Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

2 Gambar: 'Pesta Halloween' 36 GRO Ditahan.

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik kononnya sambutan ‘pesta Halloween’, beberapa pusat hiburan sekitar ibu negara diserbu pihak berkuasa yang mendapati ia hanya satu penyamaran untuk mengaburi pihak luar. Tidak cukup dengan itu wanita warga asing yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan (GRO) juga berhias seumpama mayat hidup mahupun hantu bagi menyambut dan memberikan 'perkhidmatan' kepada tetamu. Operasi yang bermula jam 1 pagi tadi, dijalankan secara bersepadu oleh beberapa agensi kerajaan termasuk anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Imigresen, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kastam dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Operasi diketuai Pengarah Penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Azman Mahmood. “Kita dapat aduan mengatakan ada “pesta Halloween” untuk budaya barat tetapi yang teribat adalah warga kita dan sampingan warga asing itu adalah sebagai pelengkap pada pusat hiburan yang ada sekitar Kuala Lumpur,” katanya. Menurutnya lagi...

Lelaki Disyaki Mmabuk Maut Dipukul

LELAKI gelandangan maut akibat dipukul dengan ‘tokong kecil’ oleh seorang lelaki disyaki mabuk dalam kejadian di Jalan Genting Klang, Setapak, malam semalam. Mangsa yang belum dikenal pasti identiti disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, sepasukan anggota polis dihantar ke lokasi selepas menerima laporan kejadian jam 11.54 malam turut berjaya menahan suspek berusia 42 tahun. “Sebelum ditahan, suspek dilihat berkelakuan agresif dengan berdiri di tengah jalan raya dalam keadaan tubuhnya berlumuran darah. “Siasatan awal mendapati suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Katanya, pemeriksaan di tempat kejadian menemui kesan pergelutan dan kesan darah di atas permukaan jalan raya. “Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa dan orang awam memaklumkan lelaki itu adalah gelandangan yang sering dilihat berkeliaran dan tinggal d...

3 Permintaan Terakhir Pramugari Lion Air Yang Menyayat Hati

Pelbagai kisah sedih dan menyayat hati melibatkan mereka yang terlibat dalam nahas Lion Air di Jakarta dan antaranya ialah kisah permintaan terakhir pramugari pesawat berkenaan sebagaimana dilaporkan Merdeka.com. 1. Minta didoakan cepat bernikah Sebelum terkorban dalam nahas Lion Air JT610, Mery sempat mengungkapkan permintaan terakhirnya, meminta didoakan cepat bernikah. Pramugari Lion Air Anggita Eka Octavia menceritakan tentang Mery. Mery adalah orang yang sangat baik dan mesra. Anggita juga mengatakan bahwa Mery ingin bertemu teman lelakinya di Aceh. Kasihan dia (Mery) kerana perlu bertugas sedangkan dia mahu bertemu kekasihnya di Aceh, kali terakhir mereka bertemu dia minta didoakan cepat bernikah. Teman lelakinya dikatakan memang mahu melamarnya. 2. Minta dibelikan cadar baharu Ibu saudara Citra mengatakan dua hari sebelum penerbangan ke Pangkal Pinang, Citra sempat meminta ibunya untuk dibelikan cadar yang baharu. Permintaan Citra terkabul, ibunya membelikan cadar baharu. Cada...

Video Nakal Suami, Ayu Raudhah Lapor SKMM

BARU-baru ini, tersebar video nakal membabitkan pemain bola sepak, Zaquan Adha yang juga suami kepada pelakon, Ayu Raudhah. Bagaimanapun ujar Ayu, 34, dia terlebih dahulu sudah mengetahui kewujudan video terbabit kerana ia adalah koleksi peribadi mereka yang telah disebarkan individu tidak bertanggungjawab. “Saya orang pertama yang tahu tentang video itu kerana ia dalam telefon bimbit saya yang rosak. “Ia adalah video peribadi antara saya dan suami. Video itu tersebar selepas saya menghantar telefon peribadi saya untuk dibaiki,” ujarnya kepada mStar Online. Video yang tersebar itu memperlihatkan individu mirip Zaquan memakai seluar dalam berwarna putih beraksi di hadapan kamera. Dalam pada itu Ayu berkata, dia terkejut dan kesal dengan perkara yang boleh menjejaskan nama dan reputasi suaminya. “Pihak kedai itu kata video dan foto dalam telefon itu tidak dapat diselamatkan. “Tidak sangka pula keluar video itu, ia adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” ujarnya. Dalam pada itu, Ay...

"Tak Pergi Karaoke Dengan Suami Awak, Okay Lah Tu" - Didi Astillah Marah Siapa?

Seorang pengikut laman Instagram Didi Astillah telah mengkritik kakaknya, Bella Astillah yang menerima 'verified badges' di laman sosial berkenaan. Perkara tersebut berlaku di ruangan komen sebuah entri yang dikongsi Didi. Menurut netizen terbabit, Bella mendapat tanda berkenaan disebabkan Afifah Nasir yang telah menaikkan namanya. "Kakak kau over excited dapat verified badges, dia patut berterima kasih pada Afifah Nasir. "Disebabkan Afifah, nama dia ada sekarang walaupun tak ramai pun yang kenal," tulis netizen. Selain itu, individu berkenaan turut menuduh Bella membeli pengikut di Instagram dan mendakwa Didi dan Bella gilakan populariti. Tidak mendiamkan diri, Didi tampil membalas komen berkenaan. "Alhamdulillah asalkan saya happy dengan kehidupan macam ni. "Kami tak bersaing dengan siapa-siapa, beli followers, mana bukti? "Biarkan je kakak saya tu famous, selagi dia tak sakitkan hati awak, tak pergi karaoke dengan ...

"Macam lesbian" Foto Seakan Bercium Janna Nick Dan Eyka Farhana Di Kecam Netizen

Aktres Eyka Farhana telah memuat naik sekeping gambar bersama pelakon Janna Nick. Foto dengan aksi gurauan seakan mahu bercumbu itu dikongsi Eyka menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya. Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah mengecam tindakan kedua-dua aktres ini. Ada juga netizen yang menyifatkan gaya mereka dalam gambar itu seakan-akan memaparkan budaya kekasih sesama jantina atau LGBT. "Bergambar biar beradab. "Macam lesbian. "Tak patut bergambar macam tu, macam nak promote LGBT," tulis netizen. Namun begitu, terdapat juga netizen yang tampil dengan pandangan positif mengatakan Eyka dan Janna tidak bercumbuan, gaya tersebut dilakukan hanya sekadar gurauan. - Astro Gempak

Harga Minyak RON 97 Naik.

KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM2.81 bagi tempoh 1 November hingga 30 November. Demikian dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi infografik di laman sesawangnya hari ini. Sementara harga Ron 95 dan Diesel masing-masing kekal pada RM2.20 dan RM2.18 seliter. - Sinar Harian

Suami Perdaya Isteri Jual Barang Curi

LELAKI di Kuala Nerus, dekat Kuala Terengganu, tergamak meninggalkan isteri dan anaknya berusia empat tahun selepas ‘tembelangnya’ menjual barangan curi kepada pelanggan terbongkar, baru-baru ini. Pada kejadian itu, si isteri menghantar kamera DSLR model Canon 50D yang dipesan pembeli menerusi laman web berkenaan, sementara suaminya menunggu di dalam kereta di luar sebuah pasar raya. Ketika itu, isteri membawa anaknya yang berusia empat tahun. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman berkata, sebelum kejadian, lelaki itu dipercayai mencuri sebuah kamera berkenaan daripada sebuah kedai gambar. Beliau berkata, memuat naik iklan di mudah.my. Bagaimanapun, kamera itu dikesan sendiri oleh pemilik kedai yang melayari laman itu untuk membeli kamera baharu menggantikan kamera yang dicuri. “Pemilik kedai kemudian ‘memancing’ penjual terbabit untuk bertemu dengan mahu membeli kamera berkenaan pada harga RM1,300. “Dia kemudian ke sebuah pasar raya di Jalan Hi...

Perintah Berkurung Untuk Remaja Bawah 18 Tahun Selepas Jam 12 Malam

Kerajaan Pas Kelantan sedia menimbang pelaksanaan perintah berkurung ke atas remaja pada waktu malam bagi mengatasi masalah gejala sosial di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri, Mumtaz Md Nawi berkata, sekurang-kurangnya tujuh buah negara di dunia sudah menjadikan perintah berkurung ke atas remaja dan kanak-kanak sebahagian daripada peruntukan undang-undang. Beliau berkata, antara negara yang sudah melaksanakannya adalah Amerika Syarikat (AS), Australia, Thailand, Jerman, Britain, Iceland dan United Kingdom (UK). "Cadangan perintah berkurung mampu merapatkan hubungan kekeluargaan dan menurunkan kadar gejala sosial, peraturan sebegini sudah dilaksanakan di lebih 500 buah bandar di AS dan banyak negara lain. "Kebanyakan negara menetapkan remaja berusia 16 tahun ke bawah tidak boleh keluar rumah melebihi ‪pukul 10‬ malam manakala bagi remaja bawah 18 tahun pula larangan adalah pada waktu melebihi ‪pukul 12‬ tengah malam,...

Pasangan Kekasih Maut Gara-Gara 'Selfie' Ekstrem

NIAT sepasang kekasih yang ingin menggembara mengelilingi dunia bertukar tragedi apabila mereka maut ketika sedang berswafoto. Menerusi laporan news.sky, mayat pasangan dari India, Vishnu Viswanath, 29 tahun, dan Meenakshi Moorthy, 30 tahun, ditemui anggota renjer hutan di sebuah destinasi pelancongan popular di Amerika Syarikat (AS), Taman Nasional Yosemite. Pasangan itu dilaporkan terjatuh dari ketinggian 245 meter di bawah Taft Point, di mana pelawat dibenarkan berjalan ke tepi cenuram yang tidak berpagar dan menjadi lokasi popular untuk berselfie. Menurut abang kepada Vishnu, Jishnu Viswanath, pasangan tersebut turut dikatakan telah memasang tripod berhampiran kawasan tebing yang curam dekat pergunungan Sierra Nevada, California pada petang Selasa. Pengunjung menjumpai sebuah kamera keesokan paginya dan mereka memaklumkan kepada renjer hutan mengenai penemuan itu. Pasukan renjer hutan menjumpai mayat pasangan itu pada Khamis kira-kira 800 meter dibawah Taft Point. Jurucakap Yo...

Anak Merajuk Lihat Gambar Suami Cium Nabila Huda

Umum memang mengatahui betapa rapatnya Keisha dan ibunya Nabila Huda. Walaupun sudah lama kehadiran suami baru Nabila, Mohd Izwan Johar, dalam hidup mereka, namun keakraban Keisha dan Nabila tetap utuh. “Isteri saya cium saya biasalah” seloroh Izwan yang dipanggil Abi oleh Keisha. “Janganlah ambil gambar tanpa Keisha,” jawap Keisha tanda cemburu. “Okay sorry, saya tak upload dah lepas ni. Jangan ambil gambar kiss kiss dengan saya lepas ni dah,” gurau Izwan sambil memberitahu Nabila. Izwan dan Nabila berkahwin pada 25 Disember 2015. - Astro Gempak

Saya Lihat Isteri Bersama Lelaki Lain Dalam Bilik Hotel

SEORANG isteri yang ditangkap khalwat oleh suaminya diceraikan dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, hari ini. Perceraian di antara pasangan berusia 32 dan 23 tahun itu dilafazkan di hadapan Hakim Zahari Mohd Yusoff mengikut Seksyen 47 Permohonan Perceraian Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kelantan 2002. Sebaik keluar daripada mahkamah, suasana bertukar kecoh apabila berlaku perbalahan antara pasangan berkenaan sebelum ditenangkan oleh polis serta ahli keluarga. Bapa tiga anak yang mahu dikenali sebagai Atiq, 32, berkata dia sendiri menangkap isterinya berkhalwat dengan lelaki lain di sebuah hotel di utara tanah air pada 25 Oktober lalu dan membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Atiq mengakui hatinya luluh apabila melihat isteri yang dikahwini selama tujuh tahun sanggup menduakannya walaupun mempunyai tiga anak berusia antara setahun hingga enam tahun. “Saya bersama kawan, pegawai pejabat agama dan polis pergi ke hotel itu selepas diberitahu oleh rakan b...

Kes Cabul Gadis 15 Tahun, Shahidan Tampil Pertahan Diri

Selepas heboh dakwaan seorang anggota parlimen Perlis melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar bawah umur, Datuk Seri Shahidan Kassim tampil memberi penjelasan. Dalam sidang media di parlimen hari ini anggota parlimen Arau berkata pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada pasukan polis untuk menyiasat dakwaan yang melibatkan dirinya itu. Kata Shahidan, ini kerana kedua-dua pihak kini telah membuat permohonan maaf ekoran salah faham yang berlaku. “Saya pasti semua pihak memahami perkara ini dan minta tidak dipanjangkan perkara ini dan kita serah kepada pihak polis. “Walaupun kes ini telah ditutup namun pihak polis akan meneruskan kerja-kerja mereka,” katanya. Menurut Shahidan yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, dakwaan kononnya beliau berduaan dalam kereta adalah benar. Namun, kata Shahidan pertemuan di dalam kereta itu dibuat ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan beliau keluar dari kenderaan yang dinaikinya. “Sebagai wakil rakyat saya memberi gala...

Bangkai Pesawat JT610 Berjaya Dikesan

KETUA angkatan tentera Indonesia yakin pasukan mencari dan menyelamat sudah menjumpai bangkai pesawat Lion Air yang terhempas ke dalam laut bersama 189 penumpang dan anak kapal, katanya kepada televisyen tempatan, hari ini. “Kami yakin sudah menjumpai bangkai pesawat JT610,” kata Hadi Tjahjanto kepada TV One, merujuk kepada pesawat milik syarikat tambang murah negara itu. Pasukan mencari dan menyelamat sudah mempunyai koordinat lokasi tetapi perlu mengesahkan sama ada ia adalah fiuslaj (bangkai pesawat),” katanya. Indonesia sudah mengerah pasukan mencari menggunakan alat ‘pengesan ping’ untuk mencari kotak hitam pesawat yang menyimpan perakam suara dan data penerbangan di lokasi pesawat itu terhempas. “Petang semalam, pasukan penyelamat mendengar isyarat ‘ping’ pada jarak kedalaman 35 meter. Pagi ini pasukan penyelam memulakan semula menyelam seawal 5 pagi di lokasi terbabit” kata timbalan ketua panel keselamatan pengangkutan kebangsaan, Haryo Satmiko, kepada Reuters. - Harian Metro

Anjing Ini Jadi Buruan Mafia

NAPLES - ITALI. Seekor anjing polis kini diburu sebuah keluarga mafia di Itali kerana menyebabkan kerugian jutaan dolar apabila berjaya menemui dadah milik mereka. Menurut media tempatan, Pocho, anjing baka Jack Russell Terrier berusia sembilan tahun itu, menjadi buruan keluarga Camorra, salah satu keluarga mafia terbesar dan tertua di dunia. Laporan The Times menyebut, Pocho atau ‘Si Debab' berjaya mengesan lebih dua tan dadah sepanjang berkhidmat dengan pasukan polis Naples. Pocho dianggap ancaman kepada kumpulan mafia yang terlibat dengan operasi dadah, sekali gus menyebabkan mereka mengalami kerugian besar. Daily Mail melaporkan, antara kejayaan terbaharu ‘Si Debab' termasuk mengesan hampir 31 kilogram dadah ketika satu serbuan, dan turut berjaya menghidu kokain yang diletakkan dalam botol susu. Keluarga Camorra dikatakan mengumpan Pocho dengan makanan beracun, malah turut meletakkan anjing betina di lokasi simpanan dadah dalam usaha mengalihkan perhatian anjing polis ber...

Ibu Dera Anak Perempuan Berusai 10 Tahun

SEORANG guru dari sebuah sekolah rendah di Miri membuat laporan polis selepas mengesyaki seorang muridnya didera ibu kanak-kanak berkenaan. Difahamkan, guru terbabit bertindak demikian apabila curiga melihat kesan kecederaan pada kaki kanan anak muridnya itu. Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah yang mengesahkan kes itu berkata, murid perempuan Tahun 4 itu cedera pada bahagian belakang sebelah kiri badannya dipercayai dipukul menggunakan rotan Beliau berkata, selain itu terdapat kesan calar berhampiran lutut kanak-kanak berusia 10 tahun itu akibat dipukul ibu kandungnya. “Kami sudah menerima laporan mengenai kes itu daripada guru murid berkenaan dan siasatan lanjut akan dibuat,” katanya. Difahamkan, kejadian itu bukan kali pertama berlaku terhadap murid berkenaan. Paling menyedihkan, adik mangsa berusia lapan tahun yang belajar di sekolah sama turut mendakwa menjadi mangsa penderaan ibu mereka. Guru terbabit membuat laporan di Balai Polis Lutong pada 9 pagi semal...

Rogol Anak Saudara Berusia 12 Tahun Di Kebun Durian, Pakcik Dihukum Penjara

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu setelah mengaku bersalah merogol anak saudaranya, empat tahun lalu. Tertuduh yang berusia 45 tahun membuat pengakuan berkenaan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad. Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol mangsa yang berumur 12 tahun 8 bulan ketika kejadian. Tertuduh yang juga bapa kepada tujuh anak itu didakwa melakukan kesalahan berkenaan di sebuah rumah kosong dalam kebun durian di Jerteh, Besut pada 13 Mei 2014, kira-kira jam 5.30 petang sehingga enam petang. Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zulfazliah Mahmud. Manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Astro AWANI

'Maaf semua ... ' - Zamani

PENYANYI Zamani tampil memohon maaf menerusi akaun Instagramnya setelah gagal menyampaikan lagu pada konsert minggu kelima, program Gegar Vaganzamusim kelima (GV5). Bukan itu sahaja, vokalis kumpulan Slam ini turut menyampaikan ucapan terima kasih di atas sokongan padu yang diberikan. "Maaf kepada semua kerana tak dapat menyampaikan lagu, Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada malam konsert kelima. "Terima kasih pada semua atas sokongan padu yang diberikan pada malam itu @abgadeksuperfans_official. Terima kasih tak terhingga pada @aliffsyukriterlajaklaris di atas pemberian imuniti dan juga pada juri-juri @tokram_ramlims, ibu kathy & @emyliadac juga pada @jihanmuse @nabilzira. "Terima kasih team produksi #gegarvaganza5 @gegarvaganzaofficial yang menjaga saya selama ini dan pada semua peserta #gv5 yang seperti keluarga dan tak pernah putus memberikan sokongan dan dorongan selama ini. "Terima kasih atas doa-doa anda semua," tulisnya beserta dua video pada se...

"Majoriti Netizen Permainkan Saya" - Siti Sarah

PENYANYI Siti Sarah bengang apabila dipermain dengan pengikutnya di akaun Instagram (IG) miliknya. Pengikut tersebut mempermainkan Sarah ketika dia meminta tolong untuk mencarikan pembantu rumah Filipina muslim. Merasakan tidak berpuas hati, Sarah menegur segelintir pengikut menerusi sebuah entri terbarunya. "Bila saya minta bantuan..majoriti mempermain-mainkan saya. "Dengan tag nama-nama kawan..Macam nak menghina kawan untuk jadi maid..Its not funny. "Saya menganggap pembantu rumah adalah antara pekerjaan yang mulia. "Di saat saya dan suami bertungkus-lumus membantu orang lain, ada hamba Allah yang sudi membantu saya, membesarkan anak-anak saya. "Sebagai Muslim bukankah kita harus saling membantu," tulisnya. Rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan Sarah menegur golongan tersebut serta memuji sikapnya yang merendah diri. "@mama_dhulfiqar: Sebenarnya ramai yang kurang cerdik, dan suka beri komen untuk nampak tidak cerdik! Sangat menyedihkan....

Saya Sudah Tanya Pengadil Dia Cakap Boleh - Penjaga Gol Perak

KUALA LUMPUR: “Saya bukan kata tiru atau apa, tapi saya ikut Jan Oblak, penjaga gol Atletico Madrid, saya nampak dia buat macam itu. Lagipun saya sudah tanya pengadil (mengenai tindakannya berada di dalam gawang ketika sepakan penalti).” Itu reaksi penjaga gol Perak Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy mengenai tindakannya ketika menyelamatkan sepakan penalti pemain Terengganu FC pada final Piala Malaysia, Sabtu lalu yang menjadi pertikaian pelbagai pihak. Ketika aksi penentuan sepakan penalti di Stadium Shah Alam itu, Hafizul Hakim dikatakan melakukan kesalahan apabila tidak berada di atas garisan gol sebelum bola disepak pemain Terengganu. Sebaliknya penjaga gol berusia 25 tahun itu berada di dalam gawang. Bagaimanapun Hafizul Hakim yang berjaya menyelamatkan dua sepakan penalti pemain Terengganu untuk Perak menang 4-1 selepas aksi sebenar terikat 3-3 berkata, dia hanya mengikut arahan pengadil perlawanan Suresh Jayaranam. “Sebelum penalti, pengadil (Suresh) cakap cuma kekal di atas g...

"Islam Mengajar Kita Berbijak Belanja, Bukan Bijak Menunjuk" - Lana Nodin

Pelakon Lana Nodin mengakui bersyukur kandungannya keduannya semakin sihat selepas mendapatkan rawatan di hospital baru-baru ini. Menerusi entri di Instagram (IG), Lana menjelaskan kandungannya pada kali ini lebih aktif berbanding mengandungkan anak petamanya, Gia Quinn Mckinzie. "Alhamdullilah, selepas check up semalam, kandungan Lana keadaan sangat sihat plus memang kali ni sangat-sangat aktif. "Main volleyball kot dalam perut mummy haha. Anyway ni la Dr. Zana yang akan menyambut kelahiran anak kedua saya. She is very good and very nice person. "Siapa bercadang nak bersalin nanti, bersalin la dekat @rampaiputeri because why??? Huh sangat-sangat jimat dengan package #serintypackage. "Kalau tak percaya, just cuci je mata kat ig diaorang. Tengok apa yang mereka tawarkan. "Rugi membazir duit kalau boleh jimat kita jimat. Islam mengajar kita berbijak belanja bukan bijak menunjuk. Oppss siapa makan cili terasa pedas," tulisnya. Rata-rata mendo...

3 Lelaki Terima Padah Rogol Remaja 15 Tahun

MEKANIK dipenjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu, manakala dua rakan bawah umur ditahan di Sekolah Henry Gurney, Melaka, sehingga mencapai umur 21 tahun hari ini, atas kesalahan merogol gadis bawah umur. Tertuduh, Ulwais Mohd Shafeei, 20, dan dua rakan masing-masing berusia 18 dan 19 tahun mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin. Mengikut pertuduhan, Ulwais didakwa merogol remaja perempuan berusia 15 tahun di dalam bilik di rumah di Wakaf Stan, Kota Bharu, pada 4 pagi, 3 November 2017. Dua lagi tertuduh bawah umur didakwa mengikut pertuduhan pindaan merogol mangsa dan di lokasi yang sama masing-masing antara 2.30 hingga 3.30 pagi, pada tarikh sama. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan. Terdahulu, peguam bela, Saharuddin Mohamed yang mewakili Ulwais dan peguam Shamsul Bahrain Abdullah sert...

'Kahwin Dalam Muzik Video Pun Jadilah'

“INI bukan majlis perkahwinan saya. Ia hanya penggambaran muzik video lagu Dan Ketika Itu iaitu lagu untuk majlis nikah yang sepatutnya berlangsung baru-baru ini namun dibatalkan,” kata pelakon dan pengacara Zulin Aziz mengenai gambar persiapan majlis kahwin yang dimuat naik di Instagram, semalam. Gambar dan keterangan yang dimuat naik seolah-olah memberi gambaran bekas penyampai radio itu bakal bernikah pagi hari ini. Bagaimanapun, Zulin, 28, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abd Aziz ketika dihubungi menafikan ia gimik kerana pembatalan perkahwinan sudah dijelaskan sebelum ini. “Lagu ini sudah lama disiapkan dan sepatutnya menjadi kejutan pada hari bahagia saya, namun bukan jodoh saya apabila segala dirancang punah dan impian untuk bergelar raja sehari tidak kesampaian. “Alang-alang lagu sudah ada, jadi saya ambil keputusan untuk siapkan muzik video. Menerusi muzik video ini, saya realisasikan segala impian sebelum ini. Tak dapat kahwin betul, kahwin dalam muzik video pun jadilah...

Kecawa Dapat Anak Perempuan Lagi, Bapa Jual Bayinya

YIWU: Seorang bapa di China yang terdesak mahukan anak lelaki tergamak menjual bayi perempuannya yang baharu berusia 10 hari dengan harga 4,000 yuan (RM2,401). Menurut polis daerah Yiwu, lelaki bernama Xiaohui itu dikatakan kecewa apabila mendapat anak perempuan untuk kali kedua. Tanpa berfikir panjang, dia menjual bayinya yang berusia 10 hari kepada satu pasangan di wilayah Hubei dengan harga 4,000 yuan (RM2,401) pada penghujung September lalu. Tindakannya itu dilaporkan kepada pihak polis oleh ibu kandung lelaki berkenaan setelah menyedari cucunya hilang. Dalam kenyataan kepada polis, Li, 42, memberitahu bahawa anak lelakinya sering menolak permintaannya untuk menjaga cucu yang baharu dilahirkan itu. "Saya hanya melihat cucu saya untuk beberapa kali, selepas itu saya tidak pernah melihatnya lagi, malah anak lelaki saya tidak mengizinkan saya masuk ke rumah," katanya sambil menambah dia hanya dibenarkan meninggalkan lauk yang dimasak di depan pintu. Pada Oktob...

PKR Dakwa Remaja 15 tahun Disogok Tarik Balik Aduan Cabul

KANGAR: PKR Perlis mendakwa tuduhan cabul remaja bawah umur membabitkan bekas menteri yang juga Ahli Parlimen di negeri itu ada kemungkinan mempunyai unsur sogokan. Ia susulan penarikan balik aduan yang dibuat remaja berusia 15 tahun itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar pada 20 Oktober lepas. Pengerusi PKR negeri, Mohammad Faisol Abd Rahman mendakwa sehingga kini tiada tangkapan atau tindakan dikenakan terhadap bekas menteri itu. Katanya, kes berkenaan seolah-olah “dilitupi” dan tidak adil sekiranya tertuduh diberi pengecualian undang-undang. "Pihak polis sepatutnya menyiasat bukan menarik diri setelah pihak pengadu tarik balik (aduan). Yang menarik balik pengadu adalah underage (bawah umur). Jadi kenapa pengadu tarik balik? Mohammad Faisol juga menyeru ahli keluarga remaja bawah umur itu untuk membuat laporan terbaharu supaya polis dapat meneruskan siasatan. Beliau ditemui media di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis sejurus selesai membuat laporan bagi mende...

Video Singa Terkam Kanak-Kanak Perempuan

MOSCOW: Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan selepas mukanya dicakar singa sarkas, pada pertunjukan dikhaskan untuk kanak-kanak, kata pegawai, hari ini. Kejadian berlaku semalam disiasat Jawatankuasa Siasatan. Kejadian berlaku pada pertunjukan sarkas di kampung Uspenskoye di wilayah Krasnodar, 1,250 kilometer ke selatan Moscow. Rakaman amatur di televisyen menunjukkan haiwan liar itu yang dikawal penjinak singa, tiba-tiba menerkam mangsa. Serangan seumpama itu kerap berlaku di Russia, yang menyaksikan penggunaan haiwan liar adalah perkara biasa dan sarkas yang tidak dikawal dengan baik melakukan pertunjukan di wilayah di negara itu. Jawatankuasa Siasatan melancarkan siasatan mengenai pelanggaran keselamatan pada persembahan dikhaskan untuk kanak-kanak dan menahan pengarahnya, yang berhadapan hukuman penjara sehingga enam tahun. Rakaman video menunjukkan cuma jaring longgar melindungi penonton. Imej juga menunjukkan bu...

Tiada Niat Cabul Mangsa - Ahli Parlimen

KEJADIAN ‘cabul’ yang membabitkan seorang ahli parlimen dan remaja perempuan berusia 15 tahun pada 20 Oktober lalu didakwa sebagai salah faham sahaja antara mereka. Ahli parlimen berkenaan ketika dihubungi berkata, beliau tiada niat untuk menyentuh mangsa sehingga keluarganya melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis. “Saya sudah kenal mereka lama, sudah hampir dua tahun dan kejadian yang kononnya ‘cabul’ itu bukan berlaku di tempat sunyi, tetapi di khalayak ramai. “Saya tak mahu panjangkan perkara ini kerana kasihan kepada pelajar itu dan dia ada masa depan cerah,” katanya ketika dihubungi. Beliau turut enggan mengulas panjang perkara berkenaan kerana perkara terbabit masih dalam siasatan polis dan kenyataan lanjutan daripada pihaknya akan diumumkan esok. “Mereka kata saya sogok, saya pun tak tahu keluarga mangsa tarik balik laporan polis yang dibuat sehingga mereka sendiri maklumkan kepada saya,” katanya. Sebelum ini, media sosial kecoh selepas Pengerusi Badan Bertindak Pemant...

Sinead O’Connor Anuti Agama Hindu Selepas Dapat Tahu Islam Tidak Boleh Minum Arak.

KUALA LUMPUR – Hanya beberapa hari memeluk agama Islam, penyanyi yang berasal dari Dublin, Ireland, Sinead O’Connor mengubah fikiran apabila memilih untuk menjadi penganut agama Hindu pula. Memetik laporan Ireland on Craic.com, O’Connor, dia pada mulanya merasakan Islam adalah agama yang sesuai untuk dirinya tetapi tiba-tiba mengubah fikiran selepas mendapati umat Islam tidak dibenarkan minum minuman keras. “Anda tahukah mereka (merujuk kepada umat Islam) tidak minum arak? Kenapa tidak ada seorang pun yang memberitahu saya perkara ini? Walaupun saya mempunyai masalah kesihatan mental tetapi saya merasakan masih belum gila,” katanya. Mengulas perkara itu, Imam Ali Mustafi dari Pusat Islam Dublin berkata, Islam tidak kejam untuk menghukum mereka yang murtad dengan hukuman mati. “Rasanya agama Islam tidak sesuai dengan dia (O’Connor). Kita ucapkan selamat maju jaya kepada dia dalam memilih agama anutan seterusnya. “Tidak ada rasa kecil hati atau mahu menyinggung perasaan, apabila dia...

Video Tular Di Media Sosial Bukan Daripada JT610

KUALA LUMPUR: Video selama satu minit yang didakwa dirakam oleh penumpang pesawat Lion Air JT610 yang terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat, Indonesia adalah tidak benar. Sebaliknya, sebuah portal berita Indonesia melaporkan, video berkenaan adalah rakaman oleh penumpang pesawat Lion Air JT 353 dari Padang menuju Jakarta beberapa tahun lalu. Terdahulu, media melaporkan sebuah video selama satu minit yang menjadi viral, menunjukkan sekumpulan penumpang menjerit dan melaungkan takbir selain beristighfar dalam keadaan kabin gelap. Buat beberapa ketika, video terbabit turut menunjukkan keadaan di luar pesawat yang agak kabur dan terdapat beberapa gegaran kecil sepanjang seminit visual berkenaan. Bersama video itu, video operasi Agensi Bencana Nasional Indonesia (BASARNAS) selama seminit 27 saat turut diviralkan. Video terbabit menunjukkan agensi berkenaan menemui serpihan pesawat bersama cebisan badan manusia dipercayai milik penumpang berkenaan. Pesawat JT610, penerba...

Imuniti Untuk Zamani, Tak Adil Bagi Peserta Lain - Farahdhiya

PENYANYI, Farahdhiya menganggap imuniti yang diberikan kepada penyanyi Zamani adalah tidak adil bagi peserta Gegar Vaganza musim kelima (GV5) yang lain. "Ini adalah pertandingan, mereka kena adil kepada peserta lain yang telah membuat persembahan dengan sehabis baik," katanya. Sementara itu, Farahdhiya yang juga merupakan naib juara GV2, turut menjawab soalan netizen yang mendakwa dia pernah memberikan alasan sakit peti suara rosak. Pun begitu, Farahdhiya, 34, berkata sakit dan alasan adalah dua perkara berbeza. "Saya sakit bukan dibuat-buat dan saya jadi bottom two tapi rezeki saya juri pilih untuk ke final. "So jangan persoalkan rezeki orang, jangan ada busuk hati. For your info di Gv ada juri professional yg menilai dari semua segi," jelasnya Dalam Twit Faradhiya turut memuji keberanian Zamani. "Hope he feels better soon. Kesian tengok Zamani tadi. Salute him for coming out on stage walaupun he could not perform," katanya. - Sinar Harian   ...

Tukang Urut Wanita Terkedu Diserbu

KLANG - Tukang urut wanita warga asing terkedu selepas diserbu polis ketika sedang leka melayan pelanggannya. Itu yang berlaku dalam Ops Noda di pusat urut di Taman Bayu Tinggi, di sini, kira-kira jam 8.45 malam tadi. Pegawai Turus Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Selangor, Deputi Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, dalam serbuan di dua buah premis di kawasan tersebut, seramai tujuh wanita warga asing disyaki bekerja sebagai tukang urut telah ditahan. “Pemeriksaan mendapati empat orang melibatkan warga Thailand, China (2 orang) dan seorang lagi warga Vietnam. “Turut ditahan adalah tiga lelaki tempatan merupakan penjaga premis,” katanya kepada Sinar Harian. Beliau berkata, pihaknya juga telah merampas pelbagai barang antaranya tuala, minyak urut, tisu, jadual kerja dan wang tunai. Mengulas lanjut, pemeriksaan mendapati salah sebuah premis ini beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah. “Siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan berusia ling...

Zamani Tarik Diri Dari Gegar Vaganza

Ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan berada di atas pentas, penyanyi Zamani menarik diri daripada program Gegar Vaganza musim kelima (GV5). Penyanyi tersebut dikatakan membuat keputusan muktamad tersebut sejak awal minggu lalu. Perkara tersebut disahkan oleh oleh bekas pengurus Zamani, Johan Aziz kepada portal hiburan MHETV (www.mhetv.my) Jelas Johan, penyanyi yang popular dengan lagu Tak Mungkin Berpaling itu juga menangis kerana malu terhadap persembahannya dalam rancangan tersebut. “Semalam dia menangis kerana malu, orang expect dia menyanyi dengan baik. Ini kejadian pertama dia kehilangan suara. Itu periuk nasi dia. “Hari ini dia rehat, malam nanti saya akan berjumpa dengannya. Zamani ini orang yang sensitif,” kata Johan Zamani yang menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta gagal membuat persembahan dari awal lagi ekoran kehilangan suara malam tadi. Situasi itu menyebabkan beliau tidak diberikan sebarangan markah oleh juri dan menyebabkan dia tersingkir dalam minggu...

Isu Kes Cabul Ahli Parlimen Terhadap Gadis 15 Tahun, Polis Minta Sanjeevan Tidak Buat Tuduhan Melulu

KANGAR: Polis memberi amaran kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan untuk tidak membuat tuduhan melulu ke atas PDRM berhubung dakwaannya terdapat pihak cuba ‘menutup’ satu kejadian cabul membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang VVIP yang juga ahli parlimen, baru-baru ini. Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, Sanjeevan tidak mengetahui prosedur sebenar yang dilakukan oleh pihaknya. "Aduan itu sudah ditarik balik oleh pengadu pada hari yang sama dia membuat laporan kepada pihak polis minggu lalu. "Walaupun aduan sudah ditarik balik, pihak polis masih melakukan siasatan dan sudah ada pihak yang dipanggil untuk diambil keterangan. "Malah pihak polis kini sedang mendapatkan nasihat dari Timbalan Pendakwa Raya mengenai kes ini sama ada ia boleh diteruskan untuk pendakwaan atau tidak," katanya ketika dihubungi. Noor Mushar berkata, sebaiknya Sanjeevan jangan ...

Pengasuh Kejam, Hanya Kerana Lewat Bayar Yuran Asuhan

KEPALA dipukul menggunakan botol susu. Itu tindakan kejam seorang pengasuh hanya kerana ibu seorang kanak-kanak lelaki yang dijaganya lewat membayar yuran asuhan. Namun, tindakan wanita berusia 23 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia setahun itu tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan kecemasan, Khamis lalu. Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, ibu mangsa berusia 17 tahun itu dimaklumkan mengenai kejadian jam 8.35 pagi oleh suspek menerusi kiriman Whatsapp mengatakan kanak-kanak itu pucat selepas bermain. Menurutnya, ibu mangsa kemudian bergegas ke rumah suspek di Batu Kawa, Padawan namun terkejut selepas melihat anaknya tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Unit Kecemasan HUS. “Pemeriksaan lanjut doktor mendedahkan mangsa dikatakan tidak diberikan makan untuk tempoh tiga minggu menyebabkan dia diserang sawan dan jangkitan kuman pada paru-paru selain lebam di kepala, namun tidak diketahui punca kecederaan...

Video Menggerunkan... Hutan Bernafas Dengan Aneh

The ground looks like it's breathing in this Quebec forest. pic.twitter.com/AeETAYJOdN — Daniel Holland (@DannyDutch) October 20, 2018 QUEBEC - KANADA . Satu rakaman video aneh dan menggerunkan dirakam berlaku di kawasan hutan di Quebec di sini. Rakaman itu tular setelah dimuatnaik di Twitter, Daniel Holland hingga mendapat 4.09 juta tontonan dalam durasi 16 saat malah Twitter itu memperolehi perkongsian hampir 30,000 netizen dan lebih 82,000 tanda suka. Menerusi video itu memperlihat pergerakan turun naik tanah seolah-olah berlaku letupan mahupun rekahan di bawah tanah. Namun ia bukan seperti itu sebaliknya mendapat jolokan 'hutan bernafas' kerana berlaku pergerakan bumi. Video yang diambil di Sacre Coeur, Quebec berjaya menarik perhatian portal Network Weather. Dikatakan fenomena itu berlaku kerana angin kencang mendorong kepada tarikan akar pokok di bawah tanah menjadikan ia kelihatan seperti bernafas dan beralun. Walaupun hutan tidak bernafas teta...

Dia Orang Memang Suka Saya Jadi Jahat

Selepas lama tidak beraksi di depan kamera, Rozita Che Wan tidak menyangka kemunculannya membawakan watak antagonis dalam drama, Lelaki Kiriman Tuhan menerima pujian ramai. Menerusi drama arahan Rashid Sibir itu, Rozita yang mesra disapa Che Ta, melakonkan watak pembantu sebagai Kak Bed yang gemar menjalin hubungan dengan suami orang. “Diikutkan, saya sendiri tidak suka dengan watak yang membawa aura negatif. Kak Bed digambarkan sebagai wanita yang suka menjalin hubungan dengan suami orang dan penonton kita pula agak sensitif dengan karakter seperti ini. “Pernah dulu, saya dikecam teruk gara-gara membawa karakter wanita perampas. Sejak itu, saya agak berhati-hati sebelum menerima sesuatu watak. “Namun, tawaran ini saya anggap sebagai cabaran untuk mempelbagaikan karakter. Tidak sangka pula penonton mengingati watak itu, meskipun saya hanya membawa peranan kecil,” katanya. Kali terakhir berlakon kira-kira setahun lalu, Rozita berkata, dia menerima tawaran membintangi Lelaki Kiriman ...

'Kami Tak Paksa Zamani Menyanyi

JURI tetap Gegar Vaganza musim kelima (GV5), Datuk Ramli MS menjelaskan kehadiran Zamani di atas pentas pada minggu kelima adalah atas kerelaannya sendiri. Ramli MS berkata meskipun Zamani tidak sihat namun penyanyi itu tetap ingin meneruskan persembahannya. “Bila Zamani tidak sihat dan dia datang ketika sound check terakhir, masa itu saya terus minta dia pulang dan berjumpa dengan doktor untuk ambil ubat. “Tapi bila dia datang kembali suaranya semakin teruk dan saya cuba ‘modulate’ untuk turunkan key nyanyiannya tapi suara dia masih koyak. “Jadi kami tak paksa pun sebab dia sendiri yang minta jangan ‘modulate’. “Malah dia tidak pernah kata tidak mahu meneruskan persembahan malam itu. “Cuma bila muzik sudah mula tadi, dia tidak dapat keluarkan suara kerana mengalami sakit tekak yang agak teruk,” katanya selepas konsert GV5 malam tadi. Malam tadi menyaksikan Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima ...

Suami Paksa Isteri Goda Lelaki Di Media Sosial.

CHONGQING - CHINA . Seorang lelaki di China dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun kerana memaksa isterinya menggoda lelaki di atas talian dan menipu wang mereka, semata-mata untuk dibelanjakan ke atas pelacur dan kereta mewah. Lelaki terbabit dikatakan memaksa isterinya duduk di hadapan komputer dan berborak dengan lelaki lain dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 malam setiap hari. Wanita itu kemudian disuruh meraih simpati lelaki dengan menceritakan 'kepayahan hidupnya' ataupun menggoda lelaki hidung belang untuk memberi wang kepadanya sebagai balasan untuk melakukan hubungan intim. Menurut polis, wanita itu berjaya mengaut 310,000 yuan (RM186,396) hasil penipuan tersebut dengan menyasarkan pengguna internet yang juga golongan berada yang tinggal di wilayah Delta Sungai Yangtze. Lelaki itu akan membelasah isterinya sekiranya gagal mendapatkan sekurang-kurangnya 3,000 yuan (RM1,803) sehari. "Dia mengekori saya ke mana sahaja dan kadangkala menggari tangan saya," cerita wa...

Video: Biar Hilang Suara, Zamani Tetap 'Legend'

SHAH ALAM: Biarpun mengetahui keadaan kesihatannya benar-benar tidak mengizinkan, Zamani tetap memberanikan diri naik ke pentas untuk membuat persembahan pada konsert kelima Gegar Vaganza 5. Zamani yang sepatutnya menyampaikan lagu "Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta" dendangan asal Flybaits, tidak dapat meneruskan nyanyiannya ketika berada di pentas. Namun di kala penonton tergamam melihat situasi yang janggal itu, Zamani dibantu penonton yang sama-sama menyanyikan lagu itu selain juri Datuk Khadijah Ibrahim dan Datuk AC Mizal. Malah hos rancangan, Nabil Ahmad dan Jihan Muse turut menemani Zamani di atas pentas. "Zamani sebenarnya tidak sihat. Dari semalam dia hilang suara," kata Jihan. Dalam komen mereka, Khatijah dan AC memuji keberanian Zamani dan menyifatkan penyanyi itu seorang legenda yang mampu menghiburkan biarpun tidak mengeluarkan suara. Datuk Ramli MS pula cuba membantu apabila meminta band mengolah susunan muzik, namun Zamani hanya mampu ...

Gadis Trauma Dipaksa Tidur Bersama Bapa Tiri

KUANTAN: Seorang gadis berusia 18 tahun dilapor trauma selepas dipaksa tidur bersama bapa tirinya pada Jumaat lalu. Gadis itu mendakwa bapa tirinya yang berusia 50 tahun dan tidak lagi bekerja itu telah memaksanya tidur sekatil di tengah-tengah bersama ibu kandungnya sejak dua minggu lalu. Dia turut mendakwa diberi alasan tindakan mengajaknya tidur sekatil adalah bagi menghalang mangsa daripada diganggu makhluk halus. “Dia suruh saya tidur tengah sebab ada makhluk halus yang mengganggu saya. Dia suruh saya tidur tengah sebab dia kata nak jaga saya di tengah-tengah ibu kandung dengan ayah tiri. "Tapi saya tidak boleh terima tidur tengah di antara dua orang,” kata mangsa. Ketika diminta menceritakan kejadian itu, mangsa berkata dia tidak dapat tidur sepanjang malam kerana bimbang akan keselamatan dirinya. Walaupun tidak diapa-apakan, mangsa mendakwa trauma dan dengan atas nasihat ADUN Teruntum, laporan polis telah dibuat. Menurut mangsa lagi, bapa tirinya yang berkahwin dengan ib...

Suami Ditahan Disyaki Tetak Isteri Hingga Maut

Polis menahan seorang lelaki berusia 30-an kerana disyaki menetak isterinya hingga mati di Perumahan Pekerja Ladang Pintasan 5B dekat Kinabatangan, semalam. Ketua Polis Daerah Kinabatangan Supt A Sahak Rahmat berkata dalam kejadian malam tadi, beberapa anggota pengawal keselamatan ladang dikatakan mengejar lelaki berkenaan sehingga ke sungai berhampiran namun penganggur itu dapat meloloskan diri, dan hanya ditangkap hari ini. “Siasatan awal mendapati pada awalnya jiran pasangan itu mendakwa hanya melihat lelaki itu berada di luar rumah sambil memegang sebilah parang di tangannya kira-kira pukul 8 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Katanya pasangan suami isteri warga Indonesia itu didapati tidak mempunyi dokumen pengenalan diri, dan si isteri yang - yang berusia 27 tahun - bekerja sebagai pemungut biji kelapa sawit di ladang. Mayat mangsa ditemukan terbaring di ruang tamu rumah pekerja dengan beberapa kesan tetakan di muka, kepala serta putus tiga jari kanan. A Sahak berka...

Suspek Kes Langgar Lari Wan Amirah Di Cyberjaya Direman Semula

BANTING: Seorang suspek dalam kes langgar lari di Shaftsbury Square, Cyberjaya yang mengakibatkan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia Berhad minggu lalu, ditahan reman semula hari ini. Lelaki warga Libya yang berusia 24 itu, juga pelajar di sebuah universiti swasta semalam dilepaskan daripada tahanan reman namun ditahan semula dan kini disiasat bagi kesalahan merusuh. Perintah reman dua hari bermula hari ini dan berakhir esok, dibenarkan Majistret Mohd Isa Md Nor dari Mahkamah Majistret Telok Datok di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat di sini. Mohd Isa mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pegawai penyiasat dari IPD Sepang. Peguam Dinesh Muthal yang mewakili suspek, berkata, anak guamnya hanya dibebaskan sebentar selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam memerintahkan polis melepaskannya dengan dua lagi suspek sebelum jam 5 petang. “Anak guam saya dilepaskan di IPD Sepang. Bagaimanapun, tidak lama kemudian dia ditahan semula kira-kira ja...