Skip to main content

Najib Terkejut RM42 Juta Masuk Skaun Peribadi


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut sebaik dimaklumkan terdapat dana kerajaan telah masuk ke akaun peribadinya.

Perkara itu dimaklumkan saksi pendakwa ke-37, Shamsul Anwar Sulaiman yang juga Pengarah Urusan Ihsan Perdana dalam keterangannya kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.

Shamsul Anwar berkata, beliau telah bertemu Najib setelah dibebaskan daripada soal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015 dan telah memaklumkan kepada bekas Perdana Menteri itu terdapat dana dari SRC International telah masuk ke akaun peribadinya ketika itu.

"Dia sangat terkejut selepas mendapati seseorang memasukkan wang ke akaunnya, dia tidak tahu siapa yang lakukan itu dan kenapa ia dilakukan menerusi syarikat saya (Ihsan Perdana)," katanya kepada peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika pemeriksaan balas hari ini.

Menurut Shamsul, sekalipun menunjukkan reaksi terkejut, namun Najib tidak pula meminta pihaknya membuat sebarang laporan dengan pihak berkuasa.

Terdahulu Shamsul yang memberi keterangan pada sesi perbicaraan yang telah masuk hari ke-20 itu turut memaklumkan kepada mahkamah ketika beliau ditahan reman oleh SPRM, pihaknya telah disoal berhubung dakwaan pemindahan wang Ihsan Perdana.

Katanya, SPRM mahu beliau mengakui berhubung wang RM42 juta yang dipindahkan daripada akaun Ihsan Perdana ke akaun peribadi Najib.

SPRM dalam masa yang sama turut mengingatkan beliau bahawa pihaknya adalah prospek yang didakwa terlibat bersubahat atas kesalahan pecah amanah.

Pada 2015, Shamsul pernah ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Sementara pada 4 Julai dan 8 Ogos tahun lalu pula, Najib didakwa di atas tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan salah guna kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram berhubung dana SRC.

Beliau bagaimanapun, mengaku tidak bersalah di atas semua pertuduhan. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...