PAKIN Malaysia telah menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai bagi membantu kerja-kerja menaik taraf tanah perkuburan di Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh, Melaka.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Penyelaras Negeri Melaka, Muhammad Nur Sharani, dan diterima oleh Imam Ar. Arif Mazlan.
Majlis penyerahan sumbangan telah berlangsung di Masjid An-Nur, Felda Tun Ghaffar, Bukit Senggeh, Asahan, Melaka.
Semoga sumbangan ini dapat membantu melancarkan usaha menaik taraf tanah perkuburan demi kemudahan dan manfaat seluruh masyarakat setempat.
PAKIN Malaysia sentiasa komited dalam menyokong usaha kebajikan dan pembangunan komuniti.
.jpeg)