Skip to main content

Isteri Lebih Pandai Sorok Berbanding Suami


PARA saintis mendedahkan bahawa isteri boleh membuat penilaian sama ada seorang suami itu curang atau tidak dengan hanya melihat wajahnya.

Ini berbeza dengan suami yang gagal mengesan perkara itu dengan cara yang sama, lapor AFP.

Para penyelidik di University of Western Australia menggunakan responden sekumpulan 1,500 individu dengan menunjukkan gambar 189 orang dewasa Kaukasia (101 lelaki dan 88 wanita), dengan soalan pertama adalah jika mereka boleh mengesan kecurangan hanya dengan melihat pada gambar-gambar itu.

Responden kemudian diminta memberikan ranking wajah-wajah tersebut pada skala 1 hingga 10, di mana 1 bermaksud "tidak mungkin curang" dan 10 adalah "sangat berkemungkinan untuk curang".

Hasilnya, isteri boleh mengesan jika suaminya curang, tetapi suami tidak boleh membuat penilaian terhadap isterinya.

"Kedua-dua lelaki dan wanita menunjukkan ketepatan dalam menilai air wajah lelaki tetapi bukan wajah wanita.

"Ia secara umumnya berkait rapat dengan pameran maskuliniti, walaupun penyelidik turut membuat satu kesimpulan lain yang menunjukkan suami dengan rupa paras kurang menarik lebih kerap dinilai sebagai setia.

"Namun mengejutkan kerana walaupun suami tampan dinilai akan atau berkemungkinan curang, mereka jarang terbabit dalam aktiviti yang menjurus kepada curang secara fizikal," kata para penyelidik dalam jurnal Royal Society Open Science.

Walaubagaimanapun, salah seorang penyelidik yang terlibat dalam laporan itu, Dr Yong Zhi Foo, mengingatkan orang ramai agar tidak cepat membuat kesimpulan.

"Jika kita terlalu bergantung kepada tanggapan pertama, ada kemungkinan kita akan membuat kesilapan besar.

"Dapatan kajian itu tidak boleh dijadikan penanda aras atau mempengaruhi cara kita menjalani kehidupan seharian," kata Foo kepada Agence France-Presse. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...