Bapa Kelar Leher Anak, Bawa Hadapan Sekolah


NAYPYIDAW: Penduduk di sebuah daerah di Mae Sot, Myanmar terkejut melihat kelibat seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah di hadapan sebuah sekolah.

Tambah mengejutkan apabila melihat mayat seorang kanak-kanak berusia 6 tahun di sebelah lelaki itu dipercayai anaknya.

Penduduk yang gempar dengan kejadian itu lantas menahan lelaki itu dan membawanya ke balai polis.

Memetik laporan The Nation, lelaki yang dikenali sebagai Moung Pu itu merupakan bapa tunggal dan sudah bercerai dengan isterinya lebih setahun.

Menurut ibu mertuanya, Maina, 60, suspek yang merupakan bapa tunggal itu terlalu sayangkan anaknya, malah tidak membenarkan dia menjaga cucunya itu.

Tambahnya, Moung Pu bagaimanapun mempunyai masalah ketagihan judi dan merupakan kaki botol.

Maina percaya Moung Pu berkemungkinan dalam perjalanan ke hospital selepas mengelar leher anaknya.

Dia berhenti di hadapan sekolah selepas menyedari anaknya itu sudah meninggal dunia.

Polis memaklumkan masih menyiasat insiden tersebut. - Astro AWANI