432 Kes Positif Covid, Catat Kes Harian Tertinggi 😱😱


Malaysia hari ini mencatatkan kes harian positif wabak koronavirus (Covid-19) tertinggi dengan 432 kes hari ini.

Pandemik koronavirus (Covid-19) terus menjadi ancaman di negara.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi ciapannya di laman Twitternya memaklumkan, daripada jumlah itu sebanyak 429 adalah penularan tempatan dan tiga kes import.

"Ia tertinggi sejak wabak ini melanda negara kita," katanya. 

Berikut status terkini Covid-19 setakat hari ini:

Jumlah discaj baru: 57
Jumlah kumulatif discaj: 10340 (80.7%)
Jumlah kes baru: 432
Jumlah kumulatif: 12813
Jumlah kes aktif: 2336
Kes tempatan:429 (409 WN, 20 BWN)
Kes import: 3 (2 WN, 1 BWN)
Jumlah kematian: 0
Jumlah kumulatif kematian: 137 (1.07%)
Jumlah kes di ICU: 32
Pesakit intubated: 8