Skip to main content

Posts

Showing posts with the label viral

Tular Video CCTV: Jiran Dakwa Anjing Berkeliaran Hingga Ganggu Keselamatan Anak

Tular di media sosial satu rakaman CCTV yang dikongsikan seorang pengguna, mendakwa berlaku masalah berpanjangan dengan jiran berhubung pemeliharaan anjing. Menurut perkongsian tersebut, anjing milik jirannya didakwa kerap membuang najis di kawasan rumah sehingga menimbulkan bau kurang menyenangkan. Pemilik juga mendakwa anjing berkenaan jarang dibawa berjalan. Dalam kejadian yang dirakam CCTV, individu terbabit mendakwa ketika mahu keluar dari rumah, anjing jiran tersebut menyalak berhampiran pembahagi rumah dan kepalanya dipercayai terjulur ke kawasan rumahnya. Keadaan itu didakwa menyebabkan anak-anaknya berasa takut untuk bermain di luar rumah. Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan sesetengah pihak berpendapat pemilik haiwan perlu memastikan anjing sentiasa dikawal dan tidak mengganggu jiran, manakala isu kejiranan sebaiknya diselesaikan secara baik. - Kredit: Khairom Nizam

Tular Video Warga Asing Kencing Di Eskalator MRT

KUALA LUMPUR – Pengendali pengangkutan awam, Rapid KL menggesa orang ramai segera melaporkan sebarang salah laku yang berlaku di stesen dan dalam tren bagi memastikan kemudahan pengangkutan awam kekal bersih, selamat serta selesa digunakan semua penumpang. Gesaan itu dibuat susulan penularan video memaparkan seorang lelaki dipercayai warga asing membuang air kecil di sebuah stesen MRT sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. Menerusi kenyataan ringkas di media sosial pada Rabu, Rapid KL menegaskan kebersihan stesen dan tren adalah tanggungjawab bersama, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru perbuatan tidak bertanggungjawab itu. "Jangan tiru aksi ini. Jika ternampak aktiviti yang salah dan mencurigakan seperti kencing di tempat tidak sepatutnya, makan dan minum dalam tren atau berkelakuan sumbang, laporkan segera kepada petugas stesen, polis bantuan atau hubungi talian bantuan kami," menurut kenyataan itu. Rapid KL turut berhara...

Video Insiden Tular Menerusi Video Berdurasi 16 Saat

KUALA LANGAT – Tiada unsur cubaan curi motosikal sebaliknya hanya selisih faham ketika proses penarikan jentera tersebut di hadapan sebuah rumah sekitar Banting di sini, sehingga tular di media sosial baru-baru ini. Insiden tersebut tular menerusi video berdurasi 16 saat dengan memaparkan pertengkaran antara penarik motosikal dan penduduk kampung. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, semakan mendapati pihaknya menerima dua laporan polis dari seorang wanita warga tempatan berusia 35 tahun yang bekerja sebagai penarik motosikal pada Jumaat lalu. Katanya, laporan turut diterima daripada seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang merupakan anak pemilik motosikal yang hendak ditarik wanita tersebut bersama rakan sekerjanya. “Keterangan kedua-dua pihak telah diambil dan didapati berlaku salah faham antara mereka semasa proses penarikan motosikal tersebut. “Selisih faham telah diselesaikan dan kedua-dua pihak telah berdamai dengan baik,” ka...

Video - Ikan Masih Hidup Setelah Digoreng

Video berdurasi selama 52 saat menunjukkan seekor ikan masih hidup dan bergerak setelah di goreng. Kejadian berlaku di Hengyang, Provinsi Hunan dipercayai sel saraf ikan tersebut belum mati ketika di goreng. Kedengaran suara wanita sedang menjerit dalam video tersebut ketika melihat ikan itu bergerak dan perutnya seperti mahu terbelah. Video ini telah tular di laman Weibo iaitu media sosial yang popular di China. Pengguna Weibo tidak menganggap ini sesuatu yang pelik atau menakjubkan malah mereka menganggap ini adalah perkara yang kejam kerana menggoreng ikan yang masih bernyawa. Kepada semua tukang masak disarankan supaya tunggu sekurang-kurangnya lima minit sehingga sel saraf ikan itu benar-benar mati sebelum menggorengnya. Editor:Anna

Video: Rupanya Banyak Lagi Kes Budak

Kuala Lumpur - Susulan kejadian lelaki pukul pengawal keselamtan, tular sebuah video yang menunjukkan lelaki berkenaan yang pernah tertangkap kerana mencuri motorsikal. Menerusi video yang tular di media sosial itu menunjukkan lelaki terbabit pernah ditangkap oleh tuan punya motorsikal yang dicuri menyebabkan dia telah dibelasah sehingga mengalami kecederaan. Video tersebut telah dikongsikan oleh orang ramai bagi membongkarkan siapa sebenarnya individu terbabit selepas kejadian lelaki tersebut membelasah pengawal keselamtan menjadi viral di media sosial. Malah terdapat juga gambar yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter jelas menunjukkan kelakuan lelaki terbabit cuba mencuri sebuah motorsikal di kawasan tempat letak motorsikal. Identiti lelaki terbabit telah didedahkan selepas kejadian lelaki yang memukul pengawal keselamatan dengan menggunakan kayu golf hanya kerana tayar keretanya telah dikunci disebabkan dia meletakkan keretanya di tapak letak kereta OKU menj...

Guru Terkejut Selepas Melihat Lukisan Anak Muridnya

Lukisan tangan seorang pelajar telah menjadi bahan bualan di media sosial selepas seorang guru telah memuat naik lukisan tersebut di media sosial kerana lukisan tersebut telah menimbulkan pelbagai persepsi yang berbeza antara pelajar dan guru. Pada mulanya guru terbabit terkejut selepas melihat lukisan muridnya itu yang kelihatan seperti empat orang yang menggantung diri mereka sendiri kerana seperti terdapat tali yang terikat pada leher mereka. Guru terbabit beranggapan bahawa empat orang tersebut menggambarkan ahli keluarga pelajar terbabit dan berfikir kemungkinan bahawa pelajar terbabit mengalami kemurungan selepas melihat kepada lukisannya. Beliau kemudiannya memanggil pelajar terbabit dan menyuruhnya menerangkan lukisan yang dilukis olehnya tetapi penjelasan pelajar tersebut kemudiannya mengundang ketawa guru terbabit. Menurut penerangan daripada pelajar tersebut dia menjelaskan bahawa dia dan keluarganya hanya pergi snorkeling pada minggu lepas dan gambar yang dianggap seb...

Pau Duit Warga Asing, "Dia Bukan Kakitangan DBKL" - Jurucakap DBKL.

Susulan kejadian seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai seorang penguatkuasa dan bertindak kasar terhadap seorang warga asing kerana keengganannya membayar wang yang di minta bukanlah seorang kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Jurucakap DBKL telah mengesahkan perkara itu selepas video rakaman kejadian tersebut menjadi tular di media sosial. Pihaknya telah melakukan semakan serta siasatan sebaik sahaja tersebarnya penularan video rakaman berdurasi 56 saat tersebut yang memaparkan kekasaran seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai penguatkuasa DBKL terhadap seorang warga asing. Menurutnya lagi, kebiasaannya penguatkuasaan akan dilakukan secara berkumpulan dan jika terdapat anggota yang tidak memakai uniform maka mereka akan turut bersama dengan mereka yang memakai baju uniform ketika menjalankan tugas. Video kejadian tersebut telah dikongsikan oleh pengguna Facebook, Tia Fatehah yang mendedahkan punca pergaduhan tersebut bermula apabila lelaki DBKL terse...

Video Rakaman Tular, 4 Pelajar Sekolah Menengah Didakwa

Tuban, Indonesia - Sepasang pelajar sekolah menengah disiasat kerana melakukan pertunjukkan secara langsung hubungan seks di hadapan sahabat mereka sambil dirakamkan dan ianya telah menjadi tular di media sosial facebook serta whatsapp. Adegan seks terbabit dipercayai telah dilakukan di sekolah menengah para pelajar yang terlibat berkenaan dengan sepasang pelajar melakukan adegan terbabit dan kemudian 4 orang pelajar perempuan serta seorang pelajar lelaki telah merekodkan adegan terbabit sebelum disebarkan di media sosial. Video berkenaan kemudiannya telah menjadi viral sejak beberapa hari yang lalu sejak ianya disebarkan ke facebook serta whatsapp sehingga ke tujuh-tujuh pelajar terbabit disoal siasat oleh pihak polis dari Balai Polis Tuban. Kesemua pelajar berkenaan dikatakan berasal dari dua buah sekolah yang berbeza di Tuban, Jawa Timur dan ketika adegan tersebut dilakukan kesemua mereka masih memakai pakaian seragam sekolah sehingga identiti sekolah terbabit dapat ...

Bapa Rakam Ibu Pukul Ketiga-tiga Anak Mereka Dengan Kejam.

Seorang ibu tergamak bertindak kejam dengan memukul ketiga-tiga anaknya yang masih kecil dengan menggunakan tongkat sementara ayah kepada kanak-kanak tersebut hanya merakamkan perbuatan isterinya disamping terus menggalakkan isterinya terus memukul anak-anak mereka. Video yang berdurasi 1 minit 28 saat tersebut menjadi viral serta mengejutkan rata-rata netizen yang menonton video berkenaan dan menyifatkan ibu bapa kanak-kanak tersebut amat kejam. Pada mulanya video berkenaan telah dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Wonderland Cheah ke kumpulan Facebook KL 娱乐 pada Isnin yang lepas dengan kapsyen "Bolehkah ini dipanggil manusia?, lelaki b***h, satu memukul satu merekod, bagaimanakah seorang kanak-kanak mampu menahan semua itu?". Pada mulanya video berkenaan menunjukkan seorang ibu memakai pakaian berwarna merah sedang menyaksikan seorang kanak-kanak berpakaian warna krim sedang memegang buku seperti sedang belajar. Kanak-kanak tersebut kelihatan m...

Video: Samseng Jalan Dicekup, Ini Punca Kenapa Lelaki Ini Bergaduh Ditengah Jalan

LELAKI yang terbabit dalam insiden pergaduhan di hadapan deretan kedai di Jalan Dataran Cheras 2, Cheras Traders, Balakong, Kajang malam tadi ditahan polis hari ini. Lelaki berusia 44 tahun ini ditahan di Taman Putri Jaya, Batu 9 Cheras, 4.20 petang tadi. “Soal siasat awal mendapati suspek mengaku terbabit dengan kes yang disiasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Berdasarkan keterangan mangsa, insiden berpunca rasa tidak puas hati berkaitan potong barisan ketika keluar simpang. Kes disiasat mengikut Seksyen 323/160 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan dan bergaduh. - Harian Metro

Video Bergaduh Pasal Bekas Tunang Rupanya...

KUANTAN: Perselisihan faham akibat perempuan dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan remaja lelaki di tempat letak kereta sebuah restoran makanan segera di Sungai Isap di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata kejadian yang berlaku pada 1 pagi itu, dipercayai melibatkan 12 remaja berumur antara 19 dan 20 tahun, yang berasal dari sekitar daerah ini, Pekan, dekat sini dan Kangar, Perlis. Katanya, mangsa yang berusia 20 tahun dan masih belajar itu mendakwa dihubungi oleh seorang lelaki tidak dikenali pada 8 malam sebelumnya yang memperkenalkan diri sebagai bapa saudara kepada bekas tunangnya dan mahu berjumpa. "Mangsa mendakwa dia dan dua rakan berada di kawasan letak kereta itu apabila dihampiri tiga kereta yang dinaiki sekumpulan lelaki dengan salah seorang suspek bertanyakan nama mangsa. "Lelaki itu didakwa terus menumbuk muka dan menendang pinggang mangsa dengan diikuti suspek lain yang secara bertubi-tubi menyerang ma...

Kisah Sebenar Lelaki Amuk Di Hadapan Bank

SEORANG lelaki cedera di perut selepas ditembak polis ketika mengamuk di hadapan sebuah bank di Bukit Tinggi, Klang, hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, polis menerima maklumat awal daripada pihak bank pada jam 12.30 tengah hari yang memaklumkan suspek berusia 41 tahun itu mengamuk dipercayai kerana tidak boleh mengeluarkan wang. Menurutnya, dua anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) digerakkan ke lokasi kejadian namun suspek juga warga tempatan sudah beredar dari bank berkenaan. “Pengawal keselamatan bank memaklumkan suspek akan kembali ke bank pada jam 2 petang dan jika tidak boleh mengeluarkan wang, suspek akan mengamuk. “Polis URB datang semula ke bank berkenaan pada jam 2 petang dan dapati suspek berada di hadapan bank dalam keadaan marah serta memegang pisau,” katanya dalam kenyataan, hari ini. Beliau berkata, anggota polis cuba menenangkan suspek selama 20 minit sebelum suspek bertindak agresif mengejar se...

Isteri Dakwa Suami Paksa Manari Dihadapan Rakan, Tapi Video Isteri Menari Bersama Lelaki Lain Pulak Tersebar.

Seorang lelaki di Pakistan ditahan selepas didakwa memukul isterinya dan turut membotakkan kepalanya hanya kerana mangsa enggan menari untuk rakannya. Perbuatan Mian Faisal terbongkar selepas wanita dikenali sebagai Asma Aziz dari Lahore itu bertindak mendedahkan perkara itu menerusi media sosial dan turut merayu bantuan orang ramai. "Mereka bertindak membogelkan saya dan mencukur rambut saya. Dia kemudiannya memukul saya menggunakan paip besi. Suami saya juga mengancam untuk menggantung saya pada kipas dalam keadaan bogel," katanya sambil menangis menerusi video dimuat naik pada Rabu lalu. Ibu kepada tiga anak itu berkata, suaminya sering menjemput rakan-rakannya berparti di rumah mereka dan tingkah laku suaminya yang penyayang ketika awal perkahwinan kira-kira empat tahun lalu berubah selepas enam bulan mereka mendirikan rumah tangga. Jelasnya, dia cuba membuat laporan di balai polis, namun pihak berkuasa enggan menerima kes itu kerana wanita terbabit tidak dapa...

Video: Lelaki Rempuh Teman Wanita Di Bangsar Tular

SEBUAH rakaman video memaparkan kejadian seorang lelaki bertindak memukul seorang wanita dipercayai teman wanitanya, tular di laman sosial Twitter, sejak Jumaat. Rakaman video berdurasi 1 minit 19 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dan sehingga kini telah ditonton lebih 500,000 kali. Berdasarkan rakaman, lelaki terbabit pada mulanya kedengaran memarahi teman wanitanya sebelum dilihat ‘naik hantu’ lalu bertindak melanggar wanita itu dengan motosikalnya. Mengulas lanjut mengenai kejadian tersebut, Muhamad Khalil Jamian, 30 tahun, yang merakam dan menularkan insiden itu berkata, kejadian berlaku di kawasan sebuah kondominium di Bangsar South kira-kira pukul 9 malam, pada Jumaat. Khalil berkata beliau tidak menyangka insiden itu yang pada mulanya dianggap ‘menggelikan hati’ bertukar tegang. Jelas Khalil, lelaki terbabit pada awalnya langsung tidak meninggikan suara sehinggalah sesuatu berlaku yang menyebabkan dia bengang lalu memukul mangsa. “Ada perten...

Video: Bayi Dilambung Secara Bahaya Di Ibu Negara Tular

Video seorang bayi yang dilambung dan dihayun secara berbahaya oleh seorang 'begpacker' di ibu negara dipercayai sebagai aksi untuk mendapatkan derma orang ramai mula tular di media sosial. 'Begpackers' adalah istilah yang merujuk kepada golongan pelancong asing, yang meminta derma atau sumbangan (begging) daripada orang ramai untuk menampung kos perjalanan mereka. Aksi ala-akrobatik yang dilakukan ke atas bayi yang hanya memakai lampin pakai buang itu turut dirakam seorang pemilik akaun Facebook, Zayl Chia Abdullah. Kejadian dipercayai berlaku di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Melalui statusnya, Zayl marah dengan tindakan pelancong berkenaan yang dipercayai untuk mendapatkan sumbangan bagi menampung kos pengembaraannya. Turut kelihatan, seorang lagi wanita asing yang bermain alat sejenis muzik. Dia juga menggesa pihak berkuasa polis mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan dan berharap bayi itu tidak mengalami kecederaan. Pada Sabtu, Astro AWANI tur...

Video: Lelaki Pukul Juruwang Wanita Kerana Minyak Masak

Pihak polis dilaporkan sedang memburu seorang lelaki yang didakwa menapar seorang juruwang wanita di sebuah kedai mini di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Akhbar The Star memetik Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A Anbalagan sebagai berkata, polis telah mengenalpasti lelaki yang menampar jurujual berusia 29 tahun itu. “Suspek tiba ke kedai untuk membeli tiga paket minyak masak, tetapi juruwang memberitahu pelanggan hanya dihadkan membeli dua paket seorang. “Oleh sebab itu, mangsa mengalami kesakitan belakang dan gusar diugut oleh suspek," kata Anbalagan. Sementara itu, portal Utusan Malaysia pula memetik juruwang wanita berkenaan, Athirah Mohd Aziz, yang mengesahkan dia ditampar kerana tidak membenarkan lelaki tersebut membeli minyak masak satu kilogram lebih daripada dua peket. Menurut wanita berkenaan dalam video yang viral di media sosial, lelaki tersebut mahu membeli minyak masak sebanyak tiga peket sedangkan setiap pelanggan hanya dibenarkan membeli dua pak...

Video Lelaki Terima Padah Ketika Menangkap Ikan

Seorang nelayan cedera ‘dikunyah’ badak air dalam serangan selama 10 minit ketika menangkap ikan di Tasik Naivasha, baru-baru ini. Mathew Wanjiuku berenang di tasik itu untuk menangkap ikan tanpa menyedari kehadiran haiwan liar berkenaan yang tiba-tiba menyerangnya, lapor Daily Mail. Badak itu berjaya memerangkapnya sebelum terus menggigit lengan, bahu serta bahagian badan sebelum dihalau rakannya yang menjerit dan memukul kepingan logam untuk menghalaunya. Kejadian yang dirakam jurugambar Frederico Genovese, 47, yang kebetulan merakam kehidupan liar di tasik berkenaan dan menunjukkan Wanjiuku terperangkap di bawah selepas cuba melarikan diri daripada haiwan yang menyerang itu sebelum badannya dimamah. “Haiwan itu memijaknya dan menggoyangkan kepala dengan ganas, dalam cubaan menghempapnya selain menggigit mangsa. “Beberapa orang memegang kepingan logam besar yang dipukul rakan mereka menggunakan kayu selama 10 minit untuk menghalau badak berkenaan sebelum ia melarika...

Video Tular Polis Sepak Ramaja, Tiada Kompromi Jika Anggota Lakukan Kesalahan

KOTA BHARU - Polis Kelantan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai mahupun anggotanya yang didapati terlibat dengan kesalahan tatatertib yang boleh mencemarkan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM). Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan berkata demikian bagi mengulas mengenai kejadian seorang anggota polis trafik yang dipercayai menendang seorang remaja dan video insiden itu tular di media sosial sejak semalam. Hasanuddin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berkenaan dikatakan berlaku di Jalan Kampung Sireh di sini, kira-kira pukul 3 petang semalam melibatkan seorang remaja berusia 17 tahun. "Mengikut maklumat awal yang diperoleh, ketika kejadian, empat anggota trafik melakukan rondaan sebelum terserempak dengan remaja berkenaan yang dalam keadaan mencurigakan. "Selepas berjaya ditahan, berlaku pergelutan dan pemeriksaan yang dilakukan mendapati remaja itu menunggang motosikal tanpa lesen manakala cukai jalan tamat tempoh," katanya. H...

Video: Gadis Berani Tangkap Buaya Belakang Rumah Dikecam Netizen

GARA-gara memuat naik video dan gambar bersama seekor buaya, seorang gadis terpaksa berdepan kecaman pengguna media sosial. Pengguna Facebook dengan nama Azy Nadia ini pada mulanya memuat naik beberapa buah video dan gambar bersama buaya yang sederhana besar itu ke akaunnya pada 1 Januari lalu. "Ia datang secara mengejut. Jangan cakap saya pegang yang palsu pula, tengok video bergerak kan. Jarang-jarang anak muda tunjuk bakat," itu yang ditulis Azy pada kapsyen, menggunakan dialek Kelantan. Turut disertakan adalah hashtag #sungaibelakangrumoh dan #marinokigakgakkk. Entri tersebut menerima lebih 1,000 perkongsian dan hampir 900 komen, yang rata-ratanya bimbang dengan keselamatan Azy selain turut mempersoalkan jika Azy mempunyai lesen untuk membela buaya tersebut. Namun Azy dalam perkongsian terbaru menjelaskan buaya itu bukanlah dibela, sebaliknya ditemui di belakang rumahnya yang secara kebetulan terletak berhadapan dengan sungai. "Saya tak tulis pun...

Video Polis Kejar Treler Curi Sejauh 30KM

BESUT - Seorang lelaki ditahan polis selepas gagal melarikan sebuah lori treler yang dipercayai dicuri di Jengka, Pahang pagi tadi. Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, bagaimanapun polis terpaksa mengejar lori yang dipandu suspek sejauh kira-kira 30km sebelum lelaki berusia 40 tahun itu berjaya diberkas. Menurutnya, sebelum itu polis berjaya mengesan sebuah lori yang dipercayai dicuri di Jengka, Pahang dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu di Kampung Apal di sini, kira-kira jam 9.50 pagi ini. “Polis telah mengarahkan pemandu memberhentikan treler tersebut namun suspek nekad melarikan diri dengan memandu lori tersebut menghala ke Jertih. “Suspek turut bertindak agresif apabila cuba menghimpit kereta peronda polis yang mengejarnya selain memandu dalam membahayakan pengguna jalan raya lain apabila dua kali mengelilingi bandar Jertih,” katanya. Mohd Zamri berkata, polis terpaksa melepaskan beberapa das tembakan pada bahagian tayar ...