PAKIN Malaysia telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai bagi membantu kerja-kerja menaik taraf tanah perkuburan di Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh, Melaka. Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penyelaras Negeri Melaka, Muhammad Nur Sharani , dan diterima oleh Imam Ar. Arif Mazlan . Majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung di Masjid An-Nur, Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh, Asahan, Melaka . Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan usaha menaik taraf tanah perkuburan demi kemudahan dan manfaat seluruh masyarakat setempat. PAKIN Malaysia sentiasa komited dalam menyokong usaha kebajikan dan pembangunan komuniti.