Skip to main content

Tiga Orang Pelajar Sekolah Juvana Sedang Giat Diburu Pihak Polis


BUTTERWORTH: Tiga orang penghuni Sekolah Tunas Bakti Telok Air Tawar disahkan telah melarikan diri dari sekolah juvana pada hari Selasa lepas.

Ketiga-tiga remaja lelaki terbabit berusia 17 hingga 18 tahun disedari melarikan diri pada jam 2.30 petang semasa warden sedang mengambil rekod kehadiran para pelajar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Noorzainy Mohd Noor berkata, remaja terbabit dipercayai telah melarikan diri ketika program ceramah harian sedang dijalankan di dewan sekolah itu

Menurut saksi yang terlihat ketiga-tiga remaja terbabit mereka sedang menyapu sampah dan menolong membersih kan kawasan di sekitar tepi pagar dewan semasa program sedang dijalankan.

Pihak polis mendapati, terdapat kesan kerosakan pada pagar di tepi dewan sekolah yang dipercayai telah ditutup menggunakan zink. Ia nya bertujuan untuk laluan mereka melarikan diri.

Noorzainy berkata, kemungkinan ketiga-tiga remaja terbabit mempunyai kaitan dengan kes kecurian motosikal di kawasan Telok Air Tawar yang telah dilaporkan hilang pada hari yang sama selepas mereka dikatakan hilang dari sekolah tersebut.

Walau bagaimana pun, usaha untuk mengesan suspek sedang giat dijalankan oleh pihaknya, kes itu di siasat mengikut Seksyen 71 Akta Kanak-kanak 2001. Editor: Ila

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...