Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2019

Najib Terkejut RM42 Juta Masuk Skaun Peribadi

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut sebaik dimaklumkan terdapat dana kerajaan telah masuk ke akaun peribadinya. Perkara itu dimaklumkan saksi pendakwa ke-37, Shamsul Anwar Sulaiman yang juga Pengarah Urusan Ihsan Perdana dalam keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa. Shamsul Anwar berkata, beliau telah bertemu Najib setelah dibebaskan daripada soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015 dan telah memaklumkan kepada bekas Perdana Menteri itu terdapat dana dari SRC International telah masuk ke akaun peribadinya ketika itu. "Dia sangat terkejut selepas mendapati seseorang memasukkan wang ke akaunnya, dia tidak tahu siapa yang lakukan itu dan kenapa ia dilakukan menerusi syarikat saya (Ihsan Perdana)," katanya kepada peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika pemeriksaan balas hari ini. Menurut Shamsul, sekalipun menunjukkan reaksi terkejut, namun Najib tidak pula meminta pihakn...

Ini Jawapan Sebenar Sama Ada Orang Bukan Islam Boleh Masuk Masjid Atau Tidak

Gambar tular dimedia sosial apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa membawa masuk orang bukan islam kedalam masjid mendapat kecaman netizen Namun, dari sudut lain, Para ulama berbeza pendapat tentang orang kafir masuk ke masjid. Hal ini kerana mereka berbeza tafsiran pada ayat al Quran; يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَذَا “Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis. Kerana itu, janganlah mereka mendekati Masjidil Haram sesudah tahun ini (tahun 9 H).” (At-Taubah: 28) 1. Imam al-Syafie (wafat 204 H) berpendapat orang kafir boleh masuk masjid kecuali masjid al haram. Hal yang sama dipegang oleh fuqaha mazhab Hanafi yang berpendapat keharaman masuk masjid bagi orang kafir cuma berlaku pada masjid al haram di Mekah. 2. Imam Ahmad (wafat 241H) melarang orang kafir masuk ke dalam masjid walaupun bukan masjid al haram kecuali ...

Alat Sulit Ramaja 16 Tahun Tersekat Dalam Lubang Paip Besi

TANGKAK - Tindakan seorang remaja lelaki memasukkan alat sulitnya dalam lubang paip besi di kediamannya di sini mengundang padah apabila anggota tubuh itu gagal dikeluarkan dan tersekat selama lebih kurang sejam. Ketua operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangkak, Pegawai Bomba Kanan II, Seniman Idris berkata, dalam kejadian jam 10 malam semalam. Pihak Bomba menerima panggilan kecemasan berhubung insiden berkenaan dan bergegas ke kediaman mangsa. Menurutnya, sebaik tiba, kami dapati mangsa berusia 16 tahun gagal mengeluarkan alat sulitnya yang telah tersekat di besi paip berkenaan. “Besi sepanjang kira-kira enam inci dengan diameter bersaiz lima milimeter itu tidak lagi digunakan. "Bomba terpaksa bertindak memotong paip besi itu terlebih dahulu,” katanya ketika dihubungi. Menurutnya lagi, selepas paip dipotong, alat sulit mangsa masih gagal dikeluarkan menyebabkan kes terpaksa dirujuk ke hospital. “Dalam jam 10.40 malam, mangsa dibawa ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HP...

Video: Dah Kena Tangkap

KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki yang disyaki terbabit dalam cubaan menarik kereta seorang wanita di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jumaat lalu yang kemudian tular di media sosial. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata tangkapan pertama dibuat selepas seorang pemandu trak tunda tampil menyerah diri pada 2.20 petang semalam manakala rakannya ditahan di sebuah hotel pada 11.50 malam pada hari sama. "Seorang lagi suspek masih belum menyerah diri dan kami menggesa supaya individu terbabit segera menyerah diri bagi membantu siasatan," katanya dalam satu sidang media di Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur, hari ini. Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana melakukan pemerasan. Semalam, media melaporkan ketiga-tiga lelaki terbabit cuba menarik kereta jenis Mazda selepas mendakwa wanita berusia 32 tahun itu mempunyai tunggakan bayaran bank selama 19 bulan. Dalam perkembangan berasingan...

Najib Cabar Kit Siang Debat

Bekas perdana menteri Najib Razak mencabar pengkritik utamanya, Ahli Parlimen Iskandar Puteri Lim Kit Siang untuk berdebat. Dalam wawancara Free Malaysia Today, Najib berkata beliau bersedia berdebat pada bila-bila masa, namun berharap Lim memahami jadualnya yang sibuk dengan kes mahkamah yang berterusan. “Kerajaan PH tidak mahu saya terlalu lapang. Tetapi saya akan meluangkan masa untuk Kit Siang jika dia sedia berdebat. “Ia boleh jadi perdebatan gaya bebas untuk bercakap. Dia boleh bertanya apa-apa pada saya, termasuk 1MDB. "Dan saya boleh bertanya apa-apa padanya. Dalam semangat demokrasi yang sihat, dia harus menyahut cabaran,” katanya. Ini bukan kali pertama cabaran berdebat melibatkan kedua-dua seteru politik itu. Pada Julai tahun lalu, Lim mencabar Najib menyertai debat umum bertajuk “Islam bukan kleptokrasi". Tanpa menyahut secara langsung cabaran itu, Najib membalas dengan berkata Lim sepatutnya menganjurkan debat berhubung manifesto PH. 'Malu Apa Bossku' b...

Ugut Dan Simbah Cat Merah, Along Nangis Dalam Kandang Tuduh

Gambar Hiasan SEORANG ceti haram atau Along menangis selepas Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini menjatuhi hukuman penjara lapan bulan terhadapnya kerana mengugut dan menyimbah cat merah pada rumah seorang peniaga, Mac lalu. Tertuduh, Tan Zei Hung, 30, dilihat bercucuran air mata di dalam kandang tertuduh selepas prosiding tamat di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim. Terdahulu, Tan mengaku bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berjalan dari tarikh tangkapan pada 11 Mac lalu. Turut menerima hukuman sama, pasangan kekasih, Kevin Chin Teck Leong, 28 dan Caroline Anak Normadiah, 30. Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa mengugut mangsa berusia 61 tahun dengan meninggalkan ugutan dan menyimbah cat merah di sebuah pangsapuri di Seksyen 16, Petaling Jaya pada 1.30 pagi 11 Mac lalu. Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 29B(1) Akta Pemberi Wang 1951 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yan...

Ibu Saudara Dapat Hak Jagaan Nur Firuza Amira Dan Nur Firuza Aqila

KUALA LUMPUR- [KEMASKINI] Pertikaian hak jagaan antara ibu saudara dan nenek anak mangsa nahas kemalangan maut Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) tiga tahun lalu, menemui jalan nokhtah hari ini apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur memberi hak jagaan kanak-kanak tersebut kepada Yusnidah Hussain. Hakim Syarie, Zaim Md Yudin membuat keputusan itu sekali gus membenarkan permohonan Yusnidah,51, selaku plaintif yang juga ibu saudara kepada Nur Firuza Amira Fairuz Nizam, 11, dan Nur Firuza Aqila Fairuz Nizam, 8. Zaim dalam keputusannya berkata, hak penjagaan kekal diberikan kepada Yusnidah manakala nenek kanak-kanak berkenaan, Wirda Syamsuddin (defendan) diberikan hak lawatan. "Cuti persekolahan dibahagi dua iaitu separuh pertama diberikan kepada plaintif dan separuh lagi diberikan kepada defendan. "Cuti perayaan diberikan secara bergilir- gilir bermula tahun 2019 diberikan kepada plaintif dan tahun berikutnya kepada defendan," katanya. Dalam penghakimannya ...

Polis Tidak Setuju Dengan Peraturan Baru Cermin Gelap

Pihak polis tidak bersetuju dengan peraturan baru Kementerian Pengangkutan mengenai cermin gelap kenderaan persendirian, berkata ia akan menyukarkan tugas pihak penguatkuasa, maklum Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Azisman Alias. Harian Metro hari ini melaporkan pihak polis tidak pernah dirundingkan mengenai perkara ini. “Saya berasa terkilan, sebaik-baiknya mereka berbincang dan mungkin boleh ambil pandangan daripada kita. “Sebelum ini, kita boleh nampak penumpang dan pemandu, namun dengan peraturan baru ini tiada had ketelusan cahaya dibenarkan. “Agak sukar bagi polis untuk membuat pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang,” kata Azisman. Menjelaskan lanjut, jelasnya kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon pintar ketika memandu dan tidak memakai tali pinggang keledar akan lebih sukar dikesan. “Memang beberapa peraturan ditetapkan seperti mengenakan fi dan perlu memenuhi syarat lain antaranya tidak mempuny...

Transgender Atau Mak Nyah Dilarang Mengajar Di Kemas

Gambar Hiasan KERAJAAN tidak akan membenarkan pengambilan tenaga pengajar yang terdiri daripada golongan transgender di Taman Asuhan Kanak-Kanak Jabatan Kebajikan Masyarakat (Kemas). Ketetapan itu dibuat bagi memastikan kanak-kanak tidak terkeliru dengan status guru yang mengajar mereka, Sehubungan itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, kementerian amat teliti dalam proses pengambilan guru Kemas. Pengambilan guru Kemas, jelas beliau, amat ketat sehingga setiap pemohon perlu lulus ujian psikometrik selain lulus dalam beberapa ujian lain. “Setakat ini, tidak ada. Transgender ini kadang-kadang kita tak tahu bahawa dia adalah transgender. Kalau tengok dokumen, namanya mungkin Ali bin Mohamad, tapi yang datang (temuduga) ala-ala Anita. “Ini budak-budak kecil, nanti budak-budak keliru,” kata Rina seperti dilaporkan portal berita Utusan Online pada Jumaat. Rina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Pendidikan Awal...

3 Gambar: Peragut Kejam!!! Tolak Mangsa Selepas Dapat Menyambar Beg Duit

SEORANG pembantu kedai cedera selepas terjatuh dari motosikal, akibat diragut dua lelaki di Kampung Pauh Sebanjar, Simpangan, Tumpat, 7.20 malam tadi. Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud berkata, akibat kejadian mangsa berusia 22 tahun luka di lutut, kaki, tangan dan muka. Katanya, mangsa menunggang Honda Dash dari tempat kerja dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Bendang Pak Yong. “Ketika melalui kawasan selekoh ada sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mengekori mangsa dari belakang. “Seorang dari suspek kemudian menyambar beg duit mangsa diletakkan dalam bakul motosikalnya,” katanya. Ab Rashid berkata, suspek turut menolak motosikal mangsa menyebabkan wanita itu hilang kawalan dan terbabas ke bahu jalan. Menurutnya, akibat kejadian mangsa mengalami kerugian dianggarkan RM1,700 membabitkan wang tunai RM200 dan seutas rantai emas. “Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang dijalankan,” katanya. -...

Video Monyet Curi Duit Plaza Tol Tular Di Media Sosial

UTTAR PRADESH - INDIA . Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah plaza tol di India mendedahkan satu insiden menarik. Insiden berlaku di bandar Kanpur, negeri Uttar Pradesh menyaksikan seekor monyet mencuri wang kutipan tol. Monyet tersebut dirakam melompat di atas bumbung sebuah kereta sebelum memasuki ruangan tol yang dijaga seorang pekerja dan mencuri sejumlah wang. Terkejut dengan apa yang berlaku, pekerja tol terbabit hanya mampu melihat monyet itu melarikan wang tersebut. Menurut polis, monyet tersebut dipercayai monyet peliharaan yang dilatih oleh pemiliknya untuk mencuri. - Sinar Harian