Seorang pegawai bomba hari ini memberitahu Mahkamah Koroner di Shah Alam bahawa arwah Muhammad Adib Mohd Kassim memaklumkan dia dipukul semasa rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya, 27 Nov tahun lalu. Ketua Balai Bomba Subang Jaya, Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman, 39, berkata Muhammad Adib berkata arwah dipukul menggunakan peralatan, bagaimanapun arwah tidak nampak peralatan itu. Syed Shahril berkata arwah mendedahkan maklumat itu menerusi soalan yang dikemukakan kepadanya. Saksi ke-18 itu berkata beliau menyediakan sebanyak 15 soalan untuk ditanya kepada arwah selepas berbincang bersama pengarahnya. "Saya menanyakan soalan itu kepada arwah pada 12 Dis 2018… sebelum bertanyakan soalan berkenaan, saya mendapatkan kebenaran daripada ayah arwah dan pihak hospital. “Ketika itu, arwah kelihatan ceria dan memberangsangkan,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Hamdan Hamzah selaku pengendali inkues. "Saya masuk ke dalam bilik...