Seorang lelaki nekad terjun dari tingkat tiga sebuah hotel bajet bagi meloloskan diri daripada dicekup pihak berkuasa dalam Ops Banteras Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) sempena Hari Pekerja, Isnin malam. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Syariah JAINJ, Halid Sono berkata lelaki itu disyaki keluar melalui tingkap tandas yang dibukanya sendiri sebelum melarikan diri dan meninggalkan pasangannya di dalam bilik. Beliau berkata ibu tunggal dan penjawat awam adalah antara lima pasangan kekasih rakyat tempatan berumur antara 18 dan 43 tahun yang ditahan dalam serbuan berasingan membabitkan 19 penguatkuasa bermula 10 malam hingga 12 malam di lima hotel bajet sekitar kawasan Perling dan Danga Bay, di Johor Bahru. Katanya ada pasangan yang ditahan itu mengakui kononnya mereka pasangan suami isteri, namun, setelah diperiksa menukar kenyataan bahawa mereka sudah bertunang. "Kesemua mereka ditahan kerana berada di dalam satu bilik, disyaki melakukan khalwat dan mendata...