ARAU: Warga emas berusia 57 tahun terima padah memuat naik gambar anak saudara perempuan yang berusia sembilan tahun tanpa pakaian dalam status WhatsApp ditahan polis semalam. Menurut laporan berita harian online, suspek merupakan seorang penoreh getah melakukan perbuatan terkutuk itu pada Isnin lalu ketika pergi ke rumah mangsa yang secara kebetulan tinggal berseorangan di Mata Ayer di sini. Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof, berkata kejadian itu disedari ahli keluarga mangsa selepas suspek memuat naik gambar mangsa yang tidak berpakaian dalam status 'WhatsApp' pada jam 12 tengahari semalam. Katanya, menyedari perbuatan suspek, ahli keluarga mangsa bertindak membuat laporan polis yang kemudian ditahan ditahan petang semalam. "Hasil siasatan mendapati suspek ke rumah mangsa pada Isnin lalu ketika mangsa berseorangan dan bertindak membuka pakaian mangsa sebelum mencabul. "Suspek juga meminta mangsa memegang kemaluannya sebelum mengambil gambar mangs...