Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2020

Agong Adakan Rundingan Dengan Raja-Raja Melayu Isu Cadangan Muhyiddin

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima sembah taklimat Perdana Menteri berhubung cadangan-cadangan yang telah dicapai Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam. Susulan itu, baginda akan mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat bagi membincangkan dan memperhalusi cadangan-cadangan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Perkara itu dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini. "Adalah dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah amat memahami keperluan kelangsungan pentadbiran negara untuk memerangi ancaman wabak COVID-19. "Malah, Seri Paduka Baginda turut amat prihatin terhadap kegelisahan dan kegusaran rakyat ekoran daripada perkembangan terkini ini. "Oleh hal yang demikian dan susulan daripada sesi menghadap semalam, Al-Sultan Abdullah telah berkenan untuk mengadakan rundingan dengan Raja-Raja Melayu di Istana Negara dala...

Bayi Hidap Penyakit Hati Di Luar, Mohon Bantuan Orang Ramai

KUALA NERANG - Seorang penoreh getah di Kampung Perik di sini mengharapkan bantuan bagi meringankan kos rawatan dan keperluan anak bongsunya yang menghidap penyakit 'extracorporeal liver' atau hati berada di luar. Sanudin Ibrahim, 46, berkata, Muhammad Ammar yang berusia tiga bulan merupakan anak kelimanya, dilahirkan secara pembedahan kerana tidak cukup bulan, malah menghidap penyakit jantung berlubang dan tidak mempunyai cuping telinga kanan. Menurutnya, pendapatannya yang tidak menentu sekitar RM600 sebulan sedikit sebanyak memberi tekanan dalam menyediakan kos untuk bertemu pakar perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar pada setiap sebulan. "Saya juga ambil upah kerja kampung seperti memesin rumput dan jadi buruh bina rumah untuk tampung pendapatan. Apabila musim hujan, memang pendapatan saya makin berkurang. "Pada Isnin ini, anak saya perlu dirujuk ke pakar HSB bagi melihat keadaannya. Namun, pembedahan untuk memasukkan hati ke dalam badan masih ...

Pasangan Penjawat Awam Sorok Dalam Siling Elak Dari Dtangkap Khalwat

ALOR SETAR: Seorang lelaki sanggup menyorok dalam siling rumah teres di taman perumahan di Jalan Alor Mengkudu di sini, awal pagi tadi, bagi mengelak daripada ditangkap berkhalwat. Bagaimanapun tindakan lelaki berusia 55 tahun itu gagal apabila berjaya dikesan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) yang melakukan pemeriksaan pada jam 1.10 pagi. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-undang JAIK, Radzi Abdul Mutalib, berkata lelaki yang berstatus suami orang itu tidak memberi kerjasama ketika diminta membuka pintu. Berikutan itu, penguat kuasa JAIK meminta bantuan anggota polis peronda untuk melakukan pemeriksaan dan mengarahkan pintu rumah dibuka. "Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita berusia 33 tahun berada di tingkat atas rumah berkenaan dan seorang lelaki bersembunyi di bahagian siling rumah. "Mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan hubungan mahram atau suami isteri," katanya hari ini. Radzi berkata, pasangan terbabit didapati beker...

5 Lelaki Didakwa Rogol Remaja 12 Tahun

Lima lelaki termasuk dua remaja didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rogol berkumpulan terhadap seorang murid Tahun Enam pada September lalu. Namun kedua-dua tertuduh berusia 16 dan 17 tahun bersama tiga rakan mereka, Tuan Muhammad Shafiq Tuan Ismail, 21, Muhammad Ghardafi Abdullah, 20, dan Ahmad Syah Herfudin Omar, 23, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama. Mengikut pertuduhan, mereka berusia antara 16 hingga 23 tahun didakwa bersama-sama merogol mangsa yang berusia 12 tahun secara berkumpulan antara jam 9 malam hingga 11 malam di dalam ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 5, Ketengah Jaya, Dungun pada 29 September lalu. Dengan itu, mereka didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun jika disabitkan kesalahan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfazliah Mahmud di hadapan Hakim Nooriah Osman. Kedua-dua ...

Video: Ibu Buang Anak Dari Jambatan, Balas Dendam Terhadap Suami

Tular sebuah video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang wanita membuang dua anak ke Sungai Tigris di utara ibu kota Iraq. Menurut laporan Sinar Harian, wanita itu membuang dua orang anaknya dari jambatan kerana untuk membalas dendam terhadap bekas suaminya. Bagaimanapun, menurut sumber keselamatan, polis Baghdad telah menahan ibu kepada anak lelaki dan perempuan masing-masing berusia tiga dan dua tahun itu. Katanya, siasatan awal mendapati wanita itu bertindak sedemikian sebagai balas dendam terhadap bekas suami yang menceraikannya. Menurut laporan itu juga, kedua-dua mangsa Hur Mohammed dan Masuma Mohammed masih belum ditemui sejak kejadian pada 17 Oktober lalu. Semua ahli keluarga berada dalam keadaan terkejut berikutan kejadian itu dan masih dalam berusaha mencari mayat dua beradik tersebut. Datuk kepada mangsa, Abu Tahsin Deraji berkata, tindakan wanita itu mengakhiri nyawa anak-anaknya adalah kerana tidak boleh menerima hakikat suaminya meminta cerai pada bula...

Tergamak Isteri Merancang Bunuh Suaminya Sendiri Untuk Dapatkan Harta

KUALA LUMPUR: Seorang isteri tergamak merancang pembunuhan suaminya yang juga orang kurang upaya (OKU) dengan kecacatan buta untuk mendapatkan harta. Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pembunuhan itu dirancang bersama adik lelaki wanita terbabit yang berusia 42 tahun. Katanya, suspek wanita yang berusia 45 tahun itu pada awalnya membuat laporan polis mendakwa suaminya disamun semasa mangsa berada di rumah mereka di Jalan Jati, Kampung Baru Sungai Chua, Kajang, pada 1 Oktober lalu. "Hasil siasatan mendapati, suspek dikatakan mengupah adik lelakinya untuk datang ke rumah mereka untuk membunuh suaminya yang juga seorang ahli perniagaan. "Adik lelaki wanita itu bertindak memukul kepala mangsa menggunakan tukul besi selain melarikan rantai yang dipakai," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu. Mengulas lanjut, Mohd Zaid berkata, pembunuhan itu terbongkar selepas laporan polis dibuat suspek meragukan dan hasil soal siasat mendapati wanita...

Pesakit COVID-19 Wanita Terjun Tingkat 8 Bangunan Hospital

KUALA LUMPUR: Seorang pesakit COVID-19 wanita ditemui maut selepas dipercayai terjun dari tingkat lapan bangunan Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, malam tadi. Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Habibi Majinji, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 9.30 malam. "Wanita tempatan berusia 63 tahun itu terjun dari tingkap di tingkat lapan bangunan hospital berkenaan sebelum disedari pihak hospital. "Mangsa dimasukkan ke hospital berkenaan pada 13 Oktober lalu selepas disahkan positif COVID-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mengulas lanjut, Habibi berkata, mangsa disahkan bebas penyakit berkenaan dan dijadualkan untuk keluar hospital pada Khamis. "Pihak polis sedang menjalankan siasat bagi mengenal pasti punca mangsa terjun termasuk mencari saksi di tempat kejadian. "Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan orang awam yang mempunyai maklumat berhubung mangsa diminta tampil membantu siasatan,...

Zahid Hamidi Wajib Selamatkan Diri Dari Pertuduhan Mahkamah Dengan Apa Cara Sekali Pun

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno Tajuddin Abdul Rahman berkata adalah wajar untuk Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi "menyelamatkan diri" daripada pertuduhan mahkamah yang dihadapinya kini. "Siapa yang tak mahu berusaha menyelamatkan diri masing-masing? Tidak hairan. Kalau Zahid hendak menyelamatkan diri dia, itu wajib dan tanggungjawab dia. "Menjaga keselamatan diri, menjaga keselamatan keluarga. Kenapa dipertikaikan? Sama ada dia menggunakan partikah, ini kah, itu lain. Boleh diperlakukan, tetapi jika dia berusaha apa cara sekali, pun itu wajar. "Tak kan kalau kamu dah sakit sampai nak mati tak pergi berubat? Kena berikhtiarlah cari ubatnya," katanya dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia, hari ini. Tajuddin berkata demikian ketika ditanya mengenai kritikan terhadap Zahid yang terpalit kes mahkamah. Zahid, yang juga bekas timbalan perdana menteri berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wa...

Video: Ronaldo Sebuat "Inshallah!" Di Instagram Live Sokong Khabib Akan Menang Lawan Justin Gaethje

LONDON: Cristiano Ronaldo 'sudah tentu' menyokong Khabib Nurmagomedov dalam pertarungan untuk menewaskan Justin Gaethje pada UFC 254. Khabib yang tidak pernah tewas menjadi tajuk utama Fight Island minggu depan berdepan Gaethje dalam kategori lightweight. Dan ikon Portugal itu yang kini menjalani kuarantin selepas disahkan positif COVID-19 - meramalkan Khabib, 32, akan mengekalkan mahkotanya. Ronaldo membalas menerusi Instagram 'live stream': "Sudah tentu, sudah tentu, Khabib akan menang! "Saudaraku! Inshallah!" Dua bintang ternama itu sebelum ini bertemu pada 2018, ketika kedua-duanya bergambar dan Khabib memegang jersi bintang Real Madrid itu. Ronaldo ialah peminat UFC dan sebelum ini berlatih dengan bekas lawan Khabib, Conor McGregor, 32. McGregor dan pemenang lima kali Ballon d'Or itu bertemu di Las Vegas pada 2016. Ronaldo kemudian menjemput bintang Ireland itu dan jurulatihnya, John Kavanagh ke majlis keraian Jennifer Lopez. - Berita Harian Onli...

Padah Cabul Remaja Perempuan, Penjual Aiskrim Dipukul Penduduk Taman Seri Indah

KEPALA BATAS: Padah mencabul seorang remaja perempuan, penjual aiskrim warga Pakistan cedera dipukul oleh penduduk di Taman Seri Indah, Kepala Batas di sini. Kejadian dipercayai berlaku ketika suspek berusia 25 tahun itu menjual aiskrim kepada mangsa yang berusia 14 tahun dan adik perempuannya berusia enam tahun, di hadapan rumah mereka pada jam 4.45 petang Rabu lalu. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata suspek dipercayai mula menyentuh tubuh mangsa menyebabkan remaja itu terkejut. "Ketika mangsa sedang memilih aiskrim di dalam tong ais, secara tiba-tiba suspek dikatakan memegang bahunya sehingga menyebabkan dia terkejut dan mengundur ke belakang. "Ketika mangsa ingin membayar, suspek bertindak memegang tangan mangsa lalu cuba menciumnya," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu. Beliau berkata, mangsa dan adiknya yang ketakutan berlari masuk ke kawasan rumah dan menutup pintu pagar, namun suspek masih cuba memanggiln...

Video: Bertindak Provokasi Terhadap Polis Empat Lelaki Mabuk Ditahan

Empat lelaki mabuk ditahan selepas bertindak melakukan provokasi dengan menghalang tugas penjawat awam di Plaza Tol Slim River pada Jumaat. Menurut Ketua Polis Daerah Muallim, Superintenden Sulizmie Affendy Sulaiman dalam satu kenyataan, lelaki berusia di antara 25 hingga 41 tahun itu ditangkap anggota unit peronda polis (MPV) Muallim dalam kejadian pada jam 3.30 pagi. Pihaknya menerima maklumat terdapat sekumpulan lelaki sedang mabuk dan membuat bising dengan memasang muzik yang kuat di tempat kejadian. Setibanya di lokasi, didapati empat lelaki sedang mabuk dan berada di luar kereta yang diletakkan di tepi jalan. Anggota MPV telah memberi nasihat agar mereka beredar dan tidak membuat bising. Bagaimanapun dua daripada mereka mengamuk dan menyerang anggota tersebut dengan menolak badan serta mengeluarkan kata-kata kesat. Salah seorang suspek juga bertindak merakam video dan cuba membuat provokasi ke atas anggota polis. Siasatan mendapati seorang daripada mereka mempunyai rekod lampau ...

Video: Lelaki Tumbuk Bomba Direman

Seorang lelaki yang menumbuk anggota bomba selepas terlibat kemalangan jalan raya di Cheras Perdana pada Khamis direman empat hari bagi membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Kajang, Sharifah Fazilah Zulkefli bermula 16 Oktober hingga 19 Oktober. Dalam kejadian pada Khamis, suspek yang merupakan seorang pengurus acara menumbuk seorang anggota bomba selepas dia dihalang menghampiri keretanya yang terbakar. Malah, suspek bertindak agresif dan mengamuk di lokasi sehingga menyebabkan anggota bomba bergelut dan terpaksa menahannya. Sebelum itu, kenderaan dipandu suspek melanggar dua buah kenderaan lain dan mengakibatkan kenderaannya mengalami kerosakan teruk dan terbakar. Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine. Kes disiasat di bawah Seksyen 186 / 353 Kanun Keseksaan dan siasatan kes kemalangan dijalankan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kes terbabit tular di media sosial dengan beberapa rakaman video memaparkan s...

UMNO Pecah Dua: Ku Li, Tok Mat Menentang Gerakan Zahid, Najib Sokong Anwar

Sejurus Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau mempunyai sokongan majoriti lebih 120 ahli Parlimen pada satu sidang media 23 September lalu, ia dilihat telah mencetuskan bibit perpecahan dalam kalangan parti UMNO. Menurut sumber kepada Astro AWANI, parti Melayu terbesar itu kini berpecah dua dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi penentang kepada gerakan yang dipercayai digerakkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tambah sumber, gerakan diketuai Tengku Razaleigh yang dikenali sebagai Ku Li itu mendapat sokongan daripada beberapa pemimpin berpengaruh UMNO seperti Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hassan; Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. "Jika dicongak dan dilihat kepada jumlah sokongan, gerakan Ku Li ini mempunyai sokongan lebih besar dalam kalangan Ahli Parlimen UMNO. Sekurang-kurangnya 24 dari...

AWAS! Perokok Yang Dijangkiti Covid-19 Di Kedai Makan

SELAIN daripada perlu patuh pada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak Kementerian sepanjang negara menghadapi pandemik Covid-19, orang ramai perlu mematuhi larangan merokok khususnya di kedai makan dan kawasan terbuka. Perkara tersebut perlu dipraktikkan untuk mengelakkan komplikasi merokok dan jangkitan Covid-19 menular dengan mudah. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengeluarkan amaran perokok yang dijangkiti Covid-19, berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi serius. Kementerian Kesihatan telah mewartakan semua kedai makan sama ada berhawa dingin atau tidak, sebagai tempat larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau Terdapat aduan berkaitan aktiviti merokok di kedai makan melalui talian hotline Kementerian Kesihatan dan aduan yang diterima telah meningkat sejak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dikuatkuasakan sejak 10 Jun lalu Kementerian Kesihatan sedang berusaha untuk mengukuhkan semua kewajipan melindungi bukan perokok da...

Kalau Mahu UMNO Sokong Perikatan Nasional, UMNO Harus Jadi Perdana Menteri

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam berharap antara syarat baharu diletakkan UMNO kepada Perikatan Nasional (PN) adalah Perdana Menteri datangnya daripada parti itu. Lokman berpandangan sedemikian kerana UMNO adalah parti yang mempunyai kerusi paling banyak dalam kerajaan PN sekarang berbanding Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan parti yang lain. "Ini baru betul, yang majoriti tentukan hala tuju pemerintahan, bukan parti minoriti buli majoriti. Tahniah UMNO! Harap antara syarat yang diletakkan ialah UMNO Perdana Menteri, Bersatu TPM," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya hari ini. Beliau berkata, sekiranya PN tidak bersetuju dengan syarat yang diberikan itu UMNO boleh sahaja keluar dari kerajaan dan menjadi pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). “Jika UMNO keluar dari PN dan tidak menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri Tan Sri Muhiyiddin Yassin tumbang. "Anwar tak jadi...

Wanita Rugi RM480,000 Ditipu Teman Lelaki Luar Negara

KOTA BHARU: Ingin mengelakkan wang perbelanjaan kahwin yang dikirimkan 'teman lelaki' dari luar negara dibekukan, seorang ibu tunggal kerugian RM480,000. Mangsa berusia 50-an yang juga pesara kerajaan dijanjikan akan menerima wang persediaan perkahwinan RM650,000 sebelum diminta membuat sejumlah bayaran bagi mengelakkan separuh daripada transaksi kononnya sudah dibuat oleh kenalannya itu dibekukan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed, berkata mangsa berasal dari Gua Musang, dekat sini, dan berkenalan dengan seorang lelaki menerusi Facebook, pada September lalu. "Kenalan lelakinya itu kononnya menetap dan bekerja dalam industri minyak dan gas, di United Kingdom dan menyatakan ingin menghantar mangsa wang perbelanjaan perkahwinan berjumlah RM650,000. "Pada hujung September lalu, mangsa dihubungi seorang wanita kononnya bertugas di Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan rakan Facebook mangsa sudah memindahkan sejumlah wang...

Bapa Durjana Berdepan Hukuman Penjara Deumur Hidup

Seorang bayi berusia 10 bulan maut selepas diperkosa bapanya sendiri di Montgomery, Amerika Syarikat (AS). Bapa kanak-kanak itu, Austin Stevens, 29, sudah ditahan dan berdepan beberapa pertuduhan yang bakal menyaksikan dia berada untuk tempoh lama di penjara. Peguam Daerah Montgomery County, Kevin Steele berkata kes itu sangat-sangat memberi kesan kepada penduduk tempatan. “Sukar untuk membayangkan kematian kanak-kanak ini menjadi lebih trauma. "Serangan seksual terhadap bayi adalah keji. “Ia diburukkan lagi dengan tiada langsung usaha daripada ayahnya untuk menyelamatkan nyawanya sehingga menyebabkan kematian anak ini,” kata Steele kepada wartawan. Anggota perubatan yang cuba menyelamatkan mangsa berkata setibanya di lokasi, bayi itu sedang memakai lampin yang dipenuhi dengan darah. Bayi malang itu walau bagaimanapun disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital. Laporan autopsi menunjukkan bayi itu diserang secara seksual selain hentakan benda keras di kepalanya. Penyiasat y...

Agrobank Sahkan Seorang Kakitangan Positif Covid-19

Agrobank mengesahkan salah seorang kakitangannya di cawangan Agrobank Sg Buloh telah diuji positif COVID-19. Pekerja berkenaan kini sedang menjalani rawatan perubatan di Hospital Kerajaan. Penjejakan kontak rapat juga telah dilakukan untuk mengenal pasti dan memaklumkan kepada mereka yang telah mempunyai hubungan langsung dengan pekerja tersebut, dan mereka akan menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari sambil terus memantau keadaan kesihatan mereka dan menunggu arahan lanjut daripada pihak berkuasa.  Agrobank bekerjasama secara rapat dengan pihak berkuasa kesihatan untuk sebarang tindakan susulan yang mungkin diperlukan. Cawangan yang terjejas juga akan ditutup sementara bermula 7 Oktober 2020 sehingga pemberitahuan lebih lanjut kelak bagi tujuan memfasilitasi aktiviti sanitasi dan pembersihan secara menyeluruh, bagi mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada penularan virus, dan ia akan dijalankan berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan . Se...

Dua Remaja Mengaku Salah Di Mahkamah

BACHOK: Dua lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan melastik seorang warga emas sehingga mendatangkan kecederaan, Khamis lalu. Kedua-dua tertuduh, Mohammad Roslan Abdullah, 18, dan Muhammad Aziman Peli, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor. Mahkamah menetapkan 5 November untuk menjatuhkan hukuman terhadap kedua-dua tertuduh. Mohd Dinie Shazwan memerintahkan kedua-dua tertuduh membayar jaminan sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hadir ke rumah keluarga Muhammad Roslan bagi melengkapkan laporan sosial. Mengikut pertuduhan, mereka didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Wan Bidah Wan Deraman, 67, dengan cara melastik tangan kiri mangsa dalam kejadian di Kampung Banggol Pauh, jam 8.10 malam Khamis lalu. Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang ...

Bayi Perempuan Berusia Setahun Jad Mangsa Hari Ini

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia setahun adalah antara empat kematian berkaitan COVID-19 yang dilaporkan hari ini. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata bayi perempuan rakyat Malaysia itu adalah kes kematian ke-140 yang dicatat setakat tengah hari tadi. Beliau berkata, kes dibawa mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Semporna pada 1 Oktober lalu. "Keadaan kesihatan kes didapati merosot dan memerlukan bantuan pernafasan. Saringan COVID-19 didapati positif pada 5 Oktober 2020. Kes disahkan meninggal dunia pada 5 Oktober 2020 jam 4.25 petang," katanya pada sidang media COVID-19, di sini, hari ini. Ini adalah kematian pertama membabitkan bayi di negara ini. Selain itu, Dr Noor Hisham berkata, kes kematian ke-138 membabitkan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 60 tahun yang dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent Sandakan pada 25 September 2020. Saringan COVID-19 didapati positif pada 26 September 2020 manakala keadaa...

Lagi Ahli Politik Positif COVID-19 Selepas Pulang Dari Sabah

JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Nor Hayati Bachok hari ini mengesahkan beliau positif COVID-19. Norhayati ketika dihubungi berkata, pengesahan itu diperoleh selepas menjalani ujian pengesanan kali kedua, Ahad lalu walaupun keputusan ujian pertama pada 26 September negatif. Katanya, beliau kini dirawat di Hospital Kluang. "Apa-apa perkembangan sila baca kenyataan saya dalam Facebook," katanya. Sementara itu, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) ADUN Maharani akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan status kesihatan dan keputusan saringan COVID-19 wakil rakyat berkenaan dan keluarganya. Menerusi kenyataan dikeluarkan PKWR yang dimuat naik di Facebook ADUN Maharani, Nor Hayati Bachok, laporan polis juga sudah dibuat selepas pihaknya mengenal pasti individu yang menyebarkan maklumat sulit berkenaan. "Pihak PKWR ADUN Maharani mengambil maklum penularan mesej mengenai status kesihatan ADUN Maharani, Nor...

Ini Penjelasan Pejabat Sultan Selangor Latar Belakang Raja Laut

Pejabat Sultan Selangor hari ini menjelaskan Raja Laut yang namanya diabadikan di sebatang jalan di Kuala Lumpur sebenarnya merupakan seorang pembesar di negeri tersebut. Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Selangor Royal Office itu berkongsi sejarah latar belakang Raja Laut yang diputerakan pada 1850 dan merupakan putera kedua Sultan Selangor ke-3, Almarhum Sultan Muhammad Shah Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Shah. Kenyataa itu berkata, Almarhum juga adalah anak saudara kepada Sultan Selangor ke-4, Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah. "Almarhum mendapat nama gelaran ‘Laut’ kerana dikatakan dilahirkan ketika bondanya berada di perairan sekitar Lukut. "Almarhum tersohor sebagai ketua masyarakat Melayu di Kuala Lumpur pada tahun 1880 dan antara individu yang telah menyelesaikan banyak masalah yang timbul pada ketika itu. "Almarhum yang tinggal di Kampung Rawa, pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Negeri Selangor dan bertindak sebagai hakim...

Mengaku Tidak Bersalah Di Mahkamah

KULIM: Seorang bapa saudara dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kulim hari ini, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudara lelakinya yang berusia 6 tahun sejak Ogos lalu. Tertuduh yang berusia 62 tahun, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Musyiri Peet. Berdasarkan pertuduhan itu, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal pada bahagian alat sulit mangsa. Perbuatan itu dilakukan di rumahnya kira kira jam 3 petang pada pertengahan Ogos 2020. Bagi pertuduhan kedua, tertuduh melakukan perbuatan seumpamanya pada mangsa pada jam 4 petang pada pada pertengahan Ogos 2020 di alamat yang sama. Tertuduh yang berkerja sebagai pemandu teksi didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017 bagi kedua-dua kesalahan terbabit. Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan serta hendaklah diperintahkan untuk menjalani pengawasan polis selama tiga ...

Tidak Kuarantin Selepas Pulang Dari Sabah, Dr Zulkifli Sekali Lagi Mohon Maaf

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19 pada Isnin, sekali lagi memohon maaf di atas insiden yang berlaku. Kenyataan itu tampil selepas beberapa pihak dilihat terus mempersoalkan tindakan Menteri Agama itu yang tidak menjalani kuarantin selama 14 hari selepas pulang dari Sabah, selain menghadiri pelbagai program di beberapa negeri. Menerusi kemas kini di laman Twitter, Zulkifli turut menyifatkan tempoh masa diberikan sebagai peluang untuk beliau bermuhasabah dan meneliti ruang penambahbaikan. “Tempoh masa yang dikurniakan Allah SWT ini memberi peluang untuk saya bermuhasabah dan meneliti ruang-ruang penambahbaikan untuk masa mendatang. “Saya dari lubuk hati yang benar-benar ikhlas, sekali lagi memohon maaf atas apa yang berlaku,” demikian katanya dalam entri tersebut, hari ini. Walaupun perlu menjalani rawatan dan kuarantin, Zulkifli memaklumkan amanah dan tanggungjawab yang digalas oleh beliau akan ter...

Video: Beg Pakaian Ditemui Di Tepi Jalan Aman

SIBU: Mayat wanita yang disumbat dalam beg pakaian ditemui di tepi Jalan Aman, dekat sini awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, berkata orang ramai merasa curiga apabila melihat sebuah pakaian berwarna hitam diletakkan di tepi jalan sebelum menghubungi polis. "Pemeriksaan yang dibuat oleh sepasukan anggota polis di lokasi kejadian amat mengejutkan apabila terdapat mayat seorang wanita disumbat dalamnya," katanya. Penemuan mayat wanita yang belum lagi diketahui identiti itu masih lagi dalam siasatan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat. "Polis sedang menyiasat kes ini dan perkembangannya akan dimaklumkan dari masa ke masa," jelasnya. - Berita Harian Online

Adun Kota Damansara Dan Keluarga Positif Covid-19, Pulang Dari Sabah

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor bersama isteri dan 2 anaknya positif Covid-19. Shatiri berkata demikian menerusi rakaman video dimuat naik di Facebooknya. Katanya, beliau dan 7 lagi individu dari pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2). “Kami diarah kuarantin di rumah sehingga 11 Oktober. Pada 30 September isteri saya menerima panggilan daripada pejabat kesihatan telah disahkan Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh. “Oleh kerana kontak rapat, saya telah dipanggil ke pusat daerah pada 2 Oktober dan membuat saringan semula. “Hari ini, saya menerima panggilan doktor kesihatan Petaling bahawa saya positif Covid 19 dan 2 anak saya positif,” katanya. Shatiri berkata, beliau dan 2 anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan. Bagaimanapun, 3 lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin...

Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Disahkan Positif Covid-19

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menjadi pemimpin negara terbaharu yang disahkan positif pandemik COVID-19. Dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook peribadinya, Dr Zulkifli berkata, beliau kini menjalani rawatan. "Kepada semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. "Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik," katanya. Justeru, Zulkifli meminta orang ramai yang menghadiri majlis yang dihadiri beliau sebelum ini menjalani saringan Covid-19. "Saya menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang melibatkan kehadiran saya dari 24 September hingga 4 Oktober menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera. "Saya berdoa semoga ALLAH SWT sembuhkan dan selamatkan rakyat Malaysia daripada Covid-19. Insya-Allah," katanya. Pada 24 September lalu, Zulkifli...

432 Kes Positif Covid, Catat Kes Harian Tertinggi 😱😱

Malaysia hari ini mencatatkan kes harian positif wabak koronavirus (Covid-19) tertinggi dengan 432 kes hari ini. Pandemik koronavirus (Covid-19) terus menjadi ancaman di negara. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di laman Twitternya memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak 429 adalah penularan tempatan dan tiga kes import. "Ia tertinggi sejak wabak ini melanda negara kita," katanya.  Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini: Jumlah discaj baru: 57 Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%) Jumlah kes baru: 432 Jumlah kumulatif: 12813 Jumlah kes aktif: 2336 Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN) Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN) Jumlah kematian: 0 Jumlah kumulatif kematian: 137 (1.07%) Jumlah kes di ICU: 32 Pesakit intubated: 8

Bapa Mengaku Tidak Bersalah Selepas Tuduhan Dibacakan

JOHOR BAHRU : Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak sulungnya pada Jun lalu. Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob. Dia didakwa merogol anak perempuan kandungnya berusia 17 tahun di sebuah rumah di Kampung Maju Jaya, Pekan Nenas, Pontian dekat sini pada pukul 11 pagi, 28 Jun lalu. Pendakwaan dijalankan mengikut 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh mengemukakan permohonan supaya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas lelaki itu dengan alasan khuatir tertuduh mengganggu mangsa. Wan Mohd Norisham membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 23 November depan sementara menunggu laporan perubatan, kimia serta tertuduh melantik peguam bela. 

Lagi Gelang Pink Ingkar Arahan Kuarantin

Seorang lelaki warga emas yang cuba menyembunyikan gelang merah jambu dengan lilitan kain putih, ditahan polis kerana melanggar syarat kuarantin Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) COVID-19, di Damansara Damai, pada Ahad. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, bertindak atas maklumat orang ramai yang melihat seorang lelaki memakai gelang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berlegar-legar di kawasan lot kedai kawasan itu, polis melakukan pemeriksaan. "Setibanya di lokasi, polis menahan lelaki berusia 63 tahun terbabit selepas didapati dia cuba menyorokkan gelang KKM itu. "Semakan mendapati lelaki itu datang dari Sabah untuk urusan perniagaan, dan keputusan ujian saringan COVID-19 adalah negatif," katanya dalam kenyataan di sini, pada Isnin. Bagaimanapun, kata Nik Ezanee, lelaki itu diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah bermula 28 September hingga 11 Oktober depan. Beliau memberitahu, polis akan membuat permoho...

Isteri Lapor Polis Dengan Muka Berdarah, Dibelasah Suami Cemburu

Seorang suri rumah nekad menunggang motosikal sambil menahan kesakitan akibat kecederaan di muka selepas dibelasah suami, ketika tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim di sini, petang semalam. Dalam kejadian jam 5.50 petang itu, wanita terbabit cedera di mulut dan bengkak di muka akibat ditumbuk suaminya kerana cemburu. Mangsa berusia 45 tahun terbabit dipukul dengan besi di bahagian belakang oleh suspek berusia 48 tahun itu. Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim, berkata dalam kesakitan akibat serangan itu, mangsa berusaha menunggang motosikal untuk membuat laporan polis. Beliau berkata, susulan dari laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulim menahan suami mangsa di rumah mereka pada jam 6.40 petang untuk membantu siasatan. "Siasatan mendapati suspek dipercayai memukul mangsa dengan tangan dan besi di lokasi kejadian. "Pemeriksaan lanjut di sekitar kawasan rumah itu menemui satu batang besi plat panjang untuk mem...

4 Remaja Direman Kes Buli Warga Emas

PASIR PUTEH – Empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kes buli seorang wanita warga emas di Banggol Pauh, Bekelam dekat Bachok Rabu lalu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor ke atas remaja terbabit yang dipercayai membuli warga emas berusia 67 tahun di Banggol Pauh, Bekelam, Bachok Khamis lalu. Kesemua remaja itu ditahan reman untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 324 kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. Bagaimanapun, dua lagi remaja lelaki berusia 18 dan 15 tahun termasuk perakam video tular itu ditahan selepas menyerah diri pada jam 5.30 petang hari yang sama. Terdahulu, mereka tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Pasir Puteh di sini hari ini pada pukul 9.50 pagi dengan menaiki van polis. Mereka kelihatan sugul selepas mahkamah menetapkan tahanan reman terhadap mereka. Difahamkan dua remaja yang berusia 16 dan 18 tahun itu jug...

Video Tular: Dua Pelajar Ditahan Polis

SEREMBAN: Polis menahan dua pelajar lelaki bagi membantu siasatan kes pergaduhan di perkarangan sebuah sekolah menengah di sini, semalam. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim, berkata kedua-dua suspek berusia 14 tahun ditahan sejurus mangsa yang juga pelajar Tingkatan Dua sekolah sama, membuat laporan. "Dua pelajar berumur 14 tahun ditahan pada hari yang sama dan kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada sebelah petangnya. “Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 30 September lalu iaitu selepas waktu sesi persekolahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Terdahulu tular satu video melalui aplikasi WhatsApp yang berdurasi 30 minit memaparkan seorang pelajar dipukul oleh dua orang pelajar yang lain sebelum ianya tular di media sosial Facebook hari ini. ...

Nor Sufieza Ditemui Di Rumah Sewa Di Taman Mahsuri

JITRA: Seorang wanita ditemui mati disyaki dibunuh rakan lelakinya di sebuah rumah sewa di Taman Mahsuri, di sini tengah malam Ahad. Dalam kejadian itu, Siti Nor Sufieza Md Sharif, 23, ditemui di ruang tamu rumah berkenaan dalam keadaan tidak bernyawa. Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat pada jam 12.10 tengah malam dan setibanya anggota di lokasi mangsa yang ditemui sudah tidak bernyawa. Hasil siasatan mendapati mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 4 petang hingga 9.45 malam. Berikutan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 22 tahun yang disyaki rakan kepada si mati untuk tindakan lanjut. Mohd Ismail berkata, suspek direman tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. "Tiada kesan kecederaan pada mayat mangsa cuma ada sedikit lebam di leher namun k...

Kejadian Terbongkar Selepas Mangsa Dibawa Ke Klinik

BELURAN: Seorang gadis melalui detik hitam apabila dirogol selepas diberikan minuman keras oleh majikannya dalam satu kejadian di sebuah kedai runcit di Paitan. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda berkata, susulan itu polis menahan seorang lelaki warganegara tempatan berketurunan Pakistan bagi membantu siasatan. Menurutnya, suspek berusia 24 tahun itu ditahan pada Isnin lalu, susulan laporan polis yang dibuat oleh keluarga mangsa. "Kejadian terbongkar apabila mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai-Sungai dan hasil pemeriksaan doktor mengesahkan terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa dan berlaku pendarahan yang serius. “Sebelum itu, mangsa yang berusia 21 tahun dikatakan diberi minuman keras sehingga menyebabkan dia menjadi khayal lalu dirogol. "Mangsa dirogol di dalam stor kedai runcit semasa waktu bekerja dan mangsa dibayar gaji pada hari yang sama," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat. Menurutnya, selepas kejadian, mangsa mengalami pendar...