Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

PDRM Dapat Kerjasama Dengan Polis Indonesia Buru Jamal.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dipercayai telah melarikan diri ke sebuah kepulauan di negara jiran itu. Akhbar tempatan pada Khamis melaporkan Jamal yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar dipercayai sudah meloloskan diri ke Tanjung Balai, Karimun Besar, Indonesia, dua hari selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri di sini, pada Jumaat. Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata PDRM sedang mempergiatkan usaha bagi mengesan seterusnya membawa Jamal pulang semula ke negara ini. "Saya meminta Ketua Polis Negara untuk memburu beliau yang katanya dia berada di Indonesia... jadi kita akan minta bekerjasama dengan pihak polis di sana mencari beliau untuk membawa ke sini. "Apa-apa pun, kalau beliau ada apa-apa kesalahan yang dilakukan saya serahkan kepada polis untuk mengambil tindakan," katanya kepada pemberita selepas Program Penerapan Nilai Murni Bulan Ramadan ...

Ini Jawapan PAS Kepada UMNO, Setelah UMNO Meminta PAS Bergabung Dengan Mereka.

Semalam Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mempelawa PAS bergabung bagi membentuk kuasa lebih kukuh selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).  Menurut laporan Harian Metro, PAS mempelawa ahli UMNO menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) . Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sentiasa membuka pintu kepada ahli UMNO untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan UMNO. "Saya sudah lama ajak mereka (UMNO) masuk PAS. Bila mereka sudah hilang kuasa pada PRU lalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka sertai PAS, bukan PAS yang akan sertai UMNO. "Apa yang berlaku pada PRU lalu adalah kerana rakyat tolak Barisan Nasional (BN), jadi atas sebab itu kita buka pintu kepada BN dan UMNO untuk sertai PAS," katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kesy...

Najib Letak Jawatan Sebagai Pengerusi Khazanah.

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak telah meletak jawatan sebagai pengerusi Khazanah Nasional yang berkuatkuasa hari ini, kata syarikat pelaburan negara itu dalam satu kenyataan. Kenyataan itu dibuat hanya beberapa jam selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyarankan Najib supaya meletakkan jawatan daripada lembaga pengarah Khazanah. Namun, tidak jelas Najib melepaskan jawatannya itu sebelum atau selepas Lim membuat saranan itu. Sebelum ini, The Malaysian Reserve melaporkan setakat hari Isnin lalu, Najib serta bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan bekas ketua setiausaha perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah masih memegang jawatan di lembaga pengarah Khazanah. Bagaimanapun, Khazanah menjelaskan Irwan telah meletak jawatan pada 23 Mei lalu, sementara Johari meletakkan jawatan semalam. Saranan Lim dibuat ketika menjawab soalan pemberita jika Najib akan dipecat daripada lembaga pengarah Khazanah. Bagaimanapun adik Najib, Datuk Seri...

Jamal Lari Ke Indonesia, Muhyiddin Mahu Jamal Ditangkap.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menolak rayuan "melindungi" Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos yang hilang selepas berjanji untuk menyerah diri kepada polis semalam. "Apa nak lindung apa? Dia tahu dia buat salah lepas tu dia lari," Muhyiddin memberitahu pemberita selepas hadir majlis berbuka puasa Jabatan Penjara di masjid Penjara Kajang malam ini. Muhyiddin berkata beliau juga meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun mengesan Jamal yang dilaporkan disiasat untuk sembilan kes, termasuk tiga daripadanya yang telah dibuat pertuduhan pada Jumaat lalu di Hospital Ampang Puteri. Dalam satu kenyataan hari ini, ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat mengesahkan polis sedang dalam proses meletakkan Jamal dalam larangan perjalanan imigresen susulan desas-desus dia melarikan diri ke Indonesia. "Saya sedang minta KPN untuk memburu beliau. "Dengar kata dia di Indonesia dan kita minta kerjasama polis di sana unt...

Polis Akan Minta Imigresen Senarai Hitam Nama Jamal.

Polis mahu meletakkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam senarai hitam imigresen di tengah-tengah desas-desus beliau meninggalkan negara ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Fadzil Ahmat dipetik New Straits Times sebagai berkata pihak polis sedang berusaha untuk menyenarai-hitamkan Jamal daripada perjalanan ke luar negara. Hal ini diumumkan ketika Sin Chew Daily melaporkan Jamal telah pergi ke Indonesia. Bagaimanapun, laporan itu menyebut Fadzil enggan mengesahkan desas-desus tersebut tetapi menegaskan pihak polis melakukan yang terbaik untuk mengesan Jamal. Sebelum ini Jamal dikatakan akan hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya selepas menghilangkan diri pada 25 Mac lalu. Menurut laporan Malaysiakini, dalam satu rakaman audio kepada media hari ini, beliau berkata akan ke IPD Ampang Jaya untuk memberi keterangan. Semalam Jamal dikatakan menghina sistem keadilan, kata jawatankuasa undang-undang jenayah Badan Peguam Malaysia, Baljit Singh Sid...

Wanita Menghidap Penyakit Kanser Nekad Teruskan Perkahwinannya

Setiap insan yang cinta sudah pasti mengimpikan persandingan yang gilang gemilang disaat majlisnya nanti.Siapa sahaja yang tidak mahu berkahwin bukan? Sama seperti wanita yang lain,insan ini juga  telah memgimpikan tentang hari pernikahannya sejak dari kecil lagi. Setelah bertemu dengan insan yang dicintainya mereka merancang untuk mendirikan rumah tangga secepat mungkin. Segala-galanya yang berlaku tepat pada masanya, dan dia begitu gembira dengan keadaan itu. Dia menyedari bahawa dia telah menemui lelaki idamannya yang mampu untuk berkongsi hidupnya. Tetapi, ketika tarikh perkahwinan semakin dekat, dia mendapat panggilan telefon yang menghancurkan mimpi itu. Ketika Laurin Long bertemu Michael Bank, hidupnya telah berubah selama-lamanya.Pasangan ini berkenalan di Plenty Of Fish, yang merupakan satu laman web dalam talian.Michael terpikat oleh senyuman Laurin di atas foto profilnya dan memutuskan untuk menghubunginya. Mereka mula menghantar mesej antara satu ...

Saya Tak Peduli Umno Bangkit Atau Tidak, "Saya Tidak Mahu Ulas Tentang Parti Bodoh Macam Umno.

Tan Sri Rafidah Aziz nampaknya tidak peduli sama ada Umno - parti yang dianggotainya sekian lama dulu - akan bangkit semula atau tidak. "Mengapa saya perlu bazirkan pandangan saya untuk mereka?" soalnya kembali ketika ditanya tentang nasib parti itu selepas kekalahan pada PRU ke-14. Sinonim dengan gaya lantang dan tidak berlapik, bekas ketua Wanita Umno itu tidak bercakap banyak berhubung soal parti yang pernah dipimpinnya itu. "Saya tidak mahu ulas tentang parti bodoh ini. "Saya tidak peduli apa yang mereka mahu cadangkan," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini, ketika ditanya berhubung cadangan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin agar keahlian Umno dibuka kepada semua kaum. Selepas ditanya lagi beliau akhirnya menyatakan pandangannya. "Saya tidak peduli tentang Umno, mereka buang saya. Jika mereka mahu bunuh parti sendiri, teruskan. Sebuah parti hanya boleh ke depan berdasarkan siapa yang mentadbirnya. "Anda bercakap tentang parti yang mana or...

Peruntukan Kepada Semua Umno Bahagian Dan Sayap Ditamatkan.

Berikutan kekalahan besar pada pilihan raya umum ke-14, Umno mengambil keputusan untuk menamatkan penyaluran peruntukan bulanan ke semua bahagiannya di seluruh negara. Mengikut surat bertarikh 22 Mei, daripada setiausaha agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada semua setiausaha bahagian dan penolong setiausaha semua sayap, peruntukan bulanan akan ditamatkan. "Sayugia dimaklumkan, Ibu Pejabat setelah meneliti kedudukan kewangan parti dan ingin memaklumkan yang mana penyaluran peruntukan bulanan kepada pihak Bahagian dan Pergerakan Sayap-sayap Bahagian terpaksa ditamatkan bermula Mei 2018. "Walau bagaimanapun, adalah diharapkan bahawa pihak Bahagian dan Sayap Pergerakan Bahagian dapat meneruskan pengoperasian Bahagian sepertimana kebiasan sebelum ini. “Kerjasama semua berhubung perkara ini amat dihargai," petik surat itu. Semakan Malaysiakini dengan seorang pemimpin Pemuda Umno Johor mengesahkan bahawa mereka turut menerima surat berkenaan. Umno dan ...

Kanak-kanak 3 Tahun Tersekat Di Pagar Besi Gara-gara 'Misi Menyelamat'

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang amat menyukai watak penyelamat didalam cerita kartun 'PAW Patrol' telah membuat misi menyelamatnya sendiri sehinggakan kepalanya tersekat di dalam pagar. Kanak-kanak lelaki yang dikenali sebagai Jayus Collier bermain di taman rumahnya di Huddersfield, West Yorkshire, ketika ibunya Rebecca Clarke berpaling untuk beberapa saat dari melihtanya. 'Apabila saya memalingkan kepala, saya melihat kepalanya berada di dalam pagar,"jelas Clarke. 'Dia fikir ia lucu tetapi saya mula panik kerana saya tidak dapat mengeluarkannya.' Selepas menelefon ibunya untuk mendapatkan nasihat, Clarke kemdiannya membuat panggilan 999 dan lega apabila seorang anggota dari Stesen Bomba Huddersfield tiba dalam beberapa minit untuk mengeluarkan anaknya. Anggota bomba menggunakan alat khas untuk membuka besi pagi itu.'Dia telah terperangkap selama kira-kira 20 minit, "kata Clarke. Ketika kejadian berlaku, Ja...

Kelibat Misteri Muncul Di Belakang Kanak-kanak Ini Semasa Sedang Bergambar

Ibu kepada dua orang anak ini mendakwa bahawa dia tidak dapat tidur selepas melihat ada sesuatu di belakang gambar anaknya yang sedang berdiri di belakangnya dengan tangan dibahunya. Semasa kejadian itu,Laura dan anak-anaknya berkunjung ke Plessey Woods Country Park di Northumberland bersama keluarganya bagi menghabiskan sisi cuti yang ada. Apabila anak perempuan Laura Charlotte, 15, dan Byrin Watson, sembilan, ingin memanjat pokok besar bersama seorang lagi sepupunya Jack, 16, Laura memutuskan untuk mengambil beberapa keping gambar sebagai kenangan. Walau bagaimanapun apabila dia  secaraa tidak sengaja menelitit semula gambar tersebut daia melihat ada seseorang yang berdiri di belakangnya dengan tangan dibahu sedangkan tiada siapa dibelakang pokok pada ketika itu. Walaupun pada awalnya ragu-ragu terhadap apa yang dilihatnya, Laura berkata gambar itu telah meyakinkannya kerana  ia begitu jelas. Dia merancang untuk kembali ke tempat tersebut dan mengakui dia berh...

Sepasukan Polis Hadir Di Rumah Najib Ambil Keterangan Lagi.

Polis hari ini merakamkan keterangan bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berhubung pemeriksaan dan serbuan polis di tiga unit kediaman di Pavilion Residences di sini pada 18 Mei lepas. Kenderaan polis dipercayai dinaiki pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dilihat keluar dari kediaman peribadi Najib di Langgak Duta pada pukul 1.40 petang setelah dua jam berada di kediaman itu hari ini. Menurut sumber, proses mengambil keterangan itu sepatutnya dilakukan semalam namun terpaksa ditunda pada hari ini bagi membantu siasatan. Katanya siasatan dijalankan susulan laporan polis yang dibuat Najib di Pekan, Pahang baru-baru ini mengenai serbuan dan rampasan barangan milik berharga di apartmen mewah yang terletak di Jalan Raja Chulan itu. Semalam, polis mengambil keterangan anak perempuan Najib berhubung tindakan polis merampas beberapa barangan miliknya susulan pemeriksaan di apartmen mewah itu. Polis dilaporkan mengambil keterangan anak...

Polis Sahkan 2 Remaja Bawa Petrol, Kebakaran Menyayat Hati Yang Mengorbankan 23 Pelajar Pusat Tahfiz

Pihak pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa hasil siasatan polis mendapati, dua tertuduh remaja melompat masuk ke dalam kawasan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah  Dua remaja dikatakan membawa petrol yang diisi dalam botol air mineral dalam kejadian kebakaran menyayat hati, yang mengorbankan 23 penghuni pusat itu. Pengarah Pendakwaan Kuala Lumpur, Othman Abdullah berkata, pada malam sama sebelum kebakaran tercetus pada 14 Sept 2017, tertuduh telah berbual bahawa mereka mahu membakar pusat tahfiz tersebut. Katanya, tertuduh dilihat meninggalkan Lorong Keramat 18, Jalan Datuk Keramat pada 4.15 pagi hari kejadian dengan kedua-duanya menunggang motosikal dan pada jam 4.30 pagi, mereka telah ke kawasan berhampiran pusat tahfiz sebelum masuk ke dalam kawasan pusat tahfiz dengan cara melompat pagar dan membawa petrol yang diisi dalam botol air mineral. “Pada jam 4.50 pagi, tertuduh-tertuduh telah melompat keluar daripada pusat tahfiz berkenaan dalam keadaan cemas d...

Ahli Umno Dirayu Bangkit Dan Kekal Berjuang.

Bekas Adun Kempas, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Abdul Hamid Jumat merayu kepada semua ahli Umno supaya kekal berjuang di dalam parti berkenaan. Menurutnya, setiap ahli juga dimohon untuk menghidupkan cawangan-cawangan Umno dengan mengadakan mesyuarat sekali gus meneruskan perjuangan tanpa memilih parti alternatif. "Sesungguhnya ALLAH akan membalas jasa mereka yang beriman kepada-Nya dan taat kepada kepercayaan kita. "Yang berhijrah ke parti lain akan dianaktirikan oleh mereka dan mereka akan dianggap sebagai orang-orang yang tidak boleh dipercayai kerana telah mengkhianati parti asal mereka untuk bersama pihak yang menang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Tengku Putra Haron Aminurrashid berkata, meskipun kecewa dengan pucuk pimpinan, tempoh masa sekarang adalah peluang kepada ahli untuk menentukan hala tuju dan pucuk pimpinan parti yang baharu pada pemilihan akan datang. "Marilah kita kekal bersama di dalam apa keadaan sekalipun, ...

Rayuan Rosmah Isu Permata Dimakbulkan Tun Dr Mahathir

Rayuan Datin Seri Rosmah Mansor agar PERMATA dikekalkan mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Dr Mahathir yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, program itu tidak lagi akan diletakkan di bawah perdana menteri dan sebaliknya diletakkan di bawah Kementerian Pendidikan. "Program PERMATA akan dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri kepada Kementerian Pendidikan," kata Dr Mahathir dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet di Putrajaya hari ini. Rosmah yang merupakan isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak memulakan program PERMATA pada 2006. Dalam sebuah wawancara, Rosmah merayu agar kerajaan baru mengekalkan program berkenaan selepas suaminya yang juga bekas pengerusi BN kalah dalam pilihan raya umum (PRU) yang lalu. Najib kini sedang disiasat berhubung skandal 1MDB. Ketika di bawah pentadbiran BN, PERMATA dikritik berhubung perbelanjaan RM30 juta setahun. Rosmah turut dikecam ketika mengetuai delegasi PERMATA ...

Mahathir Penyelamat Malaysia Hero Versi Bollywood Akan Difilemkan

Seorang produser Bollywood merancang memfilemkan kemenangan Tun Dr Mahathir Mohamad menjawat kembali jawatan Perdana Menteri Malaysia dengan menggambarkan beliau sebagai penyelamat dalam kempen memerangi rasuah. Raman Kumar, 73, berkata filem itu akan memberi tumpuan kepada intrik politik dan bagaimana Dr Mahathir menggunakan akal budi, kebijaksanaan dan pengalamannya selama 22 tahun sebagai perdana menteri untuk menerajui negara sekali lagi. Beliau sebelum ini menjadi perdana menteri dari 1981 hingga 2003 dan berkempen atas platform antirasuah semasa PRU ke-14 lalu. "Saya mahu mengarahkan dan menghasilkan filem ini kerana Dr Mahathir - pada usia 92 tahun - berjaya membawa rakyat Malaysia bersama-samanya memenangi pilihan raya. "Beliau memang memiliki kekuatan, keinginan dan ketabahan yang mengagumkan," katanya kepada Bernama. Dengan tajuk filem yang dirancang bertajuk 'Mahathir Penyelamat Malaysia', filem itu akan dirakamkan dalam bahasa Hindi dan dialih suara...

Kena Gigit Ular, Wanita ini Ditanam Menggunakan Najis Lembu Hidup-hidup.Namun Ini Yang Terjadi..

INDIA-Seorang wanita di India bernama Devendri telah digigit oleh ular di tangannya.Selepas digigit ular, wanita ini dikebumikan hidup dengan kotoran lembu, hasilnya mengejutkan. Kejadian itu dipercayai berlaku di Bulandshahr, Uttar Pradesh, India Utara.Pada mulanya Devendri mencari kayu api dan seekor ular yang berada tidak jauh dari lokasi kejadian bertindak mematuknya. Devendri kemudian pulang ke rumah dan memberitahu suaminya, Mukesh mengenai kejadian itu. Tidak lama kemudian mereka meletakkan beberapa ubat serbuk yang ditaburkan pada luka bekas gigitan ular dan mengikat lengan Devendri menggunakan tali.Tetapi cara itu tidak mendatangkan hasil. Akhirnya, pasangan itu bersetuju untuk memanggil seorang pakar perubatan ular bernama Murarey. Menurut laporan dari Dailymail,Murarey mencadangkan rawatan pelik yang mungkin akan menghisap biasa ular dari badan Devendri. Ia dikatakan pelik kerana rawatan itu memerlukan seseorang yang terkena gigitan ular dikebumikan dengan tahi lembu. Muke...

Jika Saya Pulang, Saya Akan Dibunuh Dalam Dipenjara - Sirul Azhar

Sebelum ini rata-rata rakyat malaysia tahu kes Bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan pembunuh Altantuya Shaariibuu dikatakan melibatkab bekas Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Najib Tun Razak. Menurut laporan Malaysiakini, Sirul Azhar Umar sebelum ini menawarkan untuk memberi maklumat berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan syarat diberikan pengampunan penuh untuk pulang ke Malaysia. Dia kini nampaknya Sirul menarik semula tawaran itu dalam satu wawancara dengan The Guardian, Sirul yang kini tahanan Imigresen Australia berkata mahu kekal di negara itu. "(Anggota Parlimen Bukit Gelugor) Ramkarpal Singh mahu saya dipenjara seumur hidup. Saya tak mahu pulang. Orang kata: 'Jangan beri pengampunan'. Saya akan dibunuh di penjara," katanya ketika ditanya kesanggupan untuk pulang jika hukumannya diringankan. Pada 2015, Sirul dan Azilah Hadri dihukum mati atas kesalahan membunuh Altantuya pada 2006. Kedua-duanya pada masa itu bertugas sebagai pengawa...

RTM Sahkan Siar Piala Dunia 2018 LIVE

Lagi khabar gembira daripada kerajaan - Kementerian Komunikasi dan Multimedia mengesahkan kejohanan Piala Dunia 2018 akan disiarkan di saluran RTM1. Menterinya Gobind Singh Deo berkata kabinet setuju dengan cadangan itu selepad dibincangkan dalam mesyuarat hari ini. Katanya lagi, Kementerian Kewangan akan memperincikan kos penyiaran itu dalam sidang media esok. Sebelum ini Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengemukakan cadangan kepada Kabinet untuk mendapatkan hak Radio Televisyen Malaysia (RTM) bagi menyiarkan perlawanan Piala Dunia 2018 kepada peminat bola sepak Malaysia. Gobind Singh Deo berkata cadangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet pada hari Rabu dan beliau juga berharap dapat menerima jawapan yang baik dengan cepat. katanya lagi, ini adalah salah satu usaha untuk mempromosikan RTM dan untuk meningkatkan jumlah penonton di bahagian RTM, oleh kerana ianya merupakan acara peringkat dunia. Beliau bercakap kepada pemberita selepas lawatannya ke Pertubuhan...

Hishammuddin Tidak Minat Jawatan Dalam Umno Lagi.

Sebagai anak Allahyarham Tun Hussein Onn dan sepupu kepada Datuk Seri Najib Razak, sesetengah pihak menjangkakan takdir akan membawa Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjadi perdana menteri satu hari nanti. Namun dengan keputusan pilihan raya umum (PRU) ke-14 yang menyaksikan Umno serta BN kehilangan kuasa di Putrajaya, keadaan berubah sama sekali. Malah wujud spekulasi mendakwa kegagalan itu juga mendorong Hishammuddin akan berundur sepenuhnya daripada politik. Sumber memberitahu Malaysiakini, anak perdana menteri ketiga itu dikatakan akan menolak untuk dicalonkan bagi mana-mana jawatan dalam Umno semasa parti itu mengadakan pemilihan tidak lama lagi. Ia termasuk tidak mempertahankan jawatannya sebagai naib presiden. Sebelum parlimen dibubarkan Hishammuddin, 56, bertugas sebagai menteri pertahanan. Apabila Najib melepaskan jawatannya sebagai presiden Umno, Hishammuddin kemudian menjalankan tugas timbalan presiden Umno. Seorang lagi naib presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahi...

Tidak Benar!!! Bukan Semua Pegawai Keselamatan Najib Dibatalkan.

Ketua Polis Negara Mohamad Tan Sri Mohamad Fuzi Harun menjelaskan khidmat pengawal peribadi kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang telah ditarik balik adalah sejajar dengan statusnya sebagai bekas perdana menteri. Ditanya bagi mengesahkan kesemua pembantu dan pengawal Najib ditarik balik khidmatnya kecuali seorang pembantu ADC (Aide De Camp), Fuzi menafikan perkara itu. Beliau berkata sebagai bekas perdana menteri, Najib masih layak mendapat faedah keselamatan tertentu. "Kita akan maintain mengikut SOP (Prosedur operasi standard) yang ditetapkan. Bekas PM ada kelayakan tertentu, kita akan akurlah. ADC kita kekalkan, ADC untuk Datin Seri (Rosmah Mansor), beberapa pegawai peribadi. pemandu kita akan kekallah"   "Tetapi kita scale down lah, bukan seperti mana sebelum tu," kata Fuzi kepada wartawan di Bukit Aman malam ini selepas majlis berbuka puasa. Sehubungan itu Fuzi menegaskan adalah tidak benar bahawa khidmat semua pegawai keselamatan Najib...

Rafizi Digesa Elak Buat Kenyataan Gugat Hubungan Pemimpin Pakatan Harapan - Mukhriz

Pemimpin Pakatan Harapan (PH) dinasihatkan agar tidak membuat kenyataan yang mampu menggugat hubungan baik parti dalam gabungan itu. Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika mengulas kenyataan Rafizi Ramli bahawa kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan kerana faktor Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kenyataan itu tidak perlu dibangkitkan kerana dilihat boleh memberi kesan kepada hubungan akrab pemimpin dalam PH. "Kadang-kadang kita lihat kesannya (kenyataan Rafizi) itu pun tidak berapa sedap, hubungan dalam kalangan ahli-ahli politik parti gabungan Pakatan Harapan ini sangat akrab dan baik. "Jadi kita mengelak daripada apa juga unsur-unsur yang boleh ganggu gugat persahabatan yang sedia terjalin antara empat parti dan Warisan di Sabah," katanya kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Bantuan/Sumbangan Kepada Masjid-masjid Kubang Pasu di Masjid Al-Aqla, di sini hari ini. Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden PKR itu semalam...