Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2024

Polis Siasat Video Tular Lelaki Didakwa Curi Beg Tangan Di Ruang Tamu Rumah

POLIS mengesahkan telah menerima laporan berhubung kes kecurian di sebuah rumah dekat Taman Melati, Kuala Lumpur pada 9 malam, Jumaat lalu.  Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail berkata, pengadu seorang wanita tempatan berusia 49 tahun yang bekerja sebagai pembantu jualan mendapati beg tangan miliknya yang diletakkan di ruang tamu telah hilang. “Semakan kamera litar tertutup mendapati seorang lelaki berbangsa tidak pasti telah masuk ke dalam kediaman mangsa dengan keadaan yang mencurigakan,” katanya dalam satu kenyataan. Jelasnya, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM5,500. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan. - UtusanTV

Lelaki Maut Ditetak Parang Sekumpulan Lelaki Bertopeng

Seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru di Jasin malam tadi. Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jasin. Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 malam tadi ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan manakala adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri. "Selepas adik mangsa menghantarnya ke hospital, kereta yang dipandunya telah dihalang sebuah lagi kereta dinaiki sekumpulan lelaki yang turut membawa sebilah parang sebelum bertindak memecahkan cermin keretanya. "Ketika lelaki berkenaan cuba melarikan diri, kereta yang dipandunya telah terlanggar sebuah ambulans sehingga menyebabkan kenderaan...

Palestin Desak Tingkat Tekanan Terhadap AS Supaya Henti Bekal Senjata Ke Israel

Tekanan terhadap Amerika Syarikat dan beberapa negara lain berhubung bekalan dan penjualan senjata kepada Israel perlu ditingkatkan, kata penasihat Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengenai hubungan antarabangsa dan utusan khasnya, Riyad al-Maliki dalam satu temu bual dengan Sputnik. "Tekanan ke atas semua negara yang membekalkan senjata kepada Israel harus ditingkatkan. Khususnya melibatkan Amerika Syarikat. Jika masyarakat antarabangsa terus memberi tekanan, "akan ada negara yang benar-benar mempertimbangkan isu ini," kata al-Maliki.   Jika sekatan tidak dapat dikenakan, sekurang-kurangnya penjualan senjata kepada Israel perlu dihentikan, katanya. Pada April, Kongres AS meluluskan rang undang-undang bantuan luar negara yang membuka jalan kepada sokongan ketenteraan sebanyak US$15 bilion untuk Israel. -- BERNAMA

Pelakon Remy Ishak Kini Bergelar Datuk

Pelakon Remy Ishak dan Ashraf Muslim antara penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam hari ini. Remy atau nama sebenarnya Mohamad Zalimei Ishak menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk manakala Mohd Ashraf Muslim menerima Bintang Khidmat Terpuji (B.K.T). Remy ketika ditemui pemberita berkata beliau tidak menyangka terpilih menerima anugerah pada hari ini yang disifatkannya sangat bermakna sepanjang karier bergelar anak seni sejak kira-kira 20 tahun lepas. “Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya. “Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekaligus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka,” katanya. Sementara itu Ashraf berkata menerima B.K.T merupakan satu ganjaran besar...

Kapal TLDM Tenggelam Lepas Terlanggar Dalam Laut

Sebahagian Kapal Diraja (KD) Pendekar milik TLDM karam selepas terlanggar objek di dalam laut ketika berlayar di Laut China Selatan, dua batu nautika tenggara Tanjung Penyusop di Johor, tengah hari tadi. Markas tentera laut dalam kenyataan menjelaskan kapal itu membawa 39 orang anak kapal ketika air mula memasuki bilik jentera yang bocor akibat pelanggaran itu. “Kebocoran yang mula dikesan di bilik jentera kapal telah merebak dengan cepat dan tidak terkawal. “Kesemua kru berjaya diselamatkan setelah usaha untuk mengawal kebocoran serta menstabilkan kapal tidak berjaya. “Fokus utama TLDM sekarang adalah untuk melaksanakan operasi salvaj bagi menyelamatkan kapal,” kata markas tentera laut. Menurutnya, TLDM akan segera menubuhkan lembaga siasatan khas untuk menyiasat punca insiden. “TLDM merakamkan jutaan terima kasih kepada agensi-agensi yang terlibat atas tindakan pantas memberi bantuan terhadap insiden ini iaitu Agensi Penguatkuasaaan Maritim Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PD...

Hizbullah Melancarkan Lebih 320 Roket Ke Israel

Beirut: Hizbullah pada Ahad berkata, ia melancarkan lebih daripada 320 roket ke Israel semalaman, dengan menyasarkan beberapa kedudukan tentera. Ia walaupun tentera Israel berkata, pihaknya melakukan serangan awal terhadap kumpulan itu. "Jumlah roket Katyusha yang dilancarkan sehingga kini adalah lebih daripada 320... ke arah kedudukan musuh," kata kenyataan Hizbullah, sambil menambah ia menyasarkan 11 pangkalan dan berek Israel. Kumpulan itu berkata, "fasa pertama sudah berakhir dengan kejayaan penuh", sambil menambah bahawa fasa ini berusaha untuk "menyasarkan berek dan kedudukan Israel untuk memudahkan laluan serangan dron ke arah sasaran" jauh di dalam Israel. - Harian Metro

Dua Maut, Kereta Langgar Lori Tepi Jalan

KUANTAN - Pemandu dan penumpang sebuah kereta maut selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada Sabtu. Dalam kemalangan kira-kira jam 10 malam itu, pemandu kereta yang juga seorang mekanik, Zulkifli Mohamad,43, beralamat dari Perumahan Pandan Perdana di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Turut maut di lokasi, penumpangnya, Mohd Hairul Azlin Samud, 39 dari Felda Chini 1, Pekan. Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada Sabtu. Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar belakang lori yang diparkir di tepi jalan di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang di sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, maklumat pemandu lori belum diperoleh setakat ini. Menurutnya, siasatan a...

Gadis Tipu Diculik Tapi Mahu Bermalam Bersama Rakan

Polis mengesahkan laporan kejadian seorang wanita tempatan disyaki dilarikan individu tidak dikenali di kawasan Endau di sini pada Khamis lepas adalah palsu. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada hari yang sama dan kes disiasat di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan. Beliau berkata susulan itu, gerakan mencari pembantu kedai berumur 24 tahun itu dijalankan melibatkan pelbagai elemen dan maklumat orang ramai sebelum dia ditemukan selamat di kawasan Rompin, Pahang. "Bagaimanapun, siasatan mendapati wanita berkenaan memberikan maklumat palsu kepada ahli keluarganya kononnya diculik kerana mahu bermalam bersama-sama rakannya di lokasi dia dijumpai. "Hasil ujian saringan awal air kencing ke atas wanita terbabit mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1953," katanya dalam kenyataan hari ini. Abdul Razak berkata wanita terbab...

Jangan Beri Amanah Pada Pemimpin Terpalit Rasuah – Sultan Nazrin

Sultan Perak Sultan Nazrin Shah menyeru umat Islam di negara ini supaya tidak memberikan amanah atau menyerahkan tanggungjawab kepada kalangan mereka yang terpalit rasuah dan salah guna kuasa. Baginda menyeru masyarakat Islam supaya dengan segala daya dan kekuatan menolak sama sekali golongan yang berimej mungkar, munafik, lemah moral, rendah akhlak serta sebarang perlakuan yang boleh mencemarkan nama baik umat. Sultan Nazrin bertitah kejayaan meningkatkan syiar Islam sangat bergantung kepada kejayaan umatnya dan untuk itu setiap orang Islam bertanggungjawab mewarnakan Islam dengan gemerlapan dan mengisinya dengan kandungan yang meyakinkan. “Imej Islam dan gambaran masyarakat dunia terhadap Islam dipengaruhi tahap pencapaian dan status kejayaan umat Islam. Islam akan lebih dihormati dan Islam akan terus dimuliakan, jika majoriti penganut Islam memperlihatkan prestasi pencapaian yang cemerlang dalam pelbagai bidang. “Oleh itu usaha dan program pembangunan insan sewajarnya diberikan fok...

Hilang Simpanan RM178,700, Selepas Digertak Scammer Mengaku Pegawai Polis Kontinjen KL

Nilai: Digertak akaun banknya terbabit dengan kegiatan pengubahan wang haram menyebabkan seorang wanita warga emas kerugian RM178,700 sekelip mata. Difahamkan mangsa berusia 60-an itu dihubungi penjenayah menyamar sebagai pegawai polis dari Kontinjen Kuala Lumpur dan Johor pada Julai lalu memaklumkan kononnya akaun bank mangsa terbabit kegiatan itu. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim berkata, mangsa hanya menyedari ditipu selepas menceritakan kejadian dialami kepada suaminya. "Pada jam 11.57 malam tadi, Kaunter Aduan Balai Polis Nilai menerima aduan dibuat mangsa berhubung penipuan itu. "Mangsa menyatakan, dia dihubungi suspek yang mengaku daripada Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Johor Bharu pada 25 Julai lalu. "Pegawai berkenaan memaklumkan bahawa akaun bank mangsa terbabit dengan aktiviti penggubahan wang haram," katanya tadi. Tambah beliau, mangsa kemudiannya diarah membuat pin...

Malaysia Mungkin Pertimbang Permintaan India Untuk Ekstradisi Zakir Jika Lebih Banyak Bukti Dikemuka - Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata adalah lebih baik isu melibatkan ekstradisi Dr Zakir Naik reda seketika, selagi pendakwah bebas itu tidak menjejaskan hubungan Malaysia–India. Anwar berkata Zakir, yang sering berada di luar negara dan kembali ke Malaysia sekali-sekala, dilihat tidak aktif di negara ini dan tidak membuat sebarang kenyataan menentang India atau Malaysia. "Kami menghargai kebimbangan yang disuarakan beberapa pihak di sini (India), tetapi selagi Zakir Naik tidak mencetuskan sebarang isu antara Malaysia dan India, serta keselamatan negara, saya fikir kita biarkan dahulu perkara itu," kata beliau dalam temu bual dengan India Today Global yang dikongsi menerusi YouTube hari ini. Wawancara itu diadakan semasa lawatan rasmi Anwar ke India dari 19 hingga 21 Ogos. Menurut laporan media, Zakir dikehendaki pihak berkuasa India sejak 2016 atas tuduhan pengubahan wang haram dan menghasut ekstremisme melalui ucapan berbaur kebencian. Anwar berkata Malaysia m...

Kes Dera Dan Liwat Pelajar Di Merbok, 5 Individu Ditahan

SUNGAI PETANI: Seramai lima individu ditahan bagi membantu siasatan kes pelajar sebuah maahad tahfiz di Merbok dekat sini, mendakwa didera dan diliwat ketika berada di pusat pengajian itu, Jun lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, berkata pihaknya telah menerima laporan dan tindakan susulan telah dibuat. "Kita telah menahan empat individu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat atau persetubuhan luar tabii. "Manakala seorang lagi ditahan mengikut Seksyen 31 (1) Akta Perlindungan Kanak-Kanak 2001.  Bagaimanapun semua mereka dibebaskan dengan jaminan polis. “Polis masih meneruskan siasatan dan pengurusan pusat pengajian itu turut dipanggil bagi memberi keterangan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Azam Abd Samat berkata, pihaknya turut dimaklumkan mengenai kejadian berkena...

Remaja Warga Asing Ditahan Cuba Mohon Pasport Malaysia

GEORGE TOWN: Cubaan remaja lelaki warga Sri Lanka untuk mendapatkan pasport Malaysia gagal apabila tindakan suspek mengaku rakyat tempatan berjaya dikesan pegawai Pejabat Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC) Komtar di sini semalam. Pengarah Imigresen Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim berkata remaja lelaki itu mengemukakan dokumen pengenalan diri sebagai kanak-kanak berumur 10 tahun dengan ditemani seorang wanita tempatan yang mengaku ibunya. Beliau berkata penyelia bertugas menyedari fizikal remaja itu tidak sepadan dengan kanak-kanak berumur 10 tahun dan mendapati dia juga tidak memahami sebarang soalan yang diajukan.   "Siasatan awal mendapati remaja berkenaan tidak boleh berbahasa Melayu dan percakapannya bukan dalam dialek Tamil yang lazim digunakan oleh orang India di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini. Nur Zulfa berkata wanita itu kemudian mengaku dia bukan ibu kepada remaja lelaki berkenaan. Beliau berkata wanita itu juga mengaku menerima sejumlah wang sebag...

Video Tular 4 Remaja Buat Live Tunjuk Paket Dadah

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan berhubung rakaman video tular di media sosial yang menunjukkan perbualan empat individu dipercayai berkaitan dadah. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Seri Khaw Kok Chin berkata, pihaknya sudah meneliti rakaman video terbabit dan sedang menjalankan siasatan lanjut. "Pada masa yang sama, salah seorang individu yang dipercayai terbabit dalam video itu juga sudah membuat laporan polis hari ini di Melaka. "Polis akan memanggil individu lain yang terbabit untuk membantu siasatan," katanya kepada Harian Metro. Beliau berkata, JSJN sedang menjalankan risikan dan penelitian terhadap perbualan mereka yang didakwa berkaitan dadah dan objek ditunjukkan semasa siaran langsung berkenaan yang dikatakan bahan terlarang itu. Terdahulu, satu rakaman video memaparkan perbualan empat individu dipercayai remaja yang dikatakan berkaitan pengambilan dadah tular di media sosial hari ini. Dalam rakaman berduras...

Wanita Ini Terima Padah, Gara- Gara Buat Hantaran Jelik Di TikTok

Kuala Terengganu: Seorang wanita didenda RM4,500 oleh Mahkamah Seksyen di sini, hari ini, selepas didapati bersalah membuat hantaran jelik di aplikasi TikTok, Tertuduh, Eni Nooryanie Mohamad, 42, turut berdepan hukuman tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan. Hukuman itu diputuskan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran bersifat jelik dengan niat menyakitkan hati orang lain. Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu menerusi aplikasi TikTok pada 25 April tahun lalu kira-kira 10 malam. Hantaran itu disedari mangsa yang juga kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) pada keesokannya. Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah 233(3) akta sama. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Nabihah Hanin Ayim. - Harian ...

Video: Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif Selama 9 Jam

KUALA LUMPUR - Dua kanak-kanak lelaki yang terperangkap dalam lif pangsapuri dekat Taman Desa Petaling, Cheras pada Isnin dipercayai berpunca selepas selipar diletakkan di pintu lif mengakibatkannya terhenti. Kejadian itu dipaparkan menerusi video tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di dalam lif berkenaan. Video terbabit menunjukkan tindakan salah seorang budak lelaki terbabit yang meletakkan selipar ditengah-tengah pintu lif beberapa kali mengakibatkan sistem auto-lock diaktifkan dan lif terus terhenti di tingkat empat. Sebelum ini, satu video rakaman CCTV turut memaparkan dua kanak-kanak terbabit tertidur di dalam lif tersebut selepas terperangkap dalam tempoh yang lama. Sinar Harian pada Selasa melaporkan dua kanak-kanak lelaki yang pada mulanya disangka hilang, rupa-rupanya terperangkap lebih sembilan jam dalam lif sebuah apartmen pada Isnin. Kedua-dua kanak-kanak itu berjaya dikesan menerusi pemeriksaan CCTV oleh pihak pengurusan pangsapuri berkenaan. Ketua Polis Daerah Che...

Lelaki Warga Asing Cuba Tunjukkan Alat Sulit Kat - Aliff Syukri

Usahawan sensasi Aliff Syukri berkongsi detik cemas apabila ada seorang lelaki dipercayai warga asing didakwa cuba menunjukkan alat sulit kepadanya. Aliff berkata, lelaki terbabit sebelum itu mengugut untuk membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya. “Mohon berhati-hati, sumpah saya takut! “Siapa yang pernah kena macam saya ni? (lelaki mahu buka zip tunjuk anu). Saya takutlah kenapa banyak sangat orang asing macam ni. “Dia siap bawa pisau kat tangan kiri dia. Bahaya sekarang ini,” katanya melalui hantaran di Instagram. Menurut penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu, individu terbabit menyergah sewaktu dia mahu turun kenderaan dari parkir. Katanya, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah kompleks beli-belah di Petaling Jaya. “Saya terkejut tiba-tiba apabila saya nak turun dari parkir kereta ada orang dari luar datang sergah kereta saya,” katanya. - Malaysiakini 

Video: Pergaduhan Di Sebuah Restoran Tular

POLIS kini memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah restoran dekat Jalan Tok Ungku, Seremban pada pukul 11 malam hari Ahad. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki berbangsa Cina yang mendakwa telah dipukul oleh dua kenalan pada pukul 4.25 petang kelmarin. Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa yang berada di restoran terbabit telah dipukul dua lelaki berbangsa Cina dengan menggunakan tangan dan kerusi di bahagian badan serta kepala. “Punca pergaduhan dipercayai bermula dengan pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi. “Mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan dan telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, polis kini telah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan serta membuat tangkapan sedang giat dijalankan. Kes disiaasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai ...

"Ayah Minta Maaf, Ayah Bersalah", Kata Bapa Yang Didapati Salah Rogol Anak Angkat

MUAR: "Ayah minta maaf, ayah bersalah," itulah kedengaran ketika warga emas berpelukan dengan anak lelakinya, selepas dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dengan empat sebatan atas kesalahan merogol anak angkatnya, sejak tiga tahun lalu. Tertuduh berusia 63 tahun sebelum itu mengaku bersalah ketika dihadapkan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim, Sayani Mohd Nor. Mengikut pertuduhan, tertuduh yang juga pemandu lori, didakwa merogol anak angkatnya berusia 13 tahun di rumahnya di Batu Pahat, jam 12 tengah malam, 19 Julai lalu. Bapa kepada lima anak hasil dua perkahwinan itu, didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan. Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat mangsa pada jam 2.50 petang, 25 Julai lalu mengatakan dia dirogol bapa angkat iaitu tertuduh sejak 2021. Dalam laporan itu, mangsa memberitahu kejadian itu berlaku ketika dia sedang barin...

Sultan Pahang Sebak Puterinya Bakal Melangsungkan Perkahwinan

KUANTAN – Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak dapat menahan sebak ketika bertitah mengenai perkahwinan puterinya Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, yang akan berlangsung pada minggu ini. Al-Sultan Abdullah dilihat mengesat air mata dan tidak dapat meneruskan titah baginda ketika mendoakan perkahwinan puterinya bersama pasangan Fd Idzham Fd Iskandar dipermudahkan Allah SWT dan berjalan lancar, sebelum Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang berada di sebelah baginda menyambung titah tersebut. “Semoga majlis yang diadakan ini akan berjalan lancar penuh keberkatan dan diredai Allah serta ikatan perkahwinan yang bakal terbina akan kekal (baginda mengesat air mata dan meminta Tengku Hassanal menyambung titah) …baca ini. “…akan kekal hingga ke jannah, insya-Allah. Di samping itu juga, marilah bersama-sama kita berdoa agar negeri Pahang Darul Makmur serta rakyatnya akan terus dipelihara dan dilindungi Allah ...

Peniaga Lari Tinggalkan Gerai Tanpa Tutup Api Di Dapur

Georgetown: Puluhan lipas ditemukan dalam rak simpanan bahan makanan menjadi antara punca beberapa gerai di medan selera New World Park, Jalan Burma di sini, diarah tutup selama 14 hari. Pemeriksaan di premis lain pula mendapati pengendali makanan menggunakan tuala pengelap dan dapur 'berkerak' selain peralatan masak yang berjelaga serta hitam. ​Malah, ada peniaga lari meninggalkan gerai tanpa menutup api di dapur selepas menyedari kehadiran pegawai penguat kuasa. Pegawai Operasi Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, ​Muhammad Firdaus Abdul Halim berkata, dua daripada 28 premis yang diperiksa diarah tutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983. Disyorkan Katanya, sebanyak 21 notis atas pelbagai kesalahan turut dikeluarkan kepada peniaga. "Antara kesalahan yang dikesan ialah pengendali makanan tidak mempunyai suntikan antitifoid dan tidak menjalani latihan pengendali makanan. "Kita juga mengesan premis yang menyimpan r...

Kemas Rumah, Jumpa Rangka Ibu Yang Dah Hilang 10 Tahun Lalu.

Tokyo: Menggemparkan apabila tukang cuci profesional yang diupah untuk mengemas rumah seorang lelaki Jepun terjumpa rangka manusia yang kemudian dikenal pasti sebagai ibu kandung pemilik kediaman itu yang hilang sejak sedekad lalu. South China Morning Post (SCMP) melaporkan, penemuan mengerikan di wilayah Kyoto Jepun mengejutkan dan menarik perhatian netizen di China. Lelaki muda itu mengupah sebuah syarikat pembersihan untuk membersihkan empat bilik tidurnya, yang dipanggilnya sebagai rumah sampah. Rumah itu pernah didiami bersama ibu bapa dan kakaknya dengan tidak seorang pun berminat untuk mengemas kediaman itu. Disyorkan Lelaki itu bagaimanapun tinggal bersendirian di rumah itu selepas ibunya 'hilang' kira-kira 10 tahun lalu. Bapanya meninggal dunia beberapa tahun kemudian dan kakaknya berpindah untuk bekerja. Memandangkan dia mendapat pekerjaan baharu dan mahu berpindah, lelaki itu mengupah syarikat pembersihan profesional yang menghantar lapan pekerja untuk menyelesaikan...

Bapa Kandung Mahu Kematian Anak Terbela, Yang Didera Ibu Dan Bapa Tiri

Kota Bharu: Bapa kandung kepada kanak-kanak berusia lapan tahun yang meninggal dunia dipercayai didera mahu kematian anaknya itu terbela. Muhamad Zulhafize Zulkarnain, 32, berkata, dia dan keluarga terkejut dengan kejadian ketika diminta untuk menuntut jenazah anaknya oleh pihak polis Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gombak. Katanya, dia dan bekas isteri sudah berpisah sejak tujuh tahun lalu namun masih berhubung atas urusan nafkah anak perempuannya itu. "Anak dijaga sepenuhnya bekas isteri di sana (Kuala Lumpur) namun jika mahu bertemu anak, saya dan keluarga akan ke sana. Disyorkan "Arwah anak juga tidak pernah mengadu apa-apa, jadi kami agak terkejut dengan kejadian," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kerak Hulu, Kadok, di sini. Muhamad Zulhafize berkata, jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Binjai, di sini, jam 11.30 pagi semalam. Ibu Zulhafize, Zakiah Yaakob, 59, berkata, keluarga menyerahkan siasatan sepenuhnya kepada pihak poli...

Warga Asing Dalangi Kes Samun Bersenjata Api Mati Ditembak Polis

SUBANG JAYA: Polis menembak mati seorang lelaki warga asing di Jalan PJS 9/1 di sini, petang tadi yang disyaki mendalangi 45 kes samun bersenjata sejak 2018 membabitkan kerugian RM8 juta. Dalam kejadian jam 6.59 petang itu, mangsa yang memandu sebuah kereta Hyundai Matrix ditembak mati sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman. Pengarah Jabatan JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata sebelum insiden berbalas tembakan, anggota polis yang berjaya mengesan suspek mengarahkan suspek berhenti namun enggan dan melepaskan tembakan ke arah kenderaan polis. Katanya, suspek yang bersenjatakan pistol jenis Revolver melepaskan lima das tembakan ke arah polis dengan dua tembakan mengenai kenderaan polis sebelum pihak polis melepaskan tembakan balas dan mengenai suspek. "Suspek berusia lewat 30-an dan berasal dari sebuah negara di benua Afrika mati ditembak di tempat kejadian. "Kita percaya suspek terbabit dengan kumpulan samun bersenjata api yan...

Keganasan Rumah Tangga Dipercayai Motif Pembunuhan Dua Beranak

ALOR SETAR - Motif pembunuhan seorang wanita dan anak perempuannya yang ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar berdekatan Pekan Simpang Kuala di sini semalam dipercayai akibat keganasan rumah tangga. Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Superintenden Adzli Abu Shah berkata, kejadian itu tidak melibatkan pihak lain atau keganasan terancang, sekali gus meminta orang ramai untuk menghentikan spekulasi yang tular dalam media sosial mengenai keadaan yang tidak selamat di negeri ini sehingga mencetuskan kegusaran masyarakat. "Polis menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 5.04 petang semalam dan menjumpai dua mayat dengan kesan kelar pada leher kedua-dua mangsa. "Hasil risikan kemudian berjaya menahan suspek berumur 43 tahun yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa jam 9.20 malam. "Siasatan awal mendapati suspek tinggal di bangunan terbiar itu sejak seminggu lepas bersama isteri dan tiga anak. "Dalam kejadian semalam, polis menjumpai mayat i...

Sekolah Ditenggelami Air, Guru Dan Murid Redah Banjir

SHAH ALAM - Sesi pembelajaran sesi petang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Jawa di sini terbantut selepas kawasan sekolah berkenaan ditenggelami banjir ekoran hujan berterusan pada Selasa. Beberapa video memaparkan murid dibantu beberapa guru meredah banjir tular di media sosial. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam ke lokasi kejadian sekitar jam 5 petang semasa membuat rondaan ekoran hujan lebat dan berterusan. Menurutnya, pemeriksaan di lokasi mendapati banjir kilat dianggarkan setinggi 0.7 meter itu berlaku disebabkan sistem longkang tersumbat akibat dipenuhi sampah sarap. "Anggota bertugas bertindak melakukan pembersihan pada laluan longkang sehingga laluan keluar air dapat berfungsi sepenuhnya. "Tiada mangsa (terperangkap) dalam kejadian dan air mulai surut jam 5.37 petang sebelum anggota bergerak pulang ke balai," katanya pada...

Bawa Masuk Warga Asing, 12 Termasuk Lima Penguat Kuasa Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Seramai 12 individu termasuk lima penguat kuasa yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 ditahan kerana disyaki terlibat dalam sindiket membawa masuk warga asing melalui pintu masuk negara dipercayai tanpa pemeriksaan pihak berkuasa. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, sindiket didalangi beberapa penguat kuasa agensi penguatkuasaan itu dipercayai menjadi tali barut bagi melepaskan kumpulan warga asing yang tiba tanpa melalui prosedur ditetapkan. Katanya, kesemua yang ditahan masing sembila lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an menerusi Op Pump itu menggunakan modus operandi 'çounter setting'.   "Kesemua mereka ditahan dalam Op Pump yang dijalankan di sekitar Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kelantan pada Selasa," katanya dalam satu kenyataan. Antara warga asing yang dipercayai dibawa masuk sindiket itu ialah dari Myanmar, Bangladesh, Indonesia,...

SPRM digesa siasat Kesuma berhubung laporan sindiket Bangladesh

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat Kementerian Sumber Manusia berhubung laporan dari Bangladesh mengenai sindiket yang menghantar pekerja ke Malaysia dan didakwa mendapat sokongan daripada pegawai-pegawai Malaysia, kata Persatuan Bekas Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (PFCCA). Dalam satu kenyataan, Pengerusi PFCCA, Teoh Seang Hooi, berkata badan pencegah rasuah itu perlu menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus terhadap perkara ini. “Siasatan yang menyeluruh dan telus perlu dijalankan bagi membersihkan Kementerian Sumber Manusia daripada anasir-anasir jahat antarabangsa yang diketengahkan oleh kerajaan Bangladesh yang baru dibentuk,” tambahnya. Dia turut mendesak Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, untuk “melaksanakan apa yang diperkatakan” dalam menjaga reputasi kementerian tersebut. Baru-baru ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bangladesh (ACC) telah memulakan siasatan rasuah terhadap sindiket bekalan tenaga kerja yang berpengaruh. Menurut laporan ...

Video: Orang Awam Jumpa Mayat Wanita Berpakaian Dalam Di Shah Alam

SHAH ALAM – Mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan hanya memakai baju dan seluar dalam di longkang besar berhampiran perumahan Dillenia, Seksyen U11 di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, penemuan mayat tersebut yang terapung di longkang berkenaan dimaklumkan orang awam kira-kira pukul 6.30 petang. Katanya, setakat ini identiti mayat tersebut belum dapat dikenalpasti. “Ketika ditemui, mayat berkenaan didapati hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta dalam keadaan berulat. “Pemeriksaan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor ke atas badan mayat itu tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian simati,” katanya dalam kenyataan hari ini. Beliau menjelaskan, mayat telah dihantar ke forensik Hospital Shah Alam untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). “Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh me...