Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

IG Syafie Naswip Diserang Makcik Bawang Gara-Gara Tumbuk Bekas Tunang.

AKTOR Syafie Naswip menerima serangan komen 'tentera bawang' di laman Instagram (IG) miliknya gara-gara didakwa membelasah bekas tunangnya, pelakon Aishah Azman. Sebelum ini, portal berita Harian Metro melaporkan seorang pelakon lelaki berusia 27 tahun datang ke rumah bekas tunangnya di Taman Puncak Jalil, Seri Kembangan, Serdang pada 26 Jun lalu. Pelakon itu didakwa memaki bekas tunangnya menggunakan kata-kata kesat dan kemudian bertindak mencekik leher, menumbuk muka, mencengkam mata serta menumbuk mulut wanita tersebut sehingga berdarah. Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baharu saja putus tunang dengan Aishah. Kali terakhir memuat naik sebuah hantaran video Boomerang dua hari lalu di IGnya, ramai netizen menyerang ruangan komen Syafie sambil mempersoalkan punca dia mengambil tindakan sedemikian. “Aku datang sebab nak baca komen," tanya seorang netizen. “Oh nooo, why? I hope it’s not true because I have...

Rogol Anak Kandung!!! Bapa Mengaku Tidak Bersalah

Seorang lelaki berdepan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin atas tuduhan merogol anak kandungnya bulan lalu. Tertuduh yang berusia 48 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Che Noralashiken Abd Razak. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan dengan anak perempuannya berusia 19 tahun yang mana hubungan tersebut tidak dibenarkan di bawah undang-undang, hukum agama, adat, kebiasaan yang terpakai untuknya berkahwin. Perbuatan didakwa dilakukan di sebuah rumah di Rantau Panjang, Selama pada Jun lalu. Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela. Sariza mencadangkan tertuduh tidak dibenarkan jamin memandangkan tertuduh tinggal bersama ma...

Dituduh Gay!!! Pelakon Lelaki Pukul Bekas Tunang

Seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas dipercayai memukul bekas tunangnya kerana berang wanita tersebut memintanya menghentikan hubungan songsang dengan kenalannya. Menurut Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Ismadi Borhan suspek yang menyerah diri sebelum ditahan itu bagaimanapun dilepaskan selepas diambil keterangan. Kejadian berlaku pada 26 Jun lalu selepas suspek dikatakan datang ke rumah tunangnya pada jam 9 malam dan memaksa mangsa masuk ke dalam kenderaannya. Suspek dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat serta bertindak menumbuk muka, bibir dan mencengkam mata mangsa sehingga berdarah. Motif tindakannya itu dipercayai akibat teguran oleh mangsa terhadap suspek berkenaan hubungan rakan sejenis yang dijalin suspek. Bagaimanapun, suspek dan mangsa dikatakan telah memutus tali pertunangan pada 21 Julai lalu. Mangsa lewat membuat laporan polis kerana mahu menyelesaikannya secara baik, namun suspek dikatakan bertindak keterlaluan. Suspek telah dilepaskan atas j...

Orang Tun Mahathir Datang Jumpa Saya.

Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa dirinya dikunjungi 'orang Dr Mahathir Mohamad.' Sinar Harian memetik Zahid berkata dalam pertemuan dengan wakil Dr Mahathir itu, Umno meletakkan tiga syarat sekiranya mahu parti itu ikut menyertai gabungan yang diterajui pengerusi Bersatu itu. “Saya didatangi orang Dr Mahathir baru-baru ini dan saya sebutkan tiga syarat ini sebagai pendirian parti jika mahu jalin kerjasama. "Umno tidak akan sesekali tinggalkan PAS yang kini menjadi rakan politik parti dan jangan lagi minta orang Umno sertai Bersatu dan akhirnya mahu bubarkan Umno,” katanya. Ahmad Zahid dilaporkan berucap pada majlis santai bersama barisan kepimpinan Umno Bahagian Alor Setar di Dewan RC hari ini. Bakal besan lari tengok 'cempera' Dalam ucapannya, Ahmad Zahid juga berkata anggota Umno kurang menunjukkan sikap walak (taat), berbanding PAS yang memegang prinsip setia kepada pemimpin. “Dalam PAS ada walak, dalam Umno kurang. Tanpa walak terha...

Sarah Hildebrand Buka Balik Punca Putus Cinta, Dakwa Diri Dihina, Dibuli & Dicurangi!

Pelakon Sarah Hildebrand tampil dengan pengakuan dan pendedahan sebenar punca putus cinta dengan bekas kekasihnya. Jelas Sarah, sepanjang lima tahun dia memendam rasa apabila sering dibuli dan dihina. "Saya sering melakukan perkara yang tidak patut. Banyak kali teman rapat saya meminta saya meninggalkan dia, saya selalu memberikan alasan sebab saya mahu jadi optimistik. "Sepanjang perhubungan, saya sering dihina dan dibuli. Tidak wujud komunikasi apabila berbicara tentang masa depan bersama. Sudah tentu ada niat tetapi dia sering melencongkan topik tersebut. Saya penat! "Saya sering dituduh curang kerana katanya 'saya ada potensi' (berbuat sedemikian), tetapi pada suatu hari Allah maha adil, bekas kekasih saya mengaku dia berlaku curang dengan seorang gadis lain. "Namun, saya masih cuba untuk memperbaikinya (sebab saya bodoh!). "Saya ingatkan saya boleh melupakannya dan hubungan kami kembali jernih tetapi gagal. Saya dihantui dengan s...

PAS-Umno Pertahan Tun Mahathir Sepenggal Saja.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata partinya dan Umno akan bekerjasama untuk mengekalkan Dr Mahathir Mohamad berkhidmat sebagai perdana menteri sehingga tamat tempoh satu penggal mandat PRU14. Ini meskipun terdapat perjanjian dalam Pakatan Harapan untuk Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri kepada penggantinya Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum habis penggal penuhnya. Harakahdaily memetik presiden PAS berkata parti Melayu Islam pimpinan Mahathir, Bersatu perlu dipertahankan kerana parti lain yang majmuk kaum dalam PH "tidak berwajah kepimpinan orang Islam." Selanjutnya, jelas Hadi yang juga MP Marang PH dikuasai oleh orang bukan Islam. “Tinggal Bersatu 11 kerusi, dan kedudukan yang tidak kuat dalam kerajaan (PH) itu. Kita (PAS) tahu pertembungan itu berlaku, apa Tun (Mahathir) nak buat? Tun memang kehebatan dia itu ada. “Dia (Mahathir) mempertahankan apa, ini, itu tetapi dia (Bersatu) macam satu parti keseorangan jadi kita perlu (melihat) dengan sebab itu meng...

Tular Abang Nikah Adik Kandung Sendiri Dikecam Netizen

SEORANG lelaki dipercayai telah menikahi adik bongsunya di daerah Bulukumba, Sulawesi Selatan, Indonesia beberapa hari lalu. Sebelum berkahwin, Ansar, 32, didakwa menjalani hubungan intim dengan adiknya itu sehingga menyebabkan wanita itu hamil empat bulan. Sebaik mengetahui perlakuan sumbang mahram itu, isteri pertama Ansar yang hanya dikenali sebagai HE, 28, mengadakan laporan polis meminta pihak berwajib melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya. HE melaporkan kes pernikahan kedua Ansar selepas memperoleh dokumen yang sah daripada ibu dan ayah mertuanya. AM dan adiknya dilaporkan bernikah di sebuah lokasi di Kalimantan Timur. Berdasarkan laporan HE kepada polis, kedua beradik itu telah berzina sejak beberapa bulan lalu di luar pengetahuannya. Kata HE, selama ini dia langsung tidak mencurigai tindak-tanduk suaminya terhadap adik iparnya itu. Bagaimanapun, HE begitu terkejut selepas menonton video pernikahan suaminya dengan adik kandung sendiri selain surat pengesahan d...