Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang.
Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam.
Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat.
Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.
Dalam pada itu, mangsa berharap agar siasatan dijalankan secara telus, menyeluruh dan tanpa sebarang pilih kasih, sambil menegaskan bahawa sebarang bentuk keganasan perlu dipandang serius.
Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu pihak berkuasa bagi memastikan keadilan dapat ditegakkan.
“Saya hanya mahukan keadilan. Ini bukan hanya tentang saya, tetapi tentang keselamatan semua,” katanya.
Perkongsian oleh Farhanah Halim.