Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Pecah Rumah

Cuba pecah masuk rumah

SHAH ALAM – Seorang warga Indonesia ditahan ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Jalan Kebun, di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam mengenai kejadian tersebut pada jam 6.32 pagi. Menurutnya, berikutan itu anggota peronda diarahkan ke lokasi terbabit selepas maklumat yang diterima itu telah disahkan. “Apabila tiba di lokasi, anggota peronda MPV telah berjumpa dengan penduduk setempat dan telah menyerahkan seorang lelaki setelah menangkapnya kerana dipercayai cuba memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk di kawasan tersebut”, katanya menerusi kenyataan media, hari ini. Sebelum ini, tular di platform media sosial cubaan memecah masuk ke dalam sebuah rumah penduduk di Jalan Kebun, Seksyen 30 Shah Alam. Mohd Iqbal berkata, suspek tidak bekerja cuba memecah masuk rumah mangsa dengan memanjat ke atas bumbung kediaman tersebut. Bagaimanapun, jelas beliau, perbuatan suspek berusia 38 tahu...

Hak-hak Isteri Selepas Kematian Suami

Posting ini adalah mengenai hak-hak yang boleh dituntut oleh seorang isteri di Mahkamah selepas kematian suami. dibawah adalah hak seorang isteri jika bercerai mati : 1. Tempat tinggal. Tempat tinggal seorang isteri yg kematian suami adalah dirumah yg didiami bersama suaminya ketika suaminya masih hidup sepanjang tempoh eddahnya. Tempoh eddahnya ialah selama 4 bulan 10 hari. 2. Harta sepencarian. Tuntutan harta sepencarian hendaklah dilakukan sebelum pembahagian faraid bermula. Mahkamah akan menilai kadar harta sepencarian yg layak diperolehi menerusi sumbangan langsung ataupun sumbangan tidak langsung si isteri ketika bersama suami. 3. Tunggakan Nafkah. Tunggakan nafkah juga disebut hutang dlm perkahwinan. Sekiranya terdapat hutang dlm perkahwinan terhadap si isteri, maka si isteri boleh tuntut sebelum pembahagian faraid bermula. 4. Bahagian dlm Faraid. Selepas balu arwah menuntut harta sepencarian dan tunggakan nafkah, dia juga ada bahagian dlm pembahagian fara...

Mungkin Pecah Rumah Saya Dirancang, Macam Mana Media Boleh Tahu Jumlah Dan Barangan Yang Dicuri.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa hairan apabila ada pihak yang mengetahui jumlah dan jenis barangan yang dicuri selepas kediamannya dipercayai dipecah masuk empat penjenayah Ahad lalu. Jamal berkata, ia berikutan beliau masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan media berhubung insiden tersebut. “Saya dimaklumkan rumah saya diceroboh empat lelaki bertopeng dengan tujuan untuk merompak. Setakat ini, saya belum lagi keluarkan sebarang kenyataan media berhubung rompakan tersebut. “Apa yang menghairankan saya, bagaimana kenyataan yang dikeluarkan kepada media mengetahui jumlah dan jenis barangan yang dicuri dari rumah saya,” katanya menerusi kenyataan dihantar seorang ahlinya dalam kumpulan aplikasi WhatsApp, sebentar tadi. Jamal berkata, kejadian itu merupakan kali kedua rumahnya diceroboh perompak. Beliau turut menafikan ia dilakukan pekerja dan pegawainya disebabkan tidak membayar gaji kepada mereka. “Kejadian ini menimbulkan syak wasangka serta me...

5 Punca Cemburu Dalam Rumah Tangga

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mereka impikan rumah tangga yang bahagia sehingga keakhir hayat. Namun sebelum memasuki alam rumah tangga kita sendiri tidak mengenali perangai sebenar pasangan kita Apabila sudah tinggal serumah, tidur sekatil dan banyak menghabiskan waktu bersama pasti ada pertelingkahan yang akan terjadi walaupun hanya permasalahan kecil tetapi boleh menjadi satu masalah yang besar. Cemburu salah satu punca pergaduhan dalam rumah tangga sehingga mampu menjadi salah satu punca penceraian. Berikut 5 punca cemburu dalam rumah tangga : 1) Kawan Ada sesetengah lelaki yang lebih banyak habiskan masa melepak bersama kawan-kawan berbanding bersama isteri dan boleh menimbulkan rasa curiga pada si isteri dengan siapa suami selalu melepak sehingga isteri terasa terabai. 2) Media sosial Kini terlalu banyak media sosial yang menjurus kepada kecurangan suami sehingga isteri lebih  berhati-hati dan sering memeriksa telefon suami lagi-lagi suami  yang...

Pecah Rumah Semata-Mata Untuk Biayai Sakit Jantung Anak

Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada hari ini atas tuduhan cuba memecah masuk sebuah rumah pada ahad lalu. Tertuduh Norhafizi Halipah, 43 yang juga merupakan penghidap HIV merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan. "Saya terpaksa lakukannya tuan hakim, anak saya baru lahir sakit jantung dan perlukan wang RM80,000 untuk rawatan," katanya Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh. Mengikut pertuduhan, Norhafizi didakwa kerana mencuba memecah sebuah rumah di Taman Merdeka, Batu Berendam, kira-kira jam 2 petang, pada 11 Mac lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun yang sama di mana jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda bagi kesalahan pertama yang dilakukannya. Dalam pada itu, tertuduh yang kelihatan tidak diwakili oleh mana-mana peguambela merayu agar hukuman yang dikenakan keatasny...

6 Gambar Suspek Pecah Rumah Tersebar.

Baru sebentar tadi telah tular beberapa keping gambar yang diambil melalui satu rakaman cctv di sebuah rumah dipercayai terletak di Taman Setapak. Gambar-gambar terbabit telah dikongsi melalui akaun Facebook milik Oji Hamidin atau Fauzi Hamidin di mana dia mendakwa suspek-suspek terbabit telah memecah masuk ke dalam rumah ibunya. Kejadian ini dipercayai telah berlaku semalam sekitar jam 3.00 pagi dan melalui gambar yang diambil, kelihatan dua orang lelaki yang mencurigakan cuba merangkak dan memanjat masuk ke dalam bahagian belakang rumah terbabit. Penduduk yang berada berdekatan dengan kawasan kejadian diminta berhati-hati dan sentiasa mengunci pintu ketika berada di rumah. Setakat ini, masih belum ada apa-apa makluman yang dilakukan mengenai penangkapan kedua-dua suspek terbabit. Sumber: Fauzi Hamidin, Editor: S