Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

Gombak Dan Petaling Kembali Jadi Zon Merah

SHAH ALAM - Daerah Petaling dan Gombak yang sebelum ini ditakrif sebagai zon kuning bertukar kembali kepada zon merah apabila terdapat peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) menjadikan jumlah daerah zon merah di Selangor kini adalah tiga. Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) menerusi info grafik yang dimuat naik di akaun Facebook rasminya memaklumkan tiga daerah itu adalah Gombak yang mencatat 77 kes aktif, Hulu Langat (49 kes aktif) dan Petaling (43 kes). Enam daerah lagi masih kekal sebagai zon kuning iaitu Klang sebanyak 18 kes, Kuala Selangor (14), Kuala Langat (enam), Sepang (tiga), Sabak Bernam (dua) dan Hulu Selangor yang mencatat satu kes. Hanya satu mukim di Selangor ditakrif sebagai zon merah iaitu mukim Batu di daerah Gombak yang mencatat 71 kes aktif positif Covid-19. Sebanyak 24 mukim lagi kini berada di zon kuning manakala 31 mukim lagi ditakrif sebagai zon hijau apabila tiada kes aktif direkodkan. “Hari ini (semalam) terdapat kenaikan...

Dua Peniaga Dijangkiti Covid-19 Pasar Besar Seremban Pula Ditutup

SEREMBAN - [DIKEMASKINI] Pasar Besar Seremban terpaksa ditutup bermula hari ini berikutan terdapat dua peniaga di pasar itu disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19) selepas mengambil bekalan niaga di Pasar Borong Selayang. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Datuk Zazali Sallehudin berkata, sebaik sahaja menerima maklumat tersebut petang semalam, pihaknya mengambil keputusan drastik menutup pasar tersebut setelah mendapat nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Menurutnya, tindakan pantas itu bagi membolehkan MPS melakukan kerja-kerja pembersihan dan operasi sanitasi di sekitar pasar serta kawasan berhampiran. "Walaupun tidak ada lagi pengumuman rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai kes di sini tetapi kita mengambil langkah proaktif dalam melakukan pencegahan. "Penutupan ini juga membolehkan pihak jabatan kesihatan melakukan tindakan lanjut bagi mengekang penularan wabak Covid-19 di Pasar Besar Seremban setelah mengambil...

Sita Premis Warga Asing Kerana Melakukan Pelbagai Kesalahan

KLANG : Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyita 10 premis termasuk kendalian warga asing, selepas dikesan melakukan pelbagai kesalahan dalam operasi selama dua jam semalam. Antara kesalahan utama dilakukan setiap premis terbabit termasuk berniaga tanpa lesen, menjual ayam hidup tanpa lesen serta menghalang laluan kaki lima. Yang Dipertua MPK, Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, berkata operasi penguatkuasaan selama dua jam itu bermula 2 hingga 4 petang semalam membabitkan kawasan Klang Selatan dan Klang Utara. "Di kawasan Klang Selatan, MPK memeriksa premis perniagaan sekitar kawasan Perindustrian Fasa 1 dan Fasa 2 di Pulau Indah, apabila penguat kuasa mendapati daripada tujuh premis yang beroperasi dan hanya satu premis didapati tidak berlesen iaitu pasar mini. "Pasar mini terbabit disita mengikut UUK 3 Undang- Undang Kecil Perlesenan Tred Perniagaan & Perindustrian (PTPP) (MPK) 2007. "Bagaimanapun, enam premis menjual barangan runcit berlesen itu didapati me...

Anggota Polis Maut Dilanggar Pemandu Mabuk Dalam Sekatan Jalan Raya

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis maut dalam nahas jalan raya ketika bertugas di sekatan jalan raya Plaza Tol Kajang Selatan Lebuh Raya LEKAS, awal pagi Ahad. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, mangsa dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu di bawah pengaruh alkohol kira-kira jam 2 pagi. "Kejadian berlaku apabila pemandu kereta Toyota Hilux yang datang dari arah Kajang menuju ke Plaza Tol Kajang Selatan gagal mengawal kenderaan kerana disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol. "Pemandu tersebut telah melanggar seorang anggota polis sedang bertugas serta kenderaan polis yang diletakkan di tepi jalan. "Kenderaan tersebut telah menghempap mangsa sehinggakan menyebabkan kecederaan di bahagian kepala dan badan, sekali gus meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad. Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata laporan polis telah dibuat oleh penyelia sekatan jalan raya namun pemandu Hilux masih b...

Kes Positif COVID-19 Di Selangor Meningkat Mendadak

Selangor mengalami kenaikan mendadak dalam jumlah kes positif COVID-19 apabila merekodkan 63 kes baharu hari ini berbanding 24 kes semalam. Menurut kenyataan yang dikongsi Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) di laman web amirudinshari.com, kenaikan kes baharu itu dapat dijangka dan datang daripada kawasan yang terbabit dengan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). "Hari ini terdapat kenaikan rekod kes yang mendadak di mukim Batu yang menjadikannya berubah kepada zon merah. "Kenaikan keseluruhan kes baharu di Selangor juga mempengaruhi petunjuk bagi daerah yang mana daerah Petaling dan Gombak kembali menjadi zon merah. "Antara faktor dorongan kenaikan kes baharu datang daripada kawasan Perintah PKPD. Kenaikan kes di kawasan berkenaan dapat dijangka dan berada dalam kawalan baik," jelas kenyataan itu. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kes terkumpul di negeri itu adalah sebanyak 1,518 kes setakat hari ini. Sementara itu, ber...

Bayi Enam Bulan Maut Perodua Myvi Dipandu Bapa Terbabas

PARIT - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas di KM4, Jalan Bota Kiri - Tanjung Belanja berhampiran Tanjung Aur di sini hari ini. Nahas sekitar jam 8.15 malam itu menyebabkan mangsa, Afham Faiq Azrul Amir meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Barudin Wariso berkata, siasatan mendapati kemalangan berlaku akibat terbabas sendiri. “Siasatan awal mendapati kereta jenis Perodua Myvi yang dinaiki tiga beranak itu dalam perjalanan dari Kampung Paloh hendak pulang ke rumah mereka di Seri Iskandar. “Apabila tiba di tempat kejadian, kereta terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan masuk ke dalam parit,” katanya. Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas di Tanjung Aur, Bota hari ini. - Foto PDRM Menurutnya, impak kemalangan itu menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian da...

Donald Trump Gelar Kumpulan Bersenjata Di AS Orang Baik-Baik

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan kumpulan bersenjata yang menyerbu bangunan capitol di Lansing, Michigan pada Khamis lalu sebagai orang baik-baik. Trump turut menggesa supaya Gabenor Gretchen Whitmer bersemuka dan berunding dengan kumpulan tersebut yang berhimpun buat kali kedua bagi memprotes pelaksanaan perintah lockdown bertujuan mengekang penularan koronavirus (Covid-19) di negeri berkenaan. "Gabenor Michigan beri mereka peluang. Mereka ini orang baik-baik tetapi mereka amat marah. "Mereka hanya mahu kehidupan kembali normal. Jadi, jumpa dan bercakap dengan mereka. Buat perjanjian," kata Trump di Twitter. Terdahulu, keputusan Whitmer melanjutkan tempoh lockdown sehingga 28 Mei ini menimbulkan kemarahan penduduk terutamanya penyokong tegar Trump kerana mendakwa gabenor dari parti Demokrat itu melanggar hak konstitusi mereka. Pada Khamis lalu, protes anti lockdown di Michigan bertukar tegang apabila penunjuk perasaan yan...

Nurul Hidayah Dan Suami Akan Didakwa Ingkar PKP

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Polis Huzir Mohamed memaklumkan sudah mendapat arahan Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa anak presiden Umno, Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suami atas kesalahan melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP). Huzir berkata, Nurul Hidayah dan suami, Saiful Nizam Mohd Yusoff akan didakwa di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalam Penyakit Berjangkit (No.3) 2020 dan pendakwaan akan dibuat dalam masa tempoh terdekat. “Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah polis tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan perlanggaran ini. “Polis ingin menegaskan sekali lagi, tidak ada sesiapa akan terlepas daripada tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa-apa jua undang-undang negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Huzir sebelum ini berkata, Nurul Hidayah dan suami sudah diambil keterangan pada 24 April dan kes disiasat ba...

Muafakat Nasional Hilang Arah Tuju Apabila Berada Dalam Kerajaan

Kekuatan Muafakat Nasional (MN) sepatutnya diperkukuhkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15, namun kini hala tujunya sudah terpesong, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman. Beliau berkata, momentum MN yang dibentuk oleh Umno dan PAS kini bagaikan hilang arah tuju apabila dua parti itu berada dalam kerajaan. Jelas Tajuddin, Umno dan PAS masih berada dalam MN yang dibentuk pada September tahun lalu, manakala kerjasama dalam Perikatan Nasional (PN) pula hanya membabitkan anggota parlimen. "Sepatutnya kita teruskan usaha memperkukuhkan MN untuk siap siaga hadapi PRU-15. "Tapi malangnya ada orang sudah terpesong hala tuju yang sepatutnya ditumpukan untuk hadapi PRU-15 tetapi digunakan untuk ambil bahagian dalam kerajaan. "MN macam sudah tidak penting, yang penting dapat masuk kerajaan," katanya ketika wawancara bersama Malaysiakini. Bagaimanapun Tajuddin tidak mendedahkan pihak yang didakwanya merencatkan perjalanan MN. Tajuddin ...

Wanita Maut Langgar Peronda Polis

KANGAR: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh pacuan empat roda polis di persimpangan lampu isyarat di Jalan Raja Syed Alwi - Persiaran Wawasan berhampiran Jabatan Veterinar Perlis tengah hari tadi. Dalam kejadian jam 1.45 tengah hari itu, mangsa, Azila Che Pa, 31 dari Kampung Ujong Batu, Utan Aji maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan yang parah di bahagian kepalanya. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew, berkata ketika kejadian, pacuan empat roda yang dipandu anggotanya sedang membawa seorang lagi anggota polis bersama dua anggota tentera dari Utan Aji menuju ke bandar Kangar melalui persimpangan lampu isyarat terbabit. "Bagaimanapun sewaktu di persimpangan, mangsa yang menunggang dari arah Jalan Persiaran Wawasan melanggar bahagian kanan kenderaan semasa melintas. "Akibat daripada pelanggaran itu, mangsa tercampak ke laluan bertentangan manakala motosikalnya terseret sejauh 20 meter," katanya ketika dih...

Warga Asing 'Kebal' Bebas Berniaga Musim PKP?

KLANG - Warga asing didakwa 'kebal' dengan menjalankan operasi perniagaan sewenang-wenangnya di sekitar kawasan Klang walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilaksanakan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri yang membuat siaran langsung melalui Facebooknya ketika tinjauan di beberapa kawasan. "Salam kepada Tuan Pengarah Penguatkuasa Majlis Perbandaran Klang (MPK). Ini apa? Warga tempatan ke warga asing? Ada lesen ke? Ikut SOP MKN ke? Azmizam turut mempertikaikan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang seolah-olah tidak mengambil tindakan sewajarnya ke atas peniaga warga asing terbabit. "Semalam Tuan Pengarah cakap dengan saya MPK sudah ambil tindakan terhadap semua peniaga-peniaga warga asing. Jangan tipu saya sahabat. Berapa lama sudah pegang jawatan Pengarah Penguatkuasa MPK? Tak nampak ke ni?" katanya. Azmizam menunjukkan kedai dipercayai milik warga asing beroperasi dalam musim PKP ini. Azmizam menunjukkan k...

Imigresen, PDRM, KKM, ATM, APM serta Rela Serbu Plaza City One

KUALA LUMPUR - Anggota penguat kuasa melakukan pemeriksaan besar-besaran di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Plaza City One di sini hari ini dipercayai bagi proses dokumentasi. Pasukan penguat kuasa terdiri daripada Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) mula berada di kawasan berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi. Turut kelihatan memasuki kawasan berkenaan ialah pacuan empat roda, trak serta bas persiaran milik Imigresen. Difahamkan, proses dokumentasi berkenaan dikatakan selesai kira-kira jam 1.45 petang. Tidak lama kemudian, trak pihak berkuasa dilihat keluar dari kawasan itu dengan membawa beberapa individu dipercayai warga asing namun perkara itu masih belum disahkan. Turut difahamkan kehadiran Imigresen di kawasan itu ialah prosedur biasa bagi membantu agensi pengu...

Abang Kecewa Adik Dijangkiti Covid-19 Setelah Jadi Runner

BENTONG - Senangnya kita boleh dijangkiti tanpa sedar. Itu status seorang ahli perniagaan, Mohd Sukri Othman, 40, yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya selepas adiknya, Mohd Suhaimi, 36, dijangkiti koronavirus (Covid-19) tular semalam. Beliau dimaklumkan kejadian apabila dihubungi adiknya semalam yang bekerja di sebuah syarikat di Bentong dan baru sahaja berjinak-jinak membuat perkhidmatan 'runner' Ramadan ini. Kejadian itu katanya, di luar jangkaannya sekeluarga dan menyifatkan virus berkenaan begitu mudah berjangkit. "Saya memohon semua agar dapat mendoakan kesihatan dan keselamatan adik saya dan isterinya, Nurfatihah Hamzah," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini. Adik kepada Mohd Sukri yang juga anak ketiga dari tujuh beradik di Chegar Medang di sini hanya mengetahui dirinya dijangkiti Covid-19 semalam selepas melakukan pemeriksaan saringan yang disyaratkan untuk memohon sebagai penghantar makanan (runner) di daerah tersebut beberap...