Powered by Blogger.

Friday, June 29, 2018

Saya Teruk Diserang Oleh Penyokong Najib Ketika Tegur Skandal 1MDB' - Khaled Nordin


Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini mendedahkan beliau pernah diserang dan dijadikan sasaran 'orang-orang' dan 'budak-budak' Datuk Seri Najib Tun Razak ketika cuba menegur bekas presiden parti itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Saya pernah diserang oleh orang-orang presiden termasuk ada yang dalam Bahagian Pasir Gudang selepas menegur Presiden UMNO tentang skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB),".

Mohamed Khaled yang merupakan calon Naib Presiden UMNO berkata 'orang-orang' itu termasuklah yang ada dalam bahagian Pasir Gudang.

Demikian pendedahan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung kisah benar yang dilaluinya apabila bertindak menegur presiden parti ketika itu.

"Saya masih ingat sewaktu kisah 1MDB mula-mula timbul. Bila Presiden datang ke Pasir Gudang, saya dengan jelas mengingatkan Presiden bahawa UMNO ini bermasalah dan kita tidak boleh hidup dalam penafian."

Turut terpalit, jelasnya salah seorang ahli Wanita bahagian yang diberhentikan kerja selepas menghantar memorandum kepada presiden parti sewaktu lawatan beliau ke Pasir Gudang pada tahun 2015.

"Setelah itu, saya diserang dan dijadikan sasaran oleh orang-orang dan budak-budak presiden termasuk yang ada dalam bahagian Pasir Gudang dan akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur Presiden. Mendukung saja beliau," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di sini.

Bagaimanapun, sikap itu (terlalu mengutamakan Presiden dan bukannya kepentingan parti) kemudian akhirnya memakan UMNO sendiri apabila 'terjerumus' (kalah) teruk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas kerana orang Melayu sudah muak dan marah dengan pendekatan diambil.

"Tambahan pula, Presiden menggunakan segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli. Wala' lah. Bai'ah lah. Dipergunakan segala macam konsep Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya."

"Jadi, ini adalah satu lagi kesilapan. Kesilapan yang tidak seharusnya berulang. Kita mesti berani menegur presiden dan mana-mana pemimpin kita. Tegur dengan kebenaran. Hidup dengan kebenaran. Dan berjuang dengan kebenaran," katanya

"Akhirnya saya pun mengambil keputusan untuk tidak lagi menegur presiden sebaliknya mendukung saja beliau," katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Amansara Seri Alam di sini pada Sabtu.

Beliau mengakui, perkara itu juga antara faktor kekalahan teruk UMNO apabila mengutamakan presiden dan bukannya mementingkan kepentingan parti.

Ahli parti takut untuk berkata benar kepada presiden dan beliau (presiden) pula tidak mahu mendengar kebenaran.

Manakala presiden pula jelasnya, menggunakan segala macam cara untuk menagih kesetiaan ahli termasuk segala konsep Islam untuk memelihara kepentingan peribadinya.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled mahu seluruh jentera parti itu melunaskan tanggungjawab, menebus kesalahan dan membangunkan semula UMNO.

Katanya, tuntutan membangunkan semula, merawat, memulihkan wibawa UMNO, bukan lagi satu pilihan tetapi kewajipan.