Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2019

Aeril Zafrel Mohon Doakan Wawa Zainal

Pelakon Aeril Zafrel memohon pemiat mendoakan isterinya, Wawa Zainal yang dijangka bakal bersalin hari ini. Aeril berkongsi berita tersebut menerusi entri terbaru diakaun Instagramnya. Entri tersebut juga diserta dengan video pendek merakamkan Wawa yang kini berada di hospital. “Insya-Allah hari ini baby keluar. Mohon doa dari semua segalanya dipermudahkan.... #wawabundleofjoy,” tulisnya ringkas. Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya mula memberi kata-kta semangat selain mendoakan urusan bersalin dipermudahkan. Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4. - Astro Gempak

Khabib Ubah Gudang Arak Jadi Akademi MMA

Kemasyhuran dan kekayaan membolehkan seseorang memiliki apa sahaja yang diingini seperti kereta Ferarri, kapal layar dan rumah mewah. Bagaimanapun, situasi berkenaan tidak mengaburi mata bintang seni bela campuran (MMA) dari Dagestan, Khabib Nurmagomedov apabila dia memilih menjalani kehidupan sederhana di sebalik bayaran jutaan ringgit yang diterima setiap kali beraksi di gelanggang Ultimate Fighting Championship (UFC). Tahun lalu, Khabib terbang ke kawasan pedalaman Nigeria untuk membina perigi air bagi memudahkan penduduk tempatan di sana mendapat akses kepada air bersih. Terbaru, juara dunia kategori Lightweight itu membeli sebuah gudang yang pernah dijadikan stor simpanan arak di ibu negeri Dagestan, Makhachkala untuk diubah menjadi akademi MMA. Akademi MMA tersebut masih dalam fasa pengubahsuaian dan bakal dilengkapi pelbagai kemudahan seperti bilik solat, ruang latihan, sauna, bilik belajar dan pejabat serta asrama bagi pelatih. Bapa Khabib, Abdulmanap berka...

Pengemis Ini Beritahu Boleh Derma Guna WeChat Pay

PENGGUNAAN aplikasi WeChat di Malaysia tidak sehebat berbanding di China dan jangan terkejut apabila kebanyakan penduduknya menggunakan aplikasi berkenaan untuk berurusan termasuklah untuk tujuan mengemis. Perkara tersebut dikongsi pengguna akaun Facebook, Fazil Irwan yang menceritakan bagaimana rakannya didatangi seorang pengemis wanita ketika berada di negara terbabit yang meminta wang, namun rakannya memberitahu tidak membawa wang tunai. Bagaimanapun, jawapan pengemis tersebut di luar jangkaan apabila mencadangkan kepada rakan tersebut supaya wang sedekah dibuat melalui aplikasi WeChat Pay. "Pengemis berkenaan memberitahu tidak mengapa, anda boleh membayar melalui WeChat. Begitulah katanya," kata Fazil dalam hantarannya. Fazil turut berkongsi gambar kejadian tersebut yang kini tular di media sosial dengan 22,000 tanda suka, 15,000 pengguna alam maya berkongsi gambar tersebut dan rata-rata netizen terkejut serta tidak menyangka urusan mengemis juga turut digun...

Kesalahan Rogol Beramai-Ramai, Bekas Anggota Kumpulan F.T ISLAND Dipenjara Lima Tahun

Bekas anggota kumpulan F.T ISLAND, Choi Jong Hoon dan penyanyi Jung Joon Young didapati bersalah atas tindakan merogol secara beramai-ramai yang membabitkan mangsa lain dan kejadian berbeza pada tahun 2016. Mahkamah Daerah Seoul Tengah memutuskan Joon Young dipenjara enam tahun atas kesalahan rogol dan mengedarkan video seks yang diambil tanpa kerelaan pasangannya manakala Jong Hoon pula dipenjara lima tahun. Joon Young juga didapati bersalah secara berasingan kerana merakam dirinya mengadakan seks dengan wanita tanpa pengetahuan mereka dan menyebarkan rakaman berkenaan bersama rakan lain diruangan sembang (Kakao Talk) tanpa keizinan mangsa. Kedua-duanya didakwa atas tuduhan merogol wanita semasa malam parti di Hongcheon, Wilayah Gangwon, pada Januari 2016 dan di Daegu pada Mac tahun yang sama. Sebaik mendengar keputusan mahkamah, kedua-duanya tidak dapat menahan emosi dan menangis apabila mendengar keputusan mahkamah itu. Mahkamah juga memerintahkan kedua-dua pesalah u...

MCA Menentang Tulisan Jawi Di Sekolah

Pemuda MCA menentang pelaksanaan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular jika dilaksanakan secara paksaan dan dijadikan subjek utama dengan memasukkannya ke dalam silibus subjek. Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong, berkata pihaknya berpendirian sedemikian kerana kerana pembelajaran tulisan Jawi seharusnya dilaksanakan hanya secara sukarela sebagai salah satu cabang seni di sekolah. “Kita bukan kata tak nak (tulisan) Jawi, malah kita sendiri hormati tulisan Jawi tapi pendirian kita berasa tak perlulah masukkan ke dalam silibus atau perlu diajar secara wajib. “Kita boleh terima jika ia diajar melalui kelas tambahan kerana kamu tidak boleh paksa orang untuk belajar Jawi, sebaliknya anda boleh belajar jika anda minat secara sukarela,” katanya kepada pemberita pada Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-55 di sini, hari ini. Ogos lalu, jemaah menteri memutuskan pengenalan tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di...

Tentera Udara Terbangkan Wanita Sakit Bersalin Ke Hospital

BESUT - Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menjalankan penerbangan ihsan membawa seorang wanita hamil yang mengalami kesakitan (kontraksi) bersalin bersama dua lagi pesakit untuk menerima rawatan di Hospital Jertih. Menurut kenyataan rasmi dikeluarkan TUDM hari ini, penerbangan itu dilakukan bagi membawa pesakit, Rozana Che Pa, 30, yang mengalami kesakitan untuk bersalin, Mohd Nor Dam, 80, yang menghidapi sakit tua dan Nuzula Juairi, 24, yang sedang hamil menggunakan Pesawat Helikopter EC725 AP. Kesemua pesakit telah diterbangkan dari Simpang Keruak, Besut ke Sekolah Kebangsaan (SK) Jerteh menggunakan pesawat EC725 AP daripada No 10 Skuadron, Pangkalan Udara Kuantan. Pesakit kemudiannya dibawa menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan di Hospital Jertih. Pesawat EC725 AP yang ditempatkan sebagai detasmen SAR (Search And Rescue) di Pangkalan Udara Gong Kedak telah terbang pada jam 11.54 pagi untuk mengambil pesakit dan selamat kembali mendarat pada jam 12.48 tengah hari...

Atlet Gimnastik Ini Tiada Dara, Digugurkan Dari Sukan SEA 2019 Filipina

Seorang atlet gimnastik Indonesia yang didakwa tiada dara oleh jurulatihnya disingkirkan dari kem latihan bagi menghadapi pertandingan Sukan SEA 2019 di Filipina. Peguam Imam Muklas yang mewakili keluarga Shalfa Avrila Siani berkata, jurulatih atlet tersebut menghubungi keluarganya melalui telefon memaklumkan mengenai perkara tersebut pada 13 November lalu. "Jurulatih tersebut yang bernama Irma telah menelefon ibu bapa Shalfa untuk mengambil anaknya itu di Gresik dengan alasan dia tidak dapat bertanding sebab bukan lagi seorang dara, menyebabkan ibu bapanya terkejut dengan berita tersebut,” katanya yang memetik CNN Indonesia. Pihak keluarga kemudiannya memutuskan untuk membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Bhayangkara bagi mengetahui status dara sebenar Shalfa dan mendapati selaput dara atlet tersebut masih berada dalam keadaan baik, namun jurulatih terbabit menegaskan atlet tersebut perlu menjalani ujian kali kedua untuk pengesahan status daranya. Keadaan itu me...

Masih Tidak Peduli? Ucapkan Selamat Tnggal Kepada Mereka

BERMULA daripada kematian tiga serangkai badak sumbu Sumatera terakhir di negara - Puntung, Tam hinggalah kepada Iman, semuanya kini hanya tinggal kenangan. Penyesalan sahaja tidak boleh mengembalikan populasi spesies itu. Memang sudah tercatat dalam sejarah Malaysia bahawa spesies itu sudahpun pupus. Tanpa kita sedari, sebenarnya kerakusan manusia yang tidak pernah mengenal erti cukup – bukan hanya akan menyebabkan kita kehilangan mamalia istimewa itu, malah khazanah negara yang lain juga. Mengikut rekod Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), setakat ini dianggarkan sebanyak 26 spesies haiwan tergolong dalam kategori terancam di Malaysia. Janganlah nanti tiada siapa lagi yang peduli dan hanya mahu meneruskan kepentingan spesies manusia sahaja, tanpa mahu mengakui dunia ini dikongsi dengan jutaan spesies lain. Jika itu terjadi, satu per satu spesies haiwan berikut ini juga sedang menunggu giliran menerima nasib yang sama dengan Puntung, Tam d...

Kejam!!! Rogol Dan Bunuh, Doktor Haiwan Ditemui Dalam Keadaan Rentung

HYDERABAD : Mayat seorang doktor haiwan ditemui dalam keadaan rentung, selepas dirogol dan dibunuh sekumpulan lelaki yang menawarkan diri untuk membantunya menukar tayar motosikal. Mangsa, Priyanka Reddy yang berusia dalam lingkungan 20an, sedang dalam perjalanan pulang apabila dibunuh berhampiran Hyderabad, sebelum mayatnya dibuang dan dibakar 24 kilometer dari situ. Ibu mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan mendesak pihak berkuasa segera menangkap pembunuh anaknya dan membakar mereka hidup-hidup. Pakaian, kasut dan botol milik Priyanka ditemui berhampiran laluan bertol, tempat mangsa meletak motosikalnya dan identiti gadis malang itu hanya berjaya dikenal pasti keluarga melalui loket yang dipakai. Menurut polis, mayat wanita berkenaan ditemui seorang penjual susu pada jam 6 pagi semalam (waktu tempatan) yang kemudian segera menghubungi pihak berkuasa. Susulan kejadian, empat lelaki ditahan termasuk seorang pemandu lori dikenali sebagai Mohammed Pasha. Identiti k...

Maaf Sangat-Sangat Disebabkan Aku… Kami Tersingkir Awal”

Bintang Maharaja Lawak Mega (MLM2019) Tapai memohon maaf kepada Tauke kerana kumpulan JAMBUS tersingkir pada saingan minggu kelima. Tapai meluahkan isi hatinya itu menerusi entri terbaru yang dimuat naik di akaun Instagramnya hari ini. Menerusi posting tersebut, Tapai seolah-olah menyalahkan dan meletakkan dirinya sebagai punca JAMBUS tersingkir. “Maafkan saya semua sahabat... Maafkan wa toq @callmetaukejambu disebabkan wa... Lu tersingkir awal... Maaf sangat-sangat… “Terima kasih pada semua sahabat tak henti-henti sokong, doa... Yang undi online dan berhabis duit undi sms... “Semoga Allah balas jasa anda semua... Orang cakap ada hikmah ni... aku cakap tak..... disebabkan aku... kami tersingkir awal... #jambus,” tulisnya. Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata pengikutnya berharap Tapai bersabar selain menganggap kumpulan tersebut tiada rezeki. MLM2019 minggu kelima yang bertemakan pekerjaan menyaksikan penyingkiran kumpulan JAMBUS dengan markah terendah 39....

Bapa Tangkap Rakan, Rogol Anaknya Berusia 13 Tahun

BELURAN: Lelaki warga Filipina ditahan kerana dipercayai merogol anak rakan karibnya di rumah pekerja sebuah ladang di Telupid, di sini, 23 November lalu. Suspek berusia 55 tahun yang juga pekerja ladang berkenaan dikatakan sering merogol mangsa berusia 13 tahun sejak Julai lalu. Difahamkan, suspek sering melakukan perbuatan itu ketika ibu bapa mangsa keluar bekerja di ladang berkenaan awal pagi. Perbuatan itu terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian berkenaan kepada ahli keluarganya selepas tidak tahan diperlakukan sedemikian. Suspek kemudian ditahan oleh bapa mangsa sendiri sebelum diserahkan kepada polis. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata siasatan awal mendapati suspek tinggal di blok yang sama dengan rumah mangsa. Katanya, suspek dipercayai sudah melakukan kejadian itu beberapa kali sebelum mangsa mengadu kepada ibunya mengenai perbuatan suspek. “Remaja itu bersama dengan keluarga tampil membuat laporan di Balai Polis Telupid ...

Hanya Nangis Mampu Perolehi Pendapatan RM10.000 Sebulan

HENAN - Seorang wanita berasal dari wilayah pedalaman Henan di China menyara keluarganya dengan 'bakat' menangis. Wanita berkenaan dibayar upah untuk menghadiri pengebumian individu tidak dikenali dan dia dikehendaki menangis serta meratap hiba seolah-olah si mati adalah ahli keluarganya sendiri. Menurut wanita yang enggan dikenali itu, dia menerima bayaran sekurang-kurangnya 330 yuan (RM196) untuk menangis selama 30 minit. Dalam setahun, dia mampu memperolehi 200,000 yuan (RM118, 829) pendapatan yang agak lumayan di kawasan pedalaman China. Pendapatan yang dikumpul selama lebih 20 tahun menjalankan kerja itu membolehkannya membeli sebuah rumah untuk keluarganya selain menghantar anak sulungnya menuntut di universiti. - Sinar Harian

Lebih Baik Saya Berniaga, Daripada Minta Sedekah

Video yang memaparkan seorang ibu tunggal juga kurang upaya (OKU) yang gigih menjual kuih tepung pelita bersama anaknya mengundang sebak netizen. Video yang dimuat naik FS Channel di Facebook menunjukkan Zarina Abu Sufian yang mesra dipanggil Kak Ina menjual kuih tepung pelita setiap hari dengan hanya berkerusi roda. Kak Ina yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan juga tidak patah semangat dalam meneruskan kehidupannya. “Saya nak bekerja susah, siapa yang nak ambil saya. Daripada saya merempat meminta sedekah, baik saya berniaga. Jangan jadikan kecacatan itu satu kelemahan,” katanya. Dalam pada itu, Kak Ina berkata, dia akan menjual kuih tepung pelita dengan harga RM1 sahaja di dua lokasi yang berbeza iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, dia akan berada di Masjid Jamek dan pada hari-hari yang lain dia menjual di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah di Taman Seri Rampai di sini. “Saya akan ditemani anak saya apabila mereka cuti sahaja. Orang ramai juga tidak perlu risau tentang ku...

Tak Habis-Habis Video Bogel Dan Foto Tidak Senonoh Artis-Artis

Diam seketika, timbul balik, senyap sekejap, ada semula! Tak habis-habis lagi video bogel dan gambar tidak senonoh artis-artis tempatan ini. Yang peliknya, hampir semua video artis lelaki. Terbaru adalah video seorang pelakon lelaki yang sedang meningkat naik. Peliklah! Korang memang tak percaya dengan bakat ke? Korang rasa dengan cara ini followers di Instagram akan meningkat? Korang rasa dengan adanya video ini 'jobs' lakonan akan semakin banyak? Saya rasa di dalam fikiran mereka, semua soalan yang saya tanya di atas akan dijawab 'Ya!'. Cara paling cepat untuk naik dan untuk popular adalah dengan menayangkan bahagian sulit mereka. Buat video, sebarkan dan cuba letakkan kesalahan pada orang lain apabila sudah viral. Perkara biasa yang terjadi sebelum ini. Saya sebenarnya terkilan dengan pelakon lelaki yang sedang meningkat naik ini. Namanya semakin disebut-sebut di dalam industri. Lakonannya memang bagus, rupa pun ada! Jadi apa perlunya buat video tidak seno...

Kanak-Kanak Report Polis, Basikal Lambat Dibaiki

INDIA - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dari Kerala memutuskan untuk membuat aduan polis gara-gara kelewatan sebuah kedai membaiki basikalnya. Kanak-kanak bernama Abin itu pergi ke Balai Polis Meppayur bersama sekeping surat tulisan tangan bagi memaklumkan polis tentang hal tersebut. Menurut surat bertarikh 25 November, pelajar sekolah Elampilad UP di Kozhikode itu menyatakan dia dan adiknya menghantar basikal mereka untuk dibaiki di kedai berkenaan pada 5 September lalu. “Mereka mengambil wang pendahuluan sebanyak 200 Rupee (RM11) namun setiap kali kami menghubungi mereka, mereka sama ada tidak menjawab panggilan atau memberitahu akan membaikinya secepat mungkin," tulis Abin sambil menambah kedai itu tutup pada kebanyakan masa. Menurut kanak-kanak itu, disebabkan tiada orang lain yang dapat pergi meninjau keadaan basikal mereka maka mereka terpaksa menulis surat berkenaan. Dalam suratnya, Abin turut meminta pihak polis untuk mengembalikan basikal mereka....

Pengguna Facebook Kongsi ‘Fan Belt’ Putus Gara-Gara Lelaki Misteri?

SEREMBAN - Kejadian 'fan belt' kereta yang rosak seperti dihiris dengan benda tajam di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Seremban arah selatan tular di laman sosial Facebook baru-baru ini. Kejadian tersebut disedari lebih awal oleh salah seorang ahli keluarga sebelum mereka meneruskan semula perjalanan ke Pasir Gudang, selepas berhenti berehat lokasi berkenaan pada jam 5.20 pagi. Menerusi perkongsian tersebut, Abdullah Salleh memberitahu merasakan sesuatu tidak kena pada kereta dipandu anak lelakinya sebelum membuka bonet depan, memeriksa dan mendapati ‘fan belt’ hampir putus. Ketika itu katanya, entah dari mana datang seorang lelaki yang tidak dikenali tiba-tiba menawarkan bantuan tetapi mereka menolak dan Abdullah kemudian bertindak menghubungi Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) untuk tindakan selanjutnya. Abdullah turut berharap insiden itu menjadi iktibar dan peringatan buat pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada di lokasi-lokasi yang dirasakan selamat tet...

Edisi Terhad Hello Kitty Carrier Dijual Semula Harga RM3,000?

SHAH ALAM - Fenomena edisi terhad Hello Kitty Carrier dari restoran makanan segera McDonald's kini menjadi bualan hangat di laman sosial apabila tidak sampai sehari ia dikatakan habis dijual di cawangan utama restoran berkenaan sekitar Lembah Klang. Hello Kitty Carrier telah dilancarkan di Singapura pada 14 November yang lalu dan habis terjual dalam masa sehari. Ia juga menjadi fenomena di negara ini apabila perkongsian netizen di media sosial bahawa ada yang sanggup beratur seawal jam 7 pagi untuk tidak melepaskan peluang memiliki set khas daripada McDonald's itu yang dijual semalam. Bagaimanapun seperti biasa, ada individu yang mengambil peluang untuk membeli lebih daripada satu set untuk dijual semula pada harga yang lebih tinggi. Tinjauan di beberapa platform e-dagang Hello Kitty Carrier mendapati harga jualan semula yang normal anggaran sekitar RM39.90 hingga RM69.90. Namun ada yang lebih mengejutkan, harga setinggi RM3,000 dijual untuk satu unit! Macam ...

Lahir Dengan Rambut Sepanjang 5 Sentimeter

HELSWORTH - Seorang bayi lelaki yang dilahirkan dengan rambut lebat mencuri perhatian ramai apabila kali pertama rambutnya digunting pada usia lapan minggu. Oscar dilahirkan pada 10 Julai lalu dengan rambut sepanjang 5 sentimeter dan membuatkan ramai yang terkejut. Sebelum dilahirkan lagi, ibu bapa Oscar, Sara Morris dan Joshua Jones terkejut apabila diberitahu bayi mereka mempunyai rambut sepanjang 1 sentimeter ketika imbasan dilakukan. Pada usianya lapan minggu, rambut Oscar terpaksa digunting buat pertama kalinya kerana ia tumbuh dengan cepat. Oscar dipanggil 'Mowgli' kerana keadaan rambutnya yang lebat. Menurut Sara yang berasal dari Helsworth, Devon, keadaan rambutnya yang lebat itu menyebabkan anaknya dipanggil 'Mowgli', watak di dalam filem The Jungle Book. "Kami benar-benar tidak percaya betapa lebatnya rambut ketika dia dilahirkan. Ia bukan sesuatu yang biasa dilihat. "Rambutnya sangat tebal dan hitam berbanding saya dan Joshua yang...

Rogol Dan Liwat Wanita Berusia 28 Tahun Di Ladang Sawit, Dua Sahabat Didakwa

KEMAMAN - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dakwaan merogol serta melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap seorang wanita berusia 28 tahun di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Payoh pada 18 November lalu. Bagaimanapun, kedua-dua tertuduh, Mohd Shahrul Anuar Mohd Saleh, 32, dan Abdul Karim Abu Kasim, 36, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Azman Mustapha. Mohd Shahrul Anuar yang beralamat di Kampung Baru, Bukit Teruna, Kemasik di sini berhadapan dua kes bagi pertuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK) dan dua kes di bawah Seksyen 377C KK. Manakala, Abdul Karim yang beralamat di Kampung Payoh, Kemasik, di sini berdepan satu kes bagi kesalahan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 377C KK. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii terhadap seorang mangsa berusia 28 tahun pada 18 November 2019 anta...

Anak Kerat Mayat Ibu Sumbat Dalam Peti Ais

BANGKOK - Kejam! Seorang anak sanggup bunuh, kerat ibunya dan sumbat mayat di dalam peti sejuk sebelum menembak dirinya di rumah di bandar Tha Kham. Mayat Cik Yuree, 42, dipotong beberapa bahagian iaitu, kepala, badan, lengan dan kaki ditemui di dua lokasi berasingan iaitu di dalam peti ais dan tandas, manakala Sira, 20, ditemui di ruang tamu dalam keadaan berlumuran darah. Menurut rakannya, sebelum kejadian, Yuree yang bekerja di salah sebuah syarikat kewangan itu dikatakan tidak hadir ke tempat kerja tanpa memaklumkan sesiapa. Bimbang keselamatan rakannya itu, dia pergi ke rumah mangsa dan bertemu anaknya, Sira yang sedang menangis dan berkata ibunya tidak pulang. Rakan sekerja menganggap tindakan Sira pelik kerana kereta ibunya berada di luar rumah. Menurut jurucakap polis, Kolonel Krissana Pattanacharoen berkata, rakan sekerja mangsa menghubungi polis untuk melaporkan insiden kejam tersebut. "Tidak lama selepas itu, satu bunyi tembakan kedengaran di dalam ruma...

Lelaki Kacak Ini Jadi Tumpuan Para Gadis Gambar Yang Eina Azman Kongsi

Pelakon Datin Eiza Azman mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi sekeping foto dirinya yang kini sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah. Eiza atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman, 24, berkongsi dua foto membeli sejadah di Instagram (IG) miliknya. “Sejadah murah murah saja,” tulis Eina sebagai kapsyen.Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya terutamanya para gadis adalah seorang lelaki kacak yang secara tidak sengaja tunafoto di dalam foto Eina. Sedang Eina sibuk membelek sejadah yang dipilih, mata lelaki kacak tersebut tepat memandang kearah kamera dan membuatkan para gadis tak tentu arah. Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata gadis terpaku dengan wajah kacak lelaki tersebut dan ramai yang meminta Eina untuk menyampaikan salam kepadanya. “Semua mata terfokus kat gambar nombor 2,” komen seorang wargamaya. “Yang belakang tu serius tengok kamera,” ujar seorang wargamaya. “Kirim Salam lelaki yang belakang tu,” pinta seorang wargamaya. “Jodoh sa...

Tak Tahan Dengan Kesesakan, Lelaki Ini Cipta Helikopter Sendiri

Seorang lelaki membuat keputusan untuk membina helikopternya sendiri kerana tidak tahan dengan kesesakan lalu lintas yang teruk di negara itu. Jujun Junaedi, 42, dari Sukabumi, Jawa Barat menghabiskan masa luangnya di kawasan belakang rumah untuk merealisasikan ideanya berpandukan video pembelajaran. "Ia sangat mengecewakan. Anda kehabisan petrol dan membuang masa. Akhirnya anda tidak tahu hendak ke mana," katanya menceritakan tentang kesesakan di selatan ibu negara Jakarta yang boleh mencapai sehingga 110 kilometer. Sejak memulakan pembinaan helikopter 18 bulan lalu, Junaedi telah membelanjakan kira-kira AS$2,100 (RM8,763) untuk membeli komponen dan barangan terpakai dari kedai membaiki kereta. Turut membantunya membina helikopter setinggi 8 meter itu adalah anak lelakinya dan beberapa orang jiran. Junaedi menggunakan bahan terpakai untuk membina helikopter sendiri. - Foto AFP "Asalkan ia boleh terbang, saya sudah cukup puas hati," kata Junaedi. ...

Doakan SPM Saya Cemerlang, SPM Penguat Untuk Saya Bebas Dari Penjara

MARANG: "Bantulah saya dengan berdoa agar keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ini cemerlang untuk bawa saya 'terbang jauh' dari penjara." Dalam menahan sebak, seorang banduan muda berkata demikian ketika ditemu ramah oleh Bernama setelah beliau selesai menjalani peperiksaan SPM bagi kertas Sains pada Rabu iaitu kertas terakhir dijawab olehnya di Sekolah Integriti Penjara Marang di sini. Hassan, 20, (bukan nama sebenar) yang juga Tahanan Limpah Sultan (TLS) selepas disabit pada 2016 atas kesalahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya berkata meskipun nasibnya di penjara bagai tiada penghujung, tetapi SPM itu mampu memberi harapan untuknya keluar dari penjara. "Keputusan SPM ini akan dimasukkan dalam permohonan rayuan pengampunan. Doakanlah agar saya 'dilihat' (oleh Sultan Terengganu)... ia jadi penguat untuk saya bebas sebab saya tiada tarikh bebas (dari penjara). "Saya ambil SPM ini juga untuk buat mak bangga sebab masa kat lua...

Isteri Simpan Mayat Suami Dalam Peti Sejuk Selama 11 Tahun

KEMATIAN seorang wanita warga emas membongkar satu rahsia yang dipendam sejak sekian lama. Jeanne Souron-Mathers, 75, ditemukan meninggal dunia di kediamannya di Utah, Amerika Syarikat selepas kelibatnya tidak kelihatan lebih dua minggu oleh pekerja penyelenggaran bangunan. Pemeriksaan oleh pegawai kebajikan menemukan mayat Jeanne di dalam rumah. Namun kunjungan mereka menemukan satu lagi perkara yang lebih mengejutkan - mayat suami Jeanne disumbat dalam peti sejuk. Menurut Sarjan Jeremy Hansen, kematian Jeanne bukan kes jenayah, namun kematian suami wanita itu mengundang curiga. “Mayat lelaki itu dikenal pasti sebagai suami Jeanne bernama Paul Edwards Mathers, 69. “Mayat suaminya dijumpai di dalam peti sejuk bahagian beku yang disimpan di dalam rumah. “Polis setakat ini tidak mengetahui bagaimana kematian suaminya, sama ada isterinya terlibat atau tidak, namun mengesyaki sesuatu telah terjadi,” katanya memetik laporan Associated Press. Berdasarkan keterangan bebera...

Suami Kantoi Langgan Pelacur, Tikam Isteri, Bunuh 2 Anak

SEORANG lelaki nekad menikam isteri dan membunuh dua anaknya sebelum membunuh diri apabila rahsianya terbongkar. David Stokes, 43, ditemukan mati di rumahnya di Hinckley, Leicestershire, United Kingdom selepas mengurung isteri dan anak-anaknya selama lebih lima jam di rumah pada 2 November 2016. Kedua-dua anaknya, Adam, 11, dan Matthew, 5, ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berpegangan tangan. Isterinya Sally yang ditikam walau bagaimanapun masih hidup setelah sempat melepaskan diri. Bedah siasat terhadap kanak-kanak itu tidak dapat mengenal pasti punca kematian mereka. Pakar patologi berkata ia mungkin disebabkan oleh sesak nafas atau tekanan pada leher. Dalam inkues kes tersebut di Mahkamah Loughborough Coroner, Sally memberitahu dia berjaya melarikan diri selepas ditikam David. Mahkamah inkues juga diberitahu bahawa David sebelum itu menang loteri berjumlah £40,000 (kira-kira RM216,000) dan menghabiskannya dengan membeli kereta dan melanggan pelacur. Beberapa jam sebelu...

Dia Sempat Pandang Kami, Angkat Tangan Seperti Mahu Beritahu Akan Meninggalkan Kami

KUALA LUMPUR: Pelawak Ali Puteh atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 30, yang kehilangan anak kedua, Sharifah Nur Ainul Mardiah, semalam kerana masalah jantung, reda dengan pemergian puterinya itu. Ali berkata, tiada ibu bapa yang ingin kehilangan anak, namun dia reda Ainul pergi daripada melihat anak kecilnya itu terus menanggung derita. Ainul menjalani pembedahan membetulkan injap dan menutup tiga lubang pada jantungnya pada 10 November lalu di Hospital Serdang. Sejak itu, arwah terpaksa bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan. Selepas 16 hari, doktor yang merawatnya membuat keputusan mencabut mesin itu jam 10 pagi, semalam. Ainul menghembuskan nafas terakhir, jam 11.30 pagi. “Ketika tiba di hospital jam 9 pagi, semalam, Ainul seolah-olah tahu dia akan pergi. Dia sempat memandang kami dan mengangkat tangan beberapa kali seperti mahu beritahu akan meninggalkan kami. “Selepas lebih sejam bertarung nyawa, Ainul pergi buat selama-lamanya...

Bayi Lemas Dalam Tab Mandi, Keluarga Kumpul Dana Untuk Rawatan

BANGKOK - Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan kini berjuang untuk hidup setelah lemas di dalam tab mandi dalam kejadian di Bangkok, Thailand. York Skirrow, ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya yang kemudian bergegas membawanya ke hospital. Bayi itu dilaporkan mengalami kekurangan oksigen ke otak yang berkemungkinan menyebabkan kerosakan otak. Sewaktu kejadian, bayi itu berhenti bernafas dan jantungnya terhenti selama 18 minit berikutan kejadian tragis itu. Ibu bapa York, Nick dan Jana Skirrow, 36, dan 34, berkata, ketika kejadian mereka dilaporkan sedang mengajar. Nick yang berasal dari Leeds, West Yorks berkata, dia tidak menolak kemungkinan insiden berlaku sewaktu pengasuh mahu memandikan bayinya itu. "Pada masa sama pengasuh bimbang tentang api dapur yang masih menyala serta Rex, abang kepada York yang berusia dua tahun yang berkemungkinan berada di situ. "Tiada siapa yang boleh pastikan, tetapi kami mengandaikan dia telah membuka paip. Sebelum ini dia telah m...

Guru Hisap Kemaluan Pelajar Dihadap Ke Mahkamah

Seorang guru lelaki di sebuah sekolah di Klang, Selangor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang bertentangan dengan aturan seks tabii terhadap dua murid lelakinya, empat tahun lalu. Tertuduh, Ahmad Muzamil Pandak, 31, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah sejurus empat pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail. Mengikut pertuduhan pertama dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kelucahan melampau dengan menghisap kemaluan kedua-dua mangsa yang ketika itu berusia 11 tahun di sebuah inap desa di Taman Tasik Utama, Ayer Keroh antara pukul 2 hingga 3 pagi, 24 Oktober 2015. Bagi pertuduhan kedua dan keempat, tertuduh turut melakukan tindakan sama terhadap kedua-dua mangsa di inap desa sama, antara pukul 2 hingga 3 pagi keesokannya, 25 oktober 2015. Tertuduh yang mengajar subjek pendidikan jasmani dan kesihatan itu didakwa mengikut Seksyen 377 C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan h...

Wanita Ini Dakwa Air Liur Kucing Buat Wajahnya Tiada Jerawat

JAKARTA - Seorang remaja perempuan di Indonesia mendakwa jilatan kucing peliharaannya telah menyembuhkan masalah jerawat pada wajahnya. Dinda berkata, 'rawatan air liur' kucing yang digelar Nia itu telah dilakukan sejak tiga bulan lalu. "Jilatan Nia membuatkan kulit saya menjadi bersih dan mengurangkan masalah bintik pada wajah saya," katanya. Menurutnya, perkara itu bermula apabila Nia akan duduk di atas buku teksnya dan mula menjilat wajahnya ketika dia sedang mengulangkaji pelajaran di rumah. Kakaknya, Debi turut merakamkan rawatan wajah luar biasa itu yang memaparkan Nia dengan tekun menjilat seluruh wajah Dinda. "Kucing itu hanya melakukan 'rawatan' itu pada Dinda," katanya. Awal bulan lalu, seorang lelaki berusia 63 tahun dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami penyakit jarang berlaku dipercayai berpunca daripada air liur haiwan peliharaannya. "Dia dirawat di hospital selama lebih dua minggu dengan pelbagai gejala p...

'Aku Berterima Kasih Kepada Hitler Kerana Holocaust' Graduan Buat Simbol Nazi

SEORANG graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencetuskan kontroversi apabila melakukan tabik hormat ala Nazi selepas mengambil skrol ijazah dalam Majlis Konvokesyen UMS 2019 Sabtu lalu. Gambar graduan tersebut dengan gaya tabik hormat yang digunakan semasa zaman pemerintahan Adolf Hitler di Jerman itu kemudiannya dikongsikan ke dalam laman Facebook peribadinya sebelum dipadam. Menurut paparan skrin yang tular graduan tersebut mendakwa, tindakannya itu bertujuan menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang menderita akibat perbuatan kejam Yahudi. “Simbolik Hitler ini aku gayakan di atas pentas keramat UMS kerana dunia menjadi buta ketika Yahudi bermaharajalela seolah-olah pemerintah negara-negara Islam adalah badut yang hanya menjadi politik dunia. “Maka itu, aku bersolidariti untuk Gaza dek kerana marah, benci dan dendam yang aku pendam terhadap Yahudi. “Maka aku berterima kasih kepada Hitler kerana Holocaust,” kata graduan itu di dalam laman Facebook miliknya....

Mabuk Punya Pasal... Menunggang Skuter Dalam Keadaan Bogel

BALI - Gara-gara mabuk, dua pelancong di Australia menunggang skuter dalam keadaan berbogel di kolam renang di Bali, Indonesia. Pemandu dikenali Raymond, 23, telah menyiarkan video aksinya di laman Instagram miliknya hingga tular di laman sosial. Sejurus tular video itu, penduduk di Bali menyelar tindakan pelancong itu yang disifatkan tidak menghormati budaya di kawasan tersebut. Bagaimanapun, Raymond menolak tuduhan itu dan memberi alasan tindakan luar batasan itu kerana dia dibawah pengaruh alkohol. Raymond juga menegaskan, skuter itu miliknya dan menggunakan selama empat bulan ketika di Bali. "Saya tidak terlalu peduli orang mahu gelar saya lelaki tidak matang dan itu bukan skuter sewa seperti dakwaan sesetengah pihak," katanya lapor Mirror. Dalam pada itu, netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana kelakuannya cukup biadab. Malek berkata, "Tolong... ada rasa hormat." - Sinar Harian

Video Wanita Islam Pertahan Keluarga Yahudi Dalam Kereta Api Tular

LONDON: Seorang wanita Islam yang diangkat sebagai ‘wira’ kerana berhadapan lelaki yang menghina kanak-kanak Yahudi dengan kenyataan anti-Semitik, menegaskan beliau tidak teragak-agak akan mengulangi tindakan itu. Asma Shuweikh campur tangan dalam kejadian dalam kereta api bawah tanah di London apabila seorang lelaki mula membacakan ayat anti-Yahudi daripada Bible kepada dua kanak-kanak Yahudi yang berada dengan keluarga mereka. Kejadian mengejutkan itu dirakamkan oleh seorang lagi penumpang, Chris Atkins, yang kemudian berkongsi rakaman itu di media sosial. Memakai topi dan hud, lelaki berkenaan dilihat mengancam seorang lelaki selepas beliau cuba campur tangan sebelum Shuwiekh turut mencelah. Shuweikh berkata, apabila melihat apa yang berlaku, beliau sedar beliau perlu berhadapan lelaki berkenaan. “Saya ibu kepada dua anak, saya faham bagaimana perasaannya dan saya mahu ada seseorang membantu jika saya dalam keadaan itu,” katanya. Shuweikh berkata, pasangan itu menai...

Anak Saya Sharifah Nur Ainul Mardhiah Kembali Kepada Penciptanya. 😭😭😭

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul beban. Demikian perasaan yang sedang dilalui pelawak terkenal, Ali Puteh yang kehilangan anak perempuannya, Sharifah Ainul Nur Mardiah sekitar pukul 11.30 pagi Selasa. Berita duka itu dikongsi Ali di laman Instagram peribadinya. Sebagai ayah, Ali tidak mampu membendung kesedihan pemergian puteri keduanya itu. Ali berkata, dia dan isteri Melati redha dengan pemergian anak syurga itu. “Saya dan Melati tak kuat, tapi kami sudah redha dan bersedia untuk hari ini. “Sejak Jumaat lalu doktor sudah beritahu tentang kondisi Ainul yang bergantung dengan mesin bantuan pernafasan,” katanya. Sharifah Ainul dipinjamkan oleh Allah buat ayah dan ibunya selama lebih dua bulan sebelum kembali kepada Yang Maha Esa. Allahyarham Sharifah Ainul mengalami masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang sejak bayi itu dilahirkan pada 6 Ogos lalu. Bayi itu yang pernah menjalani pembedahan pada 11 November lalu, bagaimanapun disahkan m...

Abu Parti Komunis Malaya 'Chin Peng' Pulang Ke Malaysia

Mendiang bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang meninggal dunia pada 2013 akhirnya dapat "kembali ke rumah" pada 16 September tahun ini selepas enam tahun kematiannya. Menurut kumpulan pengurusan abu mayat Chin Peng dibawa pulang oleh mereka dari Thailand ke Malaysia dua bulan lalu dan ditabur ke laut dan gunung di tanah kelahirannya. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir di Sitiawan, Perak pada 1924. Semenjak Perjanjian Damai Hat Yai pada 1989, dia telah bermastautin di Thailand. Penyelaras kumpulan berkenaan, Chan Kan Fook, 81 tahun berkata selepas abu mayatnya tiba di Ipoh, mereka telah menganjurkan majlis peringatan yang dihadiri lebih 150 orang pada hari yang sama. Menurut Chai, separuh daripada abu Chin Peng ditaburkan di laut berhampiran Lumut di Perak dan sebahagian lagi di kawasan hutan banjaran Titiwangsa, tanpa sebarang tugu mengenang tapak-tapak ini. Malaysiakini

Bendera Malaysia Bintang Lima Tular

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan bendera Malaysia dengan lima bintang ketika perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam. Bendera Malaysia dengan lima bintang itu dipaparkan menerusi klip video bersama logo Westport ketika nyanyian lagu Negaraku. “Semasa majlis perasmian itu, pasukan penyiaran kami secara tidak sengaja mempamerkan bendera Malaysia yang salah di skrin TV stadium kami. “Kami memohon maaf di atas kesilapan itu dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk tindakan sedemikian. Tolong maafkan kami, kerana kami sentiasa berusaha untuk membangun dan mengembangkan sukan bola keranjang di Malaysia,” kata MABA melalui kenyataan di Facebooknya malam tadi. Sejak malam tadi video berdurasi 1 minit 42 saat itu tular di media sosial. Netizen mengecam tindakan penganjur dan mendesak MABA dikenakan tindakan sewajarnya kerana tidak peka dengan sensitiviti. Sementara itu, m...

Stadium Rosak, FAM Dituntut Bayar Ganti Rugi

Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan mengemukakan tuntutan bayaran ganti rugi kepada pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berikutan kerosakan kerusi akibat tindakan penyokong Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, 19 Nov lalu. Tuntutan itu dikemukakan kepada FAM selaku penganjur perlawanan yang membuat tempahan mengikut syarat yang terkandung dalam terma perjanjian sewaan venue. Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Nik Razeen Adam Daud, dalam kenyataan media hari ini, berkata hasil pemeriksaan yang dibuat selepas perlawanan, didapati sejumlah 44 unit kerusi stadium berkenaan dirosakkan oleh penyokong Indonesia yang mengakibat kerugian sejumlah RM11,000. Lebih 75,000 penonton membanjiri stadium tersebut yang menyaksikan Malaysia mengalahkan Indonesia 2-0 pada kempen kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. Iklan- Bernama

Video: Tak Sempat Buat Kejutan Hari Bapa, Ayah Meninggal 😭😭😭

Video yang memaparkan seorang anak ingin membuat kejutan kepada ayahnya namun tidak kesampaian apabila insan yang disayanginya itu meninggal dunia mengundang kesedihan netizen. Seorang pengguna Facebook menggunakan nama I’m okay yang memuat naik video itu menunjukkan seorang pemuda dan keluarganya sedang dalam perjalanan ke rumah ayahnya untuk membuat kejutan sempena Hari Bapa. Lelaki tersebut yang telah membuat segala persiapan dan rancangan untuk memberi kejutan pada ayahnya itu turut membuat Vlog bagi merakamkan detik-detik yang sepatutnya berakhir dengan kegembiraan. Namun setibanya di rumah, dia mendapati ayahnya telah meninggal dunia dan jasadnya terbujur kaku di atas katil menyebabkan dirinya tersentak lalu meraung kesedihan sambil memegang belon yang pada awalnya ditujukan untuk insan yang disayanginya itu. Antara reaksi netizen yang bersimpati dengan kejadian yang menimpa pemuda tersebut. Video berdurasi 10 minit itu kini tular di media sosial dengan 1.6 juta tont...

Video: Monyet Cedera Cari Kedai Ubat Dapatkan Rawatan

NEW DELHI: Seorang pemilik kedai ubat-ubatan di timur India menerima kunjungan 'pelanggan' luar biasa ketika kejadian pada minggu lalu. Anajum Ajim yang membuka kedai di Mallapur, daerah Birbhum di Bengal Barat terkejut selepas seekor monyet melompat ke atas kaunter dan seolah-olah mengadu ia sedang kesakitan dipercayai akibat bergaduh. "Saya kemudiannya memberinya ubat tahan sakit bersama air. Monyet itu seperti kehausan kerana ia meminum tiga gelas air. Selepas itu, saya turut meletakkan ubat pada luka di bahu, kaki dan lehernya," ujarnya. Menurutnya lagi, monyet itu berehat selama sejam di atas meja di luar kedai ubat terbabit sebelum ia melompat dan meninggalkan premis tersebut. Monirul Islam yang sempat merakamkan kejadian itu berkata, dia melihat kejadian itu agak menarik dan mencuit hati. - Astro AWANI

Irfan Haris 'Belanja' Bulu Dada

Penyanyi Irfan Haris memuat naik sekeping foto di Instagram yang yang memperlihatkan bahagian dadanya yang berbulu buat pertama kali. Perkongsian penyanyi berusia 18 tahun itu kemudian mengundang pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya. Ramai yang menyifatkan bekas peserta Big Stage 2019 itu sudah mula semakin berani untuk berkongsi foto yang dikategorikan sebagai gambar 'belanja'. "Weh dah pandai tayang dada eh sekarang..amboi biasa dia tu," tulis penyampai radio Era, Radin. "Belanja sangat ni..," tulis salah seorang pengikutnya. Dalam pada itu, ada juga yang meminta agar pelantun lagu Redha itu untuk berhenti daripada berkongsi gambar-gambar sedemikian yang dirasakan tidak perlu untuk menarik perhatian. "Bulu dada tu nak jual ke? Tutup la dik ya. "Tolong butang sampai atas," komen sebahagian netizen. Begitupun, adik kepada pelakon Amira Othman itu memberitahu, tidak ada yang salah jika dia mahu berkongsi gambar yang ...

Walaupun Berbeza Kaum Dan Agama, Kanak-Kanak Ini Tidak Kekok Belajar Di 'Pasti'

JOHOR - Pada kebiasaannya, Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dipenuhi kanak-kanak Melayu dan beragama Islam kerana sistem pendidikan di situ berasaskan pembelajaran agama Islam. Namun berbeza dengan sebuah Pasti di Johor kerana mempunyai seorang murid berbangsa India. Walaupun berbeza kaum dan agama, namun kanak-kanak itu tidak kekok belajar dan lebih mengujakan dia fasih membaca beberapa doa dalam bahasa Arab. Perkara tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama IsmaJannah yang merupakan guru di tadika tersebut yang telah memuat naik beberapa gambar kanak-kanak itu yang bernama Reshannya. Isma turut berkongsi maklumat melalui hantaran yang dimuat naik yang mengatakan kanak-kanak tersebut boleh membaca beberapa doa seperti doa makan dan doa belajar dalam bahasa Arab. “Adik Reshannya, pelajar yang cukup istimewa daripada Pasti kami. Fasih membaca doa makan dan doa sebelum belajar dalam bahasa Arab,” tulisnya. Perkongsian tersebut kini tular di media sosi...

Bayi Cedera Digigit Tikus Ketika Ibu Ke Toilet

BOGOR - Seorang bayi berusia 40 hari cedera akibat digigit tikus di rumahnya di Kampung Pasir Jambu, Jawa Barat di Indonesia. Menurut ibu mangsa, Lisdawati, dia meninggalkan bayinya sebentar untuk ke bilik air sebelum terdengar bayinya menangis dengan kuat secara tiba-tiba. "Apabila saya masuk ke dalam bilik, mukanya dipenuhi darah dan tikus itu telah lari. Saya yakin ia datang dari dapur," katanya. Lisdawati membawa bayinya ke bidan terdekat untuk dirawat namun anaknya dirujuk ke Hospital daerah Cibinong akibat kecederaan parah yang dialami. "Muka dia bercalar dan hidungnya terpaksa dijahit kerana terdapat luka yang besar. Bagaimanapun keadaan anak saya beransur baik," katanya yang trauma dengan insiden itu. - Sinar Harian

Doktor Ini Sanggup Sedut 800ml Urin Ketika Penerbangan

BEIJING - Tindakan pantas dua pakar bedah di China ini berjaya menyelamatkan nyawa. Akhbar New Express berpusat di Guangzhou melaporkan, Zhang Hong dari First Affiliated Hospital di Universiti Junan di Guangzhou dan Xiao Zhanxiang dari Hainan Provincial People’s Hospital di Haikou segera memberikan bantuan perubatan di tengah-tengah penerbangan dari selatan China ke New York pada Selasa lalu. Ketika kejadian, perut lelaki warga emas itu dilaporkan membengkak dan pernah didiagnos dengan masalah prostat membesar. Hasil pemeriksaan Hong mendapati terdapat kira-kira seliter urin terperangkap dalam pundi kencingnya dan berisiko pecah. Bagi menyelamatkannya, kedua-dua pakar bedah tersebut terpaksa mencari cara alternatif dengan menggunakan penyedut minuman, jarum suntikan dan tiub daripada topeng oksigen untuk melakukan prosedur kecemasan di dalam pesawat itu. Pada mulanya, mereka mencucuk jarum suntikan untuk mengeluarkan urin tersebut namun gagal. Hong kemudiannya menyedut s...

Ajal Selepas Dijilat Anjing Peliharaan

BREMEN: Seorang pemilik anjing menemui ajal akibat jangkitan kuman selepas dijilat anjing peliharaannya. Lelaki berusia 63 tahun yang tidak dikenali itu dirawat selama dua minggu di hospital dengan mengalami jangkitan paru-paru, gangren dan demam sehingga 41 Celcius. Dia dijangkiti dengan Capnocytophaga Canimorsus, bakteria yang biasanya ditularkan oleh gigitan namun boleh juga disebarkan melalui jilatan. Pada awalnya, dia hanya mengalami selesema ketika rawatan awal dan selepas empat hari lelaki tersebut mengalami ruam di wajah, sakit saraf dan lebam di kakinya. Buah pinggang dan hatinya gagal berfungsi dan jantung juga terhenti. Dia bagaimanapun berjaya dipulihkan dan menggunakan mesin sokongan hayat. Imbasan otak menunjukkan terdapat pembentukan cecair yang besar di dalam otak. Berikutan kegagalan organ yang pelbagai, doktor terpaksa menamatkan mesin sokongan hayatnya. Kesnya dilaporkan dalam jurnal perubatan oleh doktor dari hospital Rote Kreuz di Bremen, Jerman. J...

Video: Polis Kenal Pasti Video Tular Kejadian Sebenar, 'Penyokong Indonesia Dipukul'

Polis percaya kejadian samun dan pukul melibatkan seorang lelaki warga Indonesia di Bukit Bintang di Kuala Lumpur, Selasa lepas, tidak mempunyai kaitan dengan perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 baru-baru ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Huzir Mohamed berkata kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes samun memandangkan mangsa iaitu Fuad Naji kehilangan pasport dan sejumlah wang. Menurut Huzir, polis menerima laporan daripada Fuad yang memaklumkan telah dipukul serta disamun sekumpulan lelaki di kawasan berkenaan pukul 2 pagi. “Satu kertas siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan telah dibuka dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Iklan Beliau berkata pihaknya sedang mengesan lelaki warga Indonesia itu kerana pegawai penyiasat tidak dapat merekod kenyataan daripada beliau pada hari kejadian. “Mangsa (Fuad) terus menghilangkan diri setelah dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan...