Skip to main content

Isu Kes Cabul Ahli Parlimen Terhadap Gadis 15 Tahun, Polis Minta Sanjeevan Tidak Buat Tuduhan Melulu


KANGAR: Polis memberi amaran kepada Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch), Datuk R Sri Sanjeevan untuk tidak membuat tuduhan melulu ke atas PDRM berhubung dakwaannya terdapat pihak cuba ‘menutup’ satu kejadian cabul membabitkan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun oleh seorang VVIP yang juga ahli parlimen, baru-baru ini.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, Sanjeevan tidak mengetahui prosedur sebenar yang dilakukan oleh pihaknya.

"Aduan itu sudah ditarik balik oleh pengadu pada hari yang sama dia membuat laporan kepada pihak polis minggu lalu.

"Walaupun aduan sudah ditarik balik, pihak polis masih melakukan siasatan dan sudah ada pihak yang dipanggil untuk diambil keterangan.

"Malah pihak polis kini sedang mendapatkan nasihat dari Timbalan Pendakwa Raya mengenai kes ini sama ada ia boleh diteruskan untuk pendakwaan atau tidak," katanya ketika dihubungi.

Noor Mushar berkata, sebaiknya Sanjeevan jangan turut campur kerana dibimbangi dia didakwa kerana sedang mengganggu siasatan polis.

"Kita tidak melindungi sesiapa meskipun pesalah itu dari golongan kelas atasan sekalipun.

"Seeloknya dia tidak mencampuri urusan polis kerana dakwaan yang dilakukannya seolah dia tidak mengetahui prosedur yang dijalankan pihak kami," katanya.

Sebelum ini, Sanjeevan menerusi beberapa ‘thread’ (bebenang) di akaun Twitternya mendedahkan kejadian ini dan berkata beliau berasa pelik mengapa ahli parlimen itu sehingga kini masih belum ditangkap sedangkan laporan polis sudah pun dibuat oleh mangsa.

“Kejadian kanak-kanak berusia 15 tahun adalah sangat serius dan saya harap @PDRMsia akan menjalankan satu siasatan yang telus dan teliti.

“Harap tidak ada cubaan untuk ‘cover up’ (menyelindungi) kerana ia membabitkan VVIP yang juga seorang bekas menteri,” katanya menerusi salah satu posting di akaun Twitternya yang dimuat naik pada jam 11.50 malam tadi. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...