Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2021

Anwar Ke Mahkamah Cabar Keputusan Kerajaan

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim memfailkan permohonan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan menggantung parlimen dalam tempoh darurat. Antara lain Anwar memohon deklarasi dari mahkamah bahawa nasihat perdana menteri kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menggantung parlimen dalam tempoh darurat adalah bertentangan undang-undang dan tidak mengikut perlembagaan. "Perlu ditekankan di sini bahawa apa yang dicabar dalam permohonan tersebut bukannya pengisytiharan darurat, tetapi keputusan Perdana Menteri (melalui Jemaah Menteri) untuk Yang di-Pertuan Agong untuk meluluskan kaedah 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat tersebut. "Nasihat Perdana Menteri tersebut adalah dikatakan bertentangan undang-undang ,” kata peguam Anwar, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan hari ini. Tuntutan sama difailkan Khairuddin Abu Hassan minggu lepas, antara lain meminta mahkamah memutuskan apakah nasihat M...

Kes Najib Ditangguh Lagi

Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar di Mahkamah Tinggi esok, seperti yang dijadualkan. Pada 12 Jan lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata semua perbicaraan dan pendengaran kes jenayah di mahkamah terbuka yang dijadualkan dari 13 hingga 26 Jan ditangguhkan, selaras dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. Ini menyebabkan kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan bekas perdana menteri itu serta bekas timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditangguh kerana tarikh perbicaraan mereka jatuh dalam tempoh PKP. Bagaimanapun, pada 20 Jan, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengeluarkan arahan, iaitu walaupun kerajaan menguatkuasakan PKP, semua prosiding kes jenayah termasuk yang berkepentingan awam seperti rasuah dan jenayah komersial, ...

Isu Calon PM Ini Kata Tok Mat, "Berita Palsu Lebih Cepat Tersebar Dari COVID"

"Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu 'lebih cepat' tersebar berbanding virus COVID-19. Berhati-hatilah." Demikian kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu perkongsian di laman Instagram beliau pada Ahad yang menafikan dakwaan bahawa beliau telah dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat memberitahu bahawa dakwaan itu adalah berita palsu. Dalam masa yang sama Tok Mat turut memaklumkan perkara berkenaan di laman akaun Twitter rasmi beliau @TokMatHasanN9 hari ini. Menerusi paparan itu, nama Tok Mat dikatakan telah disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri bagi MN dan telah mendapat undian tertinggi berbanding calon-calon lain pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini. -  Astro AWANI

Darurat Tidak Perlu, Ramai Takut Nak Bersuara - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa ramai pihak berpandangan darurat yang dilaksanakan sejak 11 Januari lalu adalah tidak perlu. Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata mereka berada dalam ketakutan untuk menyuarakan pendapat mereka. "Mereka jelaskan tetapi ternampak mereka dalam ketakutan, mereka rendah suara sambil memandang sekeliling mereka dan mereka pun pesan jangan bagi tahu sesiapa berkenaan pendapat mereka. "Mereka takut kerana Kerajaan penuh kuasa dan boleh buat apa sahaja kepada mereka, denda sebanyak RM5 juta dan penjara 10 tahun serta tidak boleh dapat perlindungan undang-undang," tulis Dr Mahathir di blognya, chedet.cc, pada Isnin. Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau cuba menjelaskan bahawa kerajaan tidak boleh berbuat demikian namun pihak yang menemuinya itu tetap berasa bimbang. "Disuruh tandatangan surat rayuan supaya darurat ditarik balik, mereka tolak," ujarnya. Sebelum ini, Dr Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan...