Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hilang

Wanita Tawar Ganjaran RM5,000 Bagi Kesan Pembantu Rumah Yang Didakwa Melarikan Diri

Seorang wanita dikenali sebagai Esther Beh menawarkan ganjaran sebanyak RM5,000 kepada mana-mana individu yang dapat memberikan maklumat sehingga membawa kepada penemuan pembantu rumahnya yang didakwa melarikan diri. Menerusi satu hantaran di media sosial, Esther mendakwa pembantu rumah yang dikenali sebagai Citra Dewi telah meninggalkan bayi di rumah tanpa pengawasan sebelum melarikan diri. Beliau turut mendakwa wanita berkenaan membawa lari beberapa barangan miliknya. Menurut Esther, pembantu rumah tersebut kemudiannya didakwa terus aktif di media sosial dan sedang mencari majikan baharu, sekali gus menyebabkan beliau berasa kecewa dengan situasi yang berlaku. Beliau memaklumkan bahawa ganjaran RM5,000 akan diberikan kepada individu yang menyalurkan maklumat yang membawa kepada lokasi wanita berkenaan. Esther turut menyatakan hasratnya agar pembantu rumah itu dihantar pulang ke negara asalnya. Setakat ini, dakwaan yang dikongsikan oleh Esther di media sosial itu belum dapat disahkan...

Aidil ditemui terbaring dalam semak

MELAKA - Remaja lelaki yang hilang ketika mencari lembu ditemui terbaring di bawah pokok di kawasan semak Kampung Permatang Pasir, di sini, awal pagi Jumaat. Mangsa, Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, dijumpai dalam keadaan lemah kira-kira jam 2.08 pagi di belakang rumah penduduk. Komander Operasi, Pegawai Bomba Tinggi Omera Omar berkata, remaja itu ditemui pada jarak kira-kira 600 meter dari pos kawalan bomba yang diaktifkan sejak malam Rabu lalu selepas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa. “Mangsa yang ditemui selamat dan dalam keadaan lemah telah diberikan rawatan awal dengan bantuan pihak perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi. “Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut dan pos kawalan bomba ditutup sepenuhnya pada jam 3.52 pagi,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat. Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Teng...

Gadis 15 tahun Hilang, Motosikal Ditemui Di Kebun Sawit

SUNGAI PETANI: Seorang gadis berusia 15 tahun dilaporkan hilang ketika keluar ke kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang di sini, sejak Isnin lalu. Pelajar Tingkatan Tiga, Nor Aleeya Natasha Mohd Nazre, 15, dikatakan keluar seorang diri ke kedai runcit berkenaan dengan menaiki motosikal milik kakaknya kira-kira 6.30 petang, 6 April lalu. Kakaknya, Siti Nazira, 23, berkata Nor Aleeya keluar dari rumah tanpa membawa sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya ditemani seekor anak kucing miliknya. “Petang Isnin lalu, adik hanya beritahu emak hendak keluar membeli paracetamol dan emak suruh dia keluar cepat kerana bimbang kedai tutup. “Kami sekeluarga mula risau selepas mendapati dia tidak pulang ke rumah sehingga tengah malam dan cuba mencarinya, namun hanya menemui motosikal dinaikinya di kawasan kebun sawit dalam keadaan tidak berkunci,” katanya ketika dihubungi hari ini. Nazira berkata, terdapat saksi yang mengatakan terdengar suara jeritan di l...

Gadis Ini Lari Ikut Nepal

PULAU PINANG - Seorang gadis yang menghilangkan diri mengugut ibunya untuk membunuh diri jika kehilangannya dilaporkan kepada pihak polis. Gadis berusia 20 tahun itu dipercayai mengikut teman lelakinya yang merupakan warganegara Nepal dan sempat mengutuskan sepucuk surat kepada keluarganya sebelum melarikan diri. Dalam surat tersebut, gadis terbabit yang mesra dipanggil Along turut meminta maaf kepada ibunya atas tindakannya melarikan diri. Remaja tersebut turut berpesan supaya adiknya menjaga ibu mereka dan dia akan terus meninggalkan Pulau Pinang. Sementara itu, seorang lelaki yang dipercayai rakannya yang sedang berusaha menjejaki gadis tersebut turut menyebarkan mesej supaya remaja itu dapat pulang ke pangkuan ibunya. "Assalamualaikum, mohon sebarkan. Gadis lari rumah disyaki mengikut teman lelaki warga Nepal dikenali sebagai Ronny. "Lokasi terakhirnya di Penang, bertatu di kedua-dua tangan yang bertulisan 'I am Evil'. Sila hubungi ayah beliau. Teri...

"Hilang" Ganjaran RM1,000 Pihak Yang Temui Pendek

Seorang peniaga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada individu atau pihak yang menemui dan mengembalikan semula kucing peliharaannya yang hilang sejak Isnin lalu. Muhammad Hanif Hussin, 27, berkata, kehilangan haiwan itu disedari kira-kira jam 5 petang apabila hanya tinggal dua ekor daripada tiga kucing kesayangannya. Menurutnya, kucing yang diberi nama Pendek itu sangat disayangi isterinya, Nurul Aishah Atan, 27, dan dia buntu mencari haiwan berkenaan selepas pelbagai usaha dilakukan. “Kucing itu diberi oleh seorang kawan dari Singapura dan ada nilai sentimental tersendiri bagi kami suami isteri. “Kali terakhir jiran nampak Pendek bermain di depan rumah pada waktu tengah hari. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencarinya tapi gagal. “Kucing itu paling disayangi isteri saya, Saya bimbang dia sedih dan beremosi kerana kini dalam tempoh berpantang anak sulung kami di kampung jika mendapat tahu kucingnya hilang,” katanya kepada Sinar Harian hari ini. Muhammad Hanif berkata, sebelum ini dia be...

Rupanya Menyorok Bawah Tangga.

Bukit Beruntung - Seorang remaja perempuan nekad melarikan diri dari rumahnya selepas dikatakan merajuk dengan ibunya. Remaja perempuan tersebut yang berusia 17 tahun masih lagi bersekolah dikatakan telah keluar dari rumahnya yang terletak di Taman Widuri 2 pada waktu pagi bagi pergi ke sekolah dan sepatutnya dia pulang semula ke rumah pada pukul 6 petang. Kehilangan pelajar berkenaan telah tular di media sosial sejak hari dia dilaporkan hilang selepas keluarga remaja terbabit meminta bantuan orang ramai bagi menjejaki pelajar berkenaan yang telah hilang. Menurut laporan sinar Harian, bapanya pelajar tersebut Wan Abdul Halim Wan Chik, 53, berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Bukit Sentosa kira-kira jam 10.30 malam hari kejadian kerana bimbang keselamatan anak bongsu daripada lima beradik itu. “Cikgu beritahu anak saya memang datang ke sekolah kelmarin dan ada tuisyen pada sebelah petang sebelum difahamkan ke rumah rakan untuk berhari raya. “Pagi tadi (semalam), say...

Lagi Kes Pemandu Grab, Kali Ini Dilapor Hilang Sejak Tiga Hari Lepas

Polis sedang giat mengesan seorang pemandu Grab yang dilaporkan hilang dan tidak pulang ke rumahnya di Taman Kota Masai, dekat Pasir Gudang, sejak tiga hari lepas. Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Jokhiri Abdul Aziz berkata lelaki itu disedari hilang oleh isterinya selepas keluar dari rumah untuk bekerja, kira-kira 10 malam, Selasa lepas. "Polis Daerah Seri Alam mengesahkan menerima laporan bersabit kejadian itu (kehilangan). Usaha mengesan lokasi terakhir telefon bimbit mangsa sedang dijalankan dan gambar mangsa juga telah diedarkan. "Hingga kini, mangsa dan juga kenderaan Saga BLM warna kelabu bernombor pendaftaran JMQ 2214 yang dipandunya masih belum ditemui," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini. Jokhiri berkata siasatan awal mendapati pemandu Grab itu keluar dari rumahnya sebelum menuju ke destinasi yang tidak diketahui dan buat masa ini tiada sebarang unsur jenayah disyaki berlaku. Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengena...

Pencarian MH370 Telah Berakhir.

Selepas empat tahun nahas pesawat MH370 yang berlaku pada 8 Mac 2014 Ia membawa 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal majoriti penumpang ialah rakyat China, hari ini syarikat penerokaan dasar laut dari Amerika Syarikat, Ocean Infinity mengesahkan bahawa misi pencarian bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang telah berakhir. Menurut laporan Bernama, Ocean Infinity dalam satu kenyataan hari ini berkata, syarikat itu telah menjalankan pencarian dan mengumpul data berkualiti tinggi meliputi kawasan seluas lebih 112,000 km persegi dan berjaya mengatasi keadaan dan kawasan dasar laut yang mencabar. “Keluasan kawasan yang diliputi dalam masa lebih tiga bulan operasi adalah jauh melebihi sasaran awal iaitu 25,000 km persegi dan hampir sama dengan kawasan pencarian sebelumnya dalam tempoh dua setengah tahun,” kata kenyataan itu. Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Infinity, Oliver Plunkett merakamkan rasa dukacita semua pihak di Ocean Infinity kepada keluarga...

Jamal Akan Serah Diri Esok

Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Yunos akan hadir ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang Jaya esok selepas menghilangkan diri pada 25 Mac lalu. Menurut laporan Malaysiakini, dalam satu rakaman audio kepada media hari ini, beliau berkata akan ke IPD Ampang Jaya untuk memberi keterangan pada kira-kira jam dua petang esok. "Kononnya saya lari daripada reman dan tahanan polis. Ini tak berlaku, tetapi cuma sedikit salah faham. "Jadi untuk selesaikan kemelut ini, saya akan hadir memberi keterangan esok," katanya. Terdahulu, ketua Gerakan Baju Merah itu didakwa bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober lalu. Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai. Pada 25 Mei lalu, beliau menghilangkan diri dari Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri - tempatnya menjalani rawata...

Najib Tidak Akan Jawab Soalan Guan Eng Isu Kehilang RM33 Bilion Duit 1MDB.

Datuk Seri Najib Razak berkata,beliau dinasihatkan supaya tidak menjawab sebarang soalan Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana ia sedang dalam siasatan pihak berkuasa. Dalam satu kenyataan yang dipetik dari Bernama, hari ini, bekas perdana menteri berkata, dalam konteks terhad ini beliau tidak melihat apa-apa manfaat dalam membincangkannya secara umum dengan Guan Eng mengenai isu-isu tersebut. "Jika perlu saya akan berbuat demikian di pentas forum khas," katanya yang merujuk kepada kenyataan Guan Eng yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semalam. Dalam kenyataan itu, Lim berkata bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB. "Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011? "Ke mana ...

Kerajaan Akan Dedah Isu Penuh Kes MH370 Yang Hilang.

Selepas empat tahun nahas pesawat MH370 yang berlaku pada  8 Mac 2014 Ia membawa 227 orang penumpang dari 15 buah negara dan 12 orang anak kapal majoriti penumpang ialah rakyat China, hari kerajaan bercadang mendedahkan laporan penuh misi percarian pesawat malang itu. Menurut laporan Sinar Harian, "Laporan penuh misi percarian pesawat malang MH370 akan dibentangkan secara terperinci dan telus kepada umum," kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata, syarikat penerokaan dasar laut berpangkalan di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited (Ocean Infinity) dijangka menyerahkan laporan penuh kepada kerajaan dalam masa terdekat selepas tempoh pencarian pesawat itu tamat esok. Katanya, laporan berkenaan akan disiarkan secara terperinci tanpa suntingan kepada umum selepas dibentangkan kepada Kabinet. "Saya amat serius dalam isu ini, namun saya tak boleh jamin 100 peratus pesawat itu boleh ditemui. Saya hanya menteri, bukannya pakar penerbangan. "Namun...

Najib Perlu Jelaskan Mana Hilang RM33 Bilion Duit 1MDB Terbesar Dalam Sejarah.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menggesa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan ke mana wang yang kesemuanya berjumlah AS$8.33 bilion (kira-kira RM33 bilion) dalam dana 1MDB. "Ke mana perginya wang sejumlah AS$1.83 (RM7 bilion) billion yang dilaburkan ke dalam satu usaha sama bersama dengan PetroSaudi International Ltd di antara tahun 2009 dan 2011? "Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$S3.5 bilion (RM14 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2012 yang bertujuan asal untuk membeli loji-logi pejana kuasa di Malaysia? "Ke mana perginya wang bon sejumlah AS$3.0 bilion (RM12 bilion) yang diterbitkan pada tahun 2013 untuk pembangunan TRX?" katanya dalam kenyataan media hari ini. Lim berkata demikian seagai membidas Najib yang pada Jumaat lalu menafikan kenyataan menteri kewangan itu bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM7 bilion untuk 'bail out' 1MDB. Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak patut bertanggungjawab ke atas skandal rasuah 1MDB ...

Pemancing Terselamat Selepas 19 Jam Terapung.

MERSING: Seorang pemancing dipercayai hampir lemas semasa bot yang dinaikinya bersama tiga rakan dikatakan telah terbalik pada sekitar jam 12.30 tengah hari semalam di perairan Pulau Harimau, Mersing. Pemancing terbabit dikatakan cuba menahan dirinya untuk terus terapung selama 19 jam selepas bot yang dinaikinya terbalik. Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Afiq Azmi, 25, dikatakan telah ditemui oleh nelayan tempatan dalam keadaan lemah yang mana pada ketika itu nelayan tersebut secara kebetulan melalui kawasan perairan Pulau Lima kira-kira pada jam 9 pagi. Mohd Afiq juga dipercayai telah terpisah dengan tiga lagi rakannya yang terselamat itu di mana dia terpaksa bertarung nyawa seorang diri untuk terapung hampir 19 jam sebelum dibawa arus sehingga ke Pulau Lima. Dalam kejadian yang berlaku pada tengah hari semalam, Mohd Afiq bersama tiga rakan, Mazlan Mohamed, 43, dan dua lagi beradik iaitu Shahrul Azhar, 36, dan Mohd Fadzil Hamzah, 4...

Tiga Orang Pelajar Sekolah Juvana Sedang Giat Diburu Pihak Polis

BUTTERWORTH: Tiga orang penghuni Sekolah Tunas Bakti Telok Air Tawar disahkan telah melarikan diri dari sekolah juvana pada hari Selasa lepas. Ketiga-tiga remaja lelaki terbabit berusia 17 hingga 18 tahun disedari melarikan diri pada jam 2.30 petang semasa warden sedang mengambil rekod kehadiran para pelajar. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, remaja terbabit dipercayai telah melarikan diri ketika program ceramah harian sedang dijalankan di dewan sekolah itu Menurut saksi yang terlihat ketiga-tiga remaja terbabit mereka sedang menyapu sampah dan menolong membersih kan kawasan di sekitar tepi pagar dewan semasa program sedang dijalankan. Pihak polis mendapati, terdapat kesan kerosakan pada pagar di tepi dewan sekolah yang dipercayai telah ditutup menggunakan zink. Ia nya bertujuan untuk laluan mereka melarikan diri. Noorzainy berkata, kemungkinan ketiga-tiga remaja terbabit mempunyai kaitan dengan kes kecurian motosik...

Alhamdulillah......Akhirnya Mereka Ditemui

RAWANG: Misteri kehilangan dua beradik yang berusia 15 dan 3 tahun yang dilaporkan hilang semalam telah berjaya ditemui oleh orang awam di Kampung Sungai Penchala semalam. Dua beradik terbabit yang dilaporkan hilang ketika keluar ke kedai serbaneka di Batu 16, Rawang, Gombak, kira-kira jam 1 petang, kelmarin telah selamat dijumpai ketika mereka sedang asyik bermain hujan di Kampung Sungai Penchala. Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, kanak-kanak terbabit dikenali sebagai Syafikah, anak yang sulung dan adik keempatnya, Aiman Daniel, dijumpai kira-kira pada jam 6.45 petang tadi dan diserahkan ke Balai Polis Rawang selepas orang awam yang menemui mereka menghubungi bapa kanak-kanak berkenaan. Hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya tidak mengalami sebarang kecederaan namun pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui cerita sebenar bagaimana mereka hilang dan bagaimana boleh berada di Kampung Sungai Penchala. "Hasil pemeriksaan pada tubuh kedua-dua kanak-kana...

Dua Beradik Tidak Dapat Dikesan

RAWANG: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 tahun dipercayai telah hilang selepas pergi ke sebuah kedai serbaneka yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka di Batu 16, Rawang pada jam 1 petang semalam. Menurut ibu kepada mangsa, Jamaliah Mohd Sidek, 38, berkata, anak sulungnya, Nur Syafikah Zaki, 14, dan anak keempatnya, Aiman Daniel Zaki didapati tidak pulang ke rumah mereka di Flat Blok A, Aman Setia, Batu 16, Rawang, selepas dia menyuruh anaknya itu keluar untuk membeli susu bayi. Dalam pada masa yang sama, Jamaliah berkata, bahawa Nur Syafikah atau Ika sempat dilihat sedang berborak dengan seorang lelaki sebelum kejadian tersebut berlaku. “Ada jiran memaklumkan melihat Ika berborak dengan seorang lelaki berhampiran masjid di rumah sebelum mereka disedari hilang selepas tidak pulang ke rumah.” “Selalunya dia akan pulang ke rumah kira-kira 30 minit selepas keluar membeli barang di kedai serbaneka berkenaan memandangkan dia...