Skip to main content

6 Lagi Mangsa Sindiket Tipu Kerja Dibawa Pulang


SEPANG: Situasinya amat cemas namun operasi bagi menyelamatkan sejumlah mangsa skim penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja memang berdepan saat-saat penuh debaran.

Malahan, aktivis Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Azirul Shafiq Sazali menggambarkan senario misi tersebut seolah-olah aksi drama popular Gerak Khas.

“Sejurus menerima maklumat lokasi mangsa, kami bergerak dalam konvoi beberapa kereta dan jika lambat, mungkin mereka langsung gagal diselamatkan,” katanya kepada pemberita.

Terdahulu, beliau yang bertanggungjawab dalam misi khas itu di Kemboja baru-baru ini hadir menyambut ketibaan enam warga Malaysia yang semuanya berasal dari Sabah dan Sarawak.

Kumpulan itu yang menaiki pesawat AirAsia penerbangan AK 535 dari Phnom Penh mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 di sini pukul 12.08 tengah malam tadi.

Turut meraikan mereka ialah Presiden Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC), Tan Sri Musa Hassan, Presiden Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) EN Zack dan Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim.

Kepulangan kumpulan tersebut juga disambut wakil dari Pejabat Ketua Menteri Sarawak, Micheal Anak Joen dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Ceasar Mandela Malakum.

Mengulas lanjut, Azirul Shafiq berkata, pihak MHO bernasib baik kerana memiliki rangkaian pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan di Kemboja dalam memudah cara misi itu.

“Mangsa berjaya lari ketika bos sindiket itu pindahkan mereka ke sebuah hotel di Sihanoukville kerana bangunan markas operasi kumpulan ini secara kebetulan tidak selamat,” jelasnya.

Semasa di lokasi transit itu, salah seorang mangsa dapat berhubung dengan Hishamuddin pada sebelah malam dan misi menyelamatkan digerakkan pada awal pagi ketika masih gelap.

Sejumlah kenderaan termasuk van dipandu aktivis NGO warga Kemboja menunggu dekat hotel itu manakala beberapa kereta berada tidak jauh sebagai bantuan jika ada kecemasan.

Sejurus diselamatkan, mereka perlu bergerak pantas secara senyap sebelum kehilangan mangsa disedari sindiket itu yang mungkin mengejar serta melakukan sekatan jalan tertentu.

Perjalanan dari bandar peranginan terkenal itu ke ibu kota Phnom Penh sejauh 230 kilometer mengambil masa lebih lima jam dan mereka bersyukur tiada sebarang masalah yang timbul.

Azirul Shafiq berkata, beliau sendiri diancam bahaya apabila sering diganggu sindiket itu yang tidak berpuas hati dengan operasi menyelamat mangsa tersebut termasuk ugutan dibunuh.

“Bagaimanapun, terima kasih kepada pihak Kedutaan Besar Malaysia di Kemboja yang banyak bantu MHO terutama dalam urusan konsular dan dokumentasi semua mangsa,” tambahnya.

Setakat ini ujarnya, seramai 30 mangsa telah diselamatkan NGO itu dengan 24 daripadanya itu masih berada di depoh tahanan imigresen di Phnom Penh atas kesalahan tiada pasport.

Mereka dijangka dapat dibawa balik ke tanah air dalam masa terdekat susulan kerjasama pihak kedutaan dengan kerajaan Kemboja untuk melancarkan proses pengusiran pulang. – UTUSAN

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...