Ada Ditembak Mati, Dipaksa Jadi Pelacur, NGO Gesa Kerajaan Laos Tubuh 'Task Force' Selamatkan Rakyat Malaysia
Kuala Lumpur: Beberapa badan bukan kerajaan (NGO) menghantar memorandum kepada kedutaan Laos, di sini, berkaitan usaha membawa pulang rakyat Malaysia yang jadi mangsa pemerdagangan manusia di negara itu. Setiausaha Agung Pertubuhan Kemasyarakatan Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ia bagi meminta kerajaan Laos mengeluarkan kenyataan dan berusaha bersama dengan Kedutaan Malaysia di negara itu untuk membebaskan serta menyelamatkan rakyat negara ini yang terperangkap di Laos terutama di kawasan Golden Triangle. Menurutnya, mereka juga berharap Kerajaan Laos dapat mengikut contoh Kerajaan Kemboja yang menubuhkan 'Task Force' dalam usaha menghalang kegiatan itu. "Kita tidak mahu ada tindakan tidak mengikut undang-undang sebab itu kita guna saluran diplomatik dan cara demokratik untuk menyatakan kepada Kerajaan Laos mengenai perkara ini. "Atas semangat setia kawan Asean dan Kerajaan Malaysia menjaga rakyat Laos di sini, ini juga harapan kita dari...