Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Zamani Dan Juliana Bakal Bertunang

Penyanyi Zamani Slam nekad akan mengakhiri zaman bujang selepas merujuk seorang ustaz mengenai masa depannya. Dia yang membuat pengumuman mengejut itu berkata, ustaz berkenaan juga menasihatinya agar tidak membuat seseorang menungu begitu lama. “Ustaz itu menasihatkan saya, tidak baik untuk membiarkan gadis berkenaan menunggu terlalu lama. “Dia turut menasihatkan, yang mana boleh dibaiki, saya kenalah baiki,” katanya dipetik Harian Metro. Pada 15 Jun lalu Zamani menyambut saranan itu dengan membuat pengumuman bahawa dia akan bertunang. Zamani atau nama penuhnya Zamani Ibrahim, 48, berkata dia bertemu ustaz berkenaan selama dua minggu atas urusan peribadi di Kedah. “Kesempatan bertemunya itulah, saya menjelaskan sudah lama berkawan dengan seorang gadis dan minta pendapatnya. “Sudah lama saya berhasrat nak tamatkan zaman bujang dan bergelar suami kepada Juliana tetapi belum ada keyakinan cukup kuat. “Alhamdulillah, kata-kata ustaz terbabit benar-benar meresap dan mem...

Yang di-Pertuan Agong Bantu Mangsa Kemalangan

Jika beberapa hari lalu tular di media sosial rakaman Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah beratur membeli makanan di sebuah restoran makanan segera, hari ini baginda sekali lagi menarik perhatian rakyat Malaysia. Kali ini baginda telah mencemar duli turun dari kenderaan rasmi untuk memberi bantuan kepada mangsa kemalangan jalan raya di Putrajaya, pada Rabu. Difahamkan, Seri Paduka Baginda Tuanku dalam perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet bersama Perdana Menteri di Istana Melawati, Putrajaya. Mangsa kemalangan juga, yang juga dikenali sebagai Jasliza Jamil bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius. Selepas selesai membantu mangsa, baginda terus menyambung perjalanan ke Mesyuarat Pra Kabinet. Rakaman foto baginda turun dari kenderaan rasmi untuk membantu mangsa itu turut dimuat naik di laman sosial Instagram Istana Negara. Rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan sifat baginda yang sangat mesra dengan rakyat jelata.  

Video Kedai Emas Texco Rawang Di Rompak Empat Lelaki

Sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya di Batu 16, Rawang dekat sini rugi kira-kira RM500,000 selepas disamun empat lelaki bersenjatakan pistol dan tukul besi petang tadi. Ketika kejadian pada pukul 3 petang itu, terdapat kakitangan wanita bertugas di premis terbabit, selain seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas dengan bersenjatakan cota. Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner, Samsor Maarof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada pukul 3.59 petang. “Dilaporkan empat suspek memakai topi keledar bertutup muka, memakai jaket lengan panjang dan bersarung tangan dilihat memasuki premis berkenaan. “Suspek memecahkan cermin pameran di premis tersebut sebelum melarikan barang kemas,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Mengulas lanjut Samsor memberitahu, kejadian itu menyebabkan kedai emas terbabit mengalami kerugian ratusan ribuan ringgit. “Siasatan lanjut berhubung kes sedang dijalankan termasuk mengenal pasti ...

Video: Samseng Jalan Dicekup, Ini Punca Kenapa Lelaki Ini Bergaduh Ditengah Jalan

LELAKI yang terbabit dalam insiden pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Balakong, Kajang malam tadi ditahan polis hari ini. Lelaki berusia 44 tahun ini ditahan di Taman Putri Jaya, Batu 9 Cheras, 4.20 petang tadi. “Soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dengan kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berdasarkan keterangan mangsa, insiden berpunca rasa tidak puas hati berkaitan potong barisan ketika keluar simpang. Kes disiasat mengikut Seksyen 323/160 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan bergaduh. - Harian Metro

Video Bergaduh Pasal Bekas Tunang Rupanya...

KUANTAN: Perselisihan faham akibat perempuan dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian yang berlaku pada 1 pagi itu, dipercayai melibatkan 12 remaja berumur antara 19 dan 20 tahun, yang berasal dari sekitar daerah ini, Pekan, dekat sini dan Kangar, Perlis. Katanya, mangsa yang berusia 20 tahun dan masih belajar itu mendakwa dihubungi oleh seorang lelaki tidak dikenali pada 8 malam sebelumnya yang memperkenalkan diri sebagai bapa saudara kepada bekas tunangnya dan mahu berjumpa. "Mangsa mendakwa dia dan dua rakan berada di kawasan letak kereta itu apabila dihampiri tiga kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki dengan salah seorang suspek bertanyakan nama mangsa. "Lelaki itu didakwa terus menumbuk muka dan menendang pinggang mangsa dengan diikuti suspek lain yang secara bertubi-tubi menyerang ma...

'Tunggu Aku Santau Kamu', Tak Puas Hati Disaman Ugut Mahu Santau Polis

Gambar Hiasan KUALA KANGSAR: Polis menahan seorang pemandu kerana dikatakan mengugut untuk menyantau anggota polis yang menyamannya kerana kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar di Jalan Idris di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ismail berkata, lelaki berumur 36 tahun itu ditahan kerana mengeluarkan kata-kata mengugut dan biadap, selepas tidak berpuas hati terhadap saman yang dikeluarkan kepadanya. Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 10.20 pagi Selasa semasa pengadu bersama sepasukan polis Trafik IPD Kuala Kangsar membuat tugas ops penguatkuasa lalulintas di Jalan Idris. Katanya, pengadu telah menahan sebuah kereta jenis Kembara dan meminta pemandunya menunjukkan kad pengenalan dan lesen memandu kerana didapati telah melakukan kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar. “Pengadu telah keluarkan saman atas kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar, tiba-tiba OKT telah keluarkan perkataan "tak tahu ka anak aku b***k, sap...

Hujan Dan Diana Dalam Drama ‘Elly & Epit’ Kini Pasangan Suami Isteri

BAGI mereka yang biasa melihat rancangan kanak-kanak di siaran astro Ceria, pasti pernah menonton drama komedi bersiri ‘Elly & Epit’ yang mula ditayangkan sekitar 2011 hingga 2013. Selain daripada pelakon utamanya Sweet Qismina dan Afiq, ada lagi dua watak yang menyerikan drama tersebut iaitu Hujan dan Diana lakonan yang dilakonkan oleh Hadi Mazlan dan Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah. Kini mereka meningkat dewasa dan siapa sangka hanya bermula daripada perkenalan menerusi drama tersebut mereka akhirnya berjodohan dan selamat bergelar sebagai suami isteri selepas dinikahkan di Surau At-Taqwa Batalion 4, Semenyih semalam. Gembira dengan penyatuan dua jiwa itu, kedua-dua ibu pengantin berkongsi berita mereka di laman sosial media masing-masing. Ibu Dayana, dikenali Aida Daud ternyata gembira dengan pernikahan anak sulungnya itu. "Tak dapat gambarkan perasaan macam mana hanyalah mampu bersyukur pada ALLAH S.W.T di atas limpah kurnianya. Tak adalah teman nak gaduh, nak gila-gi...

[VIDEO] Gagal Tukar Jantina, Sajat Diberi Tempoh 48 Jam Mohon Maaf

SEORANG wanita bernama Yusmiliati Mohamed Yusof mendakwa telah dianiaya oleh usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad atau turut dikenali sebagai Nursajat. Menurut Yusmiliati, pihak Sajjad telah melemparkan bermacam tuduhan palsu terhadap dirinya ekoran kegagalannya membantu usahawan itu menukar jantina “lelaki” kepada “perempuan” pada kad pengenalannya menerusi urusan bersama Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia (JPNM). “Oleh kerana kami telah berkenalan dan beliau (Sajjad) juga menyuarakan hasrat tersebut malah saya juga mempunyai kemampuan dan kemahiran dalam menguruskan hal-hal permohonan dengan jabatan serta agensi kerajaan, saya menyatakan kepada beliau yang saya boleh membantu beliau untuk melakukan permohonan tersebut dengan bayaran yang dipersetujui sebagai bayaran kepada perkhidmatan saya. “Beliau telah serahkan kepada saya dokumen-dokumen berkaitan untuk membuat permohonan tersebut. Saya telah hadir ke pejabat JPNM untuk menyerahkan borang permohonan bagi pertukaran jantina di...

Dera Kanak-Kanak Berusia 7 Dan 8 Tahun, Suami Isteri Ditahan

SERDANG: Tiga beranak termasuk seorang remaja perempuan berusia 13 tahun direman lima hari, kerana disyaki melakukan penderaan ke atas dua kanak-kanak berusia 7 dan 8 tahun. Perintah reman sehingga Jumaat ini dikeluarkan oleh Majistret Nurshahira terhadap kesemua suspek. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan, berkata mangsa yang juga pasangan adik-beradik diselamatkan pihak polis selepas menerima maklumat daripada orang awam. Siasatan awal mendapati mangsa dan suspek mempunyai hubungan persaudaraan dan sudah tujuh tahun tinggal bersama selepas kedua-dua ibu bapa mereka berpisah. Suspek yang ditahan seorang lelaki berusia 33 tahun berkerja sebagai penghantar gas manakala isterinya berusia 30 tahun dan anak perempuan mereka yang berusia 13 tahun. Pemeriksaan lanjut di rumah suspek berjaya menemukan satu kayu cota, satu garfu perak dan sebatang paip getah keras yang dipercayai digunakan untuk mendera mangsa. Katanya, pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa mengalam...

Ibu Masih Terkejut Pemergian Nursyarifah Adha Diiandra, 2 Tahun Yang Maut Tertinggal Dalam Kereta.

LAHAD DATU: Ibu kepada kanak-kanak perempuan yang meninggal dunia selepas tertinggal dalam kereta di Taman Aman, Lahad Datu, Rabu lalu, masih sukar menerima kehilangan mangsa. “Allahu Akbar, saya tidak dapat luahkan apa-apa. Hati saya masih perit bila teringatkan arwah dalam keadaan menyayat hati,” luah Effarizan Asim, 31 tahun. Mangsa, Nursyarifah Adha Diiandra, 2 tahun, meninggal dunia akibat kesan haba selepas terperangkap dalam kereta berkenaan. Menurut Effarizan, pada hari kejadian dia memandu kereta seorang rakan yang ditinggalkan. “Jika kereta saya sendiri, arwah biasa keluar dan masuk sendiri. Namun tidak sangka juga semua boleh berlaku. “Namun, inilah ujian yang harus saya hadapi,” katanya ketika dihubungi, pada Sabtu. Effarizan berkata dia tidak tahu bagaimana hendak meneruskan kehidupan dengan perasaan bersalah. - Foto ihsan keluarga mangsa Menurutnya, dia tidak hiraukan komen netizen di luar sana, sebaliknya hanya mampu fikirkan tentang arwah anaknya itu sahaja. “Hingg...

4 Gambar: Pasangan Kekasih Ini Bertemu Semula selepas 75 tahun 😥

PARIS - Seorang askar muda Amerika Syarikat (AS) jatuh cinta kepada seorang gadis berusia 18 tahun ketika dia mula ditempatkan di sebuah pekan kecil di Perancis semasa Perang Dunia Kedua, lapor akhbar Daily Mail. KT Robbins berusia 24 tahun ketika dia mula jatuh cinta pandang pertama kepada Jeannine Ganaye, di bandar Briey, timur laut Perancis pada tahun 1944. Pasangan itu bertemu kembali dalam suasana penuh emosi di rumah penjagaan warga emas yang dihuni Jeannine yang kini berusia 92 tahun di Perancis baru-baru ini. Masih menyimpan rasa kasih sayang walaupun sudah lama berpisah. Hasrat Robbins, 97, untuk bertemu semula dengan kekasih hatinya itu selepas 75 tahun tercapai dengan bantuan sekumpulan wartawan Perancis. Lelaki itu kembali ke Perancis bagi menyertai sambutan ulang tahun memperingati pendaratan tentera Berikat di Normandy, utara negara itu. Robbins dan Jeannine saling jatuh cinta pada penghujung Perang Dunia Kedua tetapi askar AS itu terpaksa meninggalkan ...

Ini Negara Yang Haziq Pilih Untuk Melarikan Diri.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menjelaskan seorang lelaki, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku sebagai individu dalam video seks yang mengaitkan seorang menteri Kabinet ditahan sebelum dia berlepas ke Manila, Filipina. Beliau berkata, Haziq ditahan pada jam 6 petang tadi di terminal pelepasan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Berikut ialah kenyataan penuh Huzir: Tangkapan ke atas seorang lelaki Melayu bagi membantu siasatan polis. Pada 14 Jun 2019 jam lebih kurang 6 petang, sepasukan pegawai daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman telah menangkap seorang lelaki Melayu di KLIA bagi membantu siasatan polis. Butiran tangkapan adalah seperti berikut: Nama: Haziq Abdullah Abdul Aziz Umur: 27 tahun Ketika tangkapan dibuat, suspek berada di terminal pelepasan antarabangsa. Berdasarkan tiket penerbangan, saspek dijadualkan berlepas ke Manila. Siasatan dijalankan mengikut peruntukan seksyen-seksyen...

‘Kehidupan Kami Berubah Sejak Kehadiran Baby Comel Ini’

PASTINYA umum sedia maklum bahawa Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan isteri baginda, Rihana Oksana Petra selamat dikurniakan putera sulung pada Ramadan lalu. Berita gembira itu dikongsi sendiri menerusi Instagram (IG) Oksana @rihanapetra dan memaklumkan bayi diberi nama Tengku Ismail Leon Petra Tengku Muhammad V Faris Petra itu dilahirkan pada 21 Mei 2019. Terbaru Oksana mengucapkan terima kasih dan amat senang hati apabila membaca komen-komen serta ucapan ikhlas para pengikut keluarga diraja itu selepas beliau selamat melahirkan seorang putera. Malah turut dikongsikan kehidupan banginda dan dirinya berubah sejak dianugerahkan putera comel itu. "Kepada semua pengikut pengikut saya yang dihormati, jutaan Terima Kasih diucapkan ke atas komen-komen anda. Saya amat senang hati apabila membaca ucapan ikhlas dari anda semua. Kehidupan kami berubah sejak kehadiran anak comel ini. "Alhamdulillah, sekarang kami adalah keluarga yang bahagia dan sifat kekeluargaan pen...

Cuba Lari, Haziq Aziz Ditangkap Di KLIA2

Polis menangkap Haziq Aziz yang mengaku dirinya dalam video seks sejenis mirip menteri yang tersebar di WhatsApp baru-baru ini. Peguamnya, Ramesh Kumar berkata Haziq ditangkap polis di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 petang tadi ketika mahu berlepas. “Saya dalam perjalanan ke balai polis di sana,” katanya kepada FMT. Pada Rabu, Haziq, seorang pegawai kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Shamsul Iskandar Md Akin, mendakwa dirinya terbabit dalam satu video seks sejenis, dan menamakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali sebagai pasangannya. Azmin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang cuba mengaitkannya dengan video seks itu dan akan mengambil tindakan undang-undang. Semalam, Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung kes video seks sejenis itu. Katanya, polis akan memanggil beberapa individu bagi membantu siasatan kes itu dan mereka yang menyebarkan video itu boleh dikenakan tindakan. - Free Malaysia ...

Tun Dr Mahathir Tidak Percaya Video Melibatkan Azmin Ali

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa beliau tidak percaya ketulenan video seks yang melibatkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali. Beliau turut menyifatkan penyebaran video seks tersebut merupakan agenda politik oleh orang tertentu. “Saya tidak percaya perkara ini tulen. Sekarang, kita boleh banyak perkara dengan video dan gambar sekiranya kita pandai. “Mungkin satu hari kamu akan lihat gambar saya pula macam itu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Malam Sejuta Kenangan di Setia City Convention Centre, Shah Alam, malam ini. - Malaysiakini

Dah Berhijab Pun Kena Kacau, Pelik Dengan Perangai Segelintir Lelaki - Zizi Kirana

Menyahut cabaran kempen Hijab 30 sepanjang Ramadan, penyanyi Zizi Kirana pelik dengan perangai segelintir lelaki yang didakwa kurang adab apabila melayangkan mesej tidak senonoh biarpun dirinya bertudung sejak hari pertama berpuasa. Zizi pelik mendapati masih ada lelaki yang meninggalkan mesej bukan-bukan kepadanya biarpun berimej sopan sejak awal Ramadan. “Saya perhatikan sahaja lelaki-lelaki ‘tandus’ dan ‘cacat otak’ yang masih meninggalkan komen pada entri atau mesej peribadi yang entah apa-apa. “Pelik sebab saya menjaga cara berpakaian dan berhijab sepanjang Ramadan lalu. Lelaki seperti ini memang bermasalah,” katanya kepada BH Online. Zizi kesal segelintir lelaki terbabit tidak menghormatinya sebagai wanita hingga tergamak melayang mesej bukan-bukan. Sementara itu, penyanyi lagu Nak Ke Tak Nak itu bersyukur berjaya menyahut cabaran Hijab 30 sejak awal Ramadan. Zizi berkata, langkah itu dianggap permulaan untuk dirinya membiasakan diri menutup aurat selain menj...

Polis Terkejut Cara Lelaki Ini Rompak Bank Guna Buah Avocado

BEERSHEBA - Seorang lelaki berjaya melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah kira-kira AS$8,000 (RM33,226) dari dua bank dengan hanya 'bersenjatakan' buah avocado. Lelaki berusia 47 tahun itu melakukan rompakan di sebuah bank di bandar Beersheba, Israel pada pertengahan Mei lalu dengan menggertak seorang pekerja bank di bahagian kaunter untuk menyerahkan wang. Apabila pekerja tersebut enggan menurut arahan, dia mengeluarkan sebutir 'bom tangan' dan mengugut untuk meletupkan bank terbabit. Mangsa yang ketakutan menyerahkan wang tunai berjumlah AS$4,450 (RM18,481) kepada perompak tersebut yang kemudian melarikan diri. Lima hari kemudian, perompak tersebut menyerbu masuk sebuah lagi cawangan bank yang sama juga di bandar Beersheba dan melakukan rompakan untuk kali kedua. Kali ini dia berjaya melarikan AS$3,300 (RM13,705). Hasil siasatan pihak polis membawa kepada penangkapan perompak terbabit yang pernah memilik rekod jenayah sebelum ini. Namun apa yang lebih menari...

Ada Polis Tahan Saya Minta Duit Kopi - Ketua Polis Negara

Seorang konstabel polis berhadapan dengan tindakan disiplin selepas cuba meminta rasuah daripada seorang pekebun yang kemudiannya menjadi ketua polis negara. Selepas bersara pada 2016, Abdul Hamid Bador menjadi pekebun sayur di Rembau, Negeri Sembilan sebelum kembali menyertai pasukan keselamatan dan mengetuai Cawangan Khas serta setahun kemudian menjadi ketua polis negara. "Suatu hari, saya dalam perjalanan ke pasar dengan trak pikap saya yang dipenuhi dengan timun, kacang panjang dan terung. "Saya diberhentikan seorang anggota polis yang menaiki motosikal dan mendakwa trak saya lebih muatan. Saya katakan kepadanya saya tidak membawa muatan lebih kerana berat (sayuran) tidak melebihi 500kg. "Dia kemudian bertanya sekiranya pembantu saya, yang juga di dalam trak itu seorang pendatang asing. Saya cakap kepadanya dia orang Bangladesh dengan permit kerja yang sah," katanya dalam wawancara bersama New Straits Times (NST). Hamid berkata beliau tidak ada masalah untuk m...

Menteri Jadi Sasaran, Video Klip Memaparkan Dua Lelaki Berada Diatas Katil.

Seorang menteri kabinet menjadi sasaran pihak tertentu bagi menggambarkan dirinya sebagai pelaku dalam tiga klip video seks yang tersebar sejak pagi tadi. Sekitar 1.25 pagi tadi, beberapa wartawan Malaysiakini dijemput menyertai dua kumpulan WhatsApp dinamakan “Jemputan Hari Raya ###” di mana klip video tersebut dikongsikan. Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut. Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut. Salah satu kumpulan WhatsApp tersebut dimulakan oleh individu dengan nombor telefon +60 11-#### 9849 dan dikenali dengan nama “Faizal”. Dia memasukkan kakitangan Malaysiakini dan beberapa pemimpin PKR Sabah yang terkenal dalam kumpulan sembang tersebut. Satu lagi kumpulan WhatsApp dimulakan oleh seseorang dengan nombor telefon +60 11-#### 9037 dan dikenali dengan nama “Saifuddin Abdullah”. Kumpulan ini mem...

Kalau Kamu Boleh Tanggung Saya Tidak Mengapa - Bella Astillah

Penyanyi Bella Astillah memohon segelintir pihak agar tidak mempertikaikan dirinya yang bekerja walaupun masih dalam tempoh idah selama tiga bulan. Pemilik nama penuh Dayang Nabellah Awang Astillah itu berkata tugasnya perlu diteruskan demi menyara anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun. “Kalau kamu boleh tanggung saya, susu dan lampin Ayden, tidak mengapa. “Saya boleh duduk rumah berkabung tetapi kamu kena beri saya duit. Boleh begitu?” katanya menerusi hantaran di Instagram. Penyanyi itu juga menjelaskan kehidupannya kini sebagai ibu tunggal bukan mudah kerana terpaksa menyara anaknya sendirian. “Saya keluar cari rezeki semuanya untuk Ayden (anak Bella). Bukan sebab saya tidak pandai jaga idah. Ibu dan ayah saya masih ada menjaga. “Saya bukan suka-suka tetapi untuk anak saya. Kalau saya tidak kerja, bukan kamu mahu tolong,” katanya yang tidak menyebut nama pihak yang mempersoalkan statusnya. Mengulas lanjut, Bella juga berkatakontrak yang ditandatangani bersama u...

Allah Ambil Ayah, Tapi Kurniakan Anak - Putra Amaris

Pelakon Putra Amaris reda menyambut lebaran kali ini tanpa ayah di sisinya. Namun begitu, pelakon itu percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan terbaharu dia dikurniakan anak lelaki Putra Asytar. “Alhamdullilah baby (Putra Asytar) sudah masuk lima bulan dan saya bersyukur dengan kehadirannya. "Dia (Putra Asytar) sedikit sebanyak dapat bantu kurangkan kesedihan saya terhadap pemergiaan ayah,” katanya ketika ditemui di Kuala Lumpur baru-baru ini. Pemilik nama penuh Muhammad Amran Ismail, 34, juga sempat berkongsi saat manis bersama ayahnya. “Saya dengan arwah ayah seperti belangkas, kami memang rapat. Kami juga selalu berkongsi masalah bersama. “Arwah ayah selalu minta saya supaya menjaga diri, jaga emak dan jaga keluarga,” katanya dalam nada sebak. Tambah Amaris, kewajipannya kini lebih untuk mengembirakan ibunya. “Ibu dengan arwah ayah terlalu rapat. Saya sedar ibu juga banyak bersedih selepas ayah pergi. “Jadi saya rasa tanggungjawab untuk sentiasa ada di sisi ibu supaya dia t...

Isu pengampunan diraja Anwar, Takiyuddin beri keterangan pada polis

Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu hari ini, untuk diambil keterangan ekoran satu laporan polis yang dibuat oleh Pemuda PKR Cabang Ketereh, mengenai tuduhan ke atasnya yang dikatakan mempersoalkan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA). Difahamkan, laporan polis dibuat ke atas Takiyuddin yang dikatakan mempersoalkan kuasa YDPA yang memberi pengampunan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim. Takiyuddin yang tiba di IPD Kota Bharu pada pukul 2.45 petang, turut ditemani kira-kira 30 orang penyokongnya dan diambil keterangan selama kira-kira dua jam. Ditemui pemberita selepas itu, Takiyuddin berkata beliau hadir sebenarnya bagi memberi keterangan mengenai ceramahnya yang dibuat di PRK Parlimen Sandakan bulan lalu. Katanya dalam ceramahnya itu beliau hanya menjelaskan yang Anwar tidak layak menjadi perdana menteri atau pemimpin negara, kerana beliau adalah bekas banduan. "Saya ingin menegaskan saya sama sekali tidak berniat mempersoalkan ...