Harga Minyak RON 97 Naik.


KUALA LUMPUR - Harga runcit bagi petrol RON97 naik dua sen seliter kepada RM2.81 bagi tempoh 1 November hingga 30 November.

Demikian dinyatakan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi infografik di laman sesawangnya hari ini.

Sementara harga Ron 95 dan Diesel masing-masing kekal pada RM2.20 dan RM2.18 seliter. - Sinar Harian