Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Hina

Video Tular Hina Penjawat Awam, Polis Buka Dua Kertas Siasatan

Polis telah membuka dua kertas siasatan susulan kejadian yang tular melibatkan seorang penjawat awam wanita yang mengugut orang awam dan mempersenda pegawai rendah polis di Taman Sri Gombak, Batu Caves semalam. Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, seorang pengadu mendakwa dia telah didatangi suspek wanita itu dan bertindak memarahinya kerana membuat bising di rumah jiran. “Kemudian suspek telah memperkenalkan diri sebagai penjawat awam dengan nada suara yang tinggi dan mengatakan ingin menahan pengadu atas alasan pengadu membuat bising dan mengugut hendak memukulnya, selain memarahi orang yang berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan. Dalam kejadian itu juga Hussein berkata, wanita itu juga turut mempersenda pegawai rendah polis dan tidak memberikan kerjasama, untuk menunjukkan kad kuasa apabila diminta. Susulan kejadian itu, katanya polis membuka dua kertas siasatan iaitu laporan oleh pengadu di bawah Seksyen 506...

Hina Malaysia!!! Ini Tindakan Undang-Undang Yang Boleh Diambil Oleh Kerajaan

Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon Singapura telah menyatakan wanita tersebut bukan lagi rakyat Singapura. Dimaklumkan ketika dia melakukan perbuatan menghina Malaysia dan MH370 dia berada diluar Malaysia maka kesalahan itu bukan dibawah bidangkuasa undang-undang di Malaysia. Saya bersetuju utk individu ini disekat dari masuk Malaysia. Tindakan ini boleh dilakukan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia. Tetapi hanya sekatan masuk Malaysia tidak memadai. Kerana saya rasa individu ini mungkin tidak berminat untuk masuk ke Malaysia. Kerajaan perlu melakukan tindakan yang lebih tegas tanpa kompromi dan mengikut undang2. Kerajaan perlu menyiasat dimanakan individu ini berada dan mengambil tindakan undang undang kepada wanita tersebut berdasarkan undang2 di negara berkenaan. Tindakan undang2 yang boleh diambil oleh kerajaan Malaysia adalah: 1. Tindakan jenayah - laporan jenayah perlu dibuat oleh kedutaan Malaysia di negara tempat wanita itu membuat persem...

Hina Nabi Muhammad, Suri Rumah Ini Didenda RM2,000

Seorang suri rumah didenda RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan membuat dan menghantar komunikasi jelik berhubung Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebooknya Februari lalu. Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Fadilah Hamid, 43, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan hari ini. Mahkamah turut memerintahkan ibu kepada dua anak itu menjalani hukuman penjara tiga bulan, sekiranya dia gagal membayar denda tersebut. Wanita itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya itu menggunakan laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" dengan niat untuk menganiayai orang lain dan kenyataan tersebut telah dibaca di laman profil Facebook "Fadhilah Abdulhamid" di Apartment Seri Ceria, Jalan Jalil Indah Pinggiran Bukit Jalil, Cheras di sini, kira-kira 9.14 pagi pada 19 Feb tahun lepas. Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a...

Lelaki Hina Agama Islam Ditahan

IPOH - Polis menahan seorang lelaki dan wanita yang disyaki terlibat dalam video mempersenda agama Islam. Kedua-dua mereka berusia 20 tahun ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dalam serbuan rumah berasingan di Taman Kledang, Menglembu dan Taman Silibin Ria kira-kira jam 11.15 hingga 11.55 malam. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, siasatan awal mendapati dua individu itu mengaku terlibat dalam video berkenaan dan melakukannya atas niat bergurau. Menurutnya, video itu dirakam di sebuah 'homestay' di Taman Lapangan Terbang pada 28 Oktober tahun lalu. "Lelaki yang bekerja sebagai jurujual itu mengaku melakukan watak solat seperti dalam video berkenaan manakala wanita yang masih menuntut di sebuah kolej itu bertindak merakam menggunakan telefon bimbit. "Bagaimanapun, wanita itu memadam video di akaun Instagramnya kerana takut selepas tular di media sosial," katanya ke...

Pemilik Twitter 'Mirzi' Disiasat Kerana Hina Islam

KUALA LUMPUR - Polis membuka siasatan terhadap pemilik akaun Twitter iaitu Mirzi selepas dipercayai memuat naik status bergambar yang menghina agama Islam. Timbalan Pengarah (Siasatan/Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, satu laporan diterima di Kuantan, Pahang kira-kira jam 11 pagi semalam. "Siasatan berhubung kes ini sedang dijalankan dan polis dalam usaha mengesan pelaku terbabit. "Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Terdahulu, difahamkan kenyataan bergambar penghinaan itu dimuat naik pemilik akaun sosial terbabit pada 8 April lalu. Sebelum ini Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasa...

Lelaki Ini Mengaku Salah Hina Agama Hindu

Seorang bekas jurugambar syarikat produksi mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas dua pertuduhan menghina agama Hindu di laman sosial Facebooknya. Zamri Abdul Razak, 52, yang memakai seluar jeans biru dan kemeja-T hitam bertulis photographer di bahagian belakang bajunya membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Zamri Bakar. Tertuduh yang kelihatan bersahaja hanya mengangguk ketika jurubahasa bertanyakan sama ada dia mengaku bersalah atau tidak atas kedua-dua pertuduhan itu. Mahkamah menetapkan 18 Mac untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu fakta kes disediakan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin. Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Zamri didakwa melalui perkhidmatan aplikasi Facebook dengan menggunakan laman profil Facebook “Zamri Bin Abd Razak” secara sedar membuat dan memulakan penghantaran dua komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati ora...

Lelaki Ini Dihukum Penjara 7 Bulan

Seorang penganggur dihukum penjara tujuh bulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas pertuduhan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW dengan memuat naik kenyataan hinaan itu di laman Facebooknya, Februari lalu. Hakim Hasbullah Adam menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, seorang mualaf, setelah tertuduh mengekalkan pengakuan bersalahnya hari ini yang ditetapkan untuk fakta kes dan jatuh hukum. Dalam penghakimannya, Hasbullah berkata perbuatan tertuduh yang membuat penghinaan menyentuh agama khususnya agama Islam adalah serius dan mencabar Perlembagaan Persekutuan. “Perlembagaan Persekutuan mengatakan agama Islam adalah agama persekutuan, perbuatan kamu benar-benar mencabar Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi di negara kita. “Kamu bertuah kerana dituduh di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang hanya memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun,” kata hakim itu. Moha...

Kes Hina Nabi, Ayea Yea Dihukum Penjara 10 Tahun 10 Bulan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menfailkan pertuduhan terhadap empat pemilik akaun media sosial kerana menghina Islam dan Nabi Muhammad, dengan seorang daripada mereka telah dijatuhi hukuman penjara. Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata pertuduhan terhadap empat individu terbabit yang dibuat semalam kerana memuat naik komen-komen berbentuk penghinaan itu adalah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan (KK), Seksyen 505(c) KK dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998. "Pemilik akaun Facebook AYEA YEA dituduh di Mahkamah Sesyen Kuching, Sarawak di bawah Seksyen 298A KK dan Seksyen 233 AKMM. "Tertuduh mengaku salah terhadap 10 pertuduhan dan telah dijatuhi hukuman 10 tahun 10 bulan penjara, yang berjalan secara berasingan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya turut difailkan pertuduhan ialah pemilik akaun Twitter @ ALVINCHOW333 yang dituduh di Mahkamah Sesyen Jenayah, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di Kuala Lumpur di bawah Se...

Kes Hina Nabi Tiga Didakwa

PADAH mencetuskan kontroversi dan kemarahan umat Islam di negara ini dengan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama di media sosial, tiga lelaki didakwa dengan 11 pertuduhan memuat naik komen jelik di media sosial di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini. Penganggur, Mohamad Yazid Kong Abdullah, 52, mengaku bersalah manakala penjaja, Chow Mun Fan, 43, dan pekerja kedai serbaneka, Danny Antoni, 28, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Hasbullah Adam. Bagaimanapun, mahkamah menetapkan tarikh 11 Mac depan bagi pendengaran fakta kes dan jatuh hukum terhadap Mohamad Yazid. Mengikut pertuduhan yang dihadapi Mohamad Yazid, dia didakwa menghantar komunikasi jelik dengan niat menyakitkan hati melalui Facebook dengan profil nama ‘Yazid Kong’, pada 8.21 malam 24 Februari lalu yang dibaca oleh pengguna Facebook lain, Mohd Syafiq di Masjid Salahuddin Al-Ayubi, Jalan Taman Melati, Wangsa Maju, pada 12 tengahari, 1 Mac lal...

Hina Nabi: Alvin Chow Berjaya Ditahan Polis Selangor

KUALA LUMPUR: Polis Selangor menahan lelaki yang menggunakan nama ‘Alvin Chow’ dalam akaun laman sosialnya kerana menghina agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda, Saidatina Aisyah. Lelaki berusia 43 tahun itu ditahan dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Selangor di pusat beli-belah Plaza Pudu, di sini, jam 5 petang tadi. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, berkata suspek ditahan berdasarkan maklumat dan risikan yang dijalankan sejak beberapa hari lalu. “Suspek yang dikesan tinggal di Danau Kota, Jalan Genting Klang, Kuala Lumpur ini dikehendaki polis berikutan laporan yang dibuat kerana melakukan penghinaan ke atas agama Islam, Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda. “Dalam tangkapan berkenaan, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi BH sebentar tadi. Berdasarkan maklumat, suspek turut dikesan mempunyai empat rekod jenayah lampau serta rekod d...

Alvin Chow Diburu, 3 Telah Ditahan

Tiga individu ditahan dan seorang lagi suspek diburu polis kerana disyaki menghina agama Islam termasuk kes menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri Baginda, Saidatina Aisyah. Tiga suspek yang ditahan itu dikenali sebagai Mohd Sharulnizam Stanley, Alister anak Cogia, Mohd Yazid Kong Abdullah serta seorang masih diburu iaitu Alvin Chow Mun Fai. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, suspek pertama Mohd Sharulnizam yang berusia 29 tahun ditahan di Labuan, pada Ahad lepas. Beliau berkata, Mohd Sharulnizam direman selama empat hari sehingga Khamis ini bagi membantu siasatan. “Mohd Sharulnizam membuat komen jelik menggunakan akaun Facebook bernama ‘Bakakuk’ dan polis menerima 15 laporan sehingga hari ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Mohamad Fuzi berkata, suspek kedua Alister berusia 22 tahun ditahan semalam di Bau, Sarawak direman selama empat hari sehingga Khamis ini. “Alister menggunakan akaun Facebook ‘Ayea Yea’ membuat komen jelik dan 10 laporan p...