Selepas tular gambar pernikahan yang disebar oleh isteri ke 2, lelaki yang berkahwin dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun tampil memberi kenyataan. Suami tidak akan melepaskan isteri ketiganya itu walaupun menerima pelbagai desakan dan andaian kurang tepat berhubung perkahwinannya dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun. Che Abdul Karim Che Abdul Hamid, 41, berkata pernikahan dengan isteri ketiganya itu - yang dikenali sebagai Ayu - bukan kes dibawa lari, sebaliknya dipersetujui ibu bapa budak perempuan terbabit. Malah katanya mereka hadir bersama ketika majlis pernikahan berlangsung di Sungai Golok, selatan Thailand pada 18 Jun lepas. Katanya dia berjanji akan mendapatkan sijil nikah isterinya itu lima tahun lagi apabila mencapai usia 16 tahun sebelum mereka dapat tinggal bersama. "Saya rasa kecewa apabila menerima pelbagai andaian dan tuduhan mengarut terhadap saya dalam media sosial kerana bernikah dengan isteri ketiga itu. "Perkara itu sedang s...