Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Gaduh

Tular Video Lelaki Didakwa ‘Ah Long’ Dikejar Dan Dipukul, 13 Individu Ditahan Polis

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan sekumpulan individu mengejar dan memukul seorang lelaki yang didakwa sebagai "Ah Long" dalam satu kejadian di kawasan Jinjang Utara, Kuala Lumpur. Menurut pihak polis, seramai 13 individu telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang berlaku. Siasatan awal mendapati insiden tersebut dipercayai berpunca daripada pertikaian berkaitan hutang. Ketika kejadian, beberapa individu dilihat bertindak agresif terhadap mangsa sebelum keadaan berjaya dikawal. Kejadian itu turut menarik perhatian orang ramai dan rakaman video insiden berkenaan kemudian tular di media sosial. Pihak polis mengesahkan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti peranan setiap individu yang terlibat serta motif sebenar kejadian. Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan sendiri dan menyerahkan sebarang pertikaian kepada pihak berkuasa bagi mengelakkan kejadian yang boleh mengancam keselamatan awam.

Lelaki Singapura Tendang BMW

Johor Bahru: Lelaki warga Singapura yang disyaki terbabit dalam kejadian khianat dengan menendang sebuah kereta BMW milik lelaki tempatan di Taman Tun Aminah, Skudai, di sini, ditahan polis, semalam. Dalam kejadian 2.45 petang kelmarin itu, warga Singapura berusia 40 tahun berkenaan yang memandu Toyota Altis, didakwa beberapa kali membunyikan hon terhadap kereta mangsa dan mendakwa menghalang laluannya. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU), Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, ia menyebabkan mangsa yang juga rakyat tempatan memberhentikan kereta sebelum pertengkaran mulut berlaku, sebelum suspek yang juga warga Singapura itu menendang keretanya hingga berlaku kerosakan. "Mangsa yang berusia 31 tahun membuat laporan polis berkaitan kejadian itu jam 3.01 petang semalam. "Insiden itu turut tular di media sosial dan dikesan menerusi video yang dimuat naik di Facebook. "Bertindak atas laporan itu, pada 6.20 petang semalam, sepasukan polis dari Bahagi...

Lelaki dipukul ketika main snuker, lima individu dicari Polis

Kuantan: Seorang lelaki berusia 51 tahun cedera selepas dipukul sekumpulan lima lelaki di sebuah kelab di Jalan Gambut, di sini, kelmarin. Insiden itu dipercayai berpunca daripada salah faham ketika bermain snuker sebelum mangsa dipukul menggunakan botol minuman, menyebabkan kecederaan di kepala dan jari kanan. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam. "Siasatan awal dipercayai berpunca daripada salah faham dan tegur menegur ketika bermain snuker yang menyebabkan mangsa dipukul dipercayai menggunakan botol minuman hingga mengalami kecederaan. "Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan polis kini giat mengesan suspek yang terbabit dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan, hari ini. Wan Mohd Zahari turut meminta kerjasama sekiranya ada individu atau saksi yang melihat atau mempunyai maklumat boleh tampil ke balai polis berhampiran u...

Pertengkaran bertukar tragedi, lelaki ditetak hingga maut

KUALA LUMPUR, 26 Mei - Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas ditetak dalam satu insiden di hadapan sebuah kuil di Kepong, malam tadi. Mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam pertengkaran dengan seorang kenalan sebelum diserang. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, kejadian berlaku sekitar pukul 9:23 malam dan mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah. “Sebelum kejadian, terdapat satu upacara sembahyang di kuil berkenaan pada petang semalam. Selepas selesai, sekumpulan individu dilihat duduk minum bersama di hadapan kuil. "Difahamkan berlaku pertengkaran antara mangsa dan suspek sebelum suspek beredar dan kembali semula untuk menetak mangsa,” katanya kepada media. Tambahnya, mangsa mengalami sekurang-kurangnya enam kesan tikaman di badan, selain kecederaan serius pada bahagian hidung, mulut dan tangan. Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk ...

Lelaki Maut Ditetak Parang Sekumpulan Lelaki Bertopeng

Seorang lelaki maut selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng yang bersenjatakan parang dalam kejadian di hadapan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru di Jasin malam tadi. Ketua Polis Daerah Jasin DSP Ahmad Jamil Radzi berkata dalam kejadian 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya mendapatkan rawatan di Unit Kecemasan Hospital Jasin. Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 malam tadi ketika mendapatkan rawatan di hospital berkenaan manakala adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri. "Selepas adik mangsa menghantarnya ke hospital, kereta yang dipandunya telah dihalang sebuah lagi kereta dinaiki sekumpulan lelaki yang turut membawa sebilah parang sebelum bertindak memecahkan cermin keretanya. "Ketika lelaki berkenaan cuba melarikan diri, kereta yang dipandunya telah terlanggar sebuah ambulans sehingga menyebabkan kenderaan...

Video: Pergaduhan Di Sebuah Restoran Tular

POLIS kini memburu dua lelaki yang terlibat dalam kejadian pergaduhan di sebuah restoran dekat Jalan Tok Ungku, Seremban pada pukul 11 malam hari Ahad. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada seorang lelaki berbangsa Cina yang mendakwa telah dipukul oleh dua kenalan pada pukul 4.25 petang kelmarin. Beliau berkata, siasatan mendapati mangsa yang berada di restoran terbabit telah dipukul dua lelaki berbangsa Cina dengan menggunakan tangan dan kerusi di bahagian badan serta kepala. “Punca pergaduhan dipercayai bermula dengan pergaduhan mulut berkaitan isu peribadi. “Mangsa mengalami beberapa kecederaan di bahagian badan dan telah menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Jelasnya, polis kini telah mengenal pasti suspek dan usaha mengesan serta membuat tangkapan sedang giat dijalankan. Kes disiaasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Orang ramai ...

Kerana Berebut Pelanggan Di Antara Peniaga Gerai Makan

Polis Kelantan membuka kertas siasatan berhubung pergaduhan dipercayai kerana berebut pelanggan membabitkan beberapa individu di kawasan gerai makan laman Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Mohd Rosdi Daud berkata merujuk rakaman video berdurasi seminit 22 saat yang tular di media sosial sejak semalam, memaparkan pergaduhan yang berlaku di situ kira-kira jam lima petang, dua hari lalu. Menurutnya pihak polis menerima dua laporan berkait kejadian itu yang melibatkan beberapa lelaki dan wanita. “Video berdurasi seminit 22 saat itu memaparkan kejadian pergaduhan antara beberapa orang lelaki dan wanita sambil dileraikan oleh orang ramai. “Siasatan pihak polis mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada berebut pelanggan di antara peniaga-peniaga gerai makan di laman Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu. “Kedua-dua belah pihak telah datang ke Balai Polis Kota Bharu untuk membuat laporan polis, tetapi kedua-duanya juga menarik balik laporan polis terseb...

Selepas Nabila Huda, kini Sharifah Sakinah Minta Nad Zainal Berpijak Di Bumi Nyata

Selepas Nabila Huda, kini pelakon Sharifah Sakinah pula muncul 'menghangatkan suasana' apabila dia menitipkan pesan kepada Nad Zainal agar “berpijak di bumi nyata” berhubung kemelut yang berlaku antara mereka. Melalui Instagram Sharifah Sakinah meluahkan perasaannya yang membayangkan memang ada perasaan kesal di lubuk hati terhadap persahabatan mereka yang tiba-tiba terlerai. “Dah boleh padam kot post ni. Saya jumpa awak di alam lain (kerana) di situ tiada radar. “Jujur dari hati, berpijaklah di bumi yang nyata. “Fikiran narsistik, kepura-puraan dan penafian akan tertulis menjadi takdirmu,” tulisnya. Nad, 33, sewaktu ditemu bual sebuah portal hiburan semalam berkata, dia enggan mengambil pusing berhubung cakap-cakap belakang mengenai dirinya. Sebaliknya, pelakon Soulmate Hingga Jannah itu berkata, dia ingin memfokuskan pada kehidupan peribadi saja. Spekulasi bermasam muka mulai timbul selepas Nad kembali pulih daripada masalah pendarahan paru-paru dialaminya. Dia dimasukkan ke...

Video: Remaja Perempuan Bergaduh Di Bagan Serai Tular

Polis menjalankan siasatan berhubung penyebaran video membabitkan pergaduhan antara dua remaja perempuan di Bagan Serai. Ketua Polis Daerah Kerian Supt Juna Yusoff berkata kejadian berlaku pada 9 Jun lepas kira-kira jam 10 pagi melibatkan remaja perempuan berumur 12 hingga 17 tahun. Menurutnya, remaja yang terlibat telah dikenal pasti dan telah hadir bersama keluarga masing-masing ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian sekitar jam 6 petang semalam bagi membantu siasatan. "Hasil siasatan lanjut mendapati kedua-dua remaja yang terlibat dengan pergaduhan telah pun berdamai secara baik setelah selesai kejadian itu. "Kedua-dua remaja yang terlibat tidak mahu memanjangkan hal perkara tersebut termasuk pihak keluarga demi masa depan remaja yang terlibat dan satu laporan berhubung tidak mahu memanjangkan kes telah dibuat oleh pihak keluarga mangsa pada hari ini pada 7.21 malam," katanya dalam satu kenyataan semalam. Terdahulu pihak polis telah mengesan satu video berdurasi 48 ...

Video Tular 6 Remaja Ditahan Polis

Sungai Siput: Ketidakpuasan hati susulan bunyi bising ekzos motosikal dipercayai menjadi motif pergaduhan membabitkan sekumpulan remaja di kawasan padang Taman Muhibbah, di sini yang video mengenainya tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin, berkata, satu laporan polis diterima pihaknya kira-kira 6.25 petang semalam. Beliau berkata, siasatan awal mendapati pergaduhan itu membabitkan enam individu termasuk remaja, berusia antara 16 hingga 19 tahun. "Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati terhadap sekumpulan remaja yang membuat bising dengan membunyikan ekzos motosikal," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurutnya, susulan itu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan dengan beberapa saksi akan dipanggil bagi membantu siasatan. Ketika dihubungi, Mohd Khaizam berkata setakat ini tiada tangkapan dibuat namun akan merujuk kes itu kepada Timbalan Pendakwa Raya sebaik ker...

Tular Video Gaduh Di Johor

JOHOR BAHRU: Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi di sini, malam semalam. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh berkata kesemua warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 24 hingga 35 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara. Beliau berkata pihaknya juga telah mengenal pasti dan sedang mengesan beberapa individu yang masih bebas, dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11.40 malam itu.   "Kesemua mereka ditahan reman selama empat hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 365 KK serta Seksyen 385 KK. "Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menyalurkannya kepada pegawai penyiasat ASP Risman Sahid di talian 019-7766043," katanya menerusi satu kenyataan hari ini. Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 28 saat di media sosial yang memaparkan mengenai kej...

Kejadian Pergaduhan Di Taman Pengkalan Indah

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut ditetak selepas dipercayai bertindak menunjukkan kemaluannya kepada isteri orang dalam satu kejadian pergaduhan di Taman Pengkalan Indah, di sini, Ahad lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Mohd Nor Yhazid Idris berkata sebelum kejadian, mangsa pemandu lori yang berusia 25 tahun dan sudah berkahwin itu bersama rakannya telah menimbulkan kekacauan dan membuat bising di hadapan sebuah rumah, kira-kira 9 malam. “Hasil siasatan, kedua-duanya beredar sebelum muncul kembali selang beberapa minit sehingga berlaku pertengkaran mulut dengan dua penghuni lelaki di rumah itu. Mangsa dan rakannya bertindak membaling topi keledar serta parang di dalam pekarangan rumah itu. “Mangsa kemudian bertindak membuka seluar dan menunjuk kemaluannya kepada isteri salah seorang penghuni rumah yang turut berada di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, malam tadi. Beliau berkata perbuatan itu menyebabkan pergaduhan berlarutan sehingga melibatkan penggunaan ...

Video: Lelaki Buat Live Facebook Bergaduh Di Balai Polis Bukit Raja

KLANG - Akibat tidak mengendahkan amaran polis, dua lelaki yang bergelut di dalam balai ditahan di Balai Polis Bukit Raja, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, anggota balai terbabit telah didatangi seorang lelaki sebelum disusuli seorang lagi lelaki lain. Menurutnya, kedua-dua mereka saling menyerang antara satu sama lain sehingga berlakunya pergelutan. "Anggota polis yang berada di kaunter aduan telah memberi amaran supaya mereka tidak bergaduh di dalam balai kerana ianya adalah satu kesalahan. "Salah seorang lelaki terbabit juga telah merakam kejadian tersebut dengan telefon bimbit miliknya yang kemudiannya telah tularkan di dalam media sosial," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Susulan itu katanya, kedua-dua suspek terbabit kemudian ditahan dan telah direman tiga hari sehingga Rabu. Katanya, tiga kertas siasatan telah dibuka melibatkan kejadian...

Kisah Sebenar Abang Sado Ditetak Jiran

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki cedera parah kerana ditetak dengan parang oleh jiran sebelah rumahnya yang juga seorang pesara polis selepas berlaku pertengkaran berikutan mangsa didakwa membuat bising dalam kejadian di Taman Kempas, kira-kira 8.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, mangsa yang berusia 26 tahun ditetak lelaki berusia 63 tahun itu yang datang ke rumah mangsa dengan mendakwa mangsa membuat bising seperti menendang dinding rumah. "Suspek datang ke hadapan rumah mangsa sambil berteriak marah dan menuduh mangsa membuat bising. Mangsa ketika itu sedang bermain alatan gim di ruang tamu dengan bunyi agak bising akibat hempasan alat gim itu ke lantai "Dia kemudian keluar rumah lalu berlaku pertengkaran dengan suspek. Mangsa dikatakan cuba menumbuk muka jirannya itu dan suspek menggunakan parang untuk mempertahankan diri. Bagaimanapun, parang tersebut terkena pada tangan mangsa," katanya. Menurutnya, pesa...

Bising Ketika Main Gym, Abang Sado Ditetak Jiran Di Taman Kempas

SUNGAI PETANI: Akibat tidak berpuas hati dengan bunyi bising yang dilakukan jirannya, seorang lelaki bertindak menetak jiranya dengan parang di Taman Kempas, di sini. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu, kejadian itu berlaku sekitar pukul 10.30 malam tadi apabila suspek bertindak ke rumah mangsa lalu menjerit memanggilnya keluar. Katanya, mangsa ketika itu, sedang bermain alatan gym di bahagian ruang tamu rumahnya. Suspek terus menjerit dan memarahi mangsa serta mendakwa peralatan gym yang dihempas ke lantai itu mengeluarkan bunyi bising yang kuat. Pertengkaran yang berlaku antara mereka berdua menyebabkan mangsa telah ditetak oleh suspek. Mangsa mengalami cedera di tepi tapak tangan, lengan dan bahu sebelah kiri serta tulang lengan kiri patah akibat ditetak. Mangsa kemudiannya di hantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk rawatan lanjut dan dilaporkan dalam keadaan stabil serta akan menjalani pembedahan pada tulang tangan kiri. Jelas Ad...

Ibu Mana Yang Tak Sakit Hati Bila Anak Sendiri Dilabel Entah Anak Siapa

Perkongsian seorang wanita yang menggunakan akaun Twitter @MissErinKayy yang diceraikan suaminya ketika mengandung tiga bulan, malah turut didera secara mental. Dulu masa aku nak bersalin, bekas suami aku doakan aku mati ketika bersalin dan tak mengaku anak yang aku kandungkan tu anak dia. Dia sikit pun tak ambil tahu pasal kandungan. Allah Maha Adil. Allah keluarkan anak lelaki aku muka sama macam dia. Sekarang dia menggelabah nak jumpa. Menggelabah nak anak aku ber bin kan dia sedangkan sikit pun tak ambik tahu, sikit pun tak tanya khabar. Aku dah lama tahan sabar tahan amarah tapi bila dapat tahu kau doakan aku mati masa bersalinkan anak kau, kau THIAL. Cukup dah aku kasi muka dekat manusia tak kenang budi macam kau. Aku bersuara kali ni sebab sebelum ni aku tak kisah dah kau nak ceraikan aku talak 3 sekali pun, tapi bila kau kata aku mengandung entah anak siapa, kenapa sekarang kau yang menggelabah nak mengaku ni anak kau? Anak aku tak salah lahir ke dunia, salah d...

Penjual Topeng Muka Berebut Pelanggan Tular

PERSELISIHAN faham antara dua individu dipercayai kedua-duanya penjual topeng muka berebut pelanggan tular dalam media sosial. Perkara itu disiarkan oleh Facebook (FB) I Am Parit Buntar melalui satu kiriman gambar di Facebook miliknya. Berdasarkan gambar tersebut, terpapar perbualan WhatsApp di antara dua individu berkenaan. “Kakak, boleh berhenti jual topeng muka tak? Yang tempah dengan saya semua dah beli dengan kakak,” tulis individu A. Menjawab kepada kenyataan itu, individu B hanya berkata, dia tidak mengetahui perkara tersebut dan meminta maaf. “Hang post di status dah la, tidak perlu di FB bagai,” jawab individu A. Dipercayai pelanggan memilih untuk membeli topeng muka dengan individu B kerana ia merupakan barang sedia ada berbanding individu A yang masih menunggu barang tersebut sampai daripada syarikat penghantaran barang. Gambar perbualan di WhatsApp tersebut menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. “Nampak sangat tidak percaya dekat rezeki yang ...

Hanya Tidak Menyediakan Makanan, Wanita Dibelasah Dengan Lesung Batu

PERAI - Seorang lelaki 'naik hantu' apabila bertindak membelasah teman wanitanya menggunakan lesung batu sehingga cedera selepas mangsa dikatakan tidak menyediakan makanan selain sering berleter. Dalam kejadian di Taman Kimsar, jam 9.15 pagi tadi, suspek berusia 47 tahun yang tinggal bersama mangsa sejak tiga tahun lalu turut memukul wanita berusia 44 tahun itu dengan menggunakan besi buaian kanak-kanak sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di dahi dan belakang kepala. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, hasil siasatan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori telah berkahwin dan keluarganya tinggal di Bedong, manakala wanita berkenaan berstatus janda dan mempunyai tiga orang anak. "Pada awal perkenalan hanya mangsa yang tinggal serumah dengan suspek, namun mangsa membawa dua anak kandungnya dan dua cucu tinggal serumah dengan mereka. "Perkara tersebut telah berlarutan sehingga dua ...

Pelajar Ini Pukul, Gara-Gara Kacau Kekasih Orang

BUKIT MERTAJAM- Seorang pelajar diserang pelajar dari sekolah lain di depan pagar sekolahnya gara-gara dikatakan mengganggu teman wanita pelajar itu. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, dalam kejadian pada 20 Februari lalu itu, mangsa yang berusia 16 tahun diserang suspek ketika sedang menunggu ibunya di hadapan pagar sekolah kira-kira jam 2 petang. Menurutnya, suspek yang juga berusia 16 tahun telah menarik baju dan beg sekolah mangsa hingga ke perhentian bas sebelum menampar muka dan menendang badannya. “Suspek telah pergi ke sekolah tersebut bersama rakannya dengan menaiki sebuah motosikal. Ketika kejadian, rakan suspek tidak terlibat dan hanya menunggu di motosikal. “Suspek mengingatkan mangsa agar tidak mencari masalah sekiranya tidak mahu sesuatu tidak diingini berlaku ke atasnya. “Suspek terus menampar muka dan menendang perut mangsa menggunakan lutut menyebabkannya berasa sakit di muka dan perut,” katanya keti...

"Tunggu Tindakan Saya" - Aliff Syukri Berang Dengan Ali Puteh

Jutawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman mendakwa dia kebiasaannya akan menjaga sensitiviti seseorang yang bakal diwawancara dengan memaklumkan mereka mengenai soalan bakal diajukan terlebih dahulu. Justeru, katanya, dia bingung mengapa Ali Puteh tiba-tiba melenting dengan tindakannya menembual kakak ipar pelawak berkenaan, Norhidayah Mohd Ali. Jelasnya lagi, dia hanya beri bantuan duit dan peralatan rumah kepada balu arwah abam itu dan soalan-soalan yang diajukan sudah dipersetujui oleh mereka. Terdahulu, Ali menghamburkan kata-kata hinaan kepada balu arwah abangnya, di media sosial, susulan menonton rakaman klip video dihasilkan Aliff sewaktu berkunjung ke rumah keluarga Norhidayah. Bagaimanapun, kenyataan itu sudah dipadamkan. Difahamkan soalan yang diajukan Alif Syukri itu berkenaan pembahagian harta kepada balu Abam. Ali kemudian memuat naik kenyataan mencabar Aliff untuk bersemuka bagi menyelesaikan isu terbabit selain mendakwa usahawan itu orang kaya yang gemar men...