Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Luar video

Video: Salman Khan Rampas Telefon Peminat Dikecam Netizen

TINDAKAN pelakon Bollywood, Salman Khan merampas telefon bimbit milik peminatnya yang cuba berswafoto dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Goa India, mendapat kecaman netizen. Ketika kejadian, Salman Khan bersama pembantu dan pengiringnya keluar dari balai ketibaan namun secara tiba-tiba muncul peminat lelaki menghalakan telefon untuk berswafoto dengannya. Kurang senang dengan kelakuan lelaki tersebut, Salman Khan bertindak menepis dan merampas telefon tersebut sebelum berlalu pergi. Kekasaran itu sempat dirakam oleh peminatnya yang turut berada di balai ketibaan menunggu bintang terkenal tersebut. Menerusi Hindustan Times, Inspektor polis bertugas di lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, pihaknya sudah meneliti video dan bertemu dengan lelaki tersebut. "Lelaki itu mengesahkan benar perkara itu berlaku tetapi tiada laporan polis dibuat," katanya. Rata-rata peminatnya mengecam tindakannya malah menyifatkan Salman Khan adalah seorang yang sombong. ...

Sekumpulan Wanita

China - Seorang wanita hampir dibogelkan di tengah jalan oleh sekumpulan wanita yang marah selepas wanita tersebut dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan suami salah seorang dari mereka. Isteri lelaki berkenaan dikatakan mengamuk dan membawa beberapa rakannya untuk mengerjakan perempuan simpanan suaminya selepas suaminya kantoi mempunyai hubungan sulit dengan wanita berkenaan. Rakaman video sekitar kejadian yang berlaku tersebut telah dirakamkan oleh seorang saksi yang turut berada di kawasan berkenaan menyaksikan kejadian malang yang menimpa teman wanita lelaki terbabit. Menerusi rakaman video terbabit kelihatan isteri lelaki terbabit yang sedang mengamuk serta rakan-rakannya telah memukul, menendang serta mengoyakkan pakaian wanita terbabit. Isteri lelaki terbabit serta rakannya berhasrat untuk memalukan wanita berkenaan dengan membogelkannya di tengah jalan tetapi telah dihadang oleh suami wanita berkenaan yang melindungi wanita berkenaan daripada terus menjadi mangsa...