Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

MHO, PAKIN Gesa Jabatan Peguam Negara Siasat Kes Penipuan Pelaburan

SHAH ALAM - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji semula laporan 214 mangsa penipuan pelaburan agar ia disiasat mengikut salah laku jenayah. Setiausaha Kerjanya, Izzat Izzuddin Idris berkata, ia susulan laporan kes mereka telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) dengan alasan pengadu telah menarik semula laporan. "Mangsa telah membuat laporan polis dan penyataan tambahan berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi. Kertas siasatan sudah pun dibuka dan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. "Ini tidak adil kepada sesetengah pengadu seandainya laporan dan aduan telah diklasifikasikan sebagai DNAA dengan alasan laporan yang dirujuk tersebut diklasifikasikan DNAA oleh pihak mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. Menurutnya, kebanyakan mangsa merupakan warga emas menanggung anggaran kerugian berjumlah RM31,390,114.13 Konsep pelaburan yang ditawark...

Iraq Lulus RUU Anti LGBT Yang Menjenayahkan Hubungan Sejenis

PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis. Menurut kandungan dokumen berkenaan, undang-undang yang diterima pakai itu bertujuan untuk melindungi masyarakat negara tersebut daripada kebejatan moral berikutan golongan LGBTQ semakin mendominasi dunia. Undang-undang Membanteras Pelacuran dan Homoseksualiti itu menetapkan hukuman penjara sehingga 15 tahun kepada pesalah yang melakukan hubungan sejantina, manakala pelaku mempromosikan homoseksual atau aktiviti persundalan bakal dihukum penjara tujuh tahun. Difahamkan, RUU itu pada mulanya turut mengenakan hukuman mati terhadap pesalah, namun butiran itu dipinda setelah berdepan bantahan kuat daripada Amerika Syarikat (AS) dan negara Eropah. Ia juga mengenakan tindakan tegas terhadap individu yang sengaja menyerupai gender berlawanan dan menukar jantina asal yang boleh dihukum penjara antara 12 dan 36 bulan. Data Our World menunjukkan lebih 60 negara melaksanakan langkah tegas sa...

Sarah Yasmine Masih Sayang Aliff Aziz

Kuala Lumpur: Wanita yang mendakwa sebagai kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine yakin pelakon itu mampu berubah satu hari nanti. Katanya, ada 'sesuatu' yang mencetuskan dan membangkitkan keadaan mental tidak stabil terhadap Aliff yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu. "Saya tahu dia akan berubah sebab saya nampak dia solat. Dia okey, cuma ada benda yang tidak kena sampai mengakibatkan mentalnya menjadi kurang stabil. "Saya juga bukan sejenis orang yang suka jatuh hukum lebih-lebih lagi apabila hanya dia seorang sahaja dipersalahkan dalam isu khalwat, baru-baru ini," katanya kepada Harian Metro. Diajukan mengenai rasa kasih terhadap suami kepada pelakon Bella Astillah itu, Sarah mengakui masih menyimpan perasaan. Kata wanita berusia 24 tahun itu, walaupun pelbagai episod pahit dilalui sepanjang beberapa bulan bercinta, perasaannya masih sama seperti dulu. "Apabila bercakap membabitkan perasaan, memang ada lagi. Bukan satu hari cinta terus hilang...

Uqasha Senrose Selamat Bersalin, Beri Nama Anak Uqaira

PELAKON Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu. Berkongsi berita gembira itu di Instagram, kata Uqasha tiada kata-kata dapat menggambarkan rasa syukurnya. "Alhamdulilah selamat melahirkan my little princess subuh tadi. "Welcome to the world sayangku, i love u so much Uqaira sayang 27/4/2024 2.72kg," maklum Uqasha. Uqasha sebelum ini pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali. Kali pertama ketika mengerjakan ibadah umrah selepas beberapa bulan berkahwin dan kali kedua sekitar bulan November 2022. Pasangan Uqasha dan Kamal Adli mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 di Janda Baik, Pahang. Artikel asal yang disiarkan di Gempak

Masa Untuk BN Balas Jasa PH Di Kuala Kubu Bharu

Pilihan raya kecil (PRK) kali ini adalah waktu untuk BN membalas jasa PH yang membantu calon Umno pada beberapa siri pilihan raya sebelum ini. Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata PKR, Amanah dan DAP telah mendukung serta memberi sokongan kepada calon Umno pada siri PRK DUN Tioman, DUN Pelangai dan parlimen Kemaman. Dia yang juga timbalan perdana menteri berkata, justeru BN akan menggerakkan jenteranya untuk membantu calon PH yang mendukung kerajaan perpaduan. “Itu prinsip kami yang sejak awal lagi sudah dinyatakan, jadi kami dah gerak jentera Umno dan MIC untuk jaga lapan PDM (pusat daerah mengundi), termasuk menyantuni komuniti Orang Asli, pengundi dari parti kami dan juga pengundi Melayu tidak berparti. “Kami akan sokong calon yang mewakili kerajaan perpaduan. Prinsip kami jika kerusi itu dipunyai oleh salah satu parti komponen dalam kerajaan perpaduan, maka kami menghormati formula untuk berikan kerusi itu pada parti berkenaan kecuali jika terdapat swap (pertukaran) dan...

Pertembungan 4 Penjuru Calon PH, PN, PRM Dan Bebas Di Kuala Kubu Bharu

  Pilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu yang bermula hari ini menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon PH, PN, Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan bebas. Perkara itu diumumkan pegawai pengurus pilihan raya, Yuhanas Auree Kamaruddin, di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. “Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima kertas penamaan daripada empat orang calon bagi pemilihan Dewan Undangan Negeri N06 Kuala Kubu Bharu. “Saya telah menyemak kertas-kertas penamaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati memutuskan tiada yang ditolak kertas penamaa,” katanya. Bekas setiausaha akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Pang Sock Tao, dipertaruhkan untuk mempertahankan kerusi itu di pihak PH. Pang dicabar pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut yang mewakili PN, Hafizah Zainuddin (PRM) dan Nyau Ke Xin (bebas). - Malaysiakini

Lagi Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Myanmar

Kuala Lumpur: Isu pemerdagangan manusia bagai tidak berkesudahan apabila dua lagi rakyat Malaysia disyaki menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar. Menerusi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) membantu keluarga mangsa pemerdagangan manusia menyelesaikan isu ini. Dua rakyat Malaysia masing-masing wanita berusia 30 tahun dan lelaki berusia 37 tahun terbabit dipercayai terpedaya dengan tawaran kerja di Bangkok, Thailand sebelum mereka diseludup masuk ke kawasan berkenaan serta dikurung. Salah seorang waris mangsa mahu dikenali Sam, 33, berkata dia hanya mengetahui perkara itu selepas menerima panggilan di aplikasi WhatsApp daripada adik perempuannya yang minta diselamatkan pada 16 April lalu. Menceritakan kejadian, adiknya yang tinggal bersama keluarga di Batu Pahat, Johor, memberitahu ibu mahu ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai penghantar herba. "Kebetulan adik memang...

NGO Desak PDRM Bertindak Segera Kes Penipuan Pelaburan Saham

  KUALA LUMPUR:Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas laporan polis yang dibuat mangsa skim pelaburan saham melibatkan anggaran kerugian RM350,000, yang didakwa ditawarkan sebuah syarikat pelaburan pertanian. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pertubuhan itu menerima rungutan daripada pengadu bahawa aduan mereka tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa. “Pengadu telah membuat laporan polis namun tiada tindakan susulan dilakukan malah kenyataan mangsa juga tidak ambil,” dakwanya dalam sidang akhbar di Jalan Tun Razak di sini, hari ini. Menurut Hishamuddin, MHO telah mengambil tindakan dengan menghantar surat bagi memohon perkembangan berhubung kes berkenaan di bawah Seksyen 107A Kanun Tatacara Jenayah kepada Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) terlibat namun sehingga kini tiada maklum balas diterima. “Perkara ini perlu dibawa ke perhatian Jabatan...

MHO, PAKIN Minta Jabatan Peguam Negara Kaji Semula 500 Laporan Mangsa Penipuan

PUTRAJAYA - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) pada rabu meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji semula laporan 500 mangsa penipuan pelaburan agar ia disiasat mengikut salah laku jenayah. Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, ia susulan kes mereka dipercayai dipindahkan kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan tidak lagi disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). "Saya rayu Peguam Negara nilai semula kes ini dan untuk menilai semua surat aduan setiap mangsa. Kita juga minta Peguam Negara nilai representasi undang-undang yang kita sediakan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai kira-kira 100 mangsa penipuan pelaburan untuk menyerahkan surat aduan kepada wakil Jabatan Peguam Negara di sini pada Rabu. Sebelum ini, MHO dilapor mendedahkan taktik syarikat pelaburan yang dikesan menggunakan nama tokoh korporat terkenal selain menawarkan div...