Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

Obsesi Tiktok, Suka Aibkan Suami: Musa Hassan Fail Nusyuz Terhadap Isteri

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akan memfailkan nusyuz terhadap isterinya, Elly Afizahwati Abdul Jalil hari ini.  Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber berkata, permohonan tersebut akan difailkan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur atas alasan-alasan tuntutan nusyuz.  Difahamkan, antara alasannya adalah disebabkan berkelakuan tidak senonoh Elly Afizahwati serta obsesi Tiktok yang berlebihan selain menengking, mengaibkan dan keluar rumah tanpa izin suami. Difahamkan antara alasannya adalah disebabkan kelakuan tidak senonoh isterinya serta obsesi Tiktok yang berlebihan selain menengking, mengaibkan dan keluar rumah tampa izin suami. Tan Sri akan failkan nusyus terhadap isterinya atas alasan-alasan yang diberi dalam permohonan tuntutan tersebut. Selain itu, beliau akan menghantar saman libel di mahkamah minggu depan selain meminta permohonan maaf secara terbuka terhadap perbuatan fitnah berkaitan penularan video dipercayai dirakam isterinya sehingga tular di media s...

Tak Salah Jatuhkan Anwar Ibrahim

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli-ahli Parlimen kerajaan mahu menjatuhkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim seperti yang pernah berlaku kepada Muhyiddin Yassin, sekiranya dia tidak mentadbir dengan baik. Katanya, sememangnya wujud hak sedemikian untuk wakil rakyat menukar kerajaan. “Saya berpendapat kalau satu kerajaan itu tidak mentadbir dengan baik, ahli partinya sepatutnya jatuhkan kerajaan itu dan pilih yang lain. “(Ini) seperti mana yang berlaku di waktu Muhyiddin Yassin jadi perdana menteri,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari ini. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mampu bertahan sehingga habis penggal atau tidak. “Pada masa itu, Umno tidak puas hati. Umno tarik sokongan dan Muhyiddin jatuh dan digantikan dengan orang Umno. “Jadi, hak bagi wakil rakyat memang ada untuk menukar kerajaan dan ini tidak melanggar undang-undang,” ka...

Buktikan Saya Curang - Puteri Sarah

KUALA LUMPUR: “Saya tak nak dia hanya bercakap kosong sahaja, kita tengoklah apa dia boleh buat di mahkamah nanti.” Itu merupakan permintaan pelakon, Puteri Sarah Liyana terhadap suaminya, Syamsul Yusof yang perlu mengemukakan bukti dan bukan hanya bercakap kosong selepas melemparkan tuduhan konon dirinya berlaku curang. Puteri Sarah berkata, dia langsung tidak gentar dengan tindakan yang diambil suaminya selepas memfailkan permohonan nusyuz terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, 21 Mac lalu. “Dakwaan isu curang biarlah perkara itu diputuskan di mahkamah. Bagi saya jika dia hendak bercakap, perlu sertakan bukti. “Selepas keluar rumah pada 2020, saya bukan tinggal sendiri sebaliknya saya memang tinggal dengan ibu bapanya. Sebab itu, ibu mentua saya sanggup jadi saksi kes kami. “Saya sedikit pun tidak goyah dengan tuduhan nusyuz, saya dalam fasa cakaplah apa nak cakap, kalau kata saya curang lepaskanlah saya,” tegasnya. Puteri Sarah ditemui ketika hadir ke Jabatan Agama Is...

Jangan Panjangkan Isu Saya Dan Aaaron Aziz

PETALING JAYA: Sebagai pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof mengaku bertanggungjawab sepenuhnya atas insiden yang berlaku membabitkan dirinya dengan pelakon, Datuk Aaron Aziz. Sempena bulan Ramadan yang mulia, Syamsul juga berharap konflik dirinya dengan Aaaron tidak berpanjangan dan diperbesarkan lagi. “Ia isu kerja antara saya sebagai pengarah dan Aaaron sebagai pelakon. “Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas isu yang timbul. Tidak perlu dipanjangkan lagi semua ini. Terima kasih,” katanya menerusi perkongsian di InstaStory, pagi tadi. Mengulas lanjut, Syamsul meminta tidak perlu menyalahkan mana-mana pihak atau pelakon lain seperti Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy berhubung isu pengguguran Aaaron. “Keputusan menggugurkan Aaron dibuat sebulat suara oleh saya dan penerbit lain filem ini,” katanya. Terdahulu, Aaron menerusi Instagram meluahkan kemarahan selepas Syamsul mendakwa dirinya digugurkan atas alasan dia sudah tua, gemuk dan berisi. Aktor berusia 47 tahun itu tur...

Acara ‘Thai Hot Guy’ Dibatalkan

Acara pembukaan sebuah kelab malam yang menampilkan ‘Thai Hot Guy’ dibatalkan susulan amaran keras pihak polis dan bantahan pelbagai pihak. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata mereka telah memberikan amaran keras kepada penganjur dalam pertemuan pada awal petang ini. “Amaran keras telah diberikan oleh pihak polis kepada pihak penganjur agar program tersebut tidak diteruskan dan dibatalkan. “Pihak penganjur dan pengurusan akur untuk membatalkan program tersebut dan tiada sebarang program atau aktiviti yang tular sebelum ini akan diadakan,” katanya. Bagaimanapun, katanya, polis akan membuat pemantauan berterusan ke atas premis tersebut dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku perlanggaran undang-undang. Sementara itu, Ashari mendedahkan setakat pukul empat petang hari ini, polis menerima 60 laporan yang membantah penganjuran program berkenaan. “Pihak polis peka mengenai penganjuran program-program yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum yang boleh m...

𝐏𝐀𝐊𝐈𝐍 Buat Laporan Polis, Tular Rakaman Video Ajaran Sesat

JOHOR BAHRU: Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) membuat laporan polis berhubung video tular yang mengajak orang islam percayakan Nabi Muhammad SAW sebagai Allah Laporan itu dibuat oleh Timbalan Penyelaran PAKIN Johor En Masrulle Hanaffi pada jam 9 malam di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini, hari ini. Sejak kelmarin, tular rakaman video ajaran sesat dan menyebut beberapa ayat menyeleweng akidah antaranya Nabi Muhammad SAW adalah tuhan. Menurut En Masrulle "video yang tular itu, dengar seperti mereka sebut Syiah tetapi sebenarnya ia adalah ajaran sesat Si Hulk. Video tular empat lelaki mengenai ajaran Si Hulk ini bermakna, ajaran sesat ini masih ada pengikut setia di negeri ini walaupun sudah diharamkan dua tahun lalu. "Situasi ini amat membimbangkan apatah lagi video itu dapat ditonton dengan bebas oleh generasi muda. Oleh itu, kami mahu PDRM mengesan empat lelaki berkenaan bagi tindakan susulan. Menurut Pengerusi PAKIN, En Zakir Halim (Zack) ketika Dihub...

Puteri Sarah Sering Hubungi Bekas Kekasih - Syamsul Yusof

KUALA LUMPUR: Pengarah filem Syamsul Yusof hari ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini. Permohonan itu difailkan Syamsul, atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof, 39, terhadap Puteri Sarah Liyana atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ,38, di hadapan Pendaftar Mahkamah Syariah Harun Hashim pada 3.10 petang. Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Shamsul mendakwa Puteri Sarah sering menghubungi bekas kekasihnya yang berstatus suami orang tanpa pengetahuan beliau sehingga mengganggu rumah tangga lelaki itu.   Selain itu, Mohd Shamsul mendakwa Puteri Sarah telah meninggalkan beliau selama lebih dua tahun dan ia bertentangan dengan kemahuannya. Shamsul berkata pelbagai langkah dan usaha juga telah diambil untuk memujuk Puteri Sarah supaya kembali ke pangkuan beliau dan memerintah defendan supaya kembali taat namun wanita itu enggan sebaliknya telah mengeluarkan kenyat...

MHO Tuntut Permohonan Pemilikan Tanah Adat

KOTA KINABALU: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) memberi tempoh 14 hari kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) untuk memberi jawapan berkaitan status permohonan tanah penduduk di lapan kampung di Sabah. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, tempoh yang diberikan itu cukup munasabah untuk pihak JTU memberi jawapan mengenai permasalahan permohonan tanah dihadapi penduduk lapan kampung yang terletak di tiga daerah iaitu Sapulut, Nabawan; Ranau dan Kunak. Lapan kampung itu adalah Kampung Koyoon, Kampung Kainggalan, Kampung Tonomon (A)(C), Kampung Kukuamas, Kampung Bigor dan Kampung Bukokoh di Sapulut, Nabawan. Di Ranau, kampung terlibat adalah Kampung Montoki, Mesilau dan Kampung Madai Baturong di Kunak. “Secara keseluruhan 2,500 penduduk terlibat dengan masalah pemilikan tanah bagi kesemua lapan kampung berkenaan. Sekiranya JTU gagal memberi jawapan dalam tempoh 14 hari, MHO akan bawa isu ini ke peringkat lebih tinggi iaitu ke Pejabat Ketua Mente...

Suami Isteri Dituduh Perdagang Anak OKU Untuk Eksploitasi Seks

Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di Butterworth hari ini atas pertuduhan memperdagangkan anak perempuan mereka yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) bagi tujuan eksploitasi seks pada Januari tahun lepas. Tertuduh yang merupakan bapa tiri mangsa berusia 63 tahun dan ibu kandungnya berusia 40 tahun, didakwa telah memperdagangkan mangsa berusia 20 tahun, yang merupakan golongan OKU pembelajaran. Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah rumah di Bukit Mertajam pada Januari 2022 hingga Februari 2022 antara 6 petang hingga 10 malam. Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670), dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh juga dikenakan dengan hukuman sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Qatrin Nada Harun tidak menawarkan jaminan untuk kedua-dua tertuduh m...

Selebriti Norjuma Bankrap Gagal Lunasn Hutang

Mahkamah Tinggi di George Town hari ini, mengisytiharkan usahawan selebriti, Norjuma Habib Mohamed bankrap selepas gagal melunaskan hutang RM260,400.00 kepada Syarikat Fame Up Entertainment. Timbalan Pendaftar Siti Zulaikha Nordin menyampaikan keputusan itu, selepas mendengar petisyen pemiutang yang difailkan Syarikat berkenaan melalui peguam Muhammad Hassanuddin Roslan pada Oktober tahun lepas. Berdasarkan petisyen kebankrapan pemiutang, Fame Up Entertainment memohon satu perintah kebankrapan terhadap Norjuma selaku penghutang kerana gagal membayar RM260,400 selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 12 Okt, 2021. "Hari ini merupakan tarikh pendengaran petisyen pemiutang, tetapi Norjuma gagal hadir sebanyak tiga kali, dan Mahkamah memutuskan (Noorjuma) bankrap selepas dia gagal melunaskan bayaran untuk petisyen pemiutang," kata Hassanuddin ketika ditemui di luar mahkamah di George Town hari ini. Beliau berkata waran tangkap yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah ...

Penipuan Pelaburan, 3,000 Mangsa Rugi Lebih RM830 Juta

KUALA LUMPUR – Harapan hampir 3,000 mangsa untuk mendapat pulangan imbuhan lumayan akhirnya lebur setelah terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan yang membabitkan kerugian lebih RM830 juta. Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama lebih 150 mangsa penipuan ketika membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini. Turut hadir, Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Isnan (PAKIN), En Zack PAKIN, dan Penasihat MHO, yang juga Presiden kepada Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan. Menurut MHO, modus operandi sindiket yang berpangkalan di Hong Kong ini adalah dengan melantik ejen-ejen daripada syarikat pengurusan pemasaran untuk mempromosi lima syarikat tempatan berbeza. Antara pelaburan ditawarkan adalah Tabung Amanah, saham boleh tebus syariah atau ‘Islamic Redeemable Shares (RPS-i), Nota Jangka Sederhana (MTN) dan Sukuk. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Ma...

Muhyiddin Dakwa Tetap Akan Diheret Ke Mahkamah Atas Arahan Pihak Tertinggi Pentadbiran Negara

Biarpun telah memberi keterangan dan bekerjasama dengan baik kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa beliau akan tetap dihadapkan di Mahkamah atas arahan pihak paling tinggi dalam pentadbiran negara. Muhyiddin mendakwa SPRM tidak menemui sebarang bukti terhadap segala pertuduhan yang dikaitkan dengan beliau iaitu projek Jana Wibawa dan rayuan pembatalan cukai oleh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari. Menurut Muhyiddin, beliau tidak pernah memberi arahan atau mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh Kementerian Kewangan.   "Saya juga tidak pernah berjumpa dengan kontraktor-kontraktor yang mendapat projek dan tidak pernah menerima wang daripada mereka. "SPRM tidak menjumpai sebarang bukti bahawa saya telah menerima wang. Jadi, bagaimana saya boleh dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan kuasa?" soal beliau. Mengulas mengenai rayuan pembatalan cukai daripada Yayasan AlBukhary y...

Polis Kesan Individu Ambil Gambar Kereta Didakwa Halang Lalu Lintas

IPOH: Polis sedang mengesan individu yang mengambil gambar sebuah kereta jenis Proton Saga didakwa menghalang lalu lintas di Persiaran Brash, dekat sini yang tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan hantaran berkenaan selepas ia dimuat naik menerusi akaun Twitter ‘Dis @Tfsgxy_’. Katanya usaha pihak polis bagi mengesan individu yang mengambil gambar berkenaan adalah bagi mengesan pemilik kereta tersebut. “Kejadian tersebut disyaki berlaku di Persiaran Brash berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Padang Polo. “Kini, pihak polis sedang mengesan individu yang merakam gambar tersebut untuk membantu mengenal pasti pemilik kereta terbabit. “Dengan ini, pihak polis ingin menyeru kepada individu yang merakam gambar tersebut pada masa kejadian supaya berhubung dengan Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh DSP Koo Boon Kuat, di talian 016-4173222 untu...

MHO, PAKIN, Gesa Siasat Syarikat Tipu Pelabur Libatkan Kerugian Lebih RM100 Juta

KUALA LUMPUR: Menggunakan nama tokoh korporat terkenal selain menawarkan dividen tinggi sehingga 3.3 peratus sebulan menyebabkan ramai terperdaya sehingga kerugian lebih RM100 juta selepas menyertai skim penipuan pembelian saham Islamic Redeemable Shares yang ditawarkan oleh syarikat pelaburan sejak 2021. Kesemua mangsa menyertai skim pelaburan saham itu sejak diperkenalkan pada Oktober 2021 selepas dijanjikan pulangan dividen sebanyak tiga peratus setiap bulan daripada jumlah pelaburan yang dibuat. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim, berkata syarikat pelaburan berkenaan mengguna pelbagai taktik demi meyakinkan pelabur, seterusnya memperdaya mereka. "Antara modus operandi syarikat pelaburan saham ini adalah menggunakan nama syarikat 'Berhad'. yang difahami masyarakat negara ini sebagai sebuah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham di Malaysia. "Malah syarikat sama juga mengguna pakai nama Suruha...