Sutradara yang pernah unggul dengan filem Ombak Rindu, Osman Ali mengakui dia terpaksa menggunakan pelaris untuk memastikan karya terkininya, Langsuir mampu dijual di seluruh pawagam tanah air. Bakal menemui penonton pada 20 September ini, Langsuir menjadikan destinasi pelancongan iaitu Pulau Langkawi sebagai latar belakang filem tersebut, sekali gus menjanjikan panorama indah kepada audiens. Bertemu dengan teraju utama filem berkenaan baru-baru ini, Syafiq Kyle tidak kisah jika ada pihak yang mendakwa dia dan Hannah Delisha dianggap sebagai pelaris untuk menjual naskhah tersebut. “Saya akui ada keserasian untuk bergandingan dengan Hannah di set penggambaran dan berharap percaturan Abang Osman untuk menggandingkan kami dalam Langsuir menjadi. “Lagipun, sebelum ini menerusi drama Mencintaimu Mr. Photographer, banyak maklum balas diperoleh daripada para peminat yang menyukai gandingan kami,” katanya. Sementara itu, Hannah pula berpendapat, keserasian yang pernah ada sebelum ...