Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab

Lapan Jam Datuk Seri Najib Razak Berada Di Luar Rumah - Jabatan Penjara Jawab
PETALING JAYA – Tempoh hampir lapan jam Datuk Seri Najib Razak berada di luar kediamannya pada Jumaat bukan hanya untuk menunaikan solat Jumaat, malah turut membabitkan beberapa urusan lain termasuk pemeriksaan kesihatan, pengajian al-Quran dan sesi kaunseling. Jabatan Penjara dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengambil maklum laporan media berhubung pergerakan bekas Perdana Menteri itu yang dilaporkan berada di luar kediamannya selama hampir lapan jam. Menurut kenyataan itu, pergerakan Najib bermula pada pukul 10.25 pagi dan berakhir pada 6.25 petang. Sepanjang tempoh tersebut, beliau telah menghadiri janji temu pemeriksaan kesihatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan susulan di Jabatan Ortopedik. Selain itu, Najib turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Penjara Kajang sebelum mengikuti sesi pengajian al-Quran bersama ustaz daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Penjara Kajang. Beliau turut menjalani sesi kaunseling bersama Pegawai Psikologi...

Dakwaan Produknya Jadi Punca Kematian, Serina Perjelas


Seorang wanita mendakwa produk jus durian belanda keluaran pelakon Serina Redzuawan menjadi punca kematian ibu saudaranya baru-baru ini.

Wanita itu mendedahkan ibu saudaranya telah berhenti melakukan rawatan kimoterapi akibat dinasihati jurujual produk keluaran pelakon tersebut dan akhirnya meninggal dunia.

Tidak berdiam diri, Serina tampil menafikan kenyataan tersebut menerusi sebuah entri di Instagram.

"Masya-Allah, ada juga yang busuk hati nak sabotaj bisnes saya, individu ini menuduh kononnya produk keluaran saya menjadi punca kematian ibu saudaranya.

"Ibu saudara individu ini meninggal pada tahun 2015 manakala produk saya mula dikeluarkan pada tahun 2017, secara logiknya dakwaan itu memang tidak benar," tulis Serina.

Pada masa yang sama, Serina menyarankan individu terbabit agar berhenti menyebarkan fitnah terhadap produk keluarannya dan menyifatkan ia sebagai sabotaj yang tidak berasas. - Astro Gempak