Rakan-rakan dan peminat Nad Zainal mengambil inisiatif mewujudkan tabung kecemasan bagi membantu pelakon terbabit yang masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak minggu lalu. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, tabung kecemasan ini bertujuan menampung kos rawatannya dan membantu meringankan beban keluarganya. "Bagi semua yang prihatin, mari kita sama-sama berganding bahu untuk bantu bersama. Yang pastinya, jangan kita lupa titipkan doa untuk Nad Zainal agar kembali pulih sepenuhnya dan jangan lupa juga untuk kongsikan hantaran ini agar lebih ramai dapat turut membantu," katanya. Artikel Berkaitan Sumbangan boleh dibuat menerusi akaun CIMB 8604978484 atas nama Pertubuhan Kebajikan As Siddiq. Pindahan wang ini perlu disertakan dengan rujukan Nad Zainal. Untuk pertanyaan lanjut hubungi pembantu peribadi Nad iaitu Echa di talian 012-3458623. Terdahulu pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin berkata, keadaan Nad semakin baik berbanding sebelumnya. Menurutnya, pelakon itu...