Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Maksiat

Tular | Duda, Janda Disyaki Berkhalwat Dalam Bas

MELAKA – Seorang duda dan seorang janda ditahan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) selepas disyaki berkhalwat di dalam sebuah bas yang diparkir di sebuah stesen minyak di Jalan Hang Tuah di sini awal pagi Sabtu. Dalam pemeriksaan kira-kira jam 1.50 pagi, lelaki berusia 37 tahun yang juga pemandu bas terbabit dan wanita berusia 46 tahun itu ditemui sedang tidur bersebelahan di atas kerusi dalam kenderaan berkenaan. Pengarah JAIM, Datuk Md Azhan Samat berkata, pemeriksaan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada orang awam. Menurutnya, pasangan terbabit memberi alasan mereka berada di dalam bas untuk berehat selepas keluar makan bersama sebelum tertidur. “Bagaimanapun, kedua-duanya gagal membuktikan mempunyai hubungan mahram atau sebagai suami isteri yang sah,” katanya pada Ahad. Beliau berkata, pasangan itu kemudiannya dibawa ke pejabat JAIM bagi tujuan dokumentasi dan siasatan lanjut. Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991...

Cikgu Fadilah, ‘Abang Wiring’ mengaku salah cuba berzina didenda RM5,000

MELAKA – “Saya kesal, sudah buat solat sunat taubat dan akan bertanggungjawab terhadap Cikgu Fadilah,” kata Muhammad Hairul Ezuan Hamzah, 31. “Saya mohon mahkamah beri hukuman denda ringan kerana perlu menyara sepenuhnya anak berusia empat tahun dan berjanji tidak akan mengulangi lagi kesalahan ini,” ujar Nur Fadilah Zainal dalam nada teresak-esak. Itu rayuan guru sekolah dan ‘abang wiring’ di Mahkamah Tinggi Syariah, Ayer Keroh, di sini hari ini sebelum masing-masing dijatuhi hukuman denda RM5,000 atau enam bulan penjara oleh Hakim Syarie Mohd Yunus Mohamad Zin. Ia selepas pasangan berusia 31 tahun itu yang terpalit skandal seks sehingga menggemparkan negara mengaku bersalah cuba melakukan zina, 28 Februari lalu. Mengikut pertuduhan, Muhammad Hairul Ezuan dan Nur Fadilah didapati telah melakukan perbuatan percubaan persetubuhan haram dengan yang bukan isteri atau suaminya yang sah di sisi syarak. Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Bukit Emas, Sungai Petai dalam daerah A...

Pasangan Kekasih Buat Aksi Jelik Dalam Kereta Ditahan

PASIR GUDANG: Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan ditahan polis di dua lokasi berbeza, pada petang Khamis. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak berkata, rakaman kejadian tersebut berlaku pada jam 3.03 petang, 29 Mac lalu dan tular di TikTok baru-baru ini. Jelasnya, penahanan membabitkan seorang lelaki berusia 22 tahun dan seorang perempuan berusia 17 tahun.   "Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati lokasi kejadian di kawasan letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang. "Bertindak atas maklumat, kedua-dua suspek telah ditahan secara berasingan, masing-masing di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang Khamis," katanya dalam kenyataan pada Khamis. Tambah Mohd Sohaimi, hasil semakan mendapati kedua-dua warganegara tempatan itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau. "Dalam operasi tersebut, polis turut merampas sebuah kendera...

Ditahan Berdua-Duaan Di Bilik Hotel

SUNGAI PETANI - Seorang gadis sanggup mengambil sijil cuti sakit (MC) semata-mata mahu meraikan sambutan ambang merdeka bersama kekasih di sebuah bilik hotel di sini pada Rabu. Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, perbuatan itu terbongkar hasil serbuan kira-kira jam 2.30 pagi dilakukan oleh pasukan penguat kuasa dalam operasi sempena ambang merdeka di sekitar daerah ini pada Rabu. Menurutnya, pasangan berusia 19 dan 23 tahun yang mengaku bakal bernikah pada 10 Oktober depan itu memberi alasan menempah bilik hotel kerana mengantuk untuk pulang ke rumah mereka di Kulim dan Serdang, Kedah. "Gadis tersebut yang sepatutnya membuat kerja lebih masa (OT) telah mengambil MC, dijemput oleh kekasihnya di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang sebelum ditemui berdua-duaan di sebuah bilik hotel di bandar ini," katanya. Sebelum itu, katanya, dalam serbuan berasingan, seorang lelaki dikesan bersembunyi dalam siling hotel bagi mengelak ditahan penguat kuasa...

Suami Orang, Isteri Orang Dicekup Berkhalwat

ALOR SETAR: Seorang pekerja di syarikat pengiklanan dan seorang wanita berstatus isteri orang dicekup berkhalwat di sebuah unit kondominium di Jalan Langgar, di sini malam tadi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib, berkata wanita berusia 32 tahun dan pasangannya berusia 39 tahun itu ditahan dalam pemeriksaan jam 11.40 malam. Beliau berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh, pasangan itu dipercayai sudah empat hari tinggal bersama di sebuah kediaman itu. "Wanita yang bekerja di syarikat swasta itu memberi alasan sudah tidak sefahaman dengan suaminya dan menjalinkan hubungan dengan lelaki berkenaan yang bekerja di syarikat pengiklanan. "Ketika pemeriksaan dilakukan pasangan itu gagal menunjukkan sebarang hubungan mahram atau suami isteri malah mengaku masing-masing sudah berkahwin," katanya ketika dihubungi hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kera...

Takut Cicak Jadi Alasan Tidur Dengan Bini Orang

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki memberi alasan takut untuk tidur di dalam biliknya kerana ada cicak besar ketika ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut. Lelaki berusia 20-an itu ditahan ketika sedang tidur bersama dua rakan perempuannya yang masing-masing berusia 20-an dan 30-an di atas satu katil, kira-kira jam 3.30 pagi, Jumaat lalu. Ketua Penolong Pesuruhjaya (Penguatkuasaan) JHEAT, Nik Zuhaiza Ismail, siasatan mendapati pada awalnya, mereka bertiga yang datang bersama menyewa dua buah chalet bersebelahan. "Bagaimanapun semasa serbuan, didapati bilik disewa atas nama lelaki itu kosong sebelum pemeriksaan di bilik bersebelahan mendapati dia sedang tidur lena bersama dua rakan perempuannya yang mana salah seorang berstatus isteri orang. "Setelah disoal siasat, lelaki itu memberi alasan yang tidak masuk akal kononnya terpaksa menumpang tidur di dalam bilik tersebut kerana takut dengan kehadiran cicak be...

Menteri Jadi Sasaran, Video Klip Memaparkan Dua Lelaki Berada Diatas Katil.

Seorang menteri kabinet menjadi sasaran pihak tertentu bagi menggambarkan dirinya sebagai pelaku dalam tiga klip video seks yang tersebar sejak pagi tadi. Sekitar 1.25 pagi tadi, beberapa wartawan Malaysiakini dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp dinamakan “Jemputan Hari Raya ###” di mana klip video tersebut dikongsikan. Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut. Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut. Salah satu kumpulan WhatsApp tersebut dimulakan oleh individu dengan nombor telefon +60 11-#### 9849 dan dikenali dengan nama “Faizal”. Dia memasukkan kakitangan Malaysiakini dan beberapa pemimpin PKR Sabah yang terkenal dalam kumpulan sembang tersebut. Satu lagi kumpulan WhatsApp dimulakan oleh seseorang dengan nombor telefon +60 11-#### 9037 dan dikenali dengan nama “Saifuddin Abdullah”. Kumpulan ini mem...

Ada Yang Mengaku Suami Isteri Ada Yang Lari Tinggakkan Pasangan Dalam Bilik

Seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet bagi meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa dalam Ops Banteras Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena Hari Pekerja, Isnin malam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata lelaki itu disyaki keluar melalui tingkap tandas yang dibukanya sendiri sebelum melarikan diri dan meninggalkan pasangannya di dalam bilik. Beliau berkata ibu tunggal dan penjawat awam adalah antara lima pasangan kekasih rakyat tempatan berumur antara 18 dan 43 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan membabitkan 19 penguatkuasa bermula 10 malam hingga 12 malam di lima hotel bajet sekitar kawasan Perling dan Danga Bay, di Johor Bahru. Katanya ada pasangan yang ditahan itu mengakui kononnya mereka pasangan suami isteri, namun, setelah diperiksa menukar kenyataan bahawa mereka sudah bertunang. "Kesemua mereka ditahan kerana berada di dalam satu bilik, disyaki melakukan khalwat dan mendata...