Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

Isteri Bersama Teman Lelaki Ditangkap Ugut Suami

PONTIAN: Seorang isteri sanggup mengugut suaminya sebanyak RM2,000 dengan bantuan teman lelakinya dengan alasan ingin berjumpa ibunya di Kota Tinggi, sebaliknya pergi ke Kluang. Walau bagaimanapun, taktik wanita itu yang berusia dalam lingkungan 30-an dan teman lelakinya, 40-an, berasal dari Kluang terbongkar dan mereka berjaya ditahan di dua lokasi berasingan di Kluang, malam kelmarin. Ketika ditahan, tiga kanak-kanak, dua perempuan dan seorang lelaki berusia tiga hingga 12 tahun turut berada bersama-sama wanita tersebut. Ketua Polis Daerah Pontian, Mohammad Shofee Tayib berkata, pada Khamis lalu, suami wanita itu telah menghantar isteri dan tiga anak mereka ke perhentian bas di Kampung Jasa Sepakat, Pekan Nanas untuk ke Kota Tinggi. Namun, selepas itu suami tersebut gagal menghubungi isterinya dan telah menghubungi ibu mentuanya di Kota Tinggi, tetapi dimaklumkan isterinya tiada di sana. “Keesokannya, pada pukul 12.14, ketika suaminya berada di rumah telah menerima pesanan menerusi ...