Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2023

PAKIN, MHO Dan MCCC Serah Surat Kepada KPDN Mohon Maklum Balas Kes Penipuan

PUTRAJAYA – Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) hari ini menyerahkan surat permohonan maklum balas kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berhubung jenayah penipuan aplikasi e-Ganjaran. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tujuan utama surat berkenaan diserahkan kepada KPDN adalah bagi mendapatkan perkembangan semasa dan status terkini laporan yang dilakukan oleh 114 orang mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM5 juta berhubung jenayah penipuan aplikasi berkenaan. Katanya, pihaknya difahamkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa laporan polis yang dibuat oleh kesemua mangsa telah dirujuk kepada pihak KPDN. “Kita datang untuk berbincang dengan KPDN menggunakan peraturan yang ada di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah di bawah seksyen ini memberikan hak kepada pengadu dalam tempoh 14 hari untuk mendapat maklum balas dan keputusan siasatan. “Jadi kita guna...

Ibu Tunggal Anak 3 Maut Ditikam Bekas Suami

KOTA BHARU: Cemburu dipercayai menjadi motif seorang wanita berusia 42 tahun maut ditikam bekas suaminya dalam satu kejadian di Taman Desa Darulnaim, Kubang Kerian, sekitar jam 3 pagi tadi. Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa yang maut merupakan ibu kepada tiga orang anak serta berstatus ibu tunggal. Katanya siasatan awal pihak polis ke atas mayat mangsa menjumpai 13 kesan kecederaan di tubuh mangsa.   Mangsa yang mempunyai tiga anak berusia dari 14 hingga 24 tahun itu telah berpisah dengan suspek sejak 6 tahun lalu iaitu pada Disember 2022. Mangsa sebelum ini pernah mendirikan rumahntangga bersama bekas suami pertama dan dikurniakan tiga anak sebelum berkahwin buat kali kedua dengan suspek di negara jiran. Siasatan awal pihak polis mendapati suspek dipercayai cemburu dengan mangsa yang dikatakan mempunyai teman lelaki. Semasa kejadian, mangsa dikatakan berada bersama suspek dalam bilik tidur, sebelum seorang saksi terdengar jeritan mangsa. Saksi yang mel...