cek lebih RM1 juta dibuat kepada seorang (individu berpangkat) 'Datuk' pada Feb 2015 untuk pembelian dua set ubat yang masing-masing bernilai RM500,000," kata laporan itu lagi. Doktor berkenaan dikatakan telah meletakkan jawatan sebagai naib presiden persatuan perubatan yang dikaitkan dengan kepak...

Setiap Pagi Dia Menangis Dan Cederakan Dirinya

Pelakon, Zarina Zainuddin memohon orang ramai supaya memberi ruang dan membantu anaknya, Muhammah Raizal Azrai atau Azal yang menghidap autisme menjalani kehidupan sama seperti insan lain. Zarina yang kerap berkongsi gelagat anak kembarnya, Azal dan Muhammad Razil Azrai atau Azil di Instagram akur, tidak semua orang memahami apa yang dilaluinya. Namun, sebagai ibu, dia mempunyai pendekatan tersendiri dalam membimbing zuriatnya yang sedang meningkat dewasa. “Azal sebenarnya mampu menjalani kehidupan normal jika diberi peluang mengenali erti hidup. Perwatakan Azal sebenarnya banyak dipengaruhi abangnya, Azil yang lebih sensitif. Azil tidak boleh bercakap, malah olah bahasanya juga berbeza. “Setiap pagi, dia akan menangis dan mencederakan dirinya jika saya terlambat membawanya membeli susu dan surat khabar. Azil akan mengamuk setiap dua jam seperti anak kecil yang meminta susu. “Disebabkan itu, Azal sebolehnya akan keluar rumah awal pagi sebelum abangnya bangun tidur kerana bi...

Roti Canai Janda Laku Keras

PASIR MAS: Roti canai janda yang diperkenalkan oleh seorang ibu tunggal, Rosmaria Rosdi, 33, menjadi tular dalam kalangan penduduk di sekitar kawasan Tendong. Rosmaria berkata, gelaran itu memberikan rezeki terpijak buatnya apabila gerai yang terletak berhampiran PKT Tendong tidak putus-putus didatangi pelanggan. “Saya tidak kisah dengan pandangan masyarakat tentang gelaran roti canai janda. Kerana hasrat saya ialah mahu mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak masih lagi kecil,” katanya. Menurutnya, idea untuk menggunakan nama roti canai janda itu dicadangkan rakannya, Zarilah Mat Zin, 46, kerana gelaran itu bertepatan dengan statusnya sebagai ibu tunggal kepada tiga cahaya mata. “Saya hanya menjual RM1 sekeping untuk roti canai kosong yang dihidangkan bersama kuah kacang dal atau kari. Selain itu saya juga jual roti canai telur, bawang dan pelbagai lagi berasaskan roti canai,” katanya. Rosmaria berkata, dia mula berniaga roti canai sejak tahun 2000 dengan mempelajari ...

Isu Gambar Bogel Tersebar, Setiausaha Politik Buat Laporan Polis

SETIAUSAHA politik membuat laporan polis berhubung penularan gambar seorang lelaki menyerupainya berada dalam keadaan mengaibkan dengan seorang wanita, yang tersebar melalui media sosial sejak beberapa hari lalu. Cheong Chee Khing, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Sumber Manusia berkata, polis sudah merakam keterangan beliau pagi semalam dan menyerahkan kepada pasukan berkenaan untuk membuat siasatan lanjut. "Sekarang, kes ini berada dalam siasatan polis, jadi saya tidak boleh komen mengenainya (sehingga polis selesai menjalankan siasatan)," katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini. Beliau bagaimanapun tidak mengesahkan atau menafikan gambar berkenaan yang mula tersebar melalui Facebook milik wanita yang mendakwa sebagai isteri Chee Khing yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham. Dalam Facebook berkenaan, wanita itu menulis dalam bahasa Mandarin dan Melayu memberi peringatan kepada mana-mana wanita lain agar tidak mengganggu suaminya ...

Pak Cik Kantoi Check-in' Hotel Dengan Anak Buah Perempuan Berusia 10 Tahun

KEPRIHATINAN pekerja hotel di Taman Ungku Tun Aminah (TUTA), Johor Bahru, menghubungi polis selepas melihat seorang lelaki dewasa mendaftar masuk ke hotel itu bersama seorang kanak-kanak perempuan, membongkar aktiviti sumbang mahram dilakukan lelaki terbabit. Dalam kejadian 9.15 pagi semalam, pekerja hotel itu bertindak menghubungi Balai Polis TUTA kerana melihat lelaki berkenaan yang mencurigakan. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya yang menerima panggilan terbabit terus ke hotel berkenaan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut. "Sebaik tiba, polis mengetuk pintu bilik dan selepas kira-kira lima minit, pintu bilik dibuka oleh seorang lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan dalam keadaan hanya memakai tuala. "Selepas membuat pemeriksaan, mendapati lelaki yang bekerja sebagai tukang cuci itu berusia 48 tahun dan kanak-kanak terbabit dalam lingkungan usia 10 tahun. "Mangsa memberitahu bahawa suspek kerap m...

Maszlee Tergelak Tengok Mahasiswa Laung 'Letak Jawatan!',

Ketika sekumpulan aktivis mahasiswa menjeritkan slogan "undur Maszlee", "letak jawatan" beberapa kali, Menteri Pendidikan Dr Maszlee yang ketika itu mahu pergi kearah keretanya berpatah balik menuju ke arah mereka. Maszlee berhenti dan menyantuni kumpulan mahasiswa yang sedang melaungkan bantahan mereka. Dengan senyuman, beliau kelihatan tenang malahan menawarkan aktivis mahasiswa sebotol air mineral sebelum beliau beredar meninggalkan tempat itu. Sebelum itu mesyuarat tertutup berlangsung diantara Maszlee dan aktivis mahasiswa berkenaan di Restoran Amjal, di Jalan Pantai Baharu di Kuala Lumpur petang semalam. Mereka memberi tujuh hari kepada Maszlee meletak jawatan sebagai Presiden Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atau akan menggerakan mahasiswa untuk berhimpun. - Malaysiakini

Peguam Najib, Shafee Abdullah Ditahan

Peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang sering mewakili kes-kes Umno dan BN akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas empat pertuduhan pengubahan wang haram yang berkaitan dengan 1MDB. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Azam Baki yang berkata bahawa Muhammad Shafee akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA). Sementara itu, Malaysiakini difahamkan Muhammad Shafee ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi dan di bawa ke pejabat SPRM Kuala Lumpur bagi memberi keterangan. Beliau dijangka dibawa ke Kompleks Mahkamah di Jalan Duta untuk didakwa berhubung aliran wang tunai yang masuk ke dalam akaunnya yang disyaki mempunyai kaitan dengan 1MDB. Pada 7 September lalu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pasukan peguamnya sudah menyerahkan afidavit yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan ...

Anwar Akan Bertanding Di kerusi Parlimen Port Dickson

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson, selepas wakil rakyatnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah bersetuju meletak jawatan. Danyal berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini. “Semalam, saya dimaklumkan pemimpin parti bersetuju dengan tawaran saya untuk Anwar bertanding di Port Dickson. “Saya akan meletak jawatan sebagai ahli Parlimen. Saya berterima kasih kepada mereka yang telah mengundi saya sebagai ahli Parlimen mereka. “Saya berharap pengundi akan memberi sokongan mereka kepada bakal perdana menteri itu,” katanya sambil menambah beliau menyokong peralihan kuasa secara damai. Danyal yang merupakan bekas pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), memenangi kerusi Parlimen Port Dickson dengan 36,225 undi pada 9 Mei lalu, menewaskan VS Mogan daripada Barisan Nasional (18,515 undi) dan calon PAS, Mahfuz Roslan (6,594 undi). - Free Malaysia Today

Singapura Pulangkan RM45.9 Juta Wang 1MDB

MAHKAMAH Tinggi Singapura meluluskan perintah pelupusan wang dianggarkan S$15.3 juta (RM45.93 juta) yang sebelum ini didapati diselewengkan daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan/atau anak syarikatnya, iaitu SRC International Sdn Bhd. Peguamcara Kerajaan Malaysia merangkap Kumpulan 1MDB, Tan Rajah & Cheah, ketika mengesahkan perkara itu berkata, usaha untuk mendapatkan semula aset lain yang diselewengkan daripada syarikat pelaburan strategik negara masih diteruskan. “Dana yang dikembalikan ini merangkumi pelbagai mata wang negara dan ia akan dipindahkan ke akaun perolehan khas 1MDB di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Berdasarkan kenyataan itu, syarikat guaman Singapura yang dilantik Malaysia Julai lalu bagaimanapun tidak memperincikan tarikh perintah pelupusan dana 1MDB diluluskan mahkamah republik berkenaan. Peguam Negara, Tommy Thomas, pada awal Julai lalu dilaporkan berkata, kerajaan melantik syarikat guaman Singapura, Tan Rajah & ...

Melayu Yang Belum Bangkit Hanyalah Melayu Yang Masih Menyokong Umno

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu mempersoalkan pihak yang menyeru 'kebangkitan Melayu' seperti yang dijadikan tema dalam Himpunan Bangkit Melayu di Pekan Kampung Gajah, Perak, awal bulan ini. Ahmad Faizal berkata, Melayu hari ini telah lama bangkit dan ia terbukti dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu. "Pada pandangan saya, memang betul Melayu perlu bangkit. Melayu perlu bangkit daripada kelayuan, perlu bangkit daripada mimpi-mimpi indah. Tetapi Melayu mana yang mana belum bangkit ini?" soalnya. Kata Ahmad Faizal, jika ada sekali pun orang Melayu yang belum bangkit, ia hanyalah Melayu yang terus-menerus menyokong pimpinan yang melakukan kemungkaran seperti yang terdapat dalam Umno-BN. hmad Faizal berkata demikian mengulas Himpunan Bangkit Melayu di Pekan Kampung Gajah, Perak 1 September lalu yang dianjurkan Tajuddin yang juga Ketua Umno Bahagian Pasir Salak. - Malaysiakini

TMJ Dedah Ada Pihak Tertentu Intip Baginda dan Sultan Johor

JOHOR BAHRU — Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendakwa baginda dan ayahandanya Sultan Johor “sedang diperhatikan” di laman media sosial. Menulis dalam laman Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail mendakwa terdapat pihak tertentu menggunakan sistem risikan untuk memantau mereka. Tunku Ismail mendakwa baginda ada individu yang berpesan agar memaklumkan perkara tersebut kepada Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. “Adalah sangat tidak baik apabila ada pegawai yang telah menyampaikan pesan bahawa saya dan ayahanda saya, DYMM Sultan Johor sedang diperhatikan,” coret TMJ semalam. “Ramai juga ‘cybertroopers’ diletakkan pada halaman JDT serta laman peribadi kami seperti Official Sultan Ibrahim dan HRH Crown Prince of Johor atas perasaan kurang senang oleh beberapa pihak atasan.” Katanya teknologi buatan Isreal itu dimiliki kerajaan terdahulu untuk aktiviti pengintipan dan mengumpul data. Malah ia turut diguna pakai ketika musim pilihan raya untuk perang siber namun katanya tidak s...

Wang Yang Dirampas Itu Milik UMNO

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sekali lagi menegaskan bahawa wang tunai termasuk mata wang asing yang dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam beberapa serbuan di ibu negara baru-baru ini adalah milik UMNO dan mahu ia dikembalikan. Najib berkata, Presiden UMNO ditugaskan untuk mengendali semua aset parti termasuk menerima sumbangan politik daripada ahli perniagaan, korporat, individu serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Katanya, Presiden UMNO juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran untuk keperluan parti pada masa pilihan raya dan semua hak itu ada ditulis di dalam perlembagaan UMNO dan sudah menjadi satu kelaziman sejak zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad. “Walaupun saya pernah menyarankan untuk mewujudkan satu akta berkaitan sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan pada masa itu. Justeru sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini,” kata Najib menerusi catatan terbaru beliau di laman Fac...

Siang Mengemis Malam Mereka Shopping

Di sebalik lambakan pengemis tempatan mengais rezeki di tengah ibu kota, wujud pula kumpulan pelarian perang menagih simpati orang ramai. Tinjauan wartawan mendapati, sekumpulan wanita mendakwa dari Syria secara berasingan mengemis di kawasan Masjid India menghala ke Masjid Jamek bagi mendapatkan wang dengan meminta simpati orang ramai. Dengan duduk bersila di lantai sambil memegang nota tulisan We are family from Syria (kami keluarga dari Syria) sudah cukup membuatkan sesiapa saja yang melewati kawasan itu bersimpati sambil menghulurkan not wang pelbagai warna. Mungkin pakej wajah tampan dan jelita dari Asia Barat menjadikan rakyat tempatan ‘cair’ apabila mudah menghulurkan wang kepada mereka lebih-lebih lagi simpati dengan pergolakan yang berlaku di negara asal mereka. Sebaik didekati, seorang wanita Syria berusia lingkungan 40-an itu menunjukkan jari tangan satu yang mungkin bermaksud mahu wang RM1 daripada wartawan. Wartawan kemudian bertanyakan beberapa soalan dala...

Video Kecoh Depan Sogo, Protes UMNO Disekat Polis

TINDAKAN peserta perhimpunan cuba berarak dari Kompleks Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini seakan-akan mencabar undang-undang. Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Shaharudin Abdullah berkata, berikutan itu pihaknya terpaksa menghalang peserta perhimpunan terbabit bagi mengelak timbul kegusaran dan mengganggu ketenteraman awam. “Pihak penganjur tidak memberi sebarang notis dan memohon permit menyebabkan perhimpunan itu boleh dianggap sebagai satu perhimpunan haram. “Bagaimanapun, pegawai saya sudah berbincang sebelum itu. Kita bersetuju untuk mereka berkumpul dan berucap dalam tempoh satu jam, tapi bukan berarak. “Apa yang berlaku malam ini (tadi), kita akan buka kertas siasatan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya. Sementara itu, Presiden Pemantau Malaysia Baharu (PMB) Datuk Lokman Noor Adam berkata, tindakan polis yang menghalang mereka daripada berarak menjadi punca kekecohan berlaku. “Selaluny...

Video Cubaan Culik Kanak-Kanak Di Bangi Tular

Polis mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes cubaan melarikan seorang kanak-kanak di sebuah sekolah di Bandar Baru Bangi, Selangor yang tular dalam media sosial sejak semalam. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, laporan terbabit dibuat oleh ibu kanak-kanak terbabit selepas mendakwa sekumpulan lelaki cuba melarikan anaknya di kawasan luar sekolah. Ujarnya, wanita terbabit mendakwa, ketika anaknya bersama dua lagi rakannya berada di luar pagar mereka telah didatangi tiga lelaki yang menaiki sebuah kereta sebelum menawarkan gula-gula. “Berikutan itu, dakwa wanita itu lagi, anak dan dua rakannya itu telah melarikan diri daripada kumpulan tersebut selain mendakwa mereka turut dikejar oleh suspek. “Sehubungan itu, siasatan lanjut dilakukan di sekolah terbabit dan berdasarkan keterangan saksi bebas yang berada di tempat kejadian, mereka tidak mengetahui kejadian sebagaimana yang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan d...

Saya Tak Ambil Dadah - Fathia Latiff

PELAKON, Fathia Latiff memberitahu kesan lebam di kawasan matanya bukan kerana kesan pengambilan dadah. Namun aktres yang terkenal dengan pelbagai kontroversi itu menyifatkan ia merupakan genetik. "Saya ni ada campuran Arab, jadi memang akan ada kesan lebam bawah mata macam ni. "Saya boleh saja buat sesuatu dengan eye bag ni, buat pembedahan atau cucuk sana-sini, tapi saya tak mahu. "Ini memang semula jadi, tuhan cipta saya begini. I don't do drug, man!" luahnya. Fathia mengulas dakwaan salah seorang pengikutnya ketika sedang bersiaran menerusi Instagram Live. Aktres popular menerusi drama hit Ariana Rose itu turut meluahkan dia lebih selesa tidak mengenakan solekan jika tidak ke majlis tertentu mahupun berlakon. - Astro AWANI

Murid 11 Tahun Dikurung 5 Hari, Dirogol Lapan Lelaki

Udanawu - Seorang murid sekolah rendah bukan sahaja dikurung selama lima hari, malah dia turut dirogol lelaki dikenalinya. Lebih malang, ini bukanlah kali pertama perkara seumpama itu berlaku kerana siasatan polis mendapati kejadian sama kerap menimpa mangsa sejak dua tahun lalu. Menurut laporan Astro AWANI, difahamkan, mangsa yang baru berusia 11 tahun pernah dirogol lebih dua lelaki sebelum ini. Kali ini, mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh lapan lelaki. Kejadian itu terbongkar selepas keluarga mangsa membuat laporan polis selepas mangsa tidak pulang ke rumah selama lima hari. "Dari laporan itu kami melakukan siasatan dan berhasil menemukan mangsa di rumah salah seorang pelaku di wilayah Udanawu, Indonesia. "Setelah berjaya ditemui, baru mangsa bercerita telah diperkosa oleh lapan pemuda," kata jurucakap polis Samsul Anwar. Tambahnya lagi, mangsa ditemui dalam keadaan trauma. "Mangsa diperdaya oleh rakannya. Dia diberi minuman keras sebelu...

Tergamak Suami Tikam Isteri

WANITA Bangladesh cedera selepas ditikam tiga kali di bahagian perut di rumah di Taman Bukit Teratai, Ampang, 5.30 pagi, hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, mangsa berusia 26 tahun ditikam menggunakan objek tajam oleh suaminya selepas berlaku pertengkaran. Susulan itu katanya, suspek yang juga pelarian Rohingya dari Myanmar melarikan diri dari tempat kejadian. “Mangsa datang ke Malaysia dua tahun lalu dan berkahwin dengan suspek berkenaan. “Semakan lanjut mendapati dua individu berkenaan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah. “Pemeriksaan awal di hospital pula mendapati kecederaan dialami mangsa tidak serius dan tidak menembusi usus. “Mangsa dipindahkan ke wad biasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Harian Metro

Suruhanjaya Sekuriti Arah Hentikan Promosi Lavida Coin

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengeluarkan notis mengarahkan penganjur Lavidacoin untuk menghentikan semua aktiviti promosi berkaitan LaVida Coin berkuat kuasa serta merta, sementara menunggu semakan lanjut oleh pengawal selia itu berhubung perkara tersebut. “Pelabur diingatkan berhati-hati dan mengambil langkah wajar sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan, terutamanya yang melibatkan mata wang kripto dan token digital,” menurut SC dalam kenyataan hari ini. Katanya DSV Crypto Club, LUX Galaxies dan VI Profit Galaxy, yang didapati mempromosikan LaVida Coin, turut dimasukkan dalam Senarai Amaran Pelabur SC yang dipaparkan di www.sc.com.my. Pada 29 Ogos, Bank Negara Malaysia (BNM) menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), pengendali terbitan mata wang kripto LaVida Coin, dalam senarai Amaran Pengguna Kewangan bank pusat itu. Mata wang kripto itu dilancarkan oleh ratu kosmetik Datuk Seri Hasmizah Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vi...

Harga Rokok Akan Naik Hari Ini?

KUALA LUMPUR: Perokok tegar, ambil perhatian!, khabar angin bertiup kencang berhubung peningkatan harga beberapa jenama rokok hari ini. Antara jenama-jenama rokok yang bakal mengalami peningkatan harga termasuk beberapa jenama popular di pasaran. Senarai kenaikan harga yang diterima Astro AWANI sudah mula viral di media sosial sejak awal pagi tadi. Pada 30 Ogos lalu, laporan mengesahkan JT International Bhd (JTI Malaysia) mengumumkan harga rokok bagi semua jenama yang diedarkannya di Malaysia akan meningkat susulan penguatkuasaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada 1 September lalu. Laporan itu turut memetik Pengarah Urusan JTI Malaysia, Cormac O'Rourke tentang pengenalan cukai jualan 10 peratus bagi produk tembakau di Malaysia sebagai indikasi peningkatan jenaa rokok keluaran syarikat tersebut. Astro AWANI sedang memantau perkembangan terbaharu berhubung peningkatan harga rokok hari ini.

Pengetua Sekolah Dipecat Buat Aksi Tarian Tiang Depan Anak Murid

Beijing: Pengetua di sebuah sekolah rendah di China dipecat selepas majlis hari pertama persekolahan dimeriahkan dengan persembahan tarian tiang sekali gus mencetuskan kemarahan ibu bapa. Seperti kebanyakan sekolah di China, Tadika Xinshahui di Shenzhen menyambut hari pertama persekolahan dengan majlis dan sering diiringi persembahan. Bagaimanapun, majlis di tadika itu semalam turut menyelitkan persembahan tarian yang menjadi punca pengetuanya, Lai Rong dipecat. Beberapa video yang tersebar di media sosial menunjukkan seorang wanita yang berpakaian seksi membuat tarian tiang di atas pentas dan disaksikan pelajar berbaris. Beberapa pelajar dilihat meniru gerakan penari berkenaan dan ada yang menari bersama rakan-rakan mereka manakala ibu bapa pula kelihatan terkejut dengan persembahan itu. Beberapa ibu bapa memuat naik video persembahan berkenaan dan mengecam sekolah itu serta merancang untuk menukar sekolah anak mereka. “Tarian tiang di majlis buka sekolah? Bagaimana say...

'Datuk Anggun' Pemilik Juta Kelulut Global Dihukum Penjara

MAHKAMAH Majistret Seremban hari ini, menjatuhkan hukuman penjara setahun terhadap pemilik syarikat Juta Kelulut Global Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan skim penipuan perumahan di beberapa negeri. Majistret Mahyun Yusof membuat keputusan itu terhadap Siti Norbaiyah Yahya, 43, yang turut dikenali sebagai 'Datuk Anggun' selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan yang dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh menipu seorang lelaki berusia 33 tahun, dengan memberi cek RM15,000 didaftarkan atas nama Juta Kelulut Global Sdn Bhd, namun tidak dapat ditunaikan kerana dia mengarahkan bank menghentikan pembayaran. Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh melakukan kesalahan yang sama terhadap mangsa yang sama dengan masing-masing membabitkan cek bernilai RM17,500. Semua kesalahan itu dilakukan di kawasan Nilai, dekat sini, masing-masing pada 31 Mac, 30 April dan 31 Mei, tahun lalu. Berikutan itu, dia didakwa...

"Tak Solat Maghrib Lebih Munafik Daripada Munafik 2" - Ulamak Tempelak Penonton Lalai Solat

Pendakwah popular, Ustaz Shahrizan Mohd Daud At-Turabi menegur segelintir penonton yang lalai dengan kewajipan hakiki hingga mengabaikan solat semata-mata untuk menonton wayang. Kata Ustaz Shahrizan, teguran tersebut ditujukan kepada segelintir penonton yang memilih tayangan pada waktu senja hingga sanggup meninggalkan solat Maghrib. "Munafik 2 terbaik! Tapi tengok Munafik 2 kat panggung showtime 6.50 petang dan tak solat Maghrib lebih munafik daripada Munafik 2. "Bagi yang sanggup solat dengan keluar panggung sekejap, yang solat jamak, yang 'period' dan macam-macam jawapan lain tak perlu terasa. "Yang perlu terasa dengan teguran ini adalah bagi yang tak solat terus sampai masuk Isyak. Lepas tu bajet-bajet tak apa boleh qada'," tulisnya di Instagram. Namun, Ustaz Shahrizan memuji usaha yang dilakukan sutradara hebat Syamsul Yusof untuk mengangkat imej golongan ulamak dalam karya terbaharunya. "Korang jangan marah Abang Syamsul Yusof ...

Netizen Puji Anak Dara Azhar Sulaiman Cantik Macam Fazura

Pelakon Azhar Sulaiman telah mengundang perhatian ramai netizen lelaki apabila memuat naik gmbar bersama anak bongsunya. Azhar berkongsi foto dirinya bersama Kasih Iris Leona di laman Instagram (IG) baru-baru ini. Apa yang menarik, segelintir pengikut lelaki telah bertindak nakal dengan meluahkan hasrat 'ingin memetik bunga di taman'. "Assalamualaikum uncle... Kawan saya namanya sulaiman, saya berhasrat nak memetik bunga ditaman.. harap comment saya ni dibaca dan diteliti... sekian dari saya insan yang lemah," tulis seorang pengguna Instagram yang menggunakan nama @norfarhanfadzil. Azhar turut 'sporting' melayan kerenah peminatnya dan membalas komen tersebut. Rata-rata peminat turut memuji kecantikan anak perempuan Azhar yang baru berumur 16 tahun itu serta mengatakan yang Kasih adalah pelapis kepada pelakon Fazura. Sumber: Astro Gempak

Haqiem Rusli Fobia Dengan Perempuan? Tak Nak Bercinta.

Penyanyi yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli menjelaskan dirinya mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerjaya dan tidak mementingkan soal cinta. Menurut Haqiem, dia tidak mahu bercinta buat masa ini kerana beranggapan ia boleh menganggu jadual kerjayanya yang sibuk. "Saya bukan tak nak bercinta, tapi sekarang bukanlah masa yang sesuai memandangkan jadual kerja saya yang agak sibuk. "Saya juga belum bersedia kerana masih serik, saya pernah ditinggalkan oleh kekasih jadi sekarang saya masih fobia untuk bercinta," katanya. Haqiem ditemui di Kempen Johara Tour bertempat di Mydin Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Dalam perkembangan lain, Haqiem sedang sibuk mempromosikan album terbaru yang berjudul Segalanya, antara lagu yang dimuatkan dalam album ini adalah Segalanya, Tergantung Sepi, Jatuh Bangun dan banyak lagi. - Astro Gempak

Ismail Budak Mentah, Bukan Taste Saya

“SAYA tidak berkawan mahupun bercinta dengan penyanyi Ismail Izzani seperti digosipkan itu. “Saya kenal Ismail pun hanya menerusi Zarina yang memang berkawan dengannya,” kata pelakon Nur Fathia Latiff ketika mengulas dakwaan dirinya menjalin hubungan dengan penyanyi remaja terbabit. Menurut Fathia, 31, namanya dikaitkan dengan Ismail apabila dia memuat naik foto mesra penyanyi muda itu dan pelakon Zarina Ann Joulie di laman Instagramnya, baru-baru ini. “Saya memang berkawan baik dengan Zarina dan memuat naik foto terbabit di laman instagram kerana permintaan Zarina sendiri. “Zarina meminta bantuan saya memuat naik foto itu kerana mahu mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya sebelum ini. “Saya tidak menyangka akhirnya nama saya pula dikaitkan ada hubungan dengan Ismail,” katanya kepada Harian Metro. Terus terang, kata Fathia lagi, penyanyi remaja popular dengan lagu Luar Biasa itu juga tidak memenuhi kriteria teman lelaki idamannya. “Kalau...

Pasangan Kekasih Songsang Dihukum Sebat Hari Ini.

HUKUMAN sebatan di khalayak umum yang dikenakan terhadap pasangan kekasih songsang berusia 22 dan 32 tahun di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu berjalan dengan lancar dengan disaksikan kira-kira 100 orang. Kedua-dua pesalah menjalani hukuman sebatan enam kali seorang di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd; Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syarie Terengganu, Rosdi Harun; dan Hakim Syarie, Kamalruazmi Ismail pada 10.10 pagi. Hukuman sebatan di khalayak umum yang dilaksanakan hari ini adalah yang pertama kali dilakukan di negeri ini. Bagaimanapun, hukuman dilaksanakan di dalam Dewan 2 Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu. Turut hadir bagi menyaksikan hukuman adalah ahli keluarga pesalah, wakil badan peguam, badan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media. Turut menyaksikan hukuman adalah Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Yahaya Ali; Pengerusi Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Satiful Bahri Mamat; dan Ahli Par...

Tular Video Umno Anjur Kursus 'Demo' Jalanan

Salah seorang pemimpin utama Umno ketika ini, Lokman Noor Adam, parti itu sedang mempersiapkan "tentera" dalam usaha mereka "memusnahkan" parti yang sedang memerintah sekarang. Memetik laproan Malaysiakini, Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam memberitahu "tentera" terbabit memiliki semangat juang yang tinggi bagi menghadapi Pakatan Harapan (HARAPAN). Mengulas mengenai satu klip video yang tular sejak semalam, Lokman mendakwa ia juga menjadi isyarat jelas bahawa Umno sentiasa membawa isu rakyat, bukannya hal-hal perkauman sempit. Terdahulu satu klip video pendek menjadi tular sebelum dipersendakan sesetengah pihak, terutama penyokong kerajaan. Melalui klip video itu kelihatan sekumpulan orang berlatih mengadakan demonstrasi. Menurut keterangan mengiringi klip video itu aksi tersebut ialah sebahagian daripada pengisian kursus asas Umno untuk menjadi pembangkang berkesan. Ia diadakan selama tiga hari mulai 31 Ogos, dipercayai di...

Wanita Suka Kahwin Lewat Punca Penduduk Tak Bertambah

Sikap ramai wanita yang memilih berkahwin lewat dilihat boleh memberi implikasi negatif terhadap tahap kesuburan sekali gus menjejaskan bilangan penduduk di negara ini. Pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Hamid Arshat, berkata ketika ini purata kadar kesuburan wanita berusia 15 hingga 50 tahun di negara ini amat rendah iaitu 1.9, sedangkan sekurang-kurangnya ia patut pada tahap dua. Katanya, kadar kesuburan yang amat rendah itu dianggap langsung tidak dapat membantu untuk menggantikan ibu bapa yang sudah meninggal dunia. “Apa yang merisaukan ialah apabila wanita memilih berkahwin lewat, kadar peratusan kesuburan mereka berkurangan dan tidak begitu produktif bagi menambah bilangan penduduk di negara ini. “Bahkan ia juga boleh meningkatkan peratusan untuk penyakit membabitkan peranakan. Pada usia 20-an adalah kemuncak kepada kesuburan wanita, menghampiri 30-an kadar kesuburan hanya 50 peratus dan 40-an pula hanya 10 hingga 15 peratus saja. “Berbeza golongan lelaki, mereka t...

Lavida Coin Bukan Skim Cepat Kaya - Vida

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida menafikan tuduhan orang ramai bahawa Lavida Coin (LVC) merupakan skim cepat kaya. Beliau berkata mata wang kriptonya itu diwujudkan kerana pernah “mendapat pulangan yang baik” melalui urusniaga tersebut, lapor Utusan Online. “Saya komited memastikan LVC ini mematuhi segala peruntukan yang digariskan oleh pihak berkuasa dan diurus berdasarkan tadbir urus yang baik bagi memastikan ketelusannya,” kata pemilik nama asal Datuk Seri Hasmiza Othman. Malah tegas pengasas Vida Beauty, beliau sedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa supaya segala peraturan dipatuhi. Sehubungan itu ujarnya, perbincangan akan diadakan secepat mungkin dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bank Negara Malaysia (BNM). BNM pada Rabu menyenaraikan VI Profit Galaxy (DSV Cryptoclub & LUX Galaxies), pengendali LVC dalam Senarai Peringatan Kepada Pengguna Kewangan. Senarai itu mengandungi maklumat syarikat dan laman web yang tidak mendapat lesen atau kelulusa...

Video: 2 Guru Tahfiz Cucuh Api, Ugut Potong Kemaluan Pelajar Tular

Tindakan seorang guru tahfiz wanita mencucuh api dan mengugut untuk memotong kemaluan seorang kanak-kanak lelaki membawa padah, apabila dia dan seorang lagi guru lelaki ditahan polis malam semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan, Mohd Noor Yusof Ali berkata, 2 suspek berusia 43 dan 42 tahun yang dipanggil “bonda” dan “walid” ditahan 10 malam semalam di Kampung Selamat, di sini, selepas polis menerima laporan daripada bapa kanak-kanak berusia 8 tahun itu. “Pengadu yang berusia 25 tahun itu hanya menyedari anaknya diperlakukan sedemikian selepas menonton satu klip video yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp petang semalam,” katanya ketika dihubungi hari ini. Menurut Yusof, klip video selama 1 minit 19 saat itu memaparkan guru tersebut menarik kemaluan anak pengadu, sebelum mengugut akan memotong dengan sebilah gunting pemotong rumput serta dicucuh pemetik api. Malah, 2 lagi klip video masing-masing selama 25 saat dan 56 saat, turut memaparkan mangsa dipukul dengan rotan oleh guru ...

Ini Kisah Sebenar Ebit Lew Jumpa Marina.

PENDAKWAH yang tidak asing lagi, Ustaz Ebit Lew berkongsi di laman sosialnya tentang pertemuan dengan aktivis masyarakat, Datin Marina Mahathir. Beliau turut melahirkan rasa sebak apabila dapat berjumpa dengan aktivis masyarakat itu dan dapat berkongsi pengalaman tentang usaha dakwah di negara ini. Perkongsian itu turut mendapat 22,000 like dan telah dikongsi oleh lebih 7,000 pelayar. “Beliau sangat baik mendengar dan sangat merendah diri, seronok dapat saling berkongsi. “Walaupun (dalam) suasana agak bising, kami dapat berbual dekat dua jam. Jarang orang besar nak dengar saya cakap (berkaitan) agama sampai dua jam,” tulis beliau dalam Facebooknya. Menurut Ebit, Marina melahirkan rasa kagum dengan usahanya itu yang berusaha membimbing dan membantu golongan maknyah dan masyarakat gelandangan di negara ini biarpun dia berketurunan Cina. Katanya, Marina ada memberitahunya bahawa ramai kalangan maknyah ingin mengerjakan solat cuma mereka perlu dibimbing. “Halal itu jelas. ...

Isu Foto Mesra Dengan Zarina Ann Di kelab malam Tersebar, Ismail Izzani Mohon Maaf Kat Mama Dan Keluarga

Gara-gara tular sekeping foto bersama pelakon Zarina Ann Joulie, penyanyi Ismail Izzani tampil memohon maaf kepada semua pihak. Melalui kenyataan rasmi pihak pengurusannya, Ismail, 18, turut berasa kesal dengan apa yang telah terjadi. "Secara jujurnya, Ismail sudah pun memohon maaf kepada pihak pengurusan dan juga kepada Mama dan familynya. "Beliau kesal dan insya-ALLAH kami akan sentiasa berada di sisi beliau untuk terus memberi sokongan dari segala aspek, tambahan lagi pada waktu sukar seperti begini," katanya. Sebelum ini dunia seni tempatan dikejutkan dengan penyebaran gambar di Twitter yang dipercayai penyanyi Ismail Izzani dan pelakon Zarina Ann Joulie. Dikatakan lokasi foto mesra tersebut diambil seakan-akan di sebuah kelab malam. Pelakon Fathia Latiff juga dikatakan telah memuat naik gambar tersebut di Instagramnya dengan kapsyen “@ismailizzani call her now!,” Namun Fathia telah memadam gambar tersebut. Sehingga kini kedua-duanya belum lagi me...

Elfira Loy Selamat Bertunang Dengan Anak Datuk???

Pelakon Elfira Loy difahamkan baru sahaja selamat bertunang dengan lelaki bernama Faris yang merupakan anak kepada seorang usahawan bergelar Datuk, kira-kira 9 pagi tadi. Gempak dimaklumkan, Elfira, 24, mengadakan majlis merisik dan bertunang secara kecil-kecilan dan tertutup di kediamannya, Alam Damai, Kuala Lumpur. Menurut sumber yang terdekat dengannya, difahamkan juga Elfira baru beberapa bulan sahaja mengenali jejaka tersebut yang berusia 27 tahun. “Mereka dah selamat merisik dan bertunang sebentar tadi. Hanya keluarga dan rakan terdekat sahaja dijemput. Majlis ini dirahsiakan daripada umum. “Tidak silap saya perkenalan mereka bermula pada Ramadan lalu, tak sangka mereka mengambil masa yang cepat untuk bertunang. “Faris kini bekerja di syarikat bapanya yang merupakan seorang usahawan bergelar Datuk,” katanya. Terdahulu, Elfira pernah bertunang dengan penyanyi Sufian Suhaimi, namun jodoh mereka tidak kesampaian selepas berpisah pada awal tahun ini. - Astro Gempa...

Lelaki Hina Agama Islam Ditahan Polis

Polis Selangor menahan seorang lelaki yang dikesan menghina agama Islam di Johor Bharu, awal pagi tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.40 pagi di tempat awam. "Suspek yang berasal dari Kedah itu tinggal di Johor Bharu tetapi berkerja di Singapura. "Dia ditahan selepas satu laporan polis dibuat pada 30 Ogos lalu berkenaan videonya menghina agama Islam tersebar di media sosial," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Fadzil berkata, laporan polis terbabit dibuat seorang lelaki Melayu di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan. Dalam video berdurasi kira-kira dua minit 30 saat itu, seorang lelaki memakai baju singlet putih dan bertopi dilihat menghina serta mempersendakan agama Islam. Lelaki terbabit turut mengeluarkan perkataan kesat yang ditujukan ...

Kuala Lumpur Lengang, Warga Asing Hilang.

Situasi pelik apabila lokasi sekitar Jalan Petaling, Jalan Silang serta Chow Kit di sini, yang sering dibanjiri ribuan warga asing pada setiap hujung minggu tiba-tiba lengang semalam. Tinjauan wartawan di ketiga-tiga kawasan itu mendapati kawasan kaki lima dan kedai yang sering menjadi tumpuan warga asing bertukar sunyi seolah-olah mereka sudah menghidu operasi bakal dijalankan Jabatan Imigresen (imigresen) semalam. Harian Metro sebelum ini secara bersiri mendedahkan kawasan sekitar Jalan Petaling dan Jalan Silang, di sini menjadi tumpuan warga asing susulan kewujudan kedai dan klinik haram menjual ubat seludup sejak 23 Ogos lalu. Bagaimanapun kehadiran peniaga warga asing yang menjual pelbagai jenis barangan di kaki lima sekitar kawasan Jalan Silang di sini, turut tidak kelihatan semalam. Senario yang sama juga boleh dilihat di sekitar perhentian bas berhampiran Kompleks Kotaraya yang selalunya sibuk dengan warga asing yang menggunakan bas dari sekitar Lembah Klang untuk ke...

Lokman Gelar Tun Dr Mahathir 'Si Tua Puaka', 'Mamak Bendahara'

Dalam membangkitkan kebimbangan orang Melayu dan Islam "terancam" di bawah kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN), pemimpin Umno menggelar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'mamak bendahara' dan 'si tua puaka'. Bercakap di Himpunan Kebangkitan Melayu di Pekan Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak malam tadi, Lokman mempersoalkan pelantikan bukan Muslim sebagai peguam negara yang menurutnya akan berkuasa untuk menyaman sultan dan raja. "Peguam negara ada kuasa untuk dakwa, saman yang di-pertua negeri, sultan dan ada kuasa untuk dakwa Yang di-Pertuan Agong dalam mahkamah khas yang diwujudkan mamak bendahara, si tua puaka yang bernama Tun Dr Mahathir Mohamad. "Takkan kita nak diam? Kita harus bangkit. Betul?" katanya kepada ribuan hadirin sebelum melaungkan slogan "Hidup Melayu!" dan "hancur DAP". Kerajaan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara pada Jun lalu. "Pernah kita (BN) angkat seorang yang s...

Hubungan Sulit Dengan Isteri Majikan Terbonkar, Lelaki Bunuh Majikan

LIMA orang ditahan kerana membunuh kejam majikan mereka sebelum cuba menghapuskan mayat itu dengan mengerat serta membakarnya di Kanchanaburi, lapor media tempatan. Thailand News melaporkan, rakyat tempatan, Phuphathong Phathongphum, 36, Nattaphon Wiwatkunthon, 27, dan Montri Sunkham, 22, serta dua lelaki Myanmar yang cuma dikenali sebagai Soni, 25, dan New Aung, 36, didakwa atas tuduhan membunuh serta menyembunyi dan menghapuskan mayat kata jurucakap polis, Phumin Phumphanmuang. Menurut Bangkok Post, Phuphathong mengaku merancang pembunuhan mangsa, Nawaphong Satchathamphiwat selepas lelaki itu mendapat tahu hubungan sulitnya dengan isteri majikannya itu. Dia dan Soni adalah rakan sekerja manakala suspek lain kawan kepada Soni. Pada hari kejadian, Soni dan New Aung melawat mangsa di rumahnya dan masuk ke rumah kononnya untuk mengambil makanan. Phuphathong yang datang lebih awal ke rumah itu menunggunya masuk sebelum membelasah mangsa dan menikamnya tiga kali menggunakan pi...

Yard Tampil Mendedahkan Punca Sebenar Pergaduhan Dengan Penarik Kereta

Berikutan video pertelingkahan yang berlaku antara penarik kereta serta pemilik kenderaan yang menjadi viral baru-baru ini, kini pemilik kenderaan berkenaan telah tampil menjelaskan perkara sebenar yang berlaku ketika itu. Mengikut penerangan daripada pemilik kenderaan berkenaan, kereta tersebut adalah milik arwah bapanya dan pihak mereka juga sememangnya telah pun berjumpa pihak bank untuk menyerahkan kereta terbabit semula. Namun pihak bank sendiri yang meminta agar penyerahan tersebut ditangguhkan dulu bagi menyelesaikan beberapa proses terlebih dahulu. Menurut abang kepada lelaki yang terdapat dalam video pertelingkahan tersebut, ketika kejadian adiknya itu keluar untuk pergi makan tengah hari tidak jauh dari pejabat tempatnya kerja sebelum didatangi oleh dua lelaki yang memintanya supaya menyerahkan kunci kereta. Salah seorang daripada lelaki tersebut telah mengenalkan diri sebagai EPS dengan kelulusan KPDNKK dan adik saya juga sempat mengambil gambar kad EPS milik lela...