Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

BN, PN Dijangka Umum Calon PRU15 Malam Esok

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan senarai calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi mewakili gabungan masing-masing pada Selasa. Berdasarkan surat berkaitan majlis pengumuman itu yang tersebar, kedua-dua gabungan itu difahamkan akan membuat pengumuman di Kuala Lumpur. Bagi BN, pengumuman calon akan dibuat jam 8.30 malam di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).   Manakala bagi PN, pengumuman calon akan dilakukan di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) jam 8 malam. Astro AWANI akan mendapatkan pengesahan rasmi mengenai majlis berkenaan. Setakat ini Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan sebahagian besar calon yang akan bertanding dalam PRU15. - Astro AWANI 

Rina Harun Sah Bertanding Di Parlimen Sepang

Penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa Rina Harun sah tidak akan mempertahankan kerusi itu, sebaliknya akan bertanding di Sepang pada PRU15. Perkara itu diumumkan Presiden Bersatu merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin dalam satu acara di Sepang, malam ini. Sorakan dan laungan "calon tempatan" mengiringi Rina ketika dia naik pentas apabila namanya dipanggil Muhyiddin. Rina yang juga ketua Srikandi Bersatu dijangka akan berdepan seorang lagi ketua sayap wanita, iaitu Ketua Wanita Amanah Aiman Athirah Sabu. Rina bukanlah asing di kerusi Parlimen itu apabila pernah menjadi ketua puteri Umno Sepang sebelum menyertai Bersatu. Kerusi Parlimen Sepang disandang oleh Hanipa Maidin sejak 2013. Dia bagaimanapun tidak dicalonkan oleh Amanah pada PRU kali ini.

Di tengah masalah dalaman, Zuraida umum PBM bergerak solo PRU15

Di tengah krisis kepimpinan dalam Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang belum selesai, penyandang kerusi Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin mengumumkan parti itu akan bertanding secara solo pada PRU15. Zuraida berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa pemilihan parti yang diadakan hari ini. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat itu, dia berkata keputusan itu dibuat kerana PBM tidak dapat memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan BN untuk menyertai gabungan itu. Dalam perkembangan lain, Zuraida berkata sebarang isu berhubung perebutan kuasa antara dia dan Larry Sng akan diselesaikan secara dalaman. "Insyallah, ia akan diselesaikan secara dalaman sebelum 5 Nov," katanya. Zuraida dilihat cuba mengelak ketika ditanya berhubung penggantungannya daripada PBM, siapa yang akan menandatangani borang pencalonan dan laporan bahawa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengesahkan Sng masih presiden PBM. Bagi setiap soalan tersebut, dia hanya berkata secara ringkas bahaw...

6 Lagi Mangsa Sindiket Tipu Kerja Dibawa Pulang

SEPANG: Situasinya amat cemas namun operasi bagi menyelamatkan sejumlah mangsa skim penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja memang berdepan saat-saat penuh debaran. Malahan, aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Shafiq Sazali menggambarkan senario misi tersebut seolah-olah aksi drama popular Gerak Khas. “Sejurus menerima maklumat lokasi mangsa, kami bergerak dalam konvoi beberapa kereta dan jika lambat, mungkin mereka langsung gagal diselamatkan,” katanya kepada pemberita. Terdahulu, beliau yang bertanggungjawab dalam misi khas itu di Kemboja baru-baru ini hadir menyambut ketibaan enam warga Malaysia yang semuanya berasal dari Sabah dan Sarawak. Kumpulan itu yang menaiki pesawat AirAsia penerbangan AK 535 dari Phnom Penh mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini pukul 12.08 tengah malam tadi. Turut meraikan mereka ialah Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, Presiden Pertubuhan Arah Keb...

Video: Pelajar Terlibat Kejadian Buli Dalam Ladang Kelapa Sawit

Polis telah memangil kesemua pelajar yang terlibat dalam kejadian buli berhampiran ladang kelapa sawit di Banting, Selangor, untuk dirakamkan keterangan, pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor, polis menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mengatakan anak lelakinya dibuli oleh tiga pelajar lelaki lain semasa berada di sekitar ladang kelapa sawit berkenaan. Menerusi rakaman berdurasi 55 saat itu, seorang pelajar dilihat cuba mempertahankan diri daripada dipukul, namun tidak membalas semula serangan yang diterima. Beberapa pelajar kemudian menampar dan menumbuk pipi serta menendang belakang badan mangsa. Disebabkan tumbukan dan tamparan itu, mangsa kemudian menangis. Pada masa sama dalam rakaman itu terdengar suara mengatakan; “Janganlah budak kecil-kecil nangis-nangis. Afiq mau setel sahaja hal ini”. Ada juga suara pelajar lain yang meminta agar kejadian itu tidak dirakam, namun difahamkan salah seorang rakan meminta agar p...

Video: Mercun, Botol Melayang Kekecohan Di Program Syed Saddiq

Sekumpulan lelaki 'bertopeng' hadir membuat kekecohan di Majlis Malam Mesra Muo anjuran Muda di Dewan Yong Sheng Muar, maklum Presidennya Syed Saddiq Abdul Rahman "Saya adakan majlis makan malam sahaja. Kenapa perlu ada provokasi lagi? Bukan saya buat apa-apa pun. "Bila ahli Muda tanya, datang dari mana, mereka mula mengganas. "Baling botol, baling mercun, rosakkan kereta tetamu," katanya pada hantaran di media sosial malam ini. Pengerusi Muda Sabah Amos Thien dilaporkan cedera semasa kekecohan malam ini dan terdapat juga kereta yang rosak. Syed Saddiq bertegas menolak sekeras-kerasnya provokasi dan juga "politik gangsterisme." "Kalau tak suka, dan nak lawan, kita lawan melalui politik dasar dan khidmat. "Kalau macam ni, takda guna. Masalah-masalah rakyat takkan selesai," katanya. Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abdul Aziz berkata Thien cedera akibat terjatuh semasa kejadian tolak-menolak dan mercun meletup di hadapannya. Seme...

MHO Berjaya Menyelamatkan 7 Rakyat Malaysia Menjadi Mangsa Perdagangkan Manusia Di Kemboja

Baru-baru ini, salah seorang wakil MHO Azirul Shafiq telah ke Kemboja bagi mendapatkan maklumat serta menawarkan bantuan dalam menyelamatkan rakyat Malaysia yang terkandas disana.  Semasa beliau disana dikahabarkan diantara rakyat Malaysia yang telah diselamatkan terpaksa menunggu masa untuk balik ke Malaysia kerana tidak mampu atau kekurangan wang bagi menampung kos pembelian tiket, pembayaran denda,  kos makan dan minum serta kos-kos lain berkaitan kerana mereka telahpun ditipu oleh sindiket penipuan kerja terbabit.  Pihak MHO juga akan turut membantu mempermudahkan urusan mereka dari segi persiapan dokumen-dokumen perjalanan pulang serta lain-lain berkaitan.  Pada 20hb Oktober 2022, wakil MHO tersebut telah berjaya menyelamatkan tujuh (7) orang daripada rakyat Malaysia yang terdiri daripada enam orang lelaki dan seorang perempuan berbangsa melayu di sebuah lokasi berhampiran sempadan negara Vietnam iaitu lebih kurang dua (2) jam dari Phnom Penh.  Pihak Keduta...

Misi Menyelamat Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia Diteruskan

Misi menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia di Myanmar diteruskan, kali ini dengan menggesa bantuan daripada kerajaan China. Pagi ini, Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) bersama ahli keluarga mangsa hadir ke Kedutaan China di Kuala Lumpur untuk menyerahkan memorandum meminta campur tangan daripada republik itu. Setiausaha Agung MHO, Hishamuddin Hashim, berkata China mampu memberi tekanan kepada Myanmar berikutan ia menjadi pelabur terbesar di negara junta itu. “Kita sudah pergi (hantar memorandum ke) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) minta supaya sampaikan mesej kepada PBB yang berpengkalan di New York untuk bantu rakyat Malaysia. “Hari ini, kita datang juga ke Kedutaan China yang berada di Malaysia supaya mesej ini sampai kepada Beijing untuk minta bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bantu selamatkan rakyat kita yang masih terperangkap, diseksa, dikuru...

Rogol Adik Ipar Berusia 15 Tahun, Lelaki Dihukum Penjara 20 Tahun, 20 Sebatan

KEMAMAN: Seorang tukang kebun dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 20 sebatan setelah mengaku salah terhadap dua pertuduhan merogol adik iparnya dalam kejadian pada September lalu. Tertuduh yang berusia 34 tahun itu membuat pengakuan setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. di Mahkamah Sesyen di sini, pada Ahad. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol adik iparnya yang berusia 15 tahun di sebuah rumah di Kemasik di sini kira-kira jam 9.30 pagi pada 21 September lalu.   Bagi pertuduhan kedua, lelaki berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di lokasi yang sama kira-kira jam 8 pagi pada 25 September lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta tidak kurang 10 sebatan bagi setiap kesalahan. Mahkamah menetapkan hukuman ke atas tertuduh bermula dari tarikh tangkap pada 4 Oktober lalu. Kes itu d...

Pelajar Sekolah Cedera Ditikam Di Perut

SHAH ALAM: Seorang pelajar sekolah cedera ditikam di perut selepas bergelut dengan seorang pencuri di rumahnya di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu berlaku semasa mangsa yang berusia 15 tahun tinggal berdua bersama abangnya yang berusia 17 tahun. “Kejadian berlaku apabila mangsa ke dapur yang bertujuan untuk minum air, tersempak dengan suspek yang pada ketika itu bersembunyi di tepi mesin basuh. “Selepas itu, berlaku pergelutan di antara mangsa dan suspek dengan suspek yang disyaki seorang warga tempatan menikam mangsa di bahagian perut menggunakan sebatang pemutar skru,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini. Akibat pergelutan itu, mangsa telah dibawa ke Hospital Shah Alam bagi mendapat rawatan dan kini ditempatkan di wad biasa serta berada dalam keadaan stabil. Menurut Mohd. Iqbal, pemeriksaan yang dijalankan pihak hospital mendapati terdapat kecederaan ...

Video: Ceramah Syed Saddiq Dicemari Provokasi

SHAH ALAM: Ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar pada Ahad. Naib Presiden MUDA, Mutalib Uthman berkata, ceramah pada mulanya tenang bertukar menjadi tegang apabila Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mula berucap. “Kumpulan anak-anak muda yang memakai baju hitam sejak awal dah ada di kawasan pekarangan ceramah tapi tak bertindak apa-apa.   “Di tengah ucapan Syed Saddiq ada yang memulakan provokasi dengan melaungkan ‘penipu’ dan disusuli dengan cubaan untuk merusuh kawasan khemah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad. Jelasnya, cubaan mereka merempuh khemah gagal apabila dihalang oleh sekumpulan penyokong MUDA dan polis yang membentuk penghalang daripada memasuki khemah. “Kumpulan itu pulang dengan menaiki motosikal tapi masih melakukan provokasi dengan membuat bising menggunakan motor mereka di jalan berhadapan kawasan ceramah,” katanya. Sementara itu, dua klip video tular ma...

Isteri Rentung: "Awak Keluar Kereta Dulu", Kata-Kata Terakhir Isteri Pada Suami

  KOTA TINGGI: "Awak keluar kereta dulu." Itu kata-kata terakhir Nurul Nazihah Kamalul Arifin kepada suaminya sebelum wanita itu maut akibat terperangkap dalam keretanya yang terbakar selepas kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan, malam tadi. Sambil menahan sebak, suami mangsa Redzuan Jamil, 28, berkata dia berjaya dibawa keluar oleh orang awam, sebelum dia dan orang awam cuba pula untuk membawa keluar isterinya yang masih tersepit di dalam kereta. "Ada kemalangan di hadapan saya dan keadaan tengah sesak ketika itu. Tiba-tiba saya sedar ada impak dari belakang apabila lori lima tan rempuh kereta saya dan dua kereta lain. Saya cuba selamatkan isteri saya dengan memecahkan cermin hadapan dan pintu sebelah isteri saya tapi tak berjaya kerana dia tersepit dekat 'dashboard' dan waktu itu isteri saya masih sedar.   "Selepas itu, tangki kereta saya meletup dan ada orang bawa saya keluar dari situ. Ketika itu saya tak denga...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah

JOHOR BAHRU - Seorang bayi perempuan dalam keadaan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di kawasan kediaman One Tebrau, Jalan Setanggi, Taman Seri Setanggi di sini pada 1 Oktober lalu. Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, bayi perempuan yang masih mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan itu ditemui seorang pengawal keselamatan di kawasan kediaman tersebut. "JKM menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.50 petang pada hari berkenaan berkaitan penemuan bayi berkenaan dalam tong sampah ‘Roll On Roll Off’ (RORO) "Pengawal keselamatan itu curiga apabila mengesan objek yang bergerak dalam tong sampah dan mendapati itu adalah bayi. "Pemeriksaan mendapati bayi itu adalah perempuan, masih bertali pusat dan tidak memiliki uri dipercayai dipotong sendiri oleh ibu kandungnya," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. Menurutnya, tubuh bayi tersebut kemerahan dan awalnya disangka kesan gigitan semut namun apa...

Neelofa akhirnya dedah wajah Bilal

Pengacara dan usahawan, Neelofa akhirnya berkongsi wajah anaknya, Muhammad Bilal Muhammad Harris melalui sebuah hantaran video di Instagram sebentar tadi. Dalam hantaran tersebut, Neelofa berkongsi harapan dan doa yang ditujukan khas buat anak sulungnya itu. "Ummi doakan Bilal meniadi asbab agama tersebar seluruh alam. "Terima kasih wahai Allah Yang Menzahirkan anak ini kepada kami…,” tulis Neelofa. Menjengah ke ruangan komen, ramai selebriti serta peminat meluahkan rasa teruja melihat wajah comel Bilal serta turut menitipkan doa yang terbaik buat bayi yang kini berusia 8 bulan itu. Terdahulu, tular wajah Bilal di platform TikTok selepas seorang pengguna platform itu memuat naik sebuah klip video memaparkan Neelofa memegang anaknya itu di sebuah klinik. Neelofa semalam mengakui amat terkilan dengan perbuatan individu terbabit yang menyebarkan imej Bilal tanpa izin.

Lima Mangsa Pemerdagangan Manusia Pulang Ke Tanah Air

SEPANG: Lima rakyat Malaysia yang menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk dijadikan 'scammer' sebuah syarikat di Laos pulang ke tanah air hari ini. Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 7.50 malam menaiki pesawat Thai Smile dari Vientiane, Laos ke Bangkok, Thailand dan kemudian ke KLIA. Kepulangan mereka disambut Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) En Zack, Presiden Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan dan Setiausaha Agong Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim Musa yang juga bekas Ketua Polis Negara berkata, mangsa berjaya melarikan diri sejak dua minggu lalu dengan bantuan penduduk tempatan dan berlindung di sebuah rumah. Menurutnya, kesemua mangsa menghubungi keluarga di Malaysia minta diselamatkan yang turut menghubungi MHO dan MACC bagi mendapatkan bantuan. Katanya, sindiket juga menghebahkan 'kehilangan' mereka di media sosial ...

3,000 Lagi Rakyat Malaysia Ditahan, Dipaksa, Diperdagang dan Diseksa di Myanma

Dianggarkan kira-kira 3,000 rakyat Malaysia yang merana termasuk masih terperangkap di negara berisiko sindiket penipuan kerja seperti Kemboja, Laos, Myanmar dan Thailand. Jumlah itu berdasarkan aduan dan maklumat yang diperoleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menyelamatkan kesemua mangsa yang diperdaya sindiket berkenaan. Sindiket itu turut dianggotai rakyat Malaysia yang bertindak sebagai ejen untuk mencari mangsa di negara ini. Kebanyakannya golongan muda akan terpengaruh, tambah lagi mereka menawarkan gaji lumayan mencecah RM6,000 sebulan. Perhimpunan Kemanusiaan ini Bagi Mengingati Anak Malaysia Yang Ditahan, Dipaksa, Diperdagang dan Diseksa di Myanmar, di hadapan Kedutaan Myanmar, di Jalan Ampang. Perhimpunan turut dihadiri Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim, Pengerusi Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN Malaysia) En Zack. Kira-kira 100 ahli NGO dan waris mangsa turut sama pada perhimpunan itu sa...