Skip to main content

MHO, PAKIN Gesa Jabatan Peguam Negara Siasat Kes Penipuan Pelaburan


SHAH ALAM - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) bersama Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) meminta Jabatan Peguam Negara mengkaji semula laporan 214 mangsa penipuan pelaburan agar ia disiasat mengikut salah laku jenayah.

Setiausaha Kerjanya, Izzat Izzuddin Idris berkata, ia susulan laporan kes mereka telah melepas tanpa membebaskan (DNAA) dengan alasan pengadu telah menarik semula laporan.

"Mangsa telah membuat laporan polis dan penyataan tambahan berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi. Kertas siasatan sudah pun dibuka dan disiasat dibawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Ini tidak adil kepada sesetengah pengadu seandainya laporan dan aduan telah diklasifikasikan sebagai DNAA dengan alasan laporan yang dirujuk tersebut diklasifikasikan DNAA oleh pihak mahkamah," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, kebanyakan mangsa merupakan warga emas menanggung anggaran kerugian berjumlah RM31,390,114.13

Konsep pelaburan yang ditawarkan dengan perjanjian satu pemulangan dividen yang lumayan serta manfaat-manfaat lain yang disajikan kepada mangsa oleh syarikat terbabit juga adalah tidak benar dan wujud.

Jelas Izzat Izzuddin, mangsa berharap dan memohon pertimbangan daripada pihak Jabatan Peguam Negara supaya dapat dilakukan pertuduhan secara berasingan.

"Mangsa meminta laporan yang telah mereka adukan itu dapat dilakukan pertuduhan secara individu dengan tidak merujuk kepada laporan polis atau kertas siasatan yang lain.

"Ini kerana akan menyebabkan satu ketidakadilan yang melampau kepada mereka seandainya kes ini diklasifikasikan DNAA adalah disebabkan tertuduh telah menyelesaikan perkara ini diluar mahkamah bersama dengan pengadu laporan polis atau kertas siasatan yang telah dituduh tersebut," katanya. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...