Skip to main content

Lebih Baik Saya Berniaga, Daripada Minta Sedekah


Video yang memaparkan seorang ibu tunggal juga kurang upaya (OKU) yang gigih menjual kuih tepung pelita bersama anaknya mengundang sebak netizen.

Video yang dimuat naik FS Channel di Facebook menunjukkan Zarina Abu Sufian yang mesra dipanggil Kak Ina menjual kuih tepung pelita setiap hari dengan hanya berkerusi roda.

Kak Ina yang tidak mempunyai kedua-dua belah tangan juga tidak patah semangat dalam meneruskan kehidupannya.

“Saya nak bekerja susah, siapa yang nak ambil saya. Daripada saya merempat meminta sedekah, baik saya berniaga. Jangan jadikan kecacatan itu satu kelemahan,” katanya.

Dalam pada itu, Kak Ina berkata, dia akan menjual kuih tepung pelita dengan harga RM1 sahaja di dua lokasi yang berbeza iaitu pada hari Jumaat hingga Ahad, dia akan berada di Masjid Jamek dan pada hari-hari yang lain dia menjual di Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah di Taman Seri Rampai di sini.

“Saya akan ditemani anak saya apabila mereka cuti sahaja. Orang ramai juga tidak perlu risau tentang kualiti kebersihan kuih saya kerana saya sudah mendapat suntikan typhoid.

“Saya akan menjual 200 biji kuih tepung pelita sehari dan akan disedekahkan kepada masjid serta orang ramai jika tidak habis dijual. Macam mana saya nak makan sedap, macam itulah saya akan jual dekat orang,” katanya.

Antara reaksi netizen yang sebak melihat video itu serta memuji ketabahan Kak Ina dalam membesarkan anak-anaknya.

Dalam pada itu, FS Channel mengambil pendekatan dengan membeli kesemua kuih tepung pelita Kak Ina dan turut menghulurkan sumbangan daripada orang ramai.

“Saya doakan semua yang menonton akan beroleh kebaikan, sentiasa sihat, bahagia di samping orang tersayang dan dilimpahkan rezeki,” katanya.

Video yang berdurasi 8 minit 25 saat itu tular di media sosial yang meraih 1.9 juta tontonan dan rata-rata netizen sebak melihatnya serta memuji ketabahan dan kerajinan Kak Ina membesarkan anak-anaknya walaupun tidak sempurna seperti insan lain.

“Menitis air mata tengok Kak Ina yang serba kekurangan sanggup berniaga dari meminta sedekah. Semoga rezeki Kak Ina berlipat kali ganda. Sekiranya dapat gerai berniaga lagi senang tak payah pergi jauh jauh,” tulis Ummi Ida di Facebook.

Azzadina Fadzila pula berkata, “Terharunya, kuat semangat akak tu demi kelangsungan hidupnya. Apa pun saya doakan kakak itu sentiasa dalam lindungan ALLAH dan dimurahkan rezeki. Untuk FS Channel terima kasih atas usaha korang." - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...