Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

Video: Keadaan Kecoh Tian Chua Kena Serang

PETALING JAYA - Mesyuarat Majlis Perwakilan Pemimpin (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kecoh apabila segelintir ahli parti itu melaungkan 'pengkhianat' terhadap beberapa ahli pimpinan PKR yang didakwa melakukan sabotaj terhadap parti. Antara mereka yang dikecam teruk termasuklah bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dr Afif Bahardin dan Naib Presiden PKR, Tian Chua. Majlis mesyuarat MPP PKR yang berlangsung sejak jam 12 tengah hari itu baharu berakhir dan suasana di luar bangunan masih tegang dengan sebahagian daripada mereka melaungkan reformasi. - Sinar Harian

Siti Hasmah Beremosi Dakap Tun Mahathir

Tidak lagi menjadi perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi mendapat dakapan erat dan lama daripada orang penting di belakang beliau selama ini - Dr Siti Hasmah Mohamad Ali. Dalam klip video pendek dimuat naik di Facebook ahli parlimen Langkawi itu, Siti Hasmah memeluk suaminya untuk beberapa ketika sambil aksi itu dirakam beberapa orang dekat dengan pasangan tersebut, termasuk anak mereka Marina Mahathir. Seperti selalu Mahathir dilihat menunjukkan sikap sporting dengan membiarkan dirinya dipeluk Siti Hasmah walaupun sebelum itu beliau baru saja membuat kenyataan mengenai situasi semasa politik negara. Konflik dalaman itu menyaksikan Muhyiddin Yassin akhirnya dilantik sebagai perdana menteri menggantikan Mahathir. Aksi itu juga menyentuh perasaan ramai apabila Siti Hasmah kelihatan sebak dan pada satu ketika cuba menyembunyikan wajahnya di belakang Mahathir. "Jangan malu-malu," kata Siti Hasmah pada awalnya. Mengiringi hantaran tersebut ialah pesanan ...

Tidak Mahu Bekerjasama Dengan Pemimpin Umno Ada Tuduhan Jenayah - Tun M

Dr Mahathir Mohamad hari ini menceritakan apa yang berlaku dalam Bersatu semasa parti itu menjadi kerajaan dan perkembangan yang membawa kepada jatuhnya PH di Putrajaya. Bercakap kepada media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur, Mahathir berkata Muhyiddin Yassin memujuknya agar menjarakkan diri daripada DAP - satu daripada parti dalam PH - dan menyalahkan parti itu sebagai punca mereka kalah dalam tiga pilihan raya kecil. "Katanya (Muhyiddin) ini kerana DAP. Orang Melayu percaya bahawa DAP yang kawal kerajaan, dan saya kononnya mengikut telunjuk (Lim) Guan Eng. "Ini semua tidak benar, tapi inilah kecekapan Najib (Razak) sehingga mereka tidak lagi nampak Najib sebagai bersalah. "Mereka bersedia untuk mencium tangan Najib, mereka mengakui dia sebagai bossku... Ini keadaan sebelum masalah sekarang timbul," katanya. Ahli parlimen Langkawi itu menambah Muhyiddin juga memujuknya meninggalkan PH tetapi beliau enggan kerana mendapat sokongan penuh daripada gab...

Saya Rasa Dikhianati, Paling Banyak Khianati Saya "Muhyiddin"

Berbanding Azmin Ali, bagi Dr Mahathir Mohamad, 'luka' lebih dalam dirasainya berpunca daripada tindakan Muhyiddin Yassin yang diberi kepercayaan menjadi presiden Bersatu selepas mereka diketepikan dari Umno beberapa tahun lalu. Ditanya semasa berdepan dengan media di Yayasan Albukhary di Kuala Lumpur hari ini, Mahathir berkata, Azmin memang memiliki agenda tersendiri dan pada masa sama, Muhyiddin menyusun perancangan yang akhirnya berjaya. “Dia (Azmin) mempunyai agenda sendiri. Saya rasa dikhianati, paling banyak oleh Muhyiddin. Beliau (Muhyiddin) merancang ini untuk masa yang lama dan kini dia berjaya,” katanya. Ketika Mahathir - yang dilantik Yang di-Pertuan Agong sebagai perdana menteri sementara - berkata, Muhyiddin dan penyokongnya sedang menuju ke Istana Negara bagi menghadiri acara angkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia. Terdahulu Mahathir ditanya sama ada beliau berasa marah atau tidak dengan tindakan Azmin yang memulakan gerakan bersama 10 ...

Agong Tak Jumpa Saya, Yang Kalah Tubuh Kerajaan - Dr M

Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dapat perkenan Yang Di Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menunjukkan jumlah ahli parlimen yang menyokongnya sebagai perdana menteri. Pada sidang media pagi ini, Mahathir memberitahu bahawa Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tidak mempunyai majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Justeru katanya, majlis angkat sumpah di Istana Negara jam 10.30 pagi ini menyaksikan seorang anggota parlimen yang tidak mempunyai sokongan majoriti dilantik bagi menubuhkan kerajaan. “Yang kalah akan tubuhkan kerajaan, manakala yang menang jadi pembangkang. “Ini satu situasi yang pelik,” kata Mahathir kepada pemberita di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur. Menurut pengerusi Bersatu, beliau mempunyai sokongan 114 ahli parlimen. Angka 112 itu merupakan majoriti mudah di Dewan Rakyat yang mempunyai 222 jumlah wakil rakyat. - Malaysiakini

Ini Penjelasan GPS Kedudukan Parti Selepas Pelantikan Muhyiddin Yassin Sebagai PM

KUALA LUMPUR : Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah sebuah parti yang mesra dengan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-8. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada Sabtu, turut menyebut sokongan GPS kepada Muhyiddin itu adalah demi kepentingan negara dan menyelamatkan Malaysia daripada kemelut politik yang berlarutan sejak Ahad lalu. "GPS bagaimanapun bukan ahli komponen Perikatan Nasional sebaliknya hanya sebuah parti yang bersifat mesra kepada gabungan itu," jelas kenyataan itu. Kenyataan itu turut mengucapkan tahniah kepada Muhyiddin atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri. Terdahulu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berasingan berkata, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri menggantikan Perdan...

Agong Pilih Muhyiddin Sebagai Perdana Menteri

Yang di-Pertuan Agong sah memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Kuala Lumpur, 29 Februari 2020 - Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas. Proses ini adalah lanjutan daripada titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah di mana ketua-ketua parti politik dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas diminta untuk mengemukakan pencalonan nama-nama Ahli Dewan Rakyat sebagai bakal Perdana Menteri. Setelah mendapat representasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewakili parti masing-masing serta Ahli Dewan Rakyat yang bebas , pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-ahli Dewan Rakyat iaitu YB Tan Sri Mahiaddin Bin Md Yasin (Muh...

Hari Ini Lain, Esok Lain, Semalam Lain, Nak Komen Pun Susah - Ismail Sabri

Rumah Muhyiddin, Bukit Damansara - Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob dilihat keluar daripada kediaman Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin. Ditanya berkenaan kunjungan itu, dia hanya menjawab: "Borak-borak sahaja." Bagaimanapun, ketika diminta mengulas tentang pendirian terbaru PH yang kembali menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, Ismail berkata kredibiliti Mahathir benar-benar hilang susulan kemelut politik yang sedang berlaku. “Hari ini lain, esok lain, lusa lain, semalam lain, jadi kita nak komen pun susah. Sebab kejap lagi mungkin tukar fikiran. “Sebab itu payah nak komen, sebab kalau komen pagi ini, mungkin petang nanti dah berbeza balik. Jadi kamu (pemberita) kena tanya komen yang baru pula. “Semua orang keliru dengan keadaan ini. Saya harap isu ini dapat diselesaikan dengan segera sebab negara kita pada hari ini tak berkerajaan...Ekonomi semakin tak menentu kerana masalah tak menentu hari ini," katanya. Beliau berkata Mahathir perl...

Azmin Sertai Bersatu?

Sumber yang dekat dengan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa Mohamed Azmin Ali dan sembilan anggota parlimen lain telah menyertai parti itu. Ini selepas Setiausaha Agung Bersatu Marzuki Yahya dalam satu kenyataan hari ini berkata bahawa "36 ahli parlimen Bersatu" menghadiri mesyuarat sebelumnya. Bersatu sebelum ini hanya mempunyai 26 ahli parlimen termasuk Dr Mahathir Mohamd. Tambahan 10 adalah dari kem Azmin. Ini menjadikan Ahli Parlimen Segamat Edmund Santhara sebagai ahli parlimen bukan-bumiputera pertama menyertai Bersatu. Malaysiakini difahamkan bahawa Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yasin tidak menyertai Bersatu. Ini selepas Jonathan menafikan bersekutu dengan kem Azmin semalam, dan mengatakan bahawa dia tidak pernah keluar dari PKR. Ahli parlimen Bersatu telah bertemu Mahathir yang kini kembali menjadi pengerusi mereka, di Yayasan al-Bukhary. Marzuki berkata mesyuarat itu memutuskan untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri. Marzu...

Harta Pusaka: Balu Abam Perlu Dapat Nasihat Peguam, Nasihat Mufti

Harta yang ditinggalkan oleh arwah Abam perlu diuruskan dengan berhati-hati untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada termakan hak anak yatim. Mufti Pulau Pinang, Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, justeru, waris Abam wajar berjumpa peguam syarie dan mendapatkan pandangan berhubung harta yang ditinggalkan pelawak terbabit. “Jumpa peguam syariah yang boleh membantu berhubung bahagian faraid. Untuk lebih selamat, lebih baik ada hitam dan putih. “Buatlah syarat tertentu misalnya supaya dia (adik-beradik arwah) tak guna harta dan hanya membantu menguruskannya saja. “Untuk jaga harta anak yatim ni kenalah hati-hati, takut nanti termakan yang bukan hak," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. Wan Salim diminta mengulas demikian berhubung kemelut sedang menghimpit Ali Puteh dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali. Abam atau nama penuhnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, meninggal dunia di kediamannya di Gombak - dipercayai akibat demam panas - pada 10 Februari lalu....

Pelajar Ini Pukul, Gara-Gara Kacau Kekasih Orang

BUKIT MERTAJAM- Seorang pelajar diserang pelajar dari sekolah lain di depan pagar sekolahnya gara-gara dikatakan mengganggu teman wanita pelajar itu. Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, dalam kejadian pada 20 Februari lalu itu, mangsa yang berusia 16 tahun diserang suspek ketika sedang menunggu ibunya di hadapan pagar sekolah kira-kira jam 2 petang. Menurutnya, suspek yang juga berusia 16 tahun telah menarik baju dan beg sekolah mangsa hingga ke perhentian bas sebelum menampar muka dan menendang badannya. “Suspek telah pergi ke sekolah tersebut bersama rakannya dengan menaiki sebuah motosikal. Ketika kejadian, rakan suspek tidak terlibat dan hanya menunggu di motosikal. “Suspek mengingatkan mangsa agar tidak mencari masalah sekiranya tidak mahu sesuatu tidak diingini berlaku ke atasnya. “Suspek terus menampar muka dan menendang perut mangsa menggunakan lutut menyebabkannya berasa sakit di muka dan perut,” katanya keti...

Mak Nyah Maut Ditembak Selepas Guna Tandas Wanita

TOA BAJA - Seorang transgender ditembak mati di Toa Baja, Puerto Rico selepas menggunakan tandas wanita di sebuah restoran makanan segera. Transgender atau mak nyah dikenali Neulisa Luciano Ruiz dibunuh awal pagi Isnin lalu di Toa Baja di sini. Rakaman kejadian tersebut telah dimuatnaik di laman sosial memaparkan dua lelaki menjerit terhadap individu dipercayai Ruiz. Polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk rakaman tersebut mempunyai kaitan kematian mangsa. Sejurus kematian Ruiz, tular di laman sosial nama berbeza buatnya iaitu Alexa. Seorang aktivis berpengkalan di Puerto Rico, Pedro Julio Serrano menggesa pihak berkuasa menyiasat kes pembunuhan tersebut. Beliau berkata, video itu adalah jenayah kebencian. - Sinar Harian

PH Tumbang Di Johor, Istana Umum Gabungan Baru

Gabungan baru akan menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan di Johor, kata setiausaha sulit sultan Johor Jaba Mohd Noah. Katanya, keputusan itu diambil selepas sultan Johor berpuas hati gabungan itu memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan. Katanya, 28 anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) memilih gabungan baru manakala 26 lagi memilih Pakatan Harapan. “Oleh yang demikian, gabungan parti yang baharu berhak untuk memberikan cadangan nama calon menteri besar, sebelum sususan barisan ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri yang baru dilantik,” katanya. Sebelum ini, komposisi Dewan Undangan Negeri Johor ialah seperti berikut: Umno - 17 MIC - 2 PAS - 1 Bersatu - 8 PKR - 5 DAP - 14 Amanah - 9

Video: Ini Punca Polis Ini Disimbah Asid Di Kuantan

Suspek simbah polis dengan asid kerana dendam rahsianya sebagai suami orang dibocorkan mangsa. Polis sudah menahan dua lelaki malam tadi berhubung kes seorang sarjan melecur disimbah asid di depan rumahnya di Kuantan, Pahang pada Isnin lalu. Suspek berusia 41 tahun yang berasal dari Kemaman, Terengganu dipercayai berdendam dengan mangsa yang didakwa membocorkan rahsia mengenai statusnya yang sudah berkeluarga kepada keluarga teman wanitanya. Turut ditahan seorang lagi lelaki berusia 40 tahun dipercayai pemilik motosikal yang digunakan suspek dalam kejadian. Kedua-dua mereka direman tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa, 51 tahun melecur di dada, belakang tengkuk, lengan kiri, pipi kanan, leher dan dahi akibat terkena simbahan asid suspek yang berpura-pura datang menghantar bungkusan hamper. - Malaysiakini

PH Khianati Tun Mahathir Calonkan Anwar Sebagai PM

SHAH ALAM - Keputusan sebulat suara ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri kelapan akhirnya membongkar sikap sebenar mereka yang mengkhianati dan mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad demi kepentingan politik. Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakob berkata, perkara yang dilakukan Anwar dan ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan parti Amanah Negara (Amanah) jelas menunjukkan sokongan mereka terhadap Dr Mahathir yang kini Perdana Menteri Interim sebenarnya bukanlah seratus peratus. “Sokongan diberikan selama ini tidak sepenuhnya kerana berlaku permainan politik yang cukup besar dalam kalangan ahli Parlimen PH yang seolah-olah menggunakan Dr Mahathir demi kepentingan politik mereka. “Tidak logik hanya kerana Dr Mahathir tak hadir sekali pada mesyuarat Majlis Presiden PH semalam maka terus berlaku penukaran calon Perdana Menteri. “Bagaimana kita nak lihat satu kesetiaan kepada Dr Mahathir? Se...

Lim Kit Siang Tak Terima PM Berkuasa Mutlak, Pembelot Jadi Kerajaan

Bercakap dalam sebuah forum awam, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang mendedahkan bahawa PH mengetahui mengenai rancangan Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan perpaduan pagi tadi, selepas DAP telah memberi sokongan kepadanya sehari sebelum itu. Beliau berkata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng telah bertemu Mahathir pagi itu untuk meminta beliau terus menjadi perdana menteri Pakatan Harapan, tetapi kemudian diberitahu mengenai rancangan Mahathir untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Kata Kit Siang, PH tidak dapat menerima cadangan itu kerana perdana menteri akan mempunyai kuasa mutlak dan pihak yang menyebabkan tumbangnya PH mungkin memegang jawatan tinggi. "Kerajaan perpaduan yang terdiri daripada ahli parlimen terbaik dan paling bijak adalah idea yang baik, tetapi jika anda mempunyai kerajaan perpaduan, orang yang memusnahkan PH mungkin akan memegang kedudukan penting. "Bagaimana boleh berlaku? Bagaimanakah ada perpaduan nasional? Bagaimanakah ada p...

Video Aksi Intim Pelakon Lelaki Bersama Lelaki Lain Tersebar

KUALA LUMPUR: Dalam kekalutan isu politik negara, satu video hubungan intim melibatkan seorang pelakon lelaki tular sejak beberapa hari lalu. Selain video berdurasi 12 saat yang memaparkan dua lelaki melakukan hubungan intim, gambar pelakon lelaki berkenaan turut tular. Pelakon lelaki itu dikaitkan dengan video tersebut berdasarkan ciri-ciri tertentu pada badannya. Selepas menyedari video tersebut tular, pelakon lelaki berkenaan membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, hari ini. Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan menerima laporan daripada pelakon tersebut. - Astro AWANI

PH Calonkan Saya Sebagai Perdana Menteri - Anwar

PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memaklumkan kesemua Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) telah mencalonkan namanya sebagai calon Perdana Menteri bagi Kerajaan Pakatan Harapan. Tegas Anwar lagi, Pakatan Harapan tidak pernah bersetuju bagi menubuhkan kerajaan menerusi pintu belakang. "Majlis Presiden Pakatan Harapan telah menjemput Tun Mahathir untuk mengadakan satu pertemuan bagi memulihkan Kerajaan Pakatan Harapan. "Bagaimanapun Tun Mahathir tidak bersetuju untuk hadir pada mesyuarat yang dijalankan pada 25 Feb lalu," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR pada Rabu. Melihat kepada keadaan ini katanya, Majlis Presiden semalam telah memutuskan agar nama beliau (Anwar) dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi Kerajaan Pakatan Harapan. Bagaimanapun semua ini terletak kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong untuk membuat sebarang keputusan. "Kesemua Ahli Parlimen Pakatan Harapan telah diundang oleh YDP Agong untuk be...

Tak Sanggup Bentuk Kerajaan Dengan Umno, Punca Tun Mahathir Letak Jawatan

Perdana Menteri Interim Dr Mahathir Mohamad mendedahkan bahawa ketidaksanggupan bekerjasama dengan Umno merupakan punca utama beliau meletak jawatan. Pada perutusan khasnya, sebentar tadi yang disiarkan di televisyen Ahli Parlimen Langkawi itu menjelaskan mengapa meletak jawatan perdana menteri, Isnin lalu. Katanya, selepas Kerajaan Pakatan Harapan gugur, Bersatu sokong PAS dan Umno, maka kerajaan ini akan didominasi oleh Umno sebagai parti yang terbesar. "Saya sanggup terima ahli Umno yang keluar Umno dan menyertai parti lain. Tetapi Umno akan sertai kerajaan campuran ini sebagai parti Umno. Ini tidak dapat diterima oleh saya. Maka terpaksalah saya letak jawatan," katanya. Beliau turut berkata bahawa meminta gabungan Pakatan Harapan sedikit masa untuk menerajui kerajaan pusat selepas berpendapat mendapat sokongan oleh kedua-dua pihak. "Saya berpendapat masa untuk saya letak jawatan belum tiba. Saya minta diberi masa. "Tetapi parti saya Bersatu memutus...

Video: Pembantu Rumah Kantoi Curi Barang Majikan Dalam Bagasi, Siap Panggil Lori!

Sebuah rakaman video tular menunjukkan seorang majikan berjaya menangkap seorang pembantu rumahnya yang kantoi cuba membawa lari barang-barang milik keluarga majikannya di dalam berpuluh bagasi. Menurut sumber dikongsikan di laman web kataustaz.com, pembantu rumah tersebut telah merancang untuk melarikan barang-barang tersebut dengan menggunakan lori bersama-sama rakan-rakannya. Namun begitu nasib majikannya itu baik kerana beliau sempat balik ke rumah dan melihat bagasi-bagasi yang disumbat dengan harta bendanya oleh pembantu rumah berkenaan. Video yang dikongsikan di laman Twitter terbabit menunjukkan keadaan di rumah majikan ini yang dipenuhi dengan bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari. Apabila diperiksa, semua bagasi itu disumbat dengan barang-barang milik majikan dan keluarga. Pada awal video, majikan tersebut telah menyuruh pembantu rumahnya itu membuka semua bagasi-bagasi yang cuba dibawa lari itu malah turut memberitahu bahawa mereka akan membuat laporan polis dan mem...

Umno Dan PAS Tarik Balik Sokongan Tun Mahathir

Umno dan PAS menarik semula sokongan mereka kepada Dr Mahathir Mohamad untuk terus menjadi perdana menteri. Pendirian terbaru Umno dan PAS itu susulan desas-desus bahawa Mahathir akan menubuhkan "kerajaan perpaduan" dengan syarat yang mereka tidak persetujui. "Ia bertentangan dengan perjanjian bahawa pembentukan sebuah kerajaan mesti mengambil kira parti secara keseluruhan, bukan individu. "Cadangan (yang dikatakan) untuk membentuk kerajaan perpaduan melibatkan perdana menteri menjemput individu untuk membentuk kabinet," kata Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa pada sidang akhbar hari ini dengan rakan sejawatannya, Takiyuddin Hassan dari PAS. Annuar berkata asas rundingan dengan Mahathir ialah Umno dan PAS akan memberikan sokongan mereka untuk membentuk gabungan alternatif tanpa DAP. Justeru, kata Annuar, akuan berkanun (SD) yang dibuat oleh Umno dan Ahli Parlimen Umno dan PAS untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri tidak sah, kerana ia ber...

Tun Mahathir Cadangkan Kerajaan Perpaduan

Dr Mahathir Mohamad mencadangkan untuk menerajui "kerajaan perpaduan" dan telah menjemput ahli parlimen dari pelbagai parti politik untuk turut serta, kata beberapa sumber politik yang dipetik Reuters. Desas-desus itu timbul selepas peletakan jawatan Mahathir sebagai perdana menteri. Mahathir dikatakan mencadangkan idea itu kepada ketua parti politik utama yang ditemuinya hari ini, termasuk dari BN dan PH, kata laporan itu yang memetik sumber tidak dinamakan. "Dengan ketiadaan calon lain, nampaknya Mahathir bersedia untuk membentuk kerajaan," kata salah satu sumber yang dipetik Reuters. "Tidak akan ada entiti politik. Mungkin menjadi kerajaan tanpa parti-parti politik," kata sumber itu lagi. Sumber lain yang dipetik berkata, "Rancangan sekarang adalah untuk menubuhkan kerajaan perpaduan. Sumber itu tidak mahu dikenali kerana mereka tidak dibenarkan bercakap dengan media. Sementara itu pejabat Mahathir yang dihubungi Reuters, tidak memb...

Tak Mustahil Tun Mahathir Jadi Perdana Menteri Ke 8

SHAH ALAM - Pembentukan kerajaan baharu menerusi gabungan Perikatan Nasional dijangka akan terus mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sekiranya ia mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong. Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Sivamurugan Pandian, beliau beranggapan demikian susulan sokongan dinyatakan parti lain kepada Dr Mahathir sangat luar biasa. Beliau berkata, akuan bersumpah (SD) yang dihantar presiden parti lain juga menunjukkan komitmen yang tinggi kepada Dr Mahathir malah parti DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) juga menyatakan sokongan sama walaupun bukan dalam gabungan baharu tersebut. "Ini bermakna Dr Mahathir masih meraih sokongan majoriti tanpa perlu pembubaran Parlimen. "Pembubaran Parlimen pula hanya wujud jika Yang di-Pertuan Agong merasakan tiada mana-mana individu yang dapat sokongan jelas atau majoriti mudah untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. "Dalam isu ini...

Perdana Menteri Letak Jawatan Kabinet Bubar - Kata Peguam

Kabinet kerajaan pusat bubar secara automatik sebaik sahaja seorang Perdana Menteri meletak jawatan, menurut pakar undang-undang. Peguam terkenal, Datuk N. Sivananthan berpendapat bahawa tidak ada lagi kerajaan apabila peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamed diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah R'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Bagaimanapun, katanya, baginda boleh melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu atau menunggu keputusan pilihan raya umum jika diadakan. Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seorang Perdana Menteri dalam kalangan Ahli Parlimen, yang baginda berpendapat mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat selaras dengan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan, katanya mengulas peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada Isnin. Dalam pada itu, seorang peguam pakar undang-undang perlembagaan...

Agong Terima Peletakan Jawatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah berkenan menerima peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, baginda telah berkenan untuk melantik Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri interim, sementara menunggu pelantikan Perdana Menteri yang baharu selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan. "Justeru dalam tempoh ini, beliau akan menguruskan pentadbiran Negara sehingga Perdana Menteri baharu dilantik dan kabinet dibentuk,' kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dalam kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi. - Astro AWANI

Takut Mati Mengejut, Aliff Syukri Mohon Maaf

Enggan terus-menerus dipersalahkan Aliff Syukri hari ini tampil memohon maaf secara terbuka kepada pihak yang terjejas susulan sesi wawancara dilakukannya bersama balu Allahyarham Abam, Nor Hidayah Mohd Ali. Meskipun kewajaran untuk berbuat demikian mengundang tanda-tanya pada usahawan produk kosmetik itu, akhirnya dia tetap akur demi menghentikan isu terbabit daripada terus berpanjangan. “Sebenarnya, saya sendiri masih tertanya-tanya kenapa perlu minta maaf? Jangan salahkan saya atas kebenaran yang berlaku. Saya hanya jadi asbab mengapa perkara ni diketahui orang. “Tapi tak mengapa. Biarlah berdamai, saya tak nak dipersalahkan sama seperti isu adik Balqis yang pernah terjadi sebelum ni. Saya nak tutup cerita sampai sini saja. “Buat apa nak cari gaduh dengan orang, nanti mati mengejut. Ni dah nak dekat bulan puasa, biarlah saya mengalah. Jangan bercerita pasal saya, ceritalah pasal situasi dalam kerajaan sedang berlaku sekarang. “Justeru, saya Aliff Syukri Kamarzaman mohon ...

Anwar, Guan Eng, Mat Sabu Tinggalkan Kediaman Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Setelah hampir dua jam bermesyuarat, semua empat pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di sini. Konvoi yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu meninggalkan kediaman tersebut sekitar jam 12.23 tengah hari melalui pintu A. Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng keluar melalui Pintu B sekitar jam 12.16 tengah hari. Difahamkan Anwar dan Wan Azizah ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpimpinan Pusat. Sementara Guan Eng pula menuju ke Ibu Pejabat DAP di ibu negara juga untuk bermesyuarat. - Astro AWANI

Anwar, Guan Eng, Mat Sabu Jumpa Tun M Di Kediaman

SERI KEMBANGAN: Kepemimpinan utama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) dikatakan mengadakan pertemuan tertutup dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, pagi ini. Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden AMANAH, Mohamad Sabu difahamkan tiba di kediaman Perdana Menteri di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi. Pertemuan tertutup itu dipercayai bagi membincangkan keadaan terkini politik negara, susulan spekulasi wujud gabungan baru Kerajaan Pusat. Ketika ini, pekarangan kediaman Dr Mahathir dikawal rapi pasukan polis yang ditempatkan di semua pintu masuk, selain petugas media tidak dibenarkan masuk ke rumah Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu. - Berita Harian Online

LTTE: ADUN Seremban Jaya, Dibebaskan

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaren daripada dua pertuduhan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE. Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin dan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suffian Jaafar memaklumkan pihaknya mendapat arahan daripada pendakwa raya supaya tidak meneruskan prosiding terhadap Gunasekaren, 61. Satu kes Gunasekaren didengar di hadapan Hakim Muhammad Jamil dan satu lagi di hadapan Hakim Mohd Nazlan. Peguam Ramkarpal Singh yang mewakili Gunasekaren memberitahu mahkamah bahawa berikutan pendakwaan tidak meneruskan kes terhadap anak guamnya, beliau memohon supaya tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. Mengikut pertuduhan, Gunasekaren didakwa dengan pengetahuan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dengan cara menggunakan aplikasi sosial Facebook atas nama ‘D...

Satu Jam Di Perdana Putra, Anwar, Guan Eng, Mat Sabu Tinggalkan PMO

PUTRAJAYA: Selepas satu jam berada di Kompleks Perdana Putra, kenderaan yang membawa pemimpin utama Pakatan Harapan meninggalkan kompleks tersebut. Antara individu terawal meninggalkan kompleks tersebut adalah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu iaitu sekitar 10.18 pagi. Ia disusuli Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan yang terakhir, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 10.26 pagi. Mengikut rekod, kesemua mereka berada di dalam kompleks tersebut, yang menempatkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO), untuk tempoh satu jam. Bagaimanapun, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berada di kompleks tersebut. Sumber JPM memaklumkan, segala mesyuarat yang dijadual melibatkan Dr Mahathir hari ini dibatalkan. “Semua mesyuarat dibatalkan serta jadual dikosongkan,” katanya. - Astro AWANI

Anwar Tiba Di Pejabat Perdana Menteri

PUTRAJAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tiba di Pejabat Perdana Menteri pada jam 9.26 pagi tadi. Beliau dijadualkan bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad jam 9.30 pagi dipercayai bagi membincangkan mengenai perkembangan politik semasa yang berlaku sejak semalam. - Berita Harian Online

UMNO Terbuka Dua Pilihan, Serah Kepada Yang di-Pertuan Agong

UMNO menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong sama ada memperkenan pembentukan Kerajaan Persekutuan baharu atau membubarkan parlimen. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkata kedua-dua pilihan itu mendapat sokongan parti berkenaan, tetapi menegaskan keputusan yang dibuat perlu mengutamakan kepentingan rakyat. “Dalam situasi ini kita ada dua pilihan. Pertama bubar parlimen dan kedua, bentuk kerajaan baru jika mandat mencukupi. “Sebagai parti politik kita berpendirian, bersetuju sekiranya parlimen dibubarkan atau pilihan kedua (bentuk kerajaan baharu) kerana Pakatan Harapan (PH) runtuh, kita beri dokongan kepada PM untuk bentuk muafakat baru. “Antara kedua-dua itu yang penting jangan rakyat jadi mangsa,” katanya dalam perkongsian di Twitter. Annuar mendakwa penjajaran semula kerajaan ini bermula dari dalam PH sendiri apabila ada bayangan mengaitkan 14 hingga 15 Ahli Parlimen PKR dan hampir semua 25 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU...

Anwar Meninggalkan Kediaman, Dakwa Pergi Kerja

Ketika timbul desas-desus mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya pagi ini, Anwar dilihat meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut pada jam 8.53 pagi. Bagaimanapun, ketika ditemui media, Presiden PKR itu menjelaskan, beliau hanya keluar bekerja. “Saya pergi kerja,” katanya secara ringkas kepada media. Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat meninggalkan rumahnya menaiki kereta jenis Lexus berwarna hitam, diiringi kenderaan pengiring. Setakat ini, tidak dapat dipastikan ke mana beliau pergi, sama ada bertemu Dr Mahathir atau sebaliknya. - Astro AWANI

COVID-19: Doktor Maut, Tinggalkan Isteri Mengandung

KUALA LUMPUR: Seorang doktor di China maut ketika perang melawan COVID-19, pada Khamis. Lebih menyedihkan, mangsa yang dikenali sebagai Peng Hua, 29 tahun, meninggalkan isteri yang sedang sarat mengandung. Pada masa sama, beliau belum sempat melangsungkan majlis perkahwinannya yang sekian lama tertangguh. Beliau dilaporkan mendapat cuti bagi melangsungkan majlis tersebut, yang tertangguh kerana mengikuti kursus kedoktoran, tetapi dek kerana tugasnya susulan penularan COVID-19, beliau tetap hadir bekerja. Peng dan isterinya melangsungkan perkahwinan pada November 2017 dan sepatutnya mengadakan majlis perkahwinan mereka pada 1 Februari tahun ini. Beliau yang merupakan seorang pakar pernafasan, dijangkiti COVID-19 ketika merawat pesakitnya di Hospital Daerah Jiangxia, dalam Wilayah Wuhan. Beliau dimasukkan ke wad pada 25 Januari dan dipindahkan ke Hospital Jinyintan, Wuhan untuk mendapatkan rawatan pada 30 Januari. Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 9.50 malam waktu...

Anwar Dijangka Temui Mahathir Pagi Ini

Presiden PKR, Anwar Ibrahim, dijangka akan bertemu Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pagi ini ekoran perkembangan baru politik semalam yang memungkinkan berlakunya penjajaran semula politik negara. Hal itu dimaklumkan seorang pemimpin PKR kepada Malaysiakini hari ini. "Anwar akan berjumpa Mahathir di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, menjelang 9.30 pagi," katanya. Bagaimanapun sumber terbabit memberitahu, beliau tidak pasti apa yang akan menjadi pusat perbincangan Anwar dan pengerusi Bersatu itu. Sebelum ini beberapa pihak menyatakan, Anwar - yang mendakwa dikhiatani oleh sebahagian daripada pemimpin partinya sendiri - akan menghadapi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. - Malaysiakini 

Anwar, Wan Azizah Dijadual Menghadap Agong

Desas-desus berhubung kemungkinan pensejajaran semula politik yang menggemparkan negara semalam masih belum berakhir dan ia dijangka berterusan hari ini. Ini berikutan beberapa program yang dijadual berlangsung hari ini. Antaranya Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Anwar Ibrahim dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada jam 2 petang. Selain itu, DAP - satu daripada parti komponen dalam gabungan PH - juga dilaporkan akan mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat parti berkenaan di ibu negara. Semalam, beberapa pemimpin utama pelbagai parti politik kerajaan dan pembangkang hadir dalam satu mesyuarat khas dan tertutup di sebuah hotel di Petaling Jaya, mencetuskan tanda tanya tentang tujuan mesyuarat itu diadakan. Sebelum itu, beberapa mesyuarat berasingan melibatkan beberapa parti politik di tengah-tengah desas-desus berhubung kemungkinan pensejajaran semula landskap po...

Tunggu Tun Dr Mahathir Umumkan Pakatan Baru: Annuar Musa

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa memberi bayangan bahawa penguasaan Pakatan Harapan (PH) akan berakhir susulan perkembangan yang berlaku di Hotel Sheraton hari ini. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan hasil perbincangan pada pertemuan di hotel berkenaan yang dihadiri oleh pemimpin utama UMNO, Pas dan Bersatu serta Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. Beliau berkata, ada kemungkinan pakatan baharu akan ditubuhkan namun pembentukan pakatan baharu yang sebelum ini dinamakan sebagai Pakatan Nasional itu perlu mengikut Perlembagaan. "Akan ada mesyuarat lagi selepas ini bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Kesimpulannya tunggu PM umumkan pakatan baru itu," katanya ketika ditemui media sejurus keluar dari dewan mesyuarat di Hotel Sheraton malam ini. Ketika ditanya adakah jumlah sokongan yang diterima cukup bagi menubuhkan kerajaan baru itu, beliau berkata, ia mencapai dua pertiga peratus sokongan daripada ahli Parlimen yang ada. Beliau juga memaklumk...

Video: Ini satu “Pengkhianatan” - Anwar Ibrahim

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyifatkan perkembangan politik tanah air hari ini sebagai satu “pengkhianatan”. “Dan kita juga dikejutkan hari ini dengan perkembangan yang bagi kita satu juga pengkhianatan kerana sudah janji dan sebagainya, maka menyebabkan ada perubahan. “Dan saya jangka akan berlaku dalam masa terdekat, mungkin esok,” kata Anwar kepada penyokongnya di rumahnya di Kuala Lumpur. Anwar berkata, walaupun tidak ada pengumuman malam ini, daripada maklumat yang beliau terima memang ada usaha sedemikian. Terdahulu, Malaysiakini melaporkan beberapa kem politik bermesyuarat pada hari ini mencetuskan spekulasi berlakunya pensejajaran semula kekuasaan negara. Ketika mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat lalu, pemimpin tertingginya terbahagi kepada dua pendapat. Satu pihak mahu Dr Mahathir Mohamad menghabiskan penggal perkhidmatannya sebagai perdana menteri, sementara yang lain mahu beliau menetapkan tarikh persaraan. Pada akhirnya, mesyuarat PH itu memutuskan t...

Mahathir Dapat Sokongan 130 Kerusi Parlimen

PETALING JAYA: Sudah ada 130 kerusi - itu jumlah sokongan kerusi Parlimen yang dikatakan diperoleh Tun Dr Mahathir Mohamad, ketika ini. Menurut sumber, jumlah itu dicapai melalui persetujuan kolektif membabitkan Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH). Sumber itu memaklumkan, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton, di sini, malam ini, adalah bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak. “Ia juga akan membabitkan perubahan di beberapa negeri, iaitu Kedah dan Perak. Apapun, ia adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini. “Ini juga penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita berharap ia akan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya. - Berita Harian Online

Politik Negara Semakin Panas, 20 kenderaan VIP masuk Istana Negara

Suasana politik negara semakin panas apabila lebih 20 kenderaan golongan kenamaan (VIP) dilihat memasuki pekarangan Istana Negara dengan diiringi polis pengiring, petang ini. Pengamal media yang berkampung di Istana Negara sejak tengah hari tadi mendapati beberapa kenderaan jenis Proton Perdana dan Toyota Alphard dilihat memasuki Istana Negara pada jam 5.35 petang namun bukan melalui pintu utama. Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong dilihat tiba di Istana Negara dengan sebuah helikopter pada kira-kira jam 4.30 petang tadi dari Kota Permai, Shah Alam bagi menghadiri sebuah perlawanan golf di sana. Petugas media berkumpul di Istana Negara susulan mesej tular di WhatsApp pagi tadi, mendakwa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, akan ke Istana Negara, petang ini.

Suami Ego, Paling Liat Nak Minta Maaf Boleh Baca Ini

Setiap orang tentu tak akan pernah terlepas dari kesalahan, termasuk isteri. Jika sudah terlanjur berbuat salah dan membuat isteri marah, sampaikan permintaan maaf yang tulus. Suami lebih mudah menerima permohonan maaf dari isteri. Sebaliknya, jika suami tidak mengucapkan maaf yang tulus maka isteri tidak mudah memaafkan. Setelah minta maaf, jangan lupa untuk belajar untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama ya. Ini rangkum kata-kata ucapan maaf untuk isteri yang penuh makna dan tulus untuk. 1. Sampaikan rasa rindu pada isteri “Saya tahu saya sudah menyakitkan hati awak dengan sikap saya ini. Maafkan saya, ya. saya benar-benar rindukan senyum tawa awak. Tolong maafkan saya dan saya ingin menghabiskan waktu bersama awak.” Ketika bertengkar, biasanya suasana rumah menjadi sunyi sepi kerana isteri enggan bercakap pada suami. waktu itu tentu akan membuat suami merindukan sehari-hari bersama isteri. 2. Ungkapkan penyesalan yang mendalam “Saya benar-benar menyesal k...

Pemberita Berkumpul Di Istana Negara Jangkaan Kerajaan Baru Bakal Dibentuk

Beberapa kem politik yang dijangka bermesyuarat hari ini mencetuskan spekulasi berlakunya pensejajaran semula kekuasaan negara. Para anggota parlimen yang setia kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali disahkan sedang berkumpul di Sheraton Hotel Petaling Jaya. Turut disahkan Majlis Tertinggi Bersatu sedang bermesyuarat di ibu pejabatnya, yang tidak jauh dari hotel itu. Para pemimpin dan MP Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijangka bertemu petang ini di Ritz Carlton, Kuala Lumpur. Majlis Tertinggi Umno juga dipercayai mengadakan pertemuan di ibu pejabat parti itu kira-kira pukul 3 petang hari ini. Sekiranya hal ini benar, maka Umno akan memendekkan pemukiman bersama pemimpin PAS di kemudahan latihan Umno di Janda Baik, Pahang. Sejak pagi tadi, wartawan Malaysiakini telah dibanjiri dengan dakwaan bahawa gerakan pensejajaran membentuk kekuasaan baru politik sedang berlangsung. Dipercayai sekumpulan pemberita juga sedang berkumpul di Istana Negara dengan jangkaan kerajaan baru ba...

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri Dan Keluarga

Untuk menjamin keharmonian rumah tangga, Islam telah menetapkan tugas dan tanggungjawab suami dan isteri. Suami sebagai ketua keluarga khususnya bertanggungjawab terhadap kesejahteraan isteri dan anak-anaknya. Antara tanggungjawab suami yang wajib adalah: Memberi sara hidup kepada isteri seperti pemberian makanan dan tempat tinggal. Memberi nafkah batin termasuklah menggauli isteri dengan baik. Menyara anak-anak Melindungi isteri dan anak-anak dari segi keselamatan dan kesihatan Melindungi maruah keluarga dan harta benda Sentiasa membimbing isteri dengan ajaran Islam menuju keredhaan Allah Bertanggungjawab mendidik akhlak anak-anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan Islam yang sempurna Menjadi penasihat dalam menyelesaikan masalah isteri, anak-anak dan jiran tetangga. Suami hendaklah sentiasa mengamalkan pergaulan yang baik dengan isteri, anak-anak dan orang lain. Mempunyai sifat bertolak ansur, pengasih, penyabar, pemaaf dan bertimbang rasa. Sumber:...

Kekalkan LTTE Dalam Senarai Pengganas - Muhyiddin

Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata beliau ada asas kukuh untuk mengekalkan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam senarai pertubuhan pengganas. Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas yang memintanya mengkaji semula senarai pertubuhan yang diwartakan sebagai pengganas. Permintaan itu susulan keputusannya untuk menghentikan prosiding terhadap 12 individu yang didakwa terlibat dengan LTTE. Muhyiddin berkata kerajaan telah menyenaraikan LTTE sebagai kumpulan pengganas sejak 12 November 2014. "Berdasarkan maklumat terkini yang diterima daripada pihak berkuasa, saya selaku Menteri Dalam Negeri mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenarai LTTE sebagai kumpulan pengganas. "Kumpulan ini dipercayai masih mempunyai ideologi yang boleh menimbulkan ancaman terhadap ketenteraman awam dan keselamatan negara. Justeru menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk mengambil tindakan bagi membendung sebarang pe...

Alhamdulillah, Hidup Lebih Bahagia

Artikel ini akan menerangkan perkara yang berkaitan nafkah kepada isteri yang bekerja. Apakah hukum suami tidak memberi nafkah kepada isteri yang bekerja? Apakah jenis nafkah yang wajib diberikan suami kepada isteri? Artikel ini dirujuk melalui tulisan Ustaz Muhammad Fathi Yusof mengenai bab nafkah dalam buku fiqah berkahwinan. Semoga dapat menjadi rujukan anda dalam hal berkaitan permasalahan ini. Soalan 1 Ustaz, saya dan isteri sudah sembilan tahun hidup bersama. Alhamdulillah, hidup kami bahagia. Isteri saya bekerja sejak berkahwin lagi. Kami mengagihkan tanggungan rumah tangga seperti ansuran rumah, ansuran kereta, belanja dapur, belanja sekolah anak-anak, belanja bil-bil dan lain-lain antara kami berdua. Manakala perbelanjaan keperluan diri seperti pakaian, bil telefon dan lain-lain ditanggung masing-masing. Pendapatan isteri saya setakat ini melebihi perbelanjaan-perbelanjaan ini dan dia masih mampu menyimpan setiap bulan pada jumlah yang agak banyak. Ad...

'Saya Tak Perlu Bertaubat Temu Bual Balu Arwah Abam

Usahawan produk kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman tampil mempertahankan tindakannya susulan kontroversi yang tercetus sewaktu membuat kunjungan ke kediaman balu arwah pelawak Abam, Nor Hidayah Mohd Ali. Aliff berkata, dirinya bukan seorang penjenayah, justeru bukan satu keperluan untuknya bertaubat atas tindakannya memuat naik sesi temu bual bersama Nor Hidayah ke saluran media sosial miliknya. “Suruh bertaubat, kena minta maaf, ada yang kata saya jahat dan tak ada adab, semua tu salah. “Tolong jangan cakap saya perlu bertaubat disebabkan perkara ni, saya bukan penjenayah,” katanya melalui Insta Story. Aliff mengeluarkan kenyataan tersebut sebagai respons kepada adik Abam, iaitu Ali Puteh yang menasihatkannya agar segera bertaubat ketika pintu taubat masih terbuka. Terdahulu, Nor Hidayah mendakwa kereta milik arwah suaminya diambil pihak keluarga mentua, dia tidak menerima harta peninggalan selain beberapa kekangan timbul hingga memaksanya berpindah ke rumah ibunya sebelum t...

Adik Tidak Puas Hati Isu Pemilikan Rumah, Tetak Kakak Hingga Mati Di Jinjang Utara

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut selepas ditetak adik lelakinya sendiri di sebuah rumah di Jalan Indah 10, Jinjang Utara, di sini, pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner S Shanmugamoorthy, pihaknya menerima aduan pada jam 7 malam daripada dua lelaki, seorang daripadanya merupakan anak mangsa. “Pegawai penyiasat dan pihak ambulans telah bergegas ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan, namun penolong pegawai perubatan mengesahkan mangsa yang berusia lewat 30an telah maut di tempat kejadian. “Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat,“ katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu. Mengulas lanjut, Shanmugamoorthy berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku di ruang tamu rumah pada pukul 6.30 petang ketika mangsa pulang dari kerja. “Suspek yang berusia awal 30an telah mengamuk dan menetak kepala mangsa beberapa kali dengan menggunakan sebilah parang dan kapak. “Hasil siasatan mendedahkan punca suspek bertind...

Mesyuarat Majlis Presiden Semalam, Bersatu Beri Amaran Keluar PH

Meskipun ketika sidang medianya semalam Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilihat tersenyum mengumumkan bahawa Majlis Presiden PH sebulat suara bersetuju membenarkan beliau membuat keputusan bagi peralihan jawatan perdana menteri, tetapi difahamkan mesyuarat itu tegang. Tiga sumber dari kedua belah pihak mengesahkan kepada Malaysiakini bahawa PH terutama daripada Amanah dan DAP menggesa Dr Mahathir menetapkan tarikh bagi menyerahkan kuasa kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, pemimpin Bersatu dalam mesyuarat tersebut dikatakan telah memberi amaran bahawa Bersatu akan mempertimbangkan keluar PH sekiranya mereka terus menekan Dr Mahathir. Berikutan kemenangan sejak pilihan raya umum lepas, PH dan sekutunya Warisan mempunyai 138 kerusi di Dewan Rakyat. Jika Bersatu keluar, PH akan kehilangan 26 kerusi, meninggalkan kerajaan dengan hanya 112 kerusi. Sekiranya sebahagian ahli parlimen PKR yang menyokong Dr Mahathir turut keluar PH, kerajaan akan jatuh. Bagaimanap...