Konvoi yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu meninggalkan kediaman tersebut sekitar jam 12.23 tengah hari melalui pintu A.
Sebelum itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng keluar melalui Pintu B sekitar jam 12.16 tengah hari.
Difahamkan Anwar dan Wan Azizah ke Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya untuk mengadakan Mesyuarat Majlis Pimpimpinan Pusat.
Sementara Guan Eng pula menuju ke Ibu Pejabat DAP di ibu negara juga untuk bermesyuarat. - Astro AWANI