Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

Maut Akibat Tertusuk Sabit Di Ladang Kelapa Sawit.

PERAK: Seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 12 tahun maut selepas dadanya tertusuk sabit ketika mengikut datuknya di Kampung Sungai Tiang Darat di Bagan Datuk petang semalam. Sabit tersebut dipercayai jatuh ketika datuknya sedang mengait buah sawit dan difahamkan kanak-kanak tersebut tidak sempat menyelamatkan diri. Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar, kejadian tersebut telah menimpa Mohd Riduan Hakim Abd Rashid, iaitu murid tahun enam dari Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat kira-kira pada jam 2 petang. "Siasatan awal mendapati mangsa telah mengikuti datuknya untuk pergi mengait sawit sempena cuti sekolah sekitar jam 9.30 pagi." "Semasa salah seorang ahli keluarga mangsa sedang mengait sawit, tiba-tiba buah sawit yang dikait telah jatuh bersama-sama sabit melalui kayu kait dan sabit berkenaan melantun mengenai bahagian kiri dada mangsa," katanya. "Datuk mangsa tidak terlibat dengan kes ini kerana ia berlaku s...

Allahuakhbar!! Sebab Kenapa Rasulullah Takut Semasa Berlakunya Gerhana

Gerhana bulan mahupun gerhana matahari adalah salah satu fenomena alam yang pasti akan terjadi dan kebanyakan ia akan mengambil masa yang lama untuk kejadian itu berlaku. Namun, bagi umat Islam, kejadian ini dianggap sebagai menakutkan kerana ianya adalah salah satu tanda terjadinya kiamat. Kebiasaannya, orang pada zaman sekarang ini hanya ingin menyaksikan peristiwa gerhana tanpa mahu mengendahkan tuntutan dan ajakan Nabi shallallahu ’alaihi wa sallam. Siapa tahu peristiwa ini adalah tanda datangnya bencana atau adzab, atau tanda semakin dekatnya hari kiamat. Lihatlah yang dilakukan oleh Nabi kita shallallahu ’alaihi wa sallam saat terjadinya gerhana melalui hadis di bawah: عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى زَمَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِى صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ ال...

“Ibu Bila Nak Potong Leher Adik” - Zulfykha

Seorang pengguna facebook yang bernama Aamir Abdul Hakim telah menceritakan kisah seorang kanak-kanak yang bernama zulfykha yang menderita akibat badannya terbakar kerana berpuca daripada pelita raya semasa bermain pada raya ke lima tahun lepas. Kejadian yang menyayat hati itu berlaku semasa ibu dan nenek mangsa tiada di rumah kerana keluar pergi membeli lauk di kedai. Mangsa yang ketika itu tinggal bersama kakaknya menjerit memanggil si kakak yang sedang mandi kerana api sedang marak membakar tubuhnya. Kakak yang melihat keadaan adik terus menyimbah air ke badan adiknya untuk memadan api tersebut dan pada waktu yang sama terdapat jiran yang terdengar tangisan Zulfykha datang untuk memberi bantuan. Anak kecil itu perlu menjalani pembedahan yang mana kos rawatan mencecah RM39000, kini hasil sumbangan orang ramai jumlah yang terkumpul berjumlah RM30 000 dan ibunya perlu sediakan lagi RM9 000. Hampir setiap hari Zulfykha akan merengek dan bertany...

Kerana Tayar Kereta Dikunci, Enam Lelaki Pukul Penguatkuasa DBKL

KUALA LUMPUR- Gara-gara Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengunci (clamp tyre) tayar sebuah kereta di Danau Kota ,Setapak ,kelmarin sekumpulan lelaki yang dipercayai tidak puas hati dengan tindakan penguaskuasa ini telah bertindak menyerang mereka. Menurut penguatkuasa yang berusia 20 tahun itu, dia bertindak mengunci tayar kereta terbabit kerana melakukan keasalahan meletakkan kenderaan di tempat yang salah. Kejadian dianggarkan berlaku kira-kira pukul 2.02 petang. Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju berkata, selepas kira-kira 45 minit kemudian nya, penguatkuasa terbabit menyedari bahawa pengunci tayar tersebut telah hilang. "Penguatkuasa menyedari bahawa pengunci tayar itu telah dipecahkan  serta di sorokkan ke dalam kereta tersebut. "Penguatkuasa tersebut bersama seorang lagi rakan setugasnya  mewakili syarikat tempat letak kereta tersebut cuba menghampiri kereta itu,namun secara tiba-tiba datang enam orang le...

Bekas Pemain NBA Dan Isteri Maut Akibat Kemalangan

Sebuah   kereta   telah   terlibat   dalam   kemalangan   dan   mengorbankan   dua   orang   mangsa   iaitu   seorang   lelaki   bekas   pemain  NBA  dan   isterinya   popstar  American Idol. Rasual  Butler,38,  telah   bermain   selama  14  musim   di  NBA  dengan   lapan   francais   selepas   bermula   di  Miami Heat  pada   tahun  2002. Range Rover yang dipandu  Butler  dilaporkan   hilang   kawalan   kira - kira  jam 2.30  pagi   di  Studio City  di  California  dan   telah   melanggar   sebuah  meter  letak   kereta   dan   menyebabkan   kereta  yang  dipandunya   terbalik . Isteri  Butler, Leah  LaBelle , 31  merupakan   seorang ...

Lukisan Ini Terjual Lebih R.M 16 000, Anda Tentu Tidak Percaya Siapa Yang Melukisnya..

Babi merupakan salah satu haiwan ternak yang popular dan selalu diternak untuk di ambil dagingnya. Haiwan yang memiliki muncung pendek dan hidung leper ini merupakan jenis mamalia yang cerdas bahkan boleh menjadi haiwan peliharaan yang lebih pintar berbanding anjing dan kucing. Berbeza dengan babi-babi yang lain, babi Afrika yang bernama Pigcasso ini memiliki kemampuan luar biasa kerana pandai melukis dan boleh menghasilkan berbagai lukisan abstrak. Mirror.co.uk melaporkan Pigcasso dipelihara sejak berusia empat minggu setelah diselamatkan dari sebuah ladang penternakan di Afrika Selatan dalam keadaan yang sangat menyedihkan. Joanne Lefson, pemilik babi tersebut dapat melihat bakat seni Pigcasso setelah cukup lama memeliharanya. Lebih hebat lagi, lukisan hasil karya Pigcasso mampu dijual dengan harga yang mahal apabila salah satunya terjual dengan harga 3.000 pound sterling atau Rp 56,7 juta (RM16 000). "Dia tiada beza deng...

Kecoh Di Kedai Durian Bila Yusuf Azmi Dan Ustaz Abdul Halim Datang.

Nama nya semakin meningkat naik di media sosial Facebook dan Twitter kerana sifat nya suka membantu dan membela golongan yang teraniaya. Mungkin ada di antara kita yang tertanya-tanya siapakah gerangan saudara Yusuf Azmi ini. Setiap kali keluar di media sosial untuk mempertahan kan golongan yang sering di tindas, beliau akan berserban. Yusuf Azmi adalah seorang Pengarah Unit Tindakan Khas (UTK) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Beliau mula menyertai PPIM sejak enam tahun yang lalu. Yusuf Azmi mempunyai enam orang cahaya mata hasil dari pergkongsian hidup bersama isteri nya Sabrina Hamdan. Namanya mula meningkat naik semenjak memperjuangkan isu pajakan kenderaan dan telah membela nasib pemilik stesen minyak. Semalam, Yusuf Azmi dan Ustaz Abdul Halim telah memberikan sokongan kepada golongan muda Melayu yang berani menceburi perniagaan buah-buahan terutama sekali buah durian. Pemilik kedai buah ini yang hanya mahu dikenali sebagai Faizal Kucing, menyatakan dengan ...

Chacha Maembong Dan Didi Astillah Truma Akibat Kemalangan

Penyanyi dan pelakon Didi Astillah atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 22 dan kawan baiknya Siti Aisyah binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Chacha Maembong,22 , telah terlibat dalam kemalangan jalan raya kira-kira jam 2 pagi pada hari Isnin lepas. Kata Didi dia dan Chacha masih lagi trauma akibat kejadian itu. Chacha dikatakan sedang memandu keretanya cuba mengelak sebuah kereta jenis Proton Wira yang sangat laju hingga kereta yang dipandu nya hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di Jalan Alor,Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Semasa kemalangan itu, mereka dibantu oleh orang awam yang berada di situ,manakala kereta Proton Wira yang dipandu oleh seorang lelaki yang menyebabkan mereka terbabas melarikan diri. "Sampai sekarang masih lagi trauma. Kejadian itu berlaku ketika kami nak keluar dari simpang Jalan Alor tiba-tiba ada kereta Wira muncul dalam keadaan yang sangat laju. "Chacha cuba mengelak namun tidak dapat di kawal.Oleh sebab te...

Lelaki Maut Digilis Lori Sendiri

KEDAH - Seorang lelaki disahkan meninggal dunia setelah digilis oleh lori yang dipandunya sendiri apabila lori tersebut bergerak sendiri ketika dia turun dari lori tersebut untuk memeriksa keadaan lori. Kejadian itu berlaku di dalam kawasan kuari Bt.6, depan HPA, Jalan Kodiang,Changlun pada pagi hari ini. Mangsa dipercayai berasal dari perlis dan bekerja di syarikat kuari tersebut. Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga Arwah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Editor:Farhana

Suami Isteri Ditemui Mati Dalam Keadaan Tragis

Kisah hidup pasangan suami isteri yang tinggal di Dusun Sanggrahan Desa/Kecamatan Mungkid Kabupaten Magelang sangat menyayat hati kerana meninggal dunia tanpa di ketahui anak dah ahli keluarga sehingga mayat mereka membusuk di dalam rumah. Mayat Sukarjo, 70, dan Sutari, 60 ditemui dalam keadaan membusuk dan hampir reput pada tarikh 28 Januari pukul 11.30 oleh seorang menantu mereka yang berniat untuk melawat. “Berdasarkan kenyataan saksi, pada ketika itu menantu datang untuk berkunjung menemui mertuanya, namun saat mengetuk pintu tidak ada yang menjawab dan curiga mencium bau busuk yang menyengat dari dalam rumah,” kata Ketua Polis Daerah Kabupaten Magelang Edi Susanto. Menantu mangsa yang curiga dengan keadaan itu meminta bantuan jiran2 untuk memecahkan pintu. Sebaik sahaja masuk kedalam rumah alangkah terkejutnya menantu itu kerana menemukan jasad si ayah mertuanya terbujur kaku diatas kerusi di ruang tamu manakala ibu mertuanya meninggal ditempat tidur. “Keadaanya s...

Ayda Jebat Bertunang??

KUALA LUMPUR- Penyanyi serta pelakon Ayda Jebat atau sebenarnya Nur Suhada Jebat yang dilahirkan pada 17 Mac 1992. Pernah menjadi peserta Akademi Fantasia musim ke-9. Ayda juga dikenali ramai menerusi drama Rindu Awak 200%. Baru-baru ini Ayda Jebat, telah mengakui bahawa di seringkali mendapat panggilan telefon serta pesanan ringkas melalui laman sosial oleh kerana gambar majlis pertunangan yang telah berlangsung di kediaman rumahnya, pada minggu lalu. Katanya, ramai yang menyangka dirinya telah melangsungkan tali pertunangan secara senyap-senyap dan sengaja merahsiahkan berita gembira itu. Ada juga segelintir daripadanya, menyatakan bahawa dia bernikah dalam diam tanpa memberitahu kepada pihak media. "Saya sendiri tidak menyangka ramai orang beranggapan bahawa saya yang bertunang, malah tak putus-putus panggilan telefon dan pesanan ringkas yang diterima hingga ke hari ini. "Saya ,masih lagi solo dan belum menjadi milik sesiapa lagi,"katanya. Beliau menyatakan bahaw...