Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2021

Jiran Pegang Kad ATM Keluarkan Wang Tanpa Kebenaran

KUANTAN: Tindakan seorang warga emas yang mempercayai jirannya dengan menyerahkan kad pengeluaran wang automatik (ATM) membawa padah, apabila wang simpanannya berjumlah RM26,060 dikeluarkan tanpa kebenaran. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa seorang peneroka berusia 80 tahun mendakwa, menyerahkan kad ATM kepada suspek wanita itu pada pertengahan Februari lepas. "Lelaki itu mendakwa tujuannya menyerahkan kad itu supaya suspek dapat membantu menyemak baki akaun, memandangkan dia sukar keluar ke bandar kerana tiada ahli keluarga yang tinggal berhampiran. "Mangsa mahu menyemak baki akaunnya selepas anak saudara lelakinya memaklumkan wang pampasan daripada projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), telah dimasukkan ke akaun," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Mohd Wazir berkata mangsa mendakwa suspek tidak memulangkan kad ATM mililknya selepas itu, dan sering memberikan pelbagai alasan apabila ditanya mengenai status...

Bapa Kelar Anak Kerana Siaran Televisyen

Seorang bapa sanggup mengelar leher anak lelakinya sehingga mati di kediaman mereka di Jalan Kemudi, Bernam Jaya, Hulu Bernam, dekat Kuala Lumpur, semalam selepas bertengkar akibat menukar siaran televisyen. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Arsad Kamaruddin berkata lelaki berusia 71 tahun itu, mengelar leher anaknya yang berumur 37 tahun sebanyak tiga kali menggunakan pisau yang diambil di dapur, selepas menolak mangsa sehingga jatuh semasa pertengkaran itu. Katanya selepas kejadian tersebut suspek membuat laporan polis pada 12.55 tengah hari itu, mendakwa anaknya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah akibat luka di leher di ruang tamu rumah mereka, selepas pulang dari kedai. Dia berkata siasatan polis mendapati terdapat kesan kelar yang dalam pada leher mangsa yang dilakukan pihak ketiga dan bukannya bunuh diri. “Suspek kemudian mengaku telah mengelar mangsa serta ditahan untuk siasatan, selain polis turut merampas sebilah pisau, sehelai baju dan selua...