GEORGETOWN - Lapan individu termasuk empat wanita warga asing ditahan kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan kegiatan persundalan di sekitar bandar raya di sini pada malam Selasa. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, kesemua tangkapan berusia lingkungan 23 hingga 60 tahun. Menurutnya, semakan mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau. "Kesemua mereka ditahan dalam lima serbuan di premis rumah urut di Lebuh Chulia, Batu Feringghi dan Gelugor di sini. Dalam serbuan pertama, kita menahan seorang wanita tempatan di Lebuh Chulia manakala seorang lelaki tempatan di kawasan sama. "Dalam serbuan ketiga pula, kita menahan seorang lelaki tempatan di Batu Feringghi dan seorang wanita warga asing di kawasan sama kerana menjalankan perniagaan rumah urut tanpa lesen dan gagal mengemukakan permit kerja yang sah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Soffian berkata, dalam serbuan kelima iaitu di s...